Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

MINGGU ANTI DADAH


SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SAMPURNA
PERINGKAT SEKOLAH
2022

TARIKH: 13 FEBRUARI 2022


TEMPAT: SK SERI SAMPURNA

ANJURAN:
UNIT PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa)
DENGAN KERJASAMA
UNIT HEM SK SERI SAMPURNA
1.0 PENGENALAN

Sambutan Minggu Anti Dadah diadakan setiap tahun di sekolah selaras arahan Kementerian
Pelajaran Malaysia melalui Unit Pendidikan Pencegahan Dadah untuk menyokong Sambutan Hari
Anti Dadah Peringkat Kebangsaan.

Aspek pendidikan dan pencegahan dadah amat penting memandangkan generasi pelapis
negara khususnya, kini berdepan dengan ancaman gejala dadah yang sangat serius. Oleh yang
demikian kesedaran tentang bahaya bahana dadah di peringkat lebih awal perlu diterapkan dalam
lapisan lapisan komuniti masyarakat.

Selain itu, menerusi aktiviti-aktiviti yang diatur, murid-murid diharap dapat memanfaatkan
peluang ini sebaik-baiknya untuk memberi impak terhadap penglibatan murid-murid secara
menyeluruh demi melahirkan modal insan yang berkualiti yang mampu menjadi pemimpin dan
menyumbang kepada pembangunan sosial negara sekaligus memberikan kesejahteraan kepada
komuniti dan masyarakat.

2. 0 MATLAMAT

Supaya murid-murid mempunyai pengetahuan , kemahiran dan kesedaran terhadap bahaya


dadah, alcohol, rokok, inhalan dan HIV/AIDS yang boleh merosakkan jasmani, emosi rohani dan
intelek serta berupaya menjauhkan diri dari perkara-perkara tersebut.

3. 0 OBJEKTIF

Objektif program ini adalah seperti berikut:

3.1 Untuk mendidik murid-murid tentang keburukan dadah seawal peringkat

prasekolah lagi.

3.2 Menyemai dan menanam sikap untuk membenci dan menjauhkan diri

daripada dadah.

3.3 Untuk memberi alternatif program sihat tanpa dadah kepada murid-murid.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Program ini melibatkan semua murid-murid dan guru-guru SK Seri Sampurna.

5.0 HARI /TARIKH

Ahad hingga Khamis (13 Februari 2022 – 17 Februari 2022)

6.0 MASA

7.30 pagi - 12.30 tengah hari


7.0 TEMPAT

Kelas masing-masing.

8.0 ANJURAN

Program ini dianjurkan oleh Unit PPDa bersama Unit HEM SK Seri Sampurna.

9.0 STRATEGI PELAKSANAAN / AKTIVITI YANG DIRANCANG

 Pelancaran Minggu Anti Dadah


 Pertandingan Mewarna Prasekolah, Tahun 1 & 2
 Pertandingan Penanda Buku Tahun 3 & 4
 Pertandingan Menghasilkan Video Pendek Tahun 5 & 6
 Pertandingan Kuiz Spontan Tahun 4,5 & 6
 Program 5 Minit Anti Dadah
 Majlis Penutup Minggu Anti Dadah

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Rujuk Lampiran A

11.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran B
12. 0 JAWATANKUASA PELAKSANA

AHLI JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Pn.Zullatulaili Binti Bachok (Guru Besar)

Naib Pengerusi 1 : Pn. Zizi Edrianna Binti Md Arshad (Guru Pen Kanan Pentadbiran )

Naib Pengerusi 2 : Pn. Rohani Binti Ismail (Guru Pen Kanan HEM )

Penyelaras PPDa : Pn Nur Syahirah Binti Mohd Saibon

Ahli Jawatankuasa: :

