Anda di halaman 1dari 15

SEKOLAH KEBANGSAAN KEM SYED SIRAJUDDIN

73400 GEMAS, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

KERTAS KERJA
PEMANTAPAH SAHSIAH DAN
AKADEMIK MURID SERTA AMALAN
GURU PENYAYANG
DI SK KEM SYED SIRAJUDDIN

ANJURAN
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
BERSAMA 10 PANITIA MATAPELAJARAN DAN PRASEKOLAH

1
01 PENGENALAN

Program Pemantapan Sahsiah dan akademik serta amalan Guru Penyayang


merupakan salah satu program yang telah dirangka dan akan dijadikan sebagai
program tahunan SK Kem Syed Sirajuddin. Program ini dirangka bagi memberi
kesedaran kepada murid tentang kepentingan adab sopan dan ilmu pengetahuan
demi masa hadapan mereka. Program ini banyak menyumbang ke arah menyuntik
semangat belajar para murid tentang peranan dan tanggungjawab mereka sebagai
murid untuk belajar dan bertekad untuk berjaya dengan cemerlang bukan sahaja
dalam peperiksaan malah berjaya dalam disiplin, sahsiah dan kokurikulum
sepertimana cogan kata SK Kem Syed Sirajuddin “Cemerlang Anak Tentera ”
Semoga hasrat warga akan tercapai suatu masa nanti.

02 RASIONAL

Memberi lebih banyak peluang kepada murid-murid untuk mempertingkatkan


kenyakinan diri dan menggilap kekuatan diri untuk menjadi terbaik di kalangan yang
terbaik.

03 MATLAMAT

Unit Bimbingan dan Kaunseling sentiasa berazam untuk melahirkan murid-murid


yang bercita-cita tinggi serta mempunyai jatidiri yang unggul untuk pembentukan
sahsiah yang cemerlang dalam semua aspek.

04 OBJEKTIF

Program Kecemerlangan motivasi adalah untuk dapat mencapai objektif yang


disasarkan seperti di bawah:-
1. Mengembangkan dan meningkatkan potensi diri dalam pembelajaran
seharian.
2. Membentuk murid yang seimbang dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan
intelektual.
3. Mendapat peluang pembelajaran yang bermakna dan berkesan.
4. Meningkatkan kualiti prestasi akademik pada tahap cemerlang
5. Memupuk nilai-nilai diri yang positif dan mengamalkan budaya murni dalam
kehidupan seharian.

05 SASARAN

1. Semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6 SK Kem Syed Sirajuddin

2. Tarikh/Hari/Masa
Mei - Oktober

9.00 pagi hingga 10.30 pagi

3. Tempat : Dewan Perwira Sk.Kem Syed Sirajuddin

06 JAWATANKUASA INDUK PROGRAM


2
Penasihat : En. Mohd Noor bin Ibrahim(Guru Besar)
Pengerusi : En.Zulkefli bin Omar ( PK HEM)
Naib Pengerusi 1 : Pn. Mariah bt Rani (GPK Kurikulum)
Naib Pengerusi 11 : En.Mehad bin Mahzan (GPK Kokurikulum)
Penyelaras Program : Pn. Suriani bt Salleh (Guru B&K)
Setiausaha : Pn. Saidatul Hafizah bt Mahad
AJK : Pn. Qairin bt Baharudin
En.Fikri bin Nordin
Pn.Hafsah bt Omar
En.Hazrin bin Hashim

07 .ANGGARAN PERBELANJAAN

bil perkara bil Jumlah (RM)


1 Hadiah kuiz bijak matematik tahap 13xrm5x10 650
1
2 Hadiah kuiz bijak matematik tahap 10xrm5x10 500
2
3 Pertandingan kelas sahsiah terpuji 5xrm25 125
tahap 1
4 Pertandingan kelas sahsiah terpuji 5xrm25 125
tahap 2
5 Hadiah Pertandingan kelas 2xrm25 50
sahsiah terpuji prasekolah
6 Hadiah bijak membaca prasekolah 10xrm5 50
7 Motivasi pemantapan sahsiah 270xrm5 1350
murid tahap 2
-makan tengahari murid
8 Hadiah pertandingan mewarna 13xrm5x10 650
tahap 1
JUMLAH RM3500

