Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN HIJRAH BADONG

KERTAS KERJA

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS 2022

ANJURAN:
UNIT HAL EHWAL MURID
DAN
JAWATANKUASA DISIPLIN DAN LEMBAGA PENGAWAS

TEMPAT:
RUANG LEGAR SK HIJRAH BADONG

TARIKH:
02- 04 NOVEMBER 2022
1.0 PENDAHULUAN

Program ini merupakan satu aktiviti yang dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Murid dan
Jawatankuasa Disiplin dan Lembaga Pengawas SK Hijrah Badong. Program ini melibatkan
semua pengawas sekolah yang telah dilantik bagi sesi persekolahan 2022. Tujuan utama
penganjuran kem ini ialah untuk memberi pendedahan cara membantu pengendalian tugas
yang pelbagai kepada pelajar sebagai panduan dan bekalan untuk menghadapi cabaran
memikul tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin. Oleh yang demikian,
program ini khususnya dirancang untuk meningkatkan kemahiran dalam kepimpinan,
pengetahuan dan menambah pengalaman serta memantapkan pelajar.. Pengawas sekolah
memerlukan bimbingan dan panduan yang betul. Pertambahan ilmu adalah salah satu cara
yang dapat memantapkan kemahiran terhadap tugas mereka. Maka kursus kepimpinan ini
sangat sesuai dilaksanakan. Semoga usaha ini akan memberi manfaat dan hasil kejayaan
yang cemerlang dalam menjalankan tugas murni mereka dari masa ke semasa demi
mengharumkan nama sekolah.

2.0 RASIONAL

Sebagai seorang yang terpilih menjadi pengawas sekolah, seseorang murid itu perlu sedar
bahawa mereka memainkan peranan penting untuk mengerakkan segala aktiviti yang
dirancang. Tanpa ilmu dan keyakinan diri, pengawas-pengawas tidak akan dapat
menjalankan peranan mereka dengan berkesan. Melalui kursus ini murid-murid yang
dilantik memegang jawatan pengawas akan mampu melaksanakan tanggungjawab mereka
dan bersama-sama membantu mengatasi masalah disiplin di sekolah.

3.0 MATLAMAT

Untuk memastikan murid-murid terlibat mempunyai pengetahuan dan kemahiran mengenai


kepimpinan dan pengurusan sesebuah organisasi dan mempraktikkannya.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Mengenal diri sendiri sebagai seorang pemimpin.


4.2 Mewujudkan ahli kepemimpinan dalam satu kumpulan.
4.3 Meyakinkan diri sendiri dalam memimpin sesebuah organisasi.
4.4 Memupuk nilai – nilai kreatif dan semangat dalam proses melengkapkan diri dengan
modul yang pelbagai.
4.5 Membina kepercayaan dan keyakinan pada diri bahawa dengan persediaan yang
mantap boleh menjadikan para pengawas dapat membantu kearah peningkatan
akademik dan sahsiah.
4.6 Melalui aktiviti – aktiviti yang telah dirancang ini, dengan harapan akan
menyemarakkan rasa komitmen yang tinggi dalam diri setiap para pengawas apabila
menghadapi tugas yang diamanahkan.

5.0 KUMPULAN SASARAN


39 orang Pengawas PPKI, tahun 4 hingga tahun 6 SK Hijrah Badong

6.0 TARIKH DAN MASA


Tarikh : 02 hingga 04 November 2020
Hari : Jumaat hingga Ahad
Masa : 2:30 petang (Jumaat) – 10:00 Pagi (Ahad)

7.0 TEMPAT
Ruang Legar, SK Hijrah Badong

8.0 AHLI JAWATANKUASA

Jawatankuasa Induk

Penaung : Pn Maryana Binti Mohiddin (Guru Besar)


Pengerusi : Pn Zaina Binti Abdul Razak (GPK HEM)
Naib Pengerusi 1 : Pn. Ayang Binti Lee (GPK 1)
2 : En. Baharodin Bin Jiren (GPK Kokurikulum)
3 : En. Masni Bin Mahdi (GPK PPKI)
Penyelaras : Pn. Rokiah Binti Haidir
Bendahari : Pn. Latifah Binti Norin

