Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH KEBANGSAAN HIJRAH BADONG

JALAN ITOL, 96200 DARO

KERTAS KERJA PROGRAM PEMBENTUKAN


AKHLAK DAN SAHSIAH MURID
SK HIJRAH BADONG DARO

ANJURAN :
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
SK HIJRAH BADONG DARO

KERTAS KERJA
PROGRAM PEMBENTUKAN AKHLAK DAN SAHSIAH MURID
SK HIJRAH BADONG
TAHUN 2023

1.0 PENDAHULUAN
Program Motivasi Pembentukan Akhlak Dan Sahsiah Diri Murid-Murid SK Hijrah Badong
adalah dirancang khusus untuk para pelajar di sekolah ini supaya ia berupaya membentuk
sahsiah diri ke arah yang lebih baik sekiranya diberi ruang dan peluang di samping sokongan
pengetua, barisan pentadbir sekolah, guru-guru, ibu bapa, rakan-rakan dan mereka sendiri
yang signifikan dalam kehidupan seharian.
Program ini bukan sahaja untuk usaha memberi peningkatan diri dalam pembelajaran malah ia
juga lebih mengutamakan tentang sahsiah diri dan pembentukan akhlak yang lebih baik.
Program motivasi ini adalah penting disuntik ke dalam diri murid agar mereka mendapat
pengalaman, pendedahan dan boleh mengaplikasikan cara atau kemahiran yang diberi kepada
mereka untuk digunapakai dalam kehidupan seharian .
Selain itu, program ini juga memberi dan membina kesedaran diri mengenai tujuan sebenar
sebuah kehidupan dan membina paradigma pelajar cemerlang dari segi pencapaian sahsiah
dan akademik. Perancangan dan persediaan yang dibuat ini diharapkan dapat membantu
sedikit sebanyak dalam perkembangan sahsiah dan jati diri murid dan seterusnya menarik
minat mereka untuk mengahadapi

2.0 RASIONAL
Motivasi merupakan salah satu faktor yang dikenalpasti mampu mendorong ke arah
peningkatan prestasi dan kecemerlangan akademik serta mampu membentuk ketrampilan
murid. Walau bagaimanapun kecemerlangan akademik tidak menjamin kecemerlangan
sahsiah murid. Oleh itu, program ini dilaksanakan seiring dengan program pembentukan
sahsiah murid agar dapat melahirkan murid ya ng seimbang dari segi jasmani, emosi, intelek,
rohani dan sosial serta mampu berdaya saing dalam menghadapi cabaran globalisasi.

3.0 OBJEKTIF
1) Objektif utama program ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan agar diri
pelajar-pelajar lebih berkeyakinan dalam sesi pembelajaran dan mencungkil kelebihan dan
kelemahan diri individu untuk maju dalam pelajaran serta memberi kesedaran kepada para
pelajar tentang peranan dan tanggungjawab yang seharusnya dipikul oleh seorang murid.
2) meransang motivasi murid untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan
sahsiah.
3) membentuk pelajar yang beretika
4) melahirkan pelajar yang berdisiplin dan berdaya saing.

4.0 SASARAN
Sasaran murid untuk program ini adalah seramai 230 orang murid aliran perdana.

5.0 BELANJAWAN
a) Makan dan minum murid RM 6.00 X 230 orang = RM 1380.00
b) Bayaran Penceramah RM 600.00 = RM 600.00
c) Banner RM 150.00 = RM 150.00
d) Rencam RM 100.00 = RM 100.00
c) Makan dan Minum Guru RM 6.00 X 60 orang = RM 360.00
RM 2590.00
===========
6.0 SUMBER DAPATAN

Tabung Baitulmal Sarawak

7.0 TEMPAT DAN MASA


Ruang Legar SK Hijrah Badong
6 Mei 2023 ( Sabtu)

7.0 TENTATIF PROGRAM


7:00 pagi Pendaftaran
8:00 pagi Ice Breaking
-Matlamat
-Nikmat Jarang Disyukuri
8:30 pagi LDK 1
Radio Rosak
Nak Tak?
Fantasi Kejayaan
10:00 pagi Rehat
10:15 pg LDK 2
-Kenali Diri
-Kekuatan dan Kelemahan Diri

11:30 pagi Pagi Subconcious


12:00 tengahari Solat Zohor Bersama
Muhasabah diri
1:00 petang Bersurai

8.0 AHLI JAWATANKUASA


Pengerusi : Pn. Maryana binti Mohiddin
Timbalan Pengerusi I : Pn. Ayang binti Lee
Timbalan Pengerusi II : Pn. Zaina binti Abdul razak
Timbalan Pengerusi III : En. Baharodin bin Jiren
Timbalan Pengerusi IV : En. Masni bin Mahdi
Penyelaras : Pn. Rokiah binti Haidir
Setiausaha : Cik Nurul Azimah bte Abuhassan
Naib Setiausaha I : Cik Anina binti Mostapha
Sijil dan pendaftaran : Pn Nur Hafizah binti Kalin
Kem Komandan : En. Waliuddin bin Zulkifli
Timbalan Kem Komandan : En. Mohd Alif bin Mahd Asri
AJK : Semua Guru Panitia Pendidikan Islam

9.0 PENUTUP :

Moga program ini berjaya dilaksanakan demi memperkasakan pembentukan sahsiah dan
akhlak murid murid-murid SK Hijrah Badong. Diharapkan rentetan daripada program ini akan
berjaya membentuk akhlak terpuji dalam kalangan murid – murid.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

………………........................................ ……………...........................……....
( NURUL AZIMAH BTE ABUHASSAN ) (BAHARODDIN BIN JIREN )
Setiausaha Program Pembentukan akhlak dan sahsiah
Pembentukkan akhlak dan sahsiah SK Hijrah Badong,
SK Hijrah Badong.

Disahkan oleh:

……………...........................……....

(MARYANA BINTI MOHIDDIN )


Guru Besar,
SK. Hijrah Badong

Anda mungkin juga menyukai