Anda di halaman 1dari 5

KERTAS CADANGAN

PROJEK KHAS:
MENGHASILKAN CENDERAHATI

TARIKH:
SEPANJANG TAHUN 2017

HARI:
SELASA

MASA:
12.00 -1.00 TENGAHARI

TEMPAT:
KELAS PPKI SK ALAI MELAKA

ANJURAN:
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
INTEGRASI
SK ALAI, MELAKA

1
NAMA PROGRAM: PROJEK KHAS : MENGHASILKAN CENDERAHATI

1. LATAR BELAKANG
Pembangunan modal insan yang aktif dan kreatif perlu bermula di sekolah rendah lagi. Semua
murid adalah berhak mendapatkan ilmu pengetahuan dan pengalaman bagi membantu
menyiapkan mereka kepada masa depan yang lebih cerah. Di dalam konteks pendidikan khas,
murid-murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran juga tidak terkecuali dalam
mendapatkan ilmu dan bimbingan khusus di dalam pelbagai bidang yang disediakan khas untuk
mereka. Selain daripada mempelajari mata pelajaran akademik, mereka juga memerlukan latihan
dan terapi bagi memantapkan kemahiran motor kasar, motor halus, mata-tangan dan lain-lain.
Oleh yang demikian Unit Projek Khas ingin mengadakan satu program menghasilkan
cenderahati di dalam usaha mencapai matlamat di bawah.

2. MATLAMAT
Melahirkan murid-murid PPKI bermasalah pembelajaran yang mampu berdikari, kreatif dan
berdaya maju di dalam kehidupan masa hadapan kelak.

3. OBJEKTIF
3.1 Memantapkan kemahiran motor kasar dan halus serta koordinasi mata tangan murid-murid
pendidikan khas secara khusus.
3.2 Membantu murid-murid membina keyakinan diri di dalam melakukan sesuatu kerja/projek.
3.3 Memupuk semangat setiakawan di antara murid-murid lain.
3.4 Memberi pendidikan keusahawanan secara langsung dan pengalaman berjual beli.
3.5 Menghasilkan pelbagai cenderahati yang menarik daripada pelbagai bahan.
 Kraf Penutup botol
 Mug dan teddy bear
 Mug dan gula-gula
 Kuntuman Bunga

2
4. STRATEGI PELAKSANAAN
4.1 Hari : Selasa
4.2 Masa : 12.00 -1.00 tengahari
4.3 Tempat : Kelas PPKI SK Alai.
4.4 Peserta : Murid-murid Tahap 2

5. JADUAL PELAKSANAAN

BIL TARIKH MASA


1. 7.2.2017 12.00 -1.00 TENGAHARI
2. 21.2.2017 12.00 -1.00 TENGAHARI
3. 28.2.2017 12.00 -1.00 TENGAHARI
4. 14.3.2017 12.00 -1.00 TENGAHARI
5. 4.4.2017 12.00 -1.00 TENGAHARI
6. 18.4.2017 12.00 -1.00 TENGAHARI
7. 2.5.2017 12.00 -1.00 TENGAHARI
8. 9.5.2017 12.00 -1.00 TENGAHARI
9. 23.5.2017 12.00 -1.00 TENGAHARI
10. 11.7.2017 12.00 -1.00 TENGAHARI
11. 25.7.2017 12.00 -1.00 TENGAHARI
12. 15.8.2017 12.00 -1.00 TENGAHARI
13. 19.9.2017 12.00 -1.00 TENGAHARI
14. 23.10.2017 12.00 -1.00 TENGAHARI
* TARIKH DAN MASA MUNGKIN BERUBAH BERGANTUNG KEPADA KEPERLUAN.

6. PENGISIAN KELAS
6.1 Setiap murid dikehendaki menghasilkan cenderahati dengan dibimbing oleh guru/ PPM yang
di dalam kumpulan mengikut jadual yang disediakan.
6.2 Contoh, alatan dan bahan-bahan yang diperlukan untuk projek kraf akan disediakan bagi
setiap kumpulan.

3
7. AHLI JAWATANKUASA
Penasihat : En. Sabri bin Abu Samah ( Guru Besar )
Pengerusi : En. Mohd Yusof bin Mohd Aris ( GPK 1 SKPKM )
Pn. Lisa binti Mohammad (GPK HEM)
En. Nasharudin bin Abd Wahab (GPK Koku)
Pn. Nor Rizah binti Abu ( GPK P.Khas)
Setiausaha : Pn. Siti Fatimah bt Zakaria (Penyelaras Projek Khas )
AJK : 1 ) Pn. NorFazlinda bt Daud
2 ) Semua guru dan PPM PPKI

8. ANGGARAN PERBELANJAAN

4
BIL PERKARA BILANGAN HARGA SEUNIT JUMLAH
1. Mug 50 biji RM 1.00 RM 50.00
2. Plastik hamper 5 gulung RM 2.00 RM 10.00
3. Teddy bear kecil 25 set RM 1.00 RM 25.00
4. Pen Sharpie 4 batang RM 5.00 RM 20.00
5.. Reben 4 gulung RM 2.00 RM 8.00
6. Bunga plastik 4 jambak RM 5.00 RM 20.00
7. Gula-gula 4 peket RM 5.00 RM 20.00
8. Hiasan/ butang 2 peket RM 6.00 RM 12.00
JUMLAH RM 165.00

Disediakan Oleh : Disemak Oleh:


……………………………. …………………………….
Pn. Siti Fatimah bt Zakaria Pn. Nor Rizah bt. Abu
( Penyelaras Projek Khas PPKI) ( GPK Pend. Khas )

Disahkan Oleh :
…………………………..
En. Sabri bin Abu Samah
( Guru Besar SK. Alai)

Anda mungkin juga menyukai