AJK Buku Program Menyediakan dan mengedarkan buku program


Cik Nur Hasyimah Binti Tuhalus
Pn. Markisah Binti Saru
AJK Cenderamata & Hadiah Membeli cenderamata dan hadiah yang
Pn. Siti Alizah Binti diperlukan
Pn. Nor Lila Binti Bakhrom
AJK Disiplin, Kecemasan & Keselamatan Memastikan disiplin murid terkawal.
En. Muhammad Dhiyaurrahman Bin
Pn. Yusnaini Binti Selamat
Pengawas Sekolah
AJK Pertandingan Mewarna (Pra, Tahun 1 & 2) Menyediakan gambar yang besesuaian mengikut
Guru-guru Pendidikan Kesenian Tahap 1 tema/tajuk dan membuat salinan untuk diedarkan
kepada murid-murid.
AJK Pertandingan Penanda Buku Tahun 3 & 4 Menyediakan bahan-bahan yang diperlukan dan
Guru-guru Pendidikan Kesenian Tahun 4 membimbing murid-murid untuk menghasilkan
penanda buku.
Pertandingan Menghasilkan Video Pendek Membimbing murid-murid untuk penghasilan
Tahun 5 & 6 video yang meanarik.
Guru-guru Pendidikan Kesenian Tahun 5 & 6
AJK Pertandingan Kuiz Anti Dadah Menyediakan soalan kuiz dan melaksanakan kuiz
(Tahap 2) di dalam kelas.
Guru-guru Pendidikan Kesihatan Tahap 2
AJK Gimik Pelancaran Menyediakan gimik pelancaran
Pn. Siti Alizah Binti
Pn. Hudayanna Asyikin Binti
AJK Laporan dan Dokumentasi Menyediakan laporan program dan mengambil
Pn. Nur Syahirah Binti Mohd Saibon gambar sepanjang majlis.
En. Sharom Bin Sukini
Pengacara Majlis Menjadi pengacara majlis ketika majlis perasmian
Pn. Zainon Bin Udin dan majlis penutup.
13.0 PENUTUP

Diharapkan aktiviti Minggu Anti Dadah ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan dapat
mencapai objektif yang diingini. Adadalah diharapkan aktiviti-aktiviti sihat seperti ini akan terus
berkembang dan mendapat sambutan yang baik dari semua pihak demi kesedaran untuk
mencegah dan menghapuskan dadah. Semoga usaha murni ini mendapat sokongan dari semua
pihak dan memberi manfaat sepenuhnya kepada murid-murid.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

................................................. .................................................

(NUR SYAHIRAH BINTI MOHD SAIBON) (PN. ROHANI BINTI ISMAIL)

Penyelaras Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Guru Penolong Kanan HEM

SK Seri Sampurna. SK Seri Sampurna.

Disahkan oleh,

.................................................

(PN. ZULLATULAILI BINTI BACHOK)

Guru Besar,

SK Seri Sampurna.
LAMPIRAN A
BIL PERKARA JUMLAH

1 PERTANDINGAN MEWARNA

Pemenang tempat pertama RM 4.00 X 3 = RM 16.00 RM 27.00


Pemenang tempat kedua RM 3.00 X 3 = RM 12.00
Pemenang tempat ketiga RM 2.00 X 3 = RM 8.00

2 PERTANDINGAN KUIZ

Pemenang tempat pertama RM 4.00 X 3 = RM 12.00 RM 27.00


Pemenang tempat kedua RM 3.00 X 3= RM 9.00
Pemenang tempat ketiga RM 2.00 X 3= RM 6.00

3 PERTANDINGAN PENANDA BUKU

Pemenang tempat pertama RM 4.00 X 2 = RM 8.00


Pemenang tempat kedua RM 3.00 X 2 = RM 6.00 RM 18.00
Pemenang tempat ketiga RM 2.00 X 2 = RM 4.00

4 PERTANDINGAN MENGHASILKAN VIDEO PENDEK

Pemenang tempat pertama RM 4.00 X 2 = RM 8.00


Pemenang tempat kedua RM 3.00 X 2 = RM 6.00 RM 18.00
Pemenang tempat ketiga RM 2.00 X 2 = RM 4.00

3. BUNTING RM 35.00

JUMLAH RM 125.00

Anda mungkin juga menyukai