Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA

BENGKEL BANTU MULA ,TALI TEMALI DAN KAWAD KALI


SK BUKIT SERAMPANG 85210 TANGKAK JOHOR

AJURAN
UNIT BERUNIFORM TKRS
TARIKH PROGRAM : 3 JUN 2023( SABTU )

FASILITATOR :
LEFTENAN MUDA SITI NAJEEHA BINTI MOHD AELIS
SRA MERLIMAU PASIR
PUAN SARIFAH NAHA BT MOHAMAD
SK SERI JAYA

DISEDIAKAN OLEH :

PUAN SARIFAH NAHA BT MOHAMAD


GURU PEMIMPIN TKRS
SK SERI JAYA SK BUKIT SERAMPANG

1.0 PENDAHULUAN

# SJwin
Latihan Asas Ikatan dan Bantu mula oleh Unit Uniform TKRS merupakan salah satu aktiviti yang
dirancang khusus kepada murid SKSJ khususnya tahap 2.Selari dengan konsep penubuhan
pasukan unit beruniform di sekolah, kecemerlangan seseorang pelajar tidak hanya bergantung
kepada pencapaian akademik semata-mata bahkan para pelajar juga perlu memiliki ciri-ciri
kepimpinan yang mantap, berketrampilan, pekerti yang mulia, dan memiliki daya tahan yang tinggi.

Ciri-ciri ini penting untuk dimiliki oleh setiap ahli pasukan bagi merealisasikan Falsafah
Pendidikan Negara. Semoga cita-cita dan hasrat murni ini akan difahami dan dihayati sepanjang
kursus ini. Di samping itu, semua peserta kursus perlu sentiasa menjunjung nilai permuafakatan
dalam melaksanakan setiap aktiviti yang dijalankan bagi mencapai kejayaan yang cemerlang,
seperti kata pepatah ‘bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat’. Dengan ini
juga diharap dapat membina jati diri para pelajar, menggilap bakat kepimpinan yang ada dan
membentuk semangat berpasukan yang tinggi dalam kalangan murid.

2.0 RASIONAL

2.1 Membina semangat dan keyakinan diri yang tinggi.


2.2 Memupuk disiplin dan jati diri serta semangat kerja berpasukan yang mantap.
2.3 Menerapkan daya kreatif individu dan bakat kepimpinan.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Untuk melahirkan pelajar yang berdisiplin dan berkemahiran melalui aktiviti yang
dijalankan seperti latihan asas tali temali , bantu mula dan Kawad kaki.
3.2 Untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada peserta-peserta kursus tentang
aspek kawad kaki secara asas dan menyeluruh termasuk aspek penilaian
pertandingan kawad kaki.
3.3 Untuk memupuk semangat kerjasama dan berdikari serta meningkatkan motivasi dan
keyakinan diri setiap peserta.

4.0 KONSEP KURSUS

4.1 Pemantapan Kemahiran Asas Kawad Kaki,


4.2 Latihan Asas Bantu mula ( Luka Kecil di tapak tangan )
4.3 Latihan asas ikatan ( Buku sila , ikatan balak dan ikatan tindih kasih )
4.4 Pemilihan peserta lebih kepada mereka yang akan berminat utk naik pangkat Koperal
TKRS
4.5 Pemantapan kemahiran asas kawad kaki melalui latihan intensif
4.6 Pendedahan dan penilaian tentang pertandingan kawad kaki , bantu mula dan ikatan
serta simpulan.

5.0 PELAKSANAAN

5.1 Tarikh : 3 Jun 2023 ( Sabtu )


5.2 Tempat : Dewan Perdana SK Seri Jaya
5.3 Masa : 8.30 am – 10.30 am

# SJwin
6.0 SENARAI JAWATANKUASA

JAWATANKUASA KURSUS

Pengerusi : En. Mohd Shofri Bin Dul Rajak


Guru Besar SK Seri Jaya

Timbalan Pengerusi : En. Maksom bin Hassan


Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Setiausaha : Pn.Sarifah Naha bt Mohamad (TKRS )

Bendahari : Pn.Roslina bt Haron (TKRS )

Fasilitator Kawad Kaki : Leftenan Muda Cik Siti Najeeha bt Mohd Aelis
SRA Merlimau Pasir