BIL SUMBER KEWANGAN JUMLAH (RM)


1 Panitia PAI dan Moral 400
2 Sumbangan kedai buku 500
3 Sumbangan KAP 500
4 Pcg bimb dan kaunseling 400
5 Prasekolah (bmp) 250
6 PIBG 550
7 9 panitia matapelajaran x rm100 900
jumlah 3500

08 PENUTUP

3
Besarlah harapan kami sekiranya program ini berjalan dengan lancar dan mampu
memberi impak yang besar dalam kalangan murid. Semoga ianya mencapai objektif
dalam usaha melahirkan murid yang bukan sahaja cemerlang akademik malahan
cemerlang daripada aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Oleh yang
demikian, sokongan dan bantuan daripada guru, ibu bapa dan pihak lain sama ada
dari segi moral dan nasihat, tenaga, kewangan serta lain-lain amatlah diperlukan.

Disediakan oleh :

..................................................
( SURIANI BT SALLEH )
Guru Bimbingan & Kaunseling
SK Kem Syed Sirajuddin
73400 Gemas, Negeri Sembilan

Disemak oleh :

..................................................
(ZULKEFLI BIN OMAR)
Guru Penolong Kanan
Sk.Kem Syed Sirajuddin
73400 Gemas Negeri Sembilan

Disahkan oleh :

..................................................
( MOHD NOOR BIN IBRAHIM )
Guru Besar
SK Kem Syed Sirajuddin
73400 Gemas, Negeri Sembilan

4
KERTAS KERJA
PROGRAM MEMPERKASAKAN AMALAN GURU PENYAYANG MELALUI
PROGRAM 3S (SENYUM,SALAM,SAPA)

ANJURAN
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SK KEM SYED SIRAJUDDIN
73400 GEMAS, NEGERI SEMBILAN

1. PENDAHULUAN
Amalan senyum, sapa dan salam (3S) bukanlah sesuatu yang baharu. Ia
merupakan sebahagian daripada amalan yang dipraktikkan dalam program guru
penyayang. AMALAN 3S ini sewajarnya dipraktikkan oleh semua warga sekolah
dalam membentuk hubungan yang teraputik dan suasana yang kondusif serta
harmonis. Konsep dan amalan 3S ini akan mewujudkan hubungan saling hormat
menghormati, sifat kasih sayang, peka kepada keadaan sekeliling dan menjadikan
suasana yang kondusif dan harmoni.
Amalan ini boleh dipraktikkan pada bila-bila masa semasa bertemu rakan, guru
ibubapa atau tetamu sekolah. Ini dapat mewujudkan suasana yang harmonis dan
kondusif dalam menyuburkan budaya masyarakat penyayang.

2. TUJUAN
2.1 Menjadikan amalan ini sebagai satu budaya yang dapat dipraktikkan di
Sekolah Kebangsaan Felda Pasir Besar.
2.2 Mengurangkan salahlaku murid.
2.3 Meningkatkan kehadiran murid ke sekolah.
2.4 Meningkatkan amalan nilai-nilai murni di kalangan warga SKPB.
2.5 Meningkatkan adab bersopan santun antara semua warga SKPB.
2.6 Merapatkan kerjasama sekolah dengan masyarakat.

3. OBJEKTIF
Adalah diharapkan amalan ini dapat :
 Membentuk budaya positif dalam kalangan warga sekolah
 Membentuk hubungan yang teraputik dan suasana yang kondusif di sekolah

5
 Membentuk sahsiah, adab yang baik, berbudi bahasa dan penuh dengan
nilai-nilai murni.
 Membentuk sifat hormat menghormati dan kasih sayang
 Mewujudkan keseronokan datang ke sekolah
4. KUMPULAN SASARAN
 Semua warga sekolah (pihak pengurusan, guru-guru, murid-murid,
kakitangan sekolah, pengawal keselamatan, ajk pibg dan tetamu yang hadir
ke sekolah)