Jawatankuasa Kerja

Pendaftaran & Penginapan : Cik Hafizotul Akmal Binti Ahmad Zaki

Kawalan dan Disiplin Peserta : Pn Masni Binti Siri


Pembantu Fasilitator : En. Solihin Bin Salleh
Pn Halimah Binti Sugong
En Mohamad Asyraf Bin Mohamad Adnan
Makan Minum Peserta : Cik Nurul Azimah Bte Abu Hassan

Pn. Latifah Binti Jop

Pn. Rafiah Binti Ali

Cik Anina Binti Mostapha

Cik Ivy Nadzirah Binti Jonazirin

Penyediaan Alatan dan Bahan : En Nonykrisna Bin Marjaya

Kerohanian : En. Waliuddin Bin Zulkifli


Cik Safwanah Binti Mohtadza

Dokumentasi : Pn. Rokiah Binti Haidir

Juru Acara Majlis : Pn Sujilayati Binti Ismail

9.0 TENTATIF PROGRAM

HARI MASA AKTIVITI


2:30 petang Pendaftaran dan Pembahagian Kumpulan
3:00 Taklimat/Ice Breaking
SLOT 1
JUMAAT 3:30
Kerusi Sejuk Panas
4:30 Solat Asar dan minum petang
SLOT 2
5:00
2 NOVEMBER Kemahiran Berkomunikasi
2022 6:30 Makan malam / tadbir diri / Solat / Tazkirah
SLOT 3
8:00 malam
Si Buta Sayang
SLOT 4
9:00
Resolusi Pemimpin
10:00 Muhasabah Diri
11:00 Minum Malam
5:30 pagi Solat / Tazkirah
6:00 Senaman pagi / Minum pagi
SABTU
7:30 SLOT 5
Ceramah Kepimpinan
3 NOVEMBER 10:00 Rehat / Minum pagi
2022 SLOT 6
10:30
Tugas Pengawas
12.00 Gotong Royong
12.30 tgh Makan Tengahari / Takbir diri / Solat

2.00 petang Berkumpul Dan Taklimat Untuk Program Khidmat


Masyarakat di Pantai Kuala Matu
2.30 Bergerak ke Pantai kuala Matu
3.00 Mengutip sampah di Kawasan Pantai
5.00 Berkumpul dan bergerak balik ke Sekolah
5.30 Makan malam/ Tadbir diri/ Solat
8.00 malam Malam Kebudayaan
10.00 Bersurai/ minum malam

AHAD 5:30 pagi Solat / Tazkirah


6:00 Senaman pagi / Minum pagi
4 NOVEMBER 7:30 Penutup/ Penyampaian Hadiah
2022 9.00 Bersurai

10.0 ANGGARAN KEWANGAN

Anggaran Pendapatan Jumlah ( RM ) Anggaran Perbelanjaan Jumlah ( RM )

Bayaran Peserta RM 780.00 Makan Peserta sehari (RM10)


RM10 x 39 = RM390
( RM 20 X 39 orang )

2 Hari x RM390
= rm780 RM780

Bayaran Penceramah RM 100.00

Bahan Edaran dan alatulis RM 100.00


Sumbangan PIBG RM 100.00

(RM 5 x 39 orang)

Unit Bimbingan dan RM 100.00


Kaunseling

JUMLAH RM 980.00 RM 980.00

11.0 PENUTUP

Di akhir kursus ini, para peserta akan dapat menjalankan tugas dan tanggung jawab mereka
sebagai pemimpin kecil di sekolah dan melakukan perubahan ke arah kecemerlangan di dalam
diri dan sekolah. Kursus ini juga akan dapat memupuk murid-murid supaya mengetahui dan
membudayakan nilai-nilai kepimpinan dengan berkesan untuk mencapai kecemerlangan diri
dan sekolah. Sekaligus, dapat melahirkan pemimpin yang berkebolehan dan membentuk
barisan kepimpinan Pengawas yang kreatif dan inovatif. Di atas Keprihatinan dan sokongan
pihak pentadbiran Sekolah Kebangsaan Hijrah Badong, jutaan terima kasih diucapkan.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………………….
(ROKIAH BINTI HAIDIR) …………………………………….
Penyelaras (ZAINA BINTI ABDUL RAZAK)
Jawatankuasa Disiplin dan Lembaga Pengawas Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SK Hijrah Badong SK Hijrah Badong

Disahkan oleh,

......................................................

(MARYANA BINTI MOHIDDIN)


Guru Besar,
SK Hijrah Badong.

Anda mungkin juga menyukai