Anda di halaman 1dari 10

Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

 Penulis - Mohd Yaakub bin Mohd Yunus : Disemak Oleh - Tuan Hassan

Tuan Lah

 
SUCIKAH AIR MUSTAKMAL DIGUNAKAN UNTUK BERWUDUK?

Sebagaimana yang lazim kita pelajari daripada ustaz-ustaz atau buku-buku

tentang Fardhu ‘Ain, air mustakmal itu tidak boleh dibuat bersuci. Sekiranya air

mustakmal itu digunakan untuk berwuduk nescaya wuduk kita itu dianggap

terbatal. Wuduk yang batal akan menjejaskan keabsahan solat seseorang. Oleh

sebab itu permasalahan air mustakmal harus kita perhatikan dengan serius

kerana solat adalah perkara yang pokok di dalam Islam. Ini sebagaimana sabda

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

Pangkal semua urusan agama adalah Islam, dan tiangnya adalah solat, dan

puncak tertingginya adalah jihad.[1]

 
DEFINISI AIR MUSTAKMAL.

           

Air mustakmal adalah air yang suci tetapi tidak menyucikan. Ustaz Ismail

Kamus menyatakan bahawa air mustakmal:

Iaitu air yang telah digunakan untuk mengangkat hadas samada hadas yang

kecil (berwuduk) atau hadas besar (mandi wajib). Ini bermakna air yang telah
dibasuhkan kepada anggota yang wajib sekiranya ditadah semula dan air itu

tidak sampai dua kolah, maka air itu dikira sebagai air mustakmal iaitu tidak

boleh dibuat bersuci. Ia hanya boleh dibuat minum atau makan sahaja atau

membasuh benda-benda yang bukan najis. Begitu juga sekiranya air basuhan

wajib tertitik ke dalam air yang tidak sampai dua kolah, ia dikira mustakmal.[2]

Dalam Ensiklopidi Hukum Islam, Bab Air, air mustakmal didefinasikan sebagai:
 
Air yang kurang dari dua kolah (216 liter) yang terpisah atau mengalir dari

atau pada anggota tubuh seseorang yang berwuduk atau mandi wajib.

Contohnya ialah terjatuhnya semula air yang sedang digunakan bagi berwuduk

ke dalam bekas simpanan air yang digunakan sebagai sumber air wuduk atau

air yang sama (tidak mengalir dari sumber yang baru) yang digunakan bagi

mengulang-basuh keseluruhan anggota wuduk.[3]

            Dalam ertikata lain sekiranya kita sedang berwuduk atau mandi maka

percikan air dari anggota badan kita termasuk dalam bekas air seperti kolah,

baldi, tong dan bekas takungan air yang lain yang kandungan airnya kurang

dari dua kolah, maka air di dalam bekas tersebut dihukumkan sebagai

mustakmal. Maka tidak sah berwuduk dengan air tersebut. Benarkah dakwaan

ini? Mari kita lihat perbahasan seterusnya.

 
ADAKAH TUBUH SEORANG MUKMIN ITU NAJIS?

 
            Kebiasaannya yang menyebabkan air itu tidak suci dan tidak boleh

berwuduk dengannya adalah disebabkan ianya telah tercampur dengan unsur-

unsur najis. Maka adakah tubuh seorang mukmin itu dianggap sebagai najis

sehingga sekiranya terpercik air dari anggota tubuhnya ia boleh menjejaskan

kesucian sumber air untuk berwuduk? Untuk menjawab persoalan ini mari kita

lihat sebuah riwayat daripada Abu Hurairah radhiallahu 'anh:

Bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam berjumpa dengannya di salah satu

jalan kota Madinah,

sedangkan waktu itu dia di dalam keadaan junub. Maka dia pun menyelinap

pergi daripada Rasulullah lalu mandi,

kemudian datang kembali. Ditanyakan oleh Nabi shallallahu 'alaihi wasallam ke

mana dia tadi lalu dijawabnya bahawa dia

sedang di dalam keadaan junub dan tidak hendak menemani baginda di dalam

keadaan tidak suci itu.

Maka bersabdalah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

“Maha Suci Allah, orang mukmin itu tidak mungkin najis.”[4]

            Imam al-Bukhari rahimahullah memasukkan hadis ini di dalam bab

“Keringat Orang Junub dan Seorang Muslim Tidak Najis.” Jelas melalui hadis di

atas, ia membuktikan tubuh seorang mukmin itu bukanlah najis walaupun di

dalam keadaan berjunub. Oleh itu tidak ada alasan untuk menyatakan bahawa

sekiranya terpercik air daripada tubuh seorang mukmin lalu jatuh ke dalam

bekas air ianya akan menghilangkan kesucian air tersebut. Jelas apabila barang

yang suci bertemu barang yang suci ianya tidak akan memberi pengaruh apa-
apa.[5]

Tambahan lagi menurut al-Hafidz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahullah:

Ibnu Hibban (rahimahullah) telah menyebutkan hal ini di dalam satu bab

yang tersendiri di dalam kitabnya, sebagai bantahan terhadap orang

yang berpendapat bahawa orang yang junub dan berniat mandi wajib,

lalu air percikan mandi wajibnya itu jatuh ke dalam bekas maka airnya

menjadi najis.[6] 

 
 
RASULULLAH TIDAK MENGHARAMKAN PENGGUNAAN AIR MUSTAKMAL

UNTUK BERWUDUK

            Terdapat beberapa riwayat yang sabit daripada Rasulullah shallallahu

'alaihi wasallam bahawa air mustakmal itu adalah suci dan boleh digunakan

untuk berwuduk.

