Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA KARNIVAL SEGAK 2.

0
PERINGKAT SK PAHI 2019
ANJURAN : PENATIA PENDIDIKAN
JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN
DENGAN KERJASAMA UNIT
KOKURIKULUM

KARNIVAL SEGAK 2.0


KERTAS KERJA PELAKSANAAN PROGRAM SEGAK
PERINGKAT SEKOLAH SK PAHI

1. Nama Program :

”KARNIVAL SEGAK”

2. Latar belakang program

Program penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah


Malaysia ( SEGAK ) ini telah dirancang selari dengan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani
dan Pendidikan Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah.
“SEGAK” mula diilhamkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2005.
Ujian ini dirancang untuk dilaksanakan sepenuhnya ke sekolah mulai sesi persekolahan tahun
2008. Pelaporan hasil ujian ini akan mendapat pengiktirafan sijil secara peperiksaan
berpusat.

3. Tema :

”AKTIFKAN DIRI BERSAMA-SAMA”

4. Matlamat

Murid sentiasa peka, berpengetahuan dan mengamalkan aktiviti kecergasan untuk


meningkat dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal yang optimum. Sebagai pemudah cara
guru untuk mengisi maklumat pelajar di dalam buku dan sistem PAJSK

5. Objektif Penganjur

Murid dapat :

5.1. mengetahui kepentingan kecergasan fizikal;

5.2. melakukan ujian kecergasan yang dirancang oleh pentadbir sekolah;

5.3. menganalisis, mengintepretasi dan menyimpan rekod kecergasan fizikal individu.

5.4. melakukan tindakan susulan untuk meningkatkan kecergasan fizikal individu melalui
perancangan aktiviti kecergasan secara sistematik; dan

5.5. pengiktirafan tahap kecergasan individu berdasarkan prestasi semasa.

6.Kumpulan Sasaran
Semua murid tahap 2 SK Pahi

7. Perlaksanaan

7.1 Masa – 7.30 pagi sehingga 1.00 petang


7.2 Tempat – Dewan Terbuka SK Pahi
7.3 Jangkamasa – 1 hari
7.4 Aktiviti – naik turun bangku, tekan tubi, tekan tubi separa dan jangkauan melunjur,

8. Tarikh perlaksanaan

30 Oktober 2019

10. Anggaran Kos

Bil. Benda Harga Seunit Unit Jumlah


1 Air minuman RM 8.00 5 kotak RM 40.00
2 Span RM 2.50 10 set RM 25.00

3 Straw RM 3.00 1 Bekas RM 3.00

4 Binding Tape RM 4.00 5 RM 20.00


JUMLAH RM 88.00

11. Ahli Jawatankuasa Program

Penasihat : Pn. Nor Asma Binti Mat Dam


Pengerusi : En Zaiddi Bin Ismail
Setiausaha : En Mohamad Firdaus Bin Mat Jusoh
AJK : Semua guru mata pelajaran PJPK

12. Penutup
Program ini dirangka bukan semata-mata untuk memenuhi takwim Unit Ko-kurikulum
SK Pahi pada tahun ini, tetapi objektif utamanya ialah untuk meningkat dan mengekalkan
tahap kecergasan fizikal yang optimum setiap murid. Justeru itu, diharap semua warga SK
Pahi dapat bersama-sama berganding bahu dalam menjayakan karnival ini.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

............................................. .............................................

(En. Mohamad Firdaus Bin Mat Jusoh) (En Zaiddi Bin Ismail)

Setiausaha, Guru Penolong Kanan Kokurikulum,

Karnival SEGAK 2.0 SK Pahi Kuala Krai

SK Pahi, Kuala Krai Kelantan

Disahkan oleh,

.............................................

(Pn Nor Asma Binti Mat Dam )

Guru Besar,

SK Pahi, Kuala Krai

Kelantan

Anda mungkin juga menyukai