Anda di halaman 1dari 2

' ._ = - . ,' , _ , ., .

Mengikut Fiqh Mazhab Syafie air terbahagi kepada


empat bahgaian:
1- Suci lagi menyucikan.
Iaitu air yang boleh diminum dan boleh pula dibuat bersuci
samada untuk beristinja, berwudhu, mandi hadas, membasuh
najis dan sebagainya. Ia adalah air mutlak, air tulen yang tidak
bercampur dengan sebarang benda samada yang bersih (seperti
gula, teh dan lain-lain) ataupun benda-benda najis.
2- Air yang suci tetapi makruh digunakan.
Iaitu air yang mutlak tetapi terjemur di bawah panas
matahari di dalam bekas yang berkarat / boleh menjadi berkarat
dan digunakan pula ketika air masih panas. Ini hanya jika
berlaku di negara yang panas, di negara kita Malaysia, ia tidak
menjadi makruh kerana darjah kepanasannya tidak sebegitu
tinggi.
3- Suci tetapi tidak menyucikan.
Air musta'mal iaitu air yang terpakai.
Ia didefinasikan sebagai air yang kurang daripada dua kolah,
yang terpisah atau mengalir dari atau pada anggota tubuh
seseorang yang berwudhu' atau mandi wajib.
Contohnya; terjatuhnya semula air yang sedang digunakan
bagi berwudhu' ke dalam bekas simpanan air yang digunakan
sebagai sumber air wudhu', atau air yang dibuat berwudhu
dikumpul dalam suatu bekas.
[Ukuran dua Kolah: (160.5 Litre) Mujam Lughatul
Fuqaha: 368. Di dalam Al-Fiqh Al-Manhaji, 1/34: (192.857 kg)].
4- Bercampur najis.
Ianya air yang kurang daripada dua kolah yang dimasuki
oleh najis, samada air itu berubah atau tidak. Begitu juga
sekiranya air yang lebih daripada dua kolah dimasuki oleh najis
dan air itu berubah rasa, bau ataupun warnanya, air ini tidak
boleh lagi dibuat bersuci atau diminum.
Perbincangan kita mengenai air jenis ketiga dan
keempat:
a) Air musta'mal:
Hukum: Ulama berbeza pendapat mengenai air
mustamal ini.