Telah diriwayatkan daripada Humran (hamba abdi ‘Uthman), bahawasanya dia

melihat ‘Uthman bin Affan

minta dibawakan sebuah bejana, lalu menuangkan air dari bejana itu ke telapak

tangannya dan mencuci keduanya tiga kali. Kemudian dia memasukkan tangan

kanannya ke dalam tempat wuduk itu (bejana) lalu berkumur-kumur

seraya memasukkan air ke hidung serta mengeluarkannya. Setelah itu dia


membasuh mukanya tiga kali…

Kemudian dia (‘Uthman bin Affan) berkata: “Aku melihat Rasulullah berwuduk

sebagaimana wuduk ku ini…”[7]

            Dari hadis ini jelas kita melihat bahawa ‘Uthman al-Affan radhiallahu

'anh telah mencelup tangannya ke dalam sebuah bejana berisi air dan terus

menggunakan air tersebut untuk membasuh anggota wuduk yang lain.

Sekiranya air mustakmal itu tidak suci untuk berwuduk pasti dia akan

menyuruh Humran untuk menggantikan air di dalam bejana tersebut kerana

ianya tidak sah lagi untuk digunakan untuk berwuduk. Lantas ‘Uthman

radhiallahu 'anh mensabitkan perbuatannya kepada ajaran Rasulullah

shallallahu 'alaihi wasallam.

Rubaiyi’ binti Mu’awwidz mengkhabarkan bahawa dia melihat Rasulullah

shallallahu 'alaihi wasallam  berwuduk.

Katanya: “Baginda menyapukan kepalanya dengan air yang tersisa dari kedua

belah tangannya.”[8]

 
            Hadis ini secara jelas menunjukkan bahawa Rasulullah shallallahu

'alaihi wasallam membasuh kepalanya dengan lebihan air yang ada

ditangannya tanpa mengambil sumber air yang baru. Jika air mustakmal itu

tidak menyucikan tentu baginda shallallahu 'alaihi wasallam akan mengambil

air yang baru untuk menyapu kepalanya.

 
Daripada ‘Aisyah radhiallahu 'anha, dia berkata: Aku pernah mandi janabah
bersama Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dari satu bejana dan tangan

kami bergiliran memasuki bejana itu.[9]

 
 

            Ukuran jumlah air dalam bejana ini diterangkan oleh ‘Aisyah

radhiallahu 'anha melalui sebuah riwayat yang lain.

 
Daripada ‘Aisyah dia berkata: Aku mandi bersama Nabi shallallahu 'alaihi

wasallam dari satu bejana

dari sebuah bejana yang disebut al-Faraq.[10]

 
 

            Ulamak berbeza pendapat tentang ukuran al-Faraq. Ada yang

menyatakan ianya 16 rithil atau 3 sha’ (lebih kurang 6.5kg atau 8.25 liter) air

dan lain-lain.[11] Apapun jua ukuran tersebut ianya tetap kurang dari ukuran

dua kolah. Apa yang jelas bagi kita Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah

mandi wajib bersama ‘Aisyah[12] dan mereka berdua telah mencelupkan tangan

mereka ke dalam bejana atau al-Faraq tersebut tanpa menggantikannya dengan

air yang baru. Ini menunjukkan air mustakmal tetap suci untuk digunakan

untuk bersuci.          

Selanjutnya Imam al-Bukhari rahimahullah meriwayatkan sebuah athar secara

mu’allaq[13]:

 
“Jarir bin ‘Abdullah radhiallahu 'anh memerintahkan keluarganya untuk

berwuduk dengan sisa air yang dia gunakan untuk bersiwak (membersihkan
gigi dengan kayu sugi)”[14]

Mengikut amalan kebiasaan di Malaysia ternyata sisa air yang dipakai untuk

mencelupkan kayu siwak/sugi[15] adalah termasuk dalam jenis air mustakmal

yang tidak boleh lagi digunakan untuk berwuduk. Ternyata Jarir bin ‘Abdullah

radhiallahu 'anh seorang sahabat yang hidup sezaman dengan Nabi shallallahu

'alaihi wasallam telah menyelisihi amalan yang lazim diamalkan di Malaysia ini.

