Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAJANG UTAMA

TAMAN KAJANG UTAMA

43000 KAJANG, SELANGOR


Kod Sekolah :BEA 4625 Tel / Faks : 03-8733 8414

E-mail : bea4625@btpnsel.edu.my

_________________________________________________________________________

KERTAS KERJA
__________________________________________________________________________

PERTANDINGAN MENCIPTA SLOGAN KELAB/PERSATUAN

UNIT KOKURIKULUM

TEMPAT : DATARAN SERI D’ UTAMA SMK KAJANG UTAMA

TARIKH : 30 SEPTEMBER 2020

MASA : 1.00 TENGAH HARI - 4.00 PETANG (SESI PAGI)

10.00 PAGI - 1.00 TENGAH HARI(SESI PETANG)

_______________________________________________________________________________
KERTAS KERJA PERTANDINGAN MENCIPTA SLOGAN
KELAB/PERSATUAN SMK KAJANG UTAMA

1.0 PENDAHULUAN

Sebagai memenuhi matlamat falsafah pendidikan negara yang ingin melahirkan murid-
murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek,Unit kokurikulum
telah mengambil inisiatif untuk mengadakan pertandingan mencipta slogan kelab dan
persatuan di SMK Kajang Utama. Pertandingan ini diharap dapat menjadi pemangkin
kepada usaha untuk mencungkil bakat kreatif murid-murid dan dalam masa yang sama
memastikan semua kelab/persatuan di sekolah ini mempunyai slogan masing-masing.
Dengan adanya pertandingan ini diharapkan setiap kelab/persatuan akan mempunyai
slogan masing-masing mulai tahun 2021.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Mewujudkan budaya persaingan yang sihat untuk menghasilkan sesuatu


yang kreatif dan bermakna .

2.2 Memupuk semangat perpaduan kaum melalui aktiviti yang dianjurkan oleh
unik kokurikulum.

2.3 Mencungkil dan mengetengahkan bakat murid-murid SMK Kajang Utama


dalam pelbagai bidang seperti reka cipta dan reka bentuk.

SPESIFIKASI REKA CIPTA SLOGAN

1. Pereka hendaklah memberikan keterangan atau penjelasan (rasional) slogan unit


masing-masing secara padat dan ringkas dalam bahasa Melayu.

2. Penghasilan slogan perlu selari dengan falsafah dan objektif kokurikulum dalam
pendidikan.

2
3. Slogan yang dicipta tidak boleh menyentuh isu-isu sensitif/agama/bangsa atau
menggunakan perkataan kurang sopan.

4. Semua slogan hendaklah baharu dan asli. Setiap peserta hendaklah tidak meniru
slogan tersedia ada atau seakan-akan sama dengan kepunyaan orang lain. Panel
hakim berhak menarik balik hadiah sekiranya ciptaan bukan asli.

5. Setiap penyertaan mestilah disertakan dengan borang penyertaan yang lengkap diisi
dengan butiran peserta dan dihantar di dalam kertas bersaiz A4 dan ditulis dalam
bahasa Melayu sahaja.

6. Panjang slogan hendaklah tidak melebihi lima (5) perkataan

3.0 LOKASI CADANGAN

Dataran Seri D’Utama SMK Kajang Utama

4.0 TARIKH CADANGAN

30 September 2020

5.0 MASA

SESI PAGI :1.00 Tengah hari hingga 4.00 petang ( Tingkatan 3 dan 4)

SESI PETANG : 10.00 pagi hingga 1.00 Tengah hari ( Tingkatan 1 dan 2)

6.0 SASARAN

Murid Tingkatan 1,2, 3 dan Tingkatan 4 SMK Kajang Utama

3
7.0 ANGGARAN KEWANGAN

Jumlah
Jumlah
Bil. Perkara Kategori Kos (RM) Keseluruhan
(RM)
(RM)
Ting. 1, 2,3 & 4
1. Hamper Pertama RM 80 x 2 160.00 580.00
Kedua RM 60 x 2 120.00
Ketiga RM 50 x 2 100.00