Pendapat pertama: Air Mustamal suci tetapi tidak
menyucikan.
Ini adalah pendapat jumhur ulama (mazhab Hanafi,
Syafei dan Hanbali).
Dalilnya: Dalil bahawa ia suci adalah sebagaimana hadis
dari Jabir . Maksudnya: Rasulullah datang menziarahiku
untuk bertanyakan keadaanku. Ketika itu aku sakit dan tidak
sedar. Lalu Baginda berwudhu dan mencurahkan air
wudhunya ke atasku. [ HR Al-Bukhari (191), Muslim (1616)].
Sekiranya air wudhu tersebut tidak suci, nescaya Baginda
tidak akan mencurahkannya ke atas Jabir.
Dalil ia tidak menyucikan pula ialah sebagaimana hadis
yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah sabda Nabi :
,, ` . - , , =| | _ , = - | . - , v .,,
Maksudnya: Janganlah seseorang kamu mandi di dalam
air yang bertakung iaitu air tenang yang tidak bergerak
sedangkan dia di dalam keadaan berjunub. [HR Muslim (283)].
Hadis ini menunjukkan bahawa mandi dalam air tersebut
menjadikannya tidak menyucikan lagi. Sekiranya tidak
memberi makna tersebut nescaya Rasulullah tidak melarang
daripada berbuat demikian. [Lihat: Fiqh Al-Manhaji, 1/43]
Pendapat Kedua: Suci lagi menyucikan.
Ini adalah pendapat Al-Hasan Al-Basri, Sufyan, mazhab
Maliki, sebahagian ulama Syafei, Az-Zahiriah dan ulama
Hadis. Ia juga menjadi pendapat pilihan Syeikh Ibnu Taimiyah,
Asy-Syaukani, Sayyid Sabiq, Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi, Dr.
Salman Al-Audah serta guru kami Sheikh Dr. Muhammad M.
Mukhtar Asy-Syanqiti (guru di Masjid Nabawi). [Majmu Fatawa :
20/519, Fiqh As-Sunnah : 1/22, Fiqh Thaharah : 41, Syarh Bulugh Al-
Maram, Dr. Salman Al-Audah : 1/119].
Dalilnya:
1) Dari Rubaiyi bte Muawwidz ketika menyifatkan
wudhu Rasulullah : (( = , _ . - = - - = | , _ .-))
Maksudnya: "dan disapu kepalanya dengan sisa-sisa air
pada tangannya. [HR At-Tirmizi (1/51), Abu Daud No. (130). Sahih
menurut Ahmad Syakir]
2) Dari Abu Hurairah : Rasulullah bertemu dengannya
di salah sebuah jalan di Madinah, sedang beliau di dalam
keadaan berjunub (berhadas besar), beliaupun bersembunyi lalu
terus mandi dan datang bertemu Rasulullah . Baginda lantas
bertanya: Ke mana kamu pergi tadi? Jawab Abu Hurairah:
Saya sedang berjunub, saya tidak mahu bertemu dengan
Rasulullah dalam keadaan berhadas. Sabda Rasulullah :
,, , v , . | . , = . , = ,,
Maksudnya: "Maha suci Allah, sesungguhnya orang
muslim bukan najis. [Muttafaq alaih, Al-Bukhari (274)]. Ini
menunjukkan seorang yang berhadas tidak menjadi najis.
3) Ibn Abbas meriwayatkan bahawa Nabi pernah
berwudhu' dengan air sisa lebihan mandian isteri Baginda.
Isterinya berkata: Sesungguhnya saya telah mandi dengan air
tersebut!" Nabi bersabda:
,, _ = - .` , v ` _, , | | . , ,,
Maksudnya: "Air itu suci dan tiada apa yang dapat
menajisinya" [HR Ahmad, Abu Daud: 61, At-Tirmizi: 61, sahih]
Walaupun air itu telah digunakan (untuk berwudhu dan
lainnya) tetapi ia masih kekal di atas kesuciannya.
Rumusan: Air mustamal adalah suci lagi menyucikan
selagi tidak berubah warna, bau dan rasanya, bukan ketika
merebaknya wabak penyakit berjangkit dan cara penggunaan air
yang hygenik (dengan menjaga kebersihan dan kesihatan).
Berkata Syeikh Ibnu Uthaimiin [Al-Syarh al-Mumti alaa
Zaad Al-Mustaqni,1/44]: Pendapat yang benar ialah
pembahagian air hanya kepada dua jenis sahaja, iaitu: Air suci
dan air najis. Adapun air mustamal (air suci tapi tidak
menyucikan) tidak disebut dalam Syariah.
Komentar Prof. Dr. Al-Qardhawi: Kesucian air
mustaamal bukanlah semuanya mutlak, ia hendaklah dilihat
sejauh mana cara air itu menjadi mustamal dan mengambil kira
keadaan kesihatan semasa. Jika ada penyakit menular, maka
hendaklah dihindarkan. Pada zaman dulu, seseorang
menggunakan air dengan menyelam mukanya ke dalam besen,
berkumur dan mencuci hidung di dalam bekas itu, maka air
mustamal dari jenis ini hendaklah dijauhi. [Fiqh Thaharah, 41].
b) Air yang kurang daripada dua kolah.
Air itu keluar daripada sifat air suci dengan sebab
berubah rasanya, warnanya atau baunya kerana terkena
najis. Hukum ini telah sepakat (ijma) ulama.
Jika terjatuh najis ke dalam air tetapi tidak merubahkan rasa,
bau dan warnanya, maka ulama berselisih pendapat tentangnya;
Imam Nawawi menyebut 7 pendapatt. [Lihat: Al-Majmu, 1/162].
Kami akan membawa yang masyhur sahaja.
Pendapat pertama: Air yang banyak (dua kolah atau
