Anda di halaman 1dari 5

PROGRAM : KLINIK PERMAINAN HOKI

SK BUKIT GELUGOR 2022

1.0 PENDAHULUAN

Program klinik hoki merupakan program yang dilaksanakan berasaskan tranformasi


falsafah pelaksanaan dari fokus individu kepada fokus komuniti.  Falsafah
pelaksanaan adalah selaras dengan pendekatan pembangunan belia komuniti.
 
Penekanan pendekatan pembangunan belia komuniti adalah penglibatan secara
total golongan belia dan komuniti setempat. Murid akan digerakkan secara bersama
dengan komuniti setempat dalam melaksanakan pelbagai aktiviti meliputi kegiatan
ekonomi, sosial, budaya yang dilaksanakan melalui Gaya Hidup sihat. Penglibatan
ini akan meningkatkan peranan rmurid dalam masyarakat dan membawa impak
pembangunan menyeluruh komunti tersebut. Secara tidak langsung transformasi ini 
akan membawa golongan remaja  dalam arus pembangunan negara.

Teras gerakan ini melibatkan elemen perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang
dilakukan oleh  pengamal Gaya Hidup berkenaan, berdasarkan citarasa dan
keperluan persekitaran komuniti tersebut. Di bawah teras ini, tumpuan utama
pelaksanaan program adalah ke arah menjana keupayaan pengamal Gaya Hidup
dengan melengkapkan mereka dengan pelbagai pengetahuan, kemahiran dan
sikap.  Dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan pihak sekolah ini
diharap dapat melengkapkan sistem Kokurikulum di sekolah.

2.0 MATLAMAT
1. Membentuk kerjasama antara guru pelatih dan Sekolah Kebangsaan Bukit
Gelugor melalui pelaksanaan program klinik hoki.
2. Pembangunan diri golongan murid di sekolah dengan kemahiran diri, sikap
patriotisme, daya kepimpinan dan jatidiri yang terpuji melalui pelbagai aktiviti
kegiatan gaya hidup berteraskan imej Prihatin, Mahir Dan Dinamik.

1
3. Mengiktiraf pencapaian pelajar dalam mengharungi cabaran masa lapang
menerusi Program Klinik Hoki Sekolah Kebangsaan Bukit Gelugor.
4. Menjana kesinambungan ilmu dalam bidang kemahiran, kepimpinan,
kesukarelawan dan keusahawanan,

1.0 TEMA
Prihatin, Mahir dan Dinamik.

4.0 TARIKH PROGRAM


18 JUN 2022 (SABTU).

5.0 TEMPAT PROGRAM


Padang Hoki SK Bukit Gelugor.

6.0 PENYERTAAN
Pelajar tahun 3, 4 dan 5.

7.0 ANGGARAN BELANJAWAN

Anggaran Perbelanjaan

Bil Perkara Perbelanjaan


1 Makan-minum peserta – RM3 x 50 murid RM 150
2 Bahan promosi /hebahan RM 50
3 Peralatan aktiviti RM 100
JUMLAH RM 300

Anggaran Peruntukan

Bil Perkara Perbelanjaan


1 Program Sukan Sekolah RM 300

JUMLAH RM 300

2
8.0 STRUKTUR ORGANISASI

Struktur Organisasi Klinik Hoki SK Bukit Gelugor 2022

Pengerusi : SAIIDI BIN ISMAIL

Timbalan Pengerusi I : MUHAMMAD AFIF BIN MOHD ARIS


Timbalan Pengerusi II : MUHAMMAD SYAZWAN ANAS BIN MUSA
Setiausaha : AINA NABILA BINTI OTHMAN
Timbalan Setiausaha : NUR AZIA BIN RAMLI
Urusetia : MOHD MUSLIM BIN ABDULLAH

Teknikal : MASFURI BIN AHMAD

9.0 JADUAL PROGRAM

Tarikh : 18 Jun 2022 Hari : Sabtu Masa : 8.00 – 11.00 pagi

MASA AKTIVITI CATATAN / TUGASAN


8.00 – 8.40 pagi - Pengenalan sukan hoki Guru lelaki
- Tayangan video
8.40 – 9.40 pagi - Peraturan hoki Jurulatih hoki
- Teknik-teknik permainan hoki
9.40 – 10.00 pagi - Rehat Guru perempuan
- Minum pagi
10.15 – 11.00 pagi - Strategi permainan Jurulatih hoki
- Permainan kecil

10.0 PENUTUP
Diharap dengan adanya Klinik Kecergasan Hoki ini diharap kita dapat
mengenal pasti potensi pelajar untuk di ketengahkan untuk mewakili sekolah dan
daerah pada masa akan datang. Disamping itu ianya dapat mengisi masa
terluang pelajar dengan aktiviti berfaedah. Penglibatan semua pihak dalam
menjayakan projek ini amat-amat dialukan dan diharapkan.

3
Di sediakan oleh, Tarikh :

………………………
(SAIIDI BIN ISMAIL)
Guru Penasihat
Klinik Kecergasan Hoki
SK Bukit Gelugor.

Di Sokong oleh ,

………………………
(AZMAN BIN SAAD)
Penolong Kanan KoKurikulum
SK Bukit Gelugor

Di luluskan oleh

………………………………………..........................
(NORUL HUDA BINTI MOHAMMAD YUNUS)
Guru Besar,
SK Bukit Gelugor.

LAMPIRAN :

4
5

Anda mungkin juga menyukai