5. KAEDAH PELAKSANAAN AMALAN 3S


5.1 Apabila murid sampai ke sekolah, mereka disambut dengan senyuman daripada
guru-guru dan pengawas bertugas. Murid digalakkan untuk turut melemparkan
senyuman sebagai tanda pertemuan.
5.2 Murid akan menyapa guru dengan ucapan-ucapan yang sopan seperti:
- Assalamualaikum cikgu
- Selamat pagi cikgu
- Good Morning teacher
- Apa khabar cikgu
5.3 Sapaan juga boleh berlaku sebaliknya di mana guru yang terlebih dahulu
memberikan salam.
5.4 Seterusnya murid boleh bersalaman dengan guru-guru atau memberikan tanda
hormat yang lain seperti menundukkan kepala, membongkokkan badan atau
meletakkan tangan di dada.

6. CADANGAN PELAKSANAAN
6.1 Pelancaran : pada 23.5.2022
6.2 Tempat : Dataran perhimpunan sekolah
6.3 Pelaksanaan sepenuhnya adalah pada tahun 2022

7. ORGANISASI INDUK
PENGERUSI : En. Mohd Noor Bin Ibrahim
Guru Besar SKKSS
T/PENGERUSI : En.Zulkifli bin Omari - GPK HEM
N/PENGERUSI : Pn. Mariah bt Omar- GPK 1
: En.Mehad bin Mahzan - GPK Koku
PENYELARAS : Pn. Suriani bt Salleh - Guru B&K
6
8. ANGGARAN BELANJAWAN
SUMBER PENDAPATAN

PCG Kaunseling

Pendapatan lain (Sumbangan)

ANGGARAN BELANJAWAN

BI PERKARA ANGGARAN JUMLAH SUMBER


L

1 Payung UM46 Red 30 inci RM 25 x 6 set RM150.00

2 Button Badge RM 2.80 x 30 set RM 84.00

3 Kertas A4 RM 11 x 2 Rim RM 22.00 PCG


KAUNSELING
4 Banting RM 50 x 4 set RM200.00
& SUMBANGAN
5 Banner RM 100 x 1 set RM100.00

JUMLAH RM 556.00

9. PENUTUP
Kejayaan ’AMALAN 3S’ ini adalah pengembelingan bersama-sama semua pihak
khususnya seluruh warga SK Kem Syed Sirajuddin. Ini juga adalah aspirasi murid
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang mahu
melahirkan murid yang ’berkualiti’ dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Adalah diharapkan agar amalan ini menjadi sebahagian daripada rutin kehidupan
murid dan impaknya dapat dilihat dalam seluruh kehidupan murid.

LAMPIRAN
TAKRIFAN AMALAN 3S (SENYUM, SAPA DAN SALAM)

SENYUM
 Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat:
7
- Gerak bibir yang ternaik pada hujungnya yang membayangkan rasa suka
(geli hati, setuju dan sebagainya)
 Sabda Nabi Muhammad SAW, “Senyummu di depan saudaramu adalah
sedekah.” Hadits Riwayat At Tirmidzi dalam sahihnya.

SAPA
 Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat:
- Kata-kata yang dituturkan untuk menegur (mengajak berbual)

SALAM
 Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat:
- Berjabat tangan tanda memberi hormat
 Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat
(seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih
baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). (An-Nisa' : 86)
 Rasulullah SAW telah memerintahkan umatnya untuk menebarkan salam iaitu
ucapan salam sejahtera: “Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh”.
 Pemberian salam yang ikhlas dengan nada dan mimik muka yang manis akan
memancing jawapan yang baik atau malah lebih baik lagi sehingga terjadilah
komunikasi dua hala yang disenangi.
 Amalan ini disenaraikan sebagai antara amalan yang paling baik di
dalam Islam.

CARA LAIN MENUNJUKKAN TANDA HORMAT


 Membongkokkan badan, menundukkan kepala dan meletakkan tangan
di dada.