Keempat RM 40 x 2 80.00

Saguhati RM 30 x 4 120.00
2. (i) Kertas Mahjong 1 Roll RM 30.00 30.00
(ii) Kertas A4 2 Rim RM30 x 2 60.00
(iii) Marker pelbagai 2 kotak RM30 x 2 60.00
warna
350.00
(iv) Pensil warna 5 kotak RM 20.00 x 5 100.00
pensil
(v) Pensil crayon 5 kotak RM 20.00 x 5 100.00
pensil
3. Air mineral 20 kotak 20 kotak x 280.00
280.00
RM14.00
4. Sijil 1 Rim 90.00 90.00
JUMLAH 1300.00

8.0 JAWATAN KUASA INDUK

Pengerusi : Tuan Mohamad Hanafiah Bin Baharuddin (Pengetua SMK


Kajang Utama)

Naib Pengerusi : Pn Wan Zainab bt Wan Kih (Penolong Kanan Kokurikulum)


Tn Syed Ismail bt Syed Mohamed (Penolong Kanan
Kurikulum)
Pn Setia bt Salleh (Penolong Kanan HEM)
Pn Nik Nur Rahayu bt Che Yahaya (Penolong Kanan Petang)
Pn Nor Intan bt Ismail (Penolong Kanan Pend. Khas)

Setiausaha : Pn Siti Shakirah bt Mohd Ramli


4
10.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

AKTIVITI GURU BERTUGAS TUGASAN


Mencipta Slogan 1. Pn Noorhayati bt Abdul Manap Mengurus
2. Pn Haniza bt Kamsan pertandingan mengipta
3. Pn Rosniza bt Mohd Zaid slogan
4. Pn Siti Nor Farhana bt Mahat kelab/persatuan.

Peralatan 1. Pn Rosmawati bt Mat Salleh Menyediakan peralatan


2. Pn Roshailiza bt Ismail seperti kertas dan
3. Pn Nur Fadhuha bt Abdul Ghani pensil warna

Hakim Pertandingan 1. Pn Normala bt Mat Tozi Menjadi hakim dan juri


2. Pn Norliah bt Ahmad pertandingan
3. Pn Zaitushima bt Mohd Kamal

Hadiah/Sijil 1. Pn Siti Shakirah bt Mohd Ramli Mengurus tempahan


2. Pn Halimah bt Mohamed hadiah
PA Sistem/Siaraya 1. En Mohd Syhakir b Mokhtar Memastikan siaraya
2. En Mohammad Naeim b Zakaria berjalan lancar

Juruacara 1. Pn Zuriyati bt Seman Memanggil pemenang


2. Pn Ma Sirajul Bariah bt Kamaruddin untuk menerima
hadiah
Kebersihan 1. En Rafinizam bt Memastikan Dataran
Seri D,Utama dalam
keadaan bersih
Dokumentasi / Pn Mastura bt Abdullah Mengambil gambar
Fotografi Pn Norizan bt Abdul Wahab dan membuat
dokumentasi

PENUTUP

Diharapkan Pertandingan Mencipta Slogan Kelab/Persatuan akan mencapai objektif


yang ditetapkan dan mendapat sambutan daripada murid-murid. Mulai tahun 2021,
semua Kelab/Persatuan di SMK Kajang Utama akan menpunyai slogan yang dihasil
dan diilhamkan oleh murid-murid sendiri. Justeru, Unit Kokurikulum sangat mengalu-
alukan penyertaan dan penglibatan semua warga sekolah bagi merealisasikan hasrat
tersebut iaitu setiap kelab/persatuan mempunyai slogan masing-masing.

5
Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:
……………………… ……………………….. ……………………………….
SITI SHAKIRAH BT MOHD WAN ZAINAB BT WAN KIH MOHAMAD HANAFIAH B
RAMLI BAHARUDDIN
Setiausaha Kokurukulum PK Kokurikulum Pengetua
SMK Kajang Utama SMK Kajang Utama SMK Kajang Utama

Anda mungkin juga menyukai