Ahli Jawatankuasa : En. Muhammad Khaidir bin Elias


: En. Mohd Firdaus bin Hussin

7.0 SASARAN

Murid yang telah ditauliahkan pangkat Lans Koperal TKRS

8.0 JADUAL

Rujuk Lampiran

9.0 AKTIVITI KURSUS

9.1,1 TALI TEMALI


9.1.2IKATAN TINDIH KASIH
9.1.3 Latihan kawad kaki dinamik

9.2 AKTIVITI
9.2.1 Penerangan dan Simulasi Kawad Kaki
9.2.2 Latihan Kawad Kaki mengikut Unit Beruniform.

# SJwin
10.0 PERBELANJAAN

Sumber Perbelanjaan : Sumbangan Individu

BUTIRAN RM RM
CENDERAHATI FASILATATOR RM 80 RM 80

11.0 PENUTUP

Adalah amat diharapkan agar Kursus Asas Kawad Kaki Unit Uniform SKSJ ini dapat
dijalankan dengan jayanya menepati sasaran dan objektif yang ingin dicapai. Kerjasama daripada
para pegawai dan semua pihak yang terlibat begitu diperlukan untuk menjayakan hasrat murni unit
beruniform dalam memartabatkan pasukan unit beruniform sebagai wadah dalam menjana
kecemerlangan murid dalam aspek sahsiah, jati diri dan kerohanian.

Disediakan Oleh
....................................................................
SARIFAH NAHA BT MOHAMAD
SETIAUSAHA PROGRAM BENGKEL KAWAD KAKI
SK SERI JAYA

Disemak Oleh
....................................................................
MAKSOM BIN HASSAN
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
SK SERI JAYA

Diluluskan Oleh
....................................................................
EN. MOHD SHOFRI BIN DUL RAJAK
GURU BESAR
SK SERI JAYA

# SJwin
SISTEM PENGURUSAN KUALITI
SK SERI JAYA BUKIT SERAMPANG
LAPORAN AKTIVITI LATIHAN ASAS KAWAD KAKI , BANTU MULA DAN IKATAN
DAN SIMPULAN

1. Nama Program :Latihan Asas Kawad Kaki , Bantu Mula dan Ikatan Simpulan
2. Tarikh : 3 Jun 2023( Sabtu )
3. Masa : 8.30 am – 10.30 am
4. Tempat : Bilik Komputer
5. Objektif :

5.1 Untuk melahirkan pelajar yang berdisiplin dan berkemahiran melalui aktiviti
yang dijalankan seperti latihan asas tali temali , bantu mula dan Kawad
kaki.

5.2 Untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada peserta-peserta


kursus tentang aspek kawad kaki secara asas dan menyeluruh termasuk
aspek penilaian pertandingan kawad kaki.

5.1 Untuk memupuk semangat kerjasama dan berdikari serta meningkatkan


motivasi dan keyakinan diri setiap peserta.

6. Sasaran : Murid yang terlibat dengan Kenaikan Pangkat TKRS peringkat negeri
Johor.

7. Butiran aktiviti : Latihan Kawad kaki , Latihan Bantu mula, Latihan Tali temali

7. Penilaian Program : Program dapat dijalankan dengan lancar dengan sokongan


padu dari pentadbir , guru -guru serta murid-murid terlibat.

8.1 Kekuatan Program :

a) Jumlah murid yang terlibat adalah kecil dan memudahkan jurulatih


membimbing murid-murid secara individu dengan lebihbaik dan berfokus.
b) Penglibatan proaktif daripada Barisan pentadbir dan guru pembimbing
turut memberi impak yang positif terhadap perjalanan program ini daripada awal
sehingga ke akhir program.

SJwin
e) Mendapat bimbingan yang baik dari Jurulatih yang dijemput yg mempunyai
kemahiran dalam bidang itu.

8.2 Kelemahan Program :


a) Murid kurang pengetahuan dan kemahiran asas dalam bidang tersebut.
b) Masalah kekangan masa kerana peruntukan masa terlalu sedikit untuk aktiviti
sebegitu.

8.3 Cadangan penambahbaikan :


a)Pelaksanaan program perlu dilakukan dengan lebih teratur dan lebih awal
sekiranya penjadualan yang khusus boleh dibuat.

9. Dokumentasi bergambar : Lampiran A

Disediakan :

……………………………………………
(SARIFAH NAHA BT MOHAMAD )
Setiausaha Program

SJwin
Lampiran A

SJwin

Anda mungkin juga menyukai