8
Disediakan oleh : Disemak oleh :

.................................................. ...........................................................
( SURIANI BT SALLEH ) ( ZULKIFLI BIN OMAR )
Guru Bimbingan & Kaunseling Guru Penolong Kanan HEM
SK Kem Syed Sirajuddin SK Kem Syed Sirajuddin
73400 Gemas, Negeri Sembilan 73400 Gemas, Negeri Sembilan

Disahkan oleh:

.....................................................
(MOHD NOOR BIN IBRAHIM)
Guru Besar,
Sk.Kem Syed Sirajuddin
73400 Gemas Negeri Sembilan

9
KERTAS KERJA
PROGRAM GURU PENYAYANG
SAMBUTAN HARI LAHIR MEGA DAN HARI KANAK-KANAK
PERINGKAT SEKOLAH

14 OKTOBER 2022 (JUMAAT)

ANJURAN
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SK KEM SYES SIRAJUDDIN

1.0 PENGENALAN
Pelaksanaan Amalan Guru Penyayang (AGP) melalui Program Guru
penyayang dijadikan budaya dalam kalangan guru di sekolah. Seperti yang
dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi Surat
Siaran KPM Bilangan 4 tahun 2012 iaitu Pelaksanaan Amalan Guru
Penyayang adalah bertujuan agar setiap guru membudayakan amalan sokap
kasih sayang di sekolah. Dalam Pelaksanaan AGP terdapat 3 elemen penting
yang mesti dilaksanakan adalah seperti Mengalu-alukan kehadiran murid di
sekolah, memberi penghargaan kepada murid dan Program Mentor dan
Mentee.
Program sambutan Hari Lahir Mega merupakan salah satu cara untuk
memberi penghargaan kepada murid di sekolah. Ini adalah salah satu
program menyahut seruan KPM dan juga salah satu impian SK Felda Pasir
Besar untuk melihat Kecemerlangan murid tercapai seperti cogan kata yang
sering dilaungkan oleh Guru Besar “Akademik Pertama, Disiplin Utama,
Kokurikulum Ternama”. Semoga Transformasi yang disuntik dalam jiwa guru
dan murid-murid pada tahun ini tercapai menjadi kenyataan.

2.0 NAMA PROGRAM

Sambutan Hari Lahir dan Hari Kanak-kanak Peringkat Sekolah Tahun 2022

3.0 RASIONAL

Memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada murid-murid dan


mencetuskan kesedaran kepada kita semua bahawa masyarakat mempunyai
tanggungjawab untuk menentukan perlindungan kebajikan, kesejahteraan
serta hak-hak murid sentiasa dipelihara.

10
4.0 OBJEKTIF

Tujuan sambutan diadakan adalah untuk:


1. Menghargai sumbangan dan peranan murid-murid di sekolah
2. Mewujudkan kesedaran di kalangan guru, ibu bapa penjaga dan masyarakat
untuk memelihara hak dan masa depan murid-murid.
3. Memastikan perkembangan murid-murid secara holistik dari segi fizikal,
kognitif, bahasa, sosio emosi, sahsiah dan rohani.
4. Meningkatkan perasaan sayang kepada guru dan meningkatkan peratus
kehadiran murid ke sekolah.

5.0 TARIKH, HARI DAN MASA

Tarikh : 14 Oktober 2022


Hari : Jumaat
Masa : 8.00 pagi

6.0 TEMPAT

1. Kantin Sekolah
2. Dewan Sekolah
3. Dataran Perhimpunan sekolah

7.0 SASARAN

1. Semua Guru
2. Semua murid (Pra Sekolah, PPKI, Tahap 1 dan Tahap 2) -736 orang murid

8.0 JAWATANKUASA KERJA INDUK


Penasihat : En. Mohd Noor bin Ibrahim
Pengerusi : En.Zulkifli bin Omar ( PK HEM)
Naib Pengerusi 1 : Pn. Mariah bt Rani (GPK Kurikulum)
Naib Pengerusi 11 : En.Mehad bin Mahzan (GPK Kokurikulum)
Penyelaras Program : Pn. Suriani bt Salleh (Guru B&K)
Setiausaha : Pn. Siti Aisyah bt Sidek
AJK : En.Hazrin bin Hashim
Pn. Qairin bt Baharuddin
En.Mohd Fikri bin Nordin

