Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN SEMENYIH ‘1’ (INTEG) KAJANG

KERTAS KERJA PROGRAM PANITIA MATEMATIK 2019

1.0 Pendahuluan

Program ini dianjurkan oleh Panitia Matematik dengan bertemakan “Matematik Melestarikan
Kehidupan”. Program ini bertujuan untuk menarik minat dan membuka ruang kepada semua
murid untuk menghayati dan memahami mata pelajaran Matematik. Program-program ini
telah dirancang agar ia mampu memberi perangsang kepada murid SK Jalan Semenyih ‘1’
(INTEG) supaya menanam minat dan sayangkan mata pelajaran Matematik dan juga dapat
melahirkan murid yang berketrampilan, kreatif dan inovatif.

2.0 Matlamat

2.1 Menarik minat murid terhadap mata pelajaran Matematik,


2.2 Meningkatkan kefahaman serta pengetahuan dalam bidang Matematik

3.0 Objektif

3.1 Memberi pendedahan ringkas tentang Matematik memudahkan


kehidupan seharian.
3.2 Proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.
3.3 Mendedahkan bahawa Matematik merupakan mata pelajaran yang
menyeronokkan.
3.4 Melahirkan insan yang bersyukur dan berfikiran ke hadapan.

4.0 Rasional

4.1 Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran Matematik melalui aktiviti terancang.

5.0 Sasaran

5.1 Semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6 (Kelas Perdana dan Pendidikan Khas)
5.2 Semua guru mata pelajaran Matematik
5.3 Semua guru dan staf SK Jalan Semenyih ‘1’ (INTEG)

6.0 Aktiviti

TAHUN KELAS PERDANA KELAS PENDIDIKAN KHAS


1 Mewarna Mewarna
2 Pertandingan ‘Bijak Sifir’ Pertandingan ‘Bijak Sifir;
3 Membina buku skrap sifir Membina buku skrap sifir
4 Pertandingan Sudoku Pertandingan sudoku
5 Binaan bongkah Binaan bongkah
6 Binaan bongkah Binaan bongkah
7.0 Tempat

7.1 Aktiviti-aktiviti akan dijalankan di dalam kelas, Dataran Tranformasi atau di di Dewan
Bestari mengikut kesesuaian aktiviti dan masa.

8.0 Masa

8.1 Sepanjang bulan Julai dan Ogos mengikut PdP mata pelajaran Matematik.

9.0 Hadiah Penyertaan

9.1 Tempat pertama, kedua dan ketiga bagi aktiviti secara individu dan berkumpulan.

10.0 Penyertaan Program

10.1 Penglibata murid dalam aktiviti-aktiviti yang dirancang.


10.2 Persembahan dan hasil kerja murid dinilai dan di paparkan.
10.3 Penyampaian hadian bagi pemenang-pemenang.

11.0 Sumber Kewangan

11.1 Peruntukkan wang panitia sebanyak RM 726.00 untuk pembelian hadiah


pertandingan serta bahan-bahan untuk aktiviti.

12.0 Anggaran Perbelanjaan

BIL PERKARA HARGA SEUNIT KUANTITI JUMLAH


1 Hadiah tempat pertama RM 6.00 15 RM 96.00
2 Hadiah tempat kedua RM 5.00 15 RM 80.00
3 Hadiah tempat ketiga RM 4.00 15 RM 64.00
4 Banner sifir ( 4 x 3) RM 150 1 RM 150.00
5 Kertas A4 RM 12.00 10 RM 120.00

Jumlah RM 510.00

13.0 Senarai Jawatankuasa Pelaksana

Sila rujuk lampiran 1

14.0 Tentatif Program

Sila rujuk lampiran 2

15.0 Penutup
Ahli Jawatankuasa Pelaksana berharap agar segala aktiviti dan program yang dirancang
akan dapat dilaksanakan dengan baik serta mencapai matlamat dan objektif dengan
jayanya. Adalah diharapkan juga sokongan dan komitmen daripada guru-guru, murid-murid
dan pihak pentadbir bagi merealisasikan program Bulan Panitia Matematik.

Disediakan oleh : Disemak oleh : Disahkan oleh :

……………………………… ……………………………… ……………………………….................


(PN. NUR MASDIYANAH BT (PN. AZLINA BT YUSOFF) (PN. HASNIZAR BT HJ KHARUDDIN
MUHAMAD) PK PENTADBIRAN GURU BESAR
KETUA PANITIA MATEMATIK SK JALAN SEMENYIH 1 SK JALAN SEMENYIH 1
SK JALAN SEMENYIH 1
LAMPIRAN 1

JAWATANKUASA PELAKSANA PELANCARAN BULAN PANITIA MATEMATIK

JAWATANKUASA INDUK
Penasihat Pn. Hasnizar bt Hj Kharuddin (Guru Besar)
Pengerusi Pn. Azlina bt Yusoff (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 1 Pn. Hjh Norsiah bt Idris (PK Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi 2 Pn. Nor Azizah bt Md Desa (PK Kokurikulum)
Naib Pengerusi 3 Pn. Salimah bt Mohd Rawi (PK PPKI)
Penyelaras Program Pn. Nur Masdiyanah bt Muhamad
Setiausaha Pn. Zaila bt Kintan
Bendahari Pn. Nur Masdiyanah bt Muhamad

AHLI JAWATANKUASA INDUK


Pengacara Majlis Pn. Nur Masdiyanah bt Muhamad
Hadiah Pn. Zaila Bt Kintan
Pn. Juraidah bt Abd Hamid
Gimik dan Perasmian Pn. Nor Zehan bt Mohd Hanafiah/
Pn. Fatin Syazrina Bt Mohd Yusof
PA Sistem dan Siaraya En. Mohammad Hafizam b Sulaiman
Persiapan Tempat Pn. Mazniah bt Md. Zain
Pn. Rosnee bt Ramli
En. Pn Ma Jia yee
Buku Program Pn. Fatin Syazrina Bt Mohd Yusof
Bunting Pn. Nur Masdiyanah bt Muhamad
Jurugambar Cik Khoo Jia Yin
Dokumentasi/Laporan Pn. Zaila Bt Kintan/ Pn. Nur Masdiyanah bt Muhamad
LAMPIRAN 2

TENTATIF GIMIK PELANCARAN BULAN PANITIA MATEMATIK

MASA AKTIVITI
7:20 pagi Murid-murid berkumpul di Dataran Transformasi
7:25 pagi Bacaan doa
7:30 pagi Perhimpunan rasmi
7:40 pagi Ucapan oleh Penyelaras Program Bulan Panitia Matematik
7:45 pagi Gimik Pelancaran Bulan Panitia Matematik
7:50 pagi Persembahan
8:00 pagi Majlis penutup/Bersurai

Anda mungkin juga menyukai