Anda di halaman 1dari 1

LAPORAN MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH KEBANGSAAN HIJRAH BADONG

Tarikh : 13 April 2022


Masa : 7.00 pagi – 8.30 Pagi
Tempat : Ruang Legar SK Hijrah Badong

LAPORAN PROGRAM
Badan Disiplin Sekolah, Pusat Sumber Sekolah dan Unit Bimbingan dan Kaunseling adalah
organisasi yang membantu pengurusan sekolah untuk pentadbiran bagi mengurus murid-murid di SK
Hijrah Badong. Dengan adanya pengawas yang mengawal tatatertib yang dilantik oleh unit disiplin,
pustakawan yang dilantik oleh pusat sumber bagi menguruskan perpustakaan dan pembimbing rakan
sebaya bagi membantu pengurusan unit bimbingan dan kaunseling dapat melatih murid untuk menjadi
pemimpin kecil. Dengan pelantikan ini adalah diharapkan pemimpin murid dapat membantu pihak
sekolah bagi mewujudkan sekolah yang cemerlang dan terbilang. Majlis telah dirasmikan oleh Puan
Maryana Binti Mohiddin, Guru Besar SK Hijrah Badong.

KEKUATAN
Program ini berjaya dilaksanakan seperti yang ditetapkan dan berjalan lancar mengikut aturcara.
Barisan pengawas yang dilantik mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan mampu menjalankan tugas dengan
baik, selain dapat menjadi contoh pelajar cemerlang serta berketrampilan dalam pelbagai aspek.

KELEMAHAN :
1. Ada diantara pengawas yang tidak dapat hadir di majlis tersebut.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:
1. Menyusun murid mengikut susunan senarai nama

Disediakan oleh :

( ROKIAH BINTI HAIDIR )


Guru Pengawas,
SK Hijrah Badong.

Anda mungkin juga menyukai