AJK Pelaksana
Kawalan Murid : Guru Disiplin
Ketua Hadiah & Cenderamata : Panatia Sains & Mat
11
Ketua Sambutan Hari Lahir : Panatia BM & BI
Ketua Aktiviti 1 (Majis Bacaan Yaasin) : Panatia Agama
Ketua Aktiviti 2 (Mewarna & Melukis Poster) : Panatia PSV

9.0 AKTIVITI

Bil Aktiviti Tarikh Sasaran

Majlis Bacaan Yaasin dan Doa


1. Semua Warga Sekolah
Selamat
2. Melukis poster 14 OKTOBER 2022 Murid Tahap 2
3. Mewarna Murid Tahap 1
4. Sambutan Hari Lahir Mega Semua Warga Sekolah

10.0 ANGGARAN BAJET

Bil Sumber Jumlah Perkara Jumlah


1. Peruntukan RM 1616 a) Kek Hari Lahir
Bimbingan & RM 30.00 x 30 buku kek RM 900.00
Kaunseling
Dan b) Hadiah
Sumbangan RM 1.00 x 736 set RM 736.00

Jumlah Besar RM 1636.00

11.0 SUMBER KEWANGAN

1. Peruntukan Bimbingan & Kaunseling


2. Sumbangan

12.0 PENUTUP

Diharap, Sambutan Hari Lahir Mega ini dapat direalisasikan seperti yang telah
dirancang serta mendapat kerjasama semua guru dan murid Sk.Kem Syed
Sirajuddin. Segala kerjasama yang diberi didahulukan dengan ucapan terima
kasih.

12
Disediakan oleh : Disemak oleh :

.................................................. ...........................................................
( SURIANI BT SALLEH ) ( ZULKIFLI BIN OMAR )
Guru Bimbingan & Kaunseling Guru Penolong kanan HEM
SK Kem Syed Sirajuddin SK Kem Syed SIrajuddin
73400 Gemas, Negeri Sembilan 73400 Gemas, Negeri Sembilan

Disahkan oleh :

...................................................
(MOHD NOOR BIN IBRAHIM)
Guru Besar,
Sk.Kem Syed Sirajuddin
73400 Gemas Negeri Sembilan.

13
RUMUSAN ANGGARAN PERBELANJAAN KESELURUHAN
KERTAS KERJA
MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN & KAUNSELING
DAN AMALAN GURU PENYAYANG
SK KEM SYED SIRAJUDDIN TAHUN 2020

BIL NAMA PROGRAM ANGGARAN SUMBER


PERBELANJAAN

1 PROGRAM KECEMERLANGAN MOTIVASI RM 10,800.00


DALAM MEMPERKASAKAN
PERKHIDMATAN BIMBINGAN &
KAUNSELING PCG
KAUNSELING

2 PROGRAM MEMPERKASAKAN AMALAN RM 556.00 &


GURU PENYAYANG MELALUI PROGRAM SUMBANGAN
3S (SENYUM,SALAM,SAPA)

3 PROGRAM GURU PENYAYANG RM 1636.00


(SAMBUTAN HARI LAHIR MEGA DAN
HARI KANAK-KANAK)

JUMLAH RM 12,992.00

Disediakan oleh : Disemak oleh :

.................................................. ...........................................................
( SURIANI BT SALLEH ) ( ZULKIFLI BIN OMAR )
Guru Bimbingan & Kaunseling Guru Pen.Kanan HEM
SK Kem Syed Sirajuddin SK Kem Syed Sirajuddin
73400 Gemas, Negeri Sembilan 73400 Gemas, Negeri Sembilan

Disahkan oleh :

.................................................
(MOHD NOOR BIN IBRAHIM)
Guru Besar
Sk.Kem Syed Sirajuddin
73400 Gemas Negeri Sembilan
14
JUMLAH MURID
SK KEM SYED SIRAJUDDIN
TAHUN 2020

15

Anda mungkin juga menyukai