Anda di halaman 1dari 5

KERTAS CADANGAN

PROGRAM SAHSIAH DIRI - ’HARAPAN KASIH’


SEKOLAH KEBANGSAAN RPS BANUN,
33300 GERIK, PERAK

1.0 Pengenalan

Program Sahsiah Diri -`Harapan Kasih’ ini merupakan satu pendekatan dalam
bimbingan dan kaunseling dan juga pendidikan islam dan moral yang boleh digunakan
untuk memberi pendedahan terancang ke arah pembentukan sikap yang positif,
keyakinan diri, nilai-nilai murni, perkembangan potensi dan sifat-sifat kepimpinan bagi
melahirkan pelajar-pelajar yang bertanggungjawab dan beradab.

3.0 Matlamat

Program ini diadakan bermatlamatkan supaya murid-murid Sekolah Kebangsaan RPS


Banun(K9) lebih memahami diri masing-masing serta dapat membentuk sahsiah yang
lebih baik dari segi menghormati orang yang lebih tua termasuk ibu bapa dan juga guru-
guru disamping mengamalkan sikap yang positif. Program ini juga bermatlamatkan
tentang kesedaran murid terhadap perkara yang berlaku di sekolah dan juga kelas
khususnya pencapai dalam akademik. Sekiranya gagal dalam pencapaian akademik
murid akan berasa untuk lebih berusaha ke arah mencapai kejayaan bukan berasa
putus asa atau tiada rasa untuk memajukan diri.

4.0 Objektif

Antara objektif yang hendak dicapai ialah untuk:

4.1. meningkatkan sahsiah diri


4.2. memahami nilai diri sendiri dan orang lain
4.3. membina sikap yang positif
4.4. membuat pendedahan-kendiri yang sesuai
4.5. mengenal pasti sikap positif diri untuk dihayati dan diamalkan

5.0. Sasaran

Semua murid Sekolah Kebangsaan RPS Banun(K9).

Jumlah : 307 orang (L : 151 P : 156


6.0 Pengisian Program

-1 Disember 2023

Masa Aturcara

7.45 pagi – 8.00 pagi Pendaftaran

8.00 pagi -10.00 pagi Ice-Breaking

10.15 pagi Rehat/ Kudapan

10.30 pagi -1.00 tengahari Ceramah : Adab


Oleh : Penceramah Jemputan
1.00 tengahari – 2.00 petang Rehat / Rehat
Solat Zuhur
2.00 petang - 4.00 petang LDK 1
4.00 petang Bersurai

-2 Disember 2023

Masa Aturcara

5.30pagi – 8.00 pagi Persiapan rohani

8.00 pagi -10.00 pagi LDK 2

10.15 pagi Rehat/ Kudapan

10.30 pagi -1.00 tengahari Ceramah : Kepimpinan


Oleh : Penceramah Jemputan
1.00 tengahari – 2.00 petang Rehat / Rehat
Solat Zuhur
2.00 petang - 4.00 petang LDK 3
4.00 petang Majlis penutup
Bersurai
7.0 Cadangan Tarikh Pelaksanaan Program

1 dan 2 Disember 2023

8.0 Tempat

Dewan Makan Asrama, Sek. Keb. RPS Banun

9.0 Jawatankuasa Pengelola

Penasihat : En. Mohd Zamarol Bin Ahmad


Pengerusi : En Samsudin Bin Said
Setiausaha 1 : En Md Hafid Bin Md Hassan
Setiausaha : En Mohd Faizal Bin Fauzi
Penyelaras 1 : En Mohd Syafiq Bin Shikir
Penyelaras 2 : Cik Fatin Athirah A/P Rezal
AJK : En. Ahmad Muslim Bin Mat Rahim
Cik Nurhasinah Binti Habizudi
En. Azizul bin Zahari
Pn. Nursuhada binti Arshad
En. Hafiezee bin Che Hassan

10.0 Anggaran Perbelanjaan

BIL PERKARA BUTIR AMAUN JUMLAH

Kertas 5 kotak 5 x RM 80.00 RM 400.00


1 Peralatan/ Bahan LDK Pensel 27 kotak 27 x RM RM 324.00
12.00
Kertas Manila kad
35 keping 35 x RM 2.00 RM 70.00

2 Makan/Minum(Kudapan) 307 murid RM 2.00 x 2 RM 1228.00


kali

Jumlah RM 2022.00
9.0 Penutup

Semoga program ini memberikan banyak input dan kesedaran kepada murid-murid
agar lebih beradab di dalam kehidupan dan pembangunan mereka terutama adab
kepada ibubapa dan juga guru-guru. Di samping itu, program ini juga diharapkan
dapat membina sifat kendiri yang positif dalam diri murid-murid serta dapat
mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian untuk menuntut sahsiah
yang murni dan terpuji.

Disediakan oleh,

------------------------- -------------------------------
(En Md Hafid Bin Md Hassan) (En Mohd Faizal Bin Fauzi)
Unit Pendidikan Islam Unit Bimbingan dan Kaunseling
Sek.Keb.RPS Banun(K9) Sek.Keb.RPS Banun(K9)

Diluluskan oleh,

-------------------------------------
(MOHD ZAMAROL BIN AHMAD)
Guru Besar
Sek.Keb.RPS Banun(K9)
PROGRAM SAHSIAH DIRI SK
RPS BANUN(K9)

HARAPAN
KASIH

TARIKH : 1 & 2 DISEMBER 2023


MASA : 7.45 pagi hingga 4.00 ptg
TEMPAT : Dewan Makan Asrama skrpsb(K9)
SASARAN : Murid-murid skrpsb(K9)
Tema : Sahsiah Diri

Anjuran:
Unit Pendidikan Islam dan Moral
Unit Bimbingan dan Kaunseling

Anda mungkin juga menyukai