lebih) tidak menjadi najis, sekiranya kurang maka menjadi
najis. Inilah mazhab Syafei dan satu riwayat dari Ahmad. Juga
Mazhab Hanafi tetapi tanpa menghadkan kepada dua kolah.
Dalil: 1) Sabda Rasulullah :
,, . , | , , | , | | _ , . , ,, -,_ ,, , v .,,
Maksudnya: "Apabila air itu mencukupi dua kolah, ia tidak
mengandungi kekotoran". Riwayat lain: Tidak najis. [HR
Ashabus-Sunan, Abu Daud: 63, dari Ibnu Umar , Sahih].
Sekiranya kurang daripada yang tersebut ia menjadi najis.
2) Sabda Rasulullah :
,, = - | = , = . , : , . - , _ - , _ = , - , - - , - , ,,
Maksudnya: Apabila seseorang kamu bangun dari
tidurnya, maka janganlah dia mencelup tangannya ke dalam
sesuatu bekas (air), sehinggalah dia membasuh tangannya
dahulu sebanyak tiga kali. [HR Muslim: 278].
Rasulullah melarang orang yang baru bangun dari tidur
mencelupkan tangannya ke dalam bekas air kerana dibimbangi
tangannya dicemari najis yang tidak kelihatan. Ini bermakna air
itu boleh menjadi najis tanpa berubah warnanya kerana najis
yang tidak kelihatan.
Pendapat Kedua: Air tidak menjadi najis kecuali
dengan berubah (tanpa had 2 kolah). Inilah mazhab Malik.
Serta menjadi pilihan sebahagian ulama Syafieyyah; Al-
Ghazali, Ar-Ruyani dan lain-lain. Diriwayatkan daripada
beberapa orang sahabat, Ibnu Abbas dan tabiin, Said Al-
Musayyib, Al-Hasan serta lainnya.
Dalil: 1)Ayat Al-Quran: { _, , | - .| - | | }
Maksudnya: {Dan kami telah turunkan dari langit air
yang suci } [Al-Furqan: 48]. Dalil bahawa air tidak rosak/kotor
kecuali jelas mengandungi sesuatu najis di dalamnya.
2) Hadis: ,, , | ` _, , | | _ = - .` ,,
Maksudnya: "Air itu suci dan tiada apa yang dapat
menajisinya". Maksudnya air tetap bersih walaupun terkena
najis selagi tidak berubah.
3) Ijma ulama, air yang banyak atau sedikit menjadi
najis dengan sebab berubah.
Penjelasan kepada hadis dua kolah (qullatain);
1- Istidlal air kurang dua kolah menjadi najis, ialah
dengan menggunakan mafhum, ini suatu yang khilaf.
2- Rasulullah tidak menyebut kadar air dua kolah pada
awal cakapnya, sebaliknya baginda menjawab soalan yang
ditanya tentang air di tengah padang pasir.
Kesimpulannya; sama-sama kita perhatikan komentar
Imam Al-Ghazali : :: : : di dalam kitab Ihya Ulum Ad-Din.
Katanya:
' |- .= -,=- .,, .| .| . c ._-|, v, , v | ., ' .|
= ,=,| _- .-,|, -=- --- ., -| , .c|. | _- = --v ._| =
--|, -,- - --, .-=' .,= .'
Saya amat berharap jika Mazhabnya ini berpendapat
seperti mazhab Malik; iaitu air tidak akan menjadi najis
walaupun sedikit kecuali berubah.
Ini kerana keperluan manusia terhadap air amat mendesak.
Yang menimbulkan keraguan (waswas) adalah syarat dua kolah
yang menyebabkan orang merasa susah kerananya. Hal ini -
demi umurku - adalah punca kesulitan dan diketahui oleh sesiapa
yang mengkaji dan memerhatikannya.
Saya tidak ragu-ragu menyatakan jika ini menjadi syaratnya,
tempat yang akan menjadi paling susah untuk bersuci adalah
Makkah dan Madinah. Ini kerana di kedua tempat ini, tidak
banyak air samada yang mengalir ataupun yang tidak mengalir.
Sejak daripada zaman awal Rasulullah sehingga pada
akhir zaman sahabat, tidak pernah dinukilkan tentang cara
memelihara air daripada najis. Sedangkan tempat air mereka
juga digunakan bersama oleh kanak-kanak lelaki dan
perempuan yang tidak terpelihara daripada kekotoran (kurang
menjaga kebersihan).
Umar juga pernah berwudhu' daripada bekas air seorang
Nasrani. Ini menunjukkan bahawa beliau tidak mementingkan
yang lain kecuali jika terdapat perubahan air yang jelas. Jika
tidak, kenajisan orang Nasrani dan tempat air mereka pasti
diketahui dan dapat diduga.
Kesukaran melaksanakan mazhab ini dan tidak ada
pertanyaan / permasalahan tentangnya pada waktu itu adalah
dalil yang pertama, dan perbuatan Umar adalah dalil yang
kedua. Beliau telah menyebutkan tujuh dalil semuanya
mengenai masalah ini. [Ihya Ulum Ad-Din 2/36-38 Dar Al-Fikr Cet. 2, 1400H]
Semoga Allah memberikan kita semua hidayah dan
petunjuk ke arah kebenaran .




( (( (Siri Siri Siri Siri 3 33 3) )) )

AIR
Jenis dan Hukum Jenis dan Hukum Jenis dan Hukum Jenis dan Hukum
(Al-Mustamal-
Al-Qullatain)


Catatan
al-Faqir ilalLah;


Abu Anas Madani
05 J. Akhir 1428H.


www.abuanasmadani.com www.abuanasmadani.com www.abuanasmadani.com www.abuanasmadani.com

Anda mungkin juga menyukai