Anda di halaman 1dari 4

Kertas Kerja Program Jom Buat Baik

Sekolah Kebangsaan Gangsa

1.0 PENGENALAN
Amalan Baik adalah satu elemen dalam pembentukan sahsiah diri murid untuk memacu ke arah
kecemerlangan budi pekerti. Data yang direkodkan di dalam sistem ini, akan dinilai dan dianalisis
agar penambahbaikan sahsiah diri murid dapat dipertingkatkan lagi dengan usaha sama di semua
peringkat sama ada di sekolah atau di jabatan.

Program ini mengutamakan amalan baik sebagai proses pembentukan sahsiah. Murid-murid akan
digalakkan melakukan amalan baik untuk meningkatkan status sahsiah diri. Dengan pemupukan
amalan baik ini, diharap dapat mengawal kecenderungan murid-murid melakukan kesalahan
disiplin dari semasa ke semasa. Dengan menjadikan Amalan Baik sebagai elemen utama, ia diharap
dapat menggalakkan lagi murid untuk menjadi insan yang berakhlak mulia, sekaligus dapat
membendung masalah disiplin. Pengukuran amalan baik seperti berikut:
a. Terpuji - Sangat baik dan menjadi contoh dan tauladan kepada murid lain
b. Amat Baik - Mempunyai disiplin dan sahsiah diri yang amat baik
c. Baik - Sahsiah diri yang baik
d. Perlu Perhatian Serius
e. Perlu Perhatian

2.0 KONSEP
Mewujudkan budaya positif serta menerapkan nilai-nilai murni di kalangan murid

3.0 OBJEKTIF
3.1 Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada murid-murid
3.2 Melahirkan murid-murid yang mempunyai sahsiah diri yang terpuji
3.3 Memupuk semangat berlumba-lumba untuk berbuat baik di kalangan murid
3.4 Mengurangkan jumlah murid yang melakukan salah laku

4.0 MATLAMAT
4.1 Membudayakan amalan nilai-nilai murni dalam kalangan murid
4.2 Meningkatkan status sahsiah diri murid
4.3 Mengawal kecenderungan murid untuk melakukan kesalahan disiplin dari semasa ke semasa

1
5.0 ELEMEN PENEKANAN
5.1 Tingkah laku seseorang sering kali dikaitkan dengan konsep motivasi iaitu keinginan, keperluan,
insentif, rasa takut, matlamat, kepercayan diri, minat, kepercayaan dan nilai. Motivasi intrinsik
(dalaman) dan motivasi ekstrinsik (luaran) sangat diperlukan sebagai galakkan bagi meningkatkan
status sahsiah diri setiap murid.
5.2 Motivasi intrinsik diwujudkan secara semula jadi daripada rangsangan dalaman. Ia terdiri daripada
dorongan dan minat individu bagi melakukan sesuatu aktiviti tanpa mengharap ataupun meminta
ganjaran. Ianya berkait rapat dengan keperluan penghargaan kendiri. Kesediaan seorang murid
untuk melakukan sesuatu kebaikan atas keinginan diri sendiri menyebabkannya berasa seronok
dan puas hati.
5.3 Motivasi ekstrinsik merupakan rangsangan luaran kepada seseorang untuk mengubah tingkah laku
dan minatnya terhadap sesuatu tujuan. Pujian, insentif atau ganjaran akan diberikan kepada murid
sebagai tanda penghargaan dan galakan positif atas usaha yang dilakukan.

6.0 PERINCIAN PROGRAM


6.1 Program kemenjadian dan pembentukan sahsiah murid ini diwujudkan bagi mengiktiraf dan
menghargai murid-murid yang mempunyai amalan baik tertinggi dalam Sistem Sahsiah Diri Murid
(SSDM)
6.2 Hadiah dan sijil akan diberikan pada setiap akhir bulan kepada tiga orang murid yang mempunyai
mata merit amalan baik tertinggi
6.3 Hadiah dan sijil akan diberikan pada setiap akhir bulan kepada tiga orang guru yang mempunyai
mata merit tertinggi bagi pengisian amalan baik murid

7.0 BUTIR-BUTIR PROGRAM


Nama Program : Program Jom Buat Baik
Anjuran : Sekolah Kebangsaan Gangsa
Kelolaan : Badan Disiplin Sekolah bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling
Tarikh Program : mulai Mei sehingga Disember 2022
Masa Program : sepanjang sesi persekolahan
Tempat Program : Sekolah Kebangsaan Gangsa
Sasaran : Semua murid
Anggaran Perbelanjaan :
a. Hadiah dan sijil murid ( RM 15.00 x 3 orang x 9 bulan ) = RM 405.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 405.00


Sumber Kewangan : Sumbangan PIBG ( RM 405.00 )

2
8.0 JAWATANKUASA INDUK
Pengerusi : En Andieka Bin Fadzil (Guru Besar)
Timb. Pengerusi : Pn Hjh Halizah Binti Md Ali (GPK Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi : En Azhar Bin Ayob (GPK Pentadbiran)
: Pn Norazlina Binti Jamaludin (GPK Kokurikulum)
: En Mohd Eirwan Bin Halim (GPK Pendidikan Khas)
Setiausaha : Pn Noraiza Binti Abd Rahman
Penyelaras : En Norazlan Bin Nudin (Guru Disiplin)
: Pn Nor Ashikin Binti Mohamad Ibrahim (Guru Bimbingan & Kaunseling)
Bendahari : Pn Siti Khadijah Binti Jabir
Ahli jawatankuasa : AJK Badan Disiplin Sekolah
Semua guru

9.0 JAWATANKUASA KERJA


Penyelaras Program Buku Program & Dokumentasi
En Norazlan Bin Nudin Pn Noraiza Binti Abd Rahman
Pn Nor Ashikin Binti Mohamad Ibrahim

Jurugambar Hebahan / Promosi


Guru bertugas mingguan En Noor Izhan Bin Ishak

Pengurusan Data dan Maklumat Pengurusan Hadiah dan Sijil


Pn. Roszaidah Binti Musa Pn. Noraini binti Ali

Pengisian Amalan Baik Pengurusan Papan Kenyataan


Semua guru Pn Siti Khadijah Binti Jabir

10.0 PENUTUP
Program ini diharapkan akan dapat mewujudkan budaya positif serta menerapkan nilai-nilai murni
sekaligus memudahkan proses mendidik murid ke arah pembangunan modal insan untuk
kecemerlangan sahsiah terpuji.

3
Disediakan oleh ;

.........................................
( En Norazlan Bin Nudin )
Guru Disiplin
Sekolah Kebangsaan Gangsa

KELULUSAN KERTAS CADANGAN / KERJA


Kertas cadangan ini DITERIMA / DITERIMA DENGAN PINDAAN / TIDAK DITERIMA

Disemak oleh ; Disahkan oleh ;

................................................ .....................................
( Pn Hjh Halizah binti Md. Ali ) ( En Andieka Bin Fadzil )
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Gangsa Sekolah Kebangsaan Gangsa

Peruntukkan yang diminta sebanyak RM 420.00 diperoleh daripada sumber yang dinyatakan di ruangan
sumber kewangan.

DILULUSKAN / DILULUSKAN DENGAN PINDAAN / TIDAK DILULUSKAN

Diluluskan oleh ;

...................................................
( En Mohd Samsurry Bin Sudin )
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Dan Guru ( PIBG )
Sekolah Kebangsaan Gangsa

Anda mungkin juga menyukai