Abu Juhaifah berkata: “Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam keluar menemui

kami waktu tengahari, lalu dibawakan air kepada beliau untuk berwuduk maka

manusia mengambil sisa air wuduknya, kemudian menyapukan ke badan

mereka..”[16]

Berkenaan dengan hadis ini al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah berkata: “Di

sini terdapat keterangan yang sangat jelas mengenai sucinya air

mustakmal.”[17]

Apa yang dapat kita simpulkan dari riwayat-riwayat di atas adalah air

mustakmal itu suci lagi menyucikan tanpa timbulnya keraguan. Syaikh Sayyid

Sabiq rahimahullah berkata:

Hukumnya (air mustakmal) suci lagi menyucikan sebagaimana halnya

air mutlak tanpa berbeza sedikitpun. Hal itu adalah disebabkan asalnya

yang suci, sedangkan tidak dijumpai satu alasan pun yang

mengeluarkannya dari kesucian itu.[18]


 

 
 

BENARKAH IMAM AL-SYAFI’I MENOLAK PENGGUNAAN AIR MUSTAKMAL

DALAM WUDUK?

Setelah penulis merujuk kitab al-Umm karangan Imam al-Syafi’i rahimahullah

tentang al-Thohaarah (bersuci) jilid 1, halaman 32 hingga 44, ketika beliau

membicarakan hukum penggunaan air yang kurang dari dua kolah [19], ternyata

perbincangan beliau lebih berkisar tentang air yang kurang dari dua kolah

tersebut bercampur dengan najis. Maka di dalam keadaan ini hukum air

tersebut adalah tidak menyucikan dan tidak sah digunakan untuk berwuduk.

Sedangkan bagi air yang umat Islam di Malaysia definasikan sebagai

mustakmal maka beliau menganggap ianya suci lagi menyucikan. Telah tertulis

di dalam kitab al-Umm:

Al-Rabi’ berkata: “Peluh orang Kristian, orang berjunub dan wanita yang

sedang haid itu suci. Demikian juga peluh orang majusi dan peluh setiap

binatang ternak itu suci. Air sisa minuman binatang ternak dan binatang

buas seluruhnya itu suci kecuali anjing dan babi.

Al-Rabi’ berkata dan itu adalah kata al-Syafi’i bahawa: “Apabila seorang

meletakkan air, lalu dia mengerjakan perbuatan sunat dengan bersugi

dan dia membenamkan sugi itu di dalam air, kemudian dia

mengeluarkannya, nescaya dia dapat berwuduk dengan air itu. Kerana


yang terdapat pada sugi itu adalah air liurnya. Dan kalau dia meludah

atau berkahak atau berhingus dalam air, nescaya tidak menajiskan air

itu. Binatang ternak itu sendiri minum di dalam air dan kadang-kadang

bercampuran air liur dengan air maka tidaklah menajiskan air kecuali

binatang itu anjing dan babi.

Begitu juga kalau berpeluh, lalu peluhnya jatuh dalam air, nescaya tidak

menajiskan. Kerana keringat manusia dan binatang ternak itu tidak najis.

Dan sama sahaja dari tempat manapun peluh itu, dari bawah bahu atau

lainnya.[20]

           

Selarilah pandangan Imam al-Syafi’i rahimahullah dengan hadis-hadis yang

sabit daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tentang keabsahannya

menggunakan air mustakmal untuk berwuduk.

           

Berkenaan dengan hukum penggunaan air mustakmal ini Dr Yusuf al-

Qaradhawi berkata:

Sebahagian fuqaha berpendapat bahawa di sana ada air yang suci

namun tidak menyucikan yang mereka sebutkan sebagai air

mustakmal…Namun tidak ada dalil manapun yang menunjukkan akan

kebenaran pendapat ini bahkan dalil sebaliknya (sucinya air mustakmal)

ditunjukkan dengan sangat jelas.[21]

 
Pengarang Kitab Shahih Fikih Sunnah pula berkata:

Dalam hal ini (penggunaan air mustakmal) para ulamak berbeza

pendapat, apakah ia tetap suci atau tidak? Pendapat yang paling kuat

menyatakan bahawa ia masih tetap dianggap air yang dapat menyucikan

selagi tidak keluar dari nama air mutlak dan tidak bercampur dengan

suatu najis yang sampai mempengaruhi salah satu sifatnya (iaitu warna,

bau dan rasa). Ini adalah pendapat Ali bin Abu Thalib, Ibnu ‘Umar, Ibnu

Umamah, segolongan ulamak salaf, yang masyhur dari mazhab Malik,

salah satu riwayat daripada Syafi’i dan Ahmad, pendapat Ibnu Hazm,

Ibnu Mundzir dan pendapat yang dipilih oleh Syaikh al-Islam (Ibnu

Taymiyyah).[22]

Adalah harapan penulis dengan penjelasan yang serba ringkas ini akan dapat

menghilangkan keraguan tentang kesucian air mustakmal untuk digunakan

ketika berwuduk. Maka air yang di dalam baldi, tong drum, kolah dan

sebagainya yang biasa kita gunakan di rumah untuk menyimpan air adalah

dibenarkan untuk dipergunakan untuk berwuduk walaupun telah terpercik

dengan air dari badan kita. Air di dalam bekas tersebut adalah sama hukumnya

dengan air mutlak selagi tidak bercampur dengan najis atau berubah bau,

warna dan rasanya.

Anda mungkin juga menyukai