Anda di halaman 1dari 5

1.

0 PENDAHULUAN

1.1 Tujuan kertas kerja ini dibuat untuk memohon kebenaran daripada Tuan Pegawai
Pendidikan Daerah Daro, Haji Bugin Bin Haji Ragoon untuk membuat program
Klinik Kejurulatihan Olahraga Bahagian 2018.

1.2 Pertumbuhan pelajar yang cemerlang adalah terbentuk dari gabungan intelek,
jasmani, rohani, emosi dan sosial yang berpotensi tinggi. Ia terkandung di dalam
Falsafah Pendidikan Negara. Sehubungan itu, untuk tujuan pembentukan insan
yang seimbang itu, maka Sk Kg Bruit akan mengadakan satu program
pembangunan sukan olahraga untuk menjurus kepada pembentukan insan
seimbang itu. Ia dilaksanakan secara permuafakatan diantara pihak sekolah dan
sekolah Zon Tanjung Sirik.

1.3 Antara perancangan yang akan dilaksanakan adalah:

1.3.1 Mengadakan Klinik Kejurulatihan Olahraga dengan Jurulatih.

2.0 RASIONAL

2.1 Program ini adalah sebagai alternatif kepada jurulatih sekolah rendah sekitar Zon
Tanjung Sirik untuk mengembangkan lagi kemahiran dan potensi atlit untuk
mewakili sukan olahraga bukan sahaja di peringkat daerah, malahan ke
peringkat yang lebih tinggi untuk melahirkan atlit yang cemerlang dalam sukan
dan juga menjulangi nama Bahagian Mukah di peringkat yang paling tinggi.
Tambahan Bahagian Mukah masih lagi ketinggalan dari segi kualiti atlit di
peringkat negeri untuk memberi saingan kepada bahagian lain di Sarawak.

3.0 MATLAMAT.

1
3.1 Melahirkan atlit olahraga yang berdisiplin, berwawasan tinggi, berdaya saing dan
mempunyai mental yang kuat untuk menjadi atlit yang berjaya di peringkat
bahagian mahupun di peringkat lebih tinggi kerana sukan olahraga melahirkan
ramai atlit negara dari negeri Sarawak.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Program pembangunan sukan olahraga SK Kg Bruit ini diadakan dengan


beberapa objektif antaranya:
4.1.1 Dapat melahirkan atlit yang berjaya sekurang – kurangya mewakili
Zon, Daerah dan bahagian Mukah sekurang – kurangnya 5 tahun
akan datang.
4.1.2 Memupuk bakat, kemahiran serta menggalakkan potensi yang sedia
ada dan mampu memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang
berfaedah.
4.1.3 Menyediakan generasi pelajar yang mempunyai disiplin diri yang
tinggi serta mempunyai daya juang, daya tahan, dan daya saing
dalam menghadapi cabaran di peringkat yang paling tinggi.

5.0 JAWATANKUASA INDUK KLINIK KEJURULATIHAN OLAHRAGA BAHAGIAN


MUKAH 2018

2
Penaung : En Mahjim bin Wat (PK1)
Penasihat : En Mohamad Sukor bin Haji Razali (PKKK)
Pengarah Projek : En.Fadly bin Kadri
AJK : 1) En. Mohd Firdaus bin Bakari
2) En. Mohammad Hasbi bin Bolhassan
3) Puan Sa'dah binti Abang
4) Cik Norsahliza binti saharudin

6.0 JAWATANKUASA PELAKSANA KLINIK KEJURULATIHAN OLAHRAGA BAHAGIAN


MUKAH 2018

Penaung : En. Mahjim bin Wat (PK1)


Penasihat : En Mohamad Sukor bin Haji Razali (PKKK)
Pengarah Projek : En.Fadly bin Kadri
Bendahari : En Fadly bin Kadri

AJK Peralatan : En. Mohd Firdaus bin Bakari


Puan Sa'dah binti Abang

AJK Persiapan Tempat : En. Mohammad Hasbi bin Bolhassan


Cik Norsahliza binti saharudin

6.0 KLINIK KEJURULATIHAN OLAHRAGA SK KG BRUIT 2018

3
Sk Kg Bruit mengadakan Klinik pembangunan Kejurulatihan Olahraga bersama Jurulatih
Zon Tg. Sirik salah satu program yang dirancang dalam Program Pembangunan
Olahraga Sk Kg Bruit. Dengan adanya program ini dapat membantu Jurulatih sekolah
rendah sekitar bahagian Mukah dan atlit untuk memberi pendedahan dengan latihan
yang betul. Selain itu juga jurulatih dapat menambah ilmu olahraga bagi melahirkan atlit
yang berkualiti. Dengan adanya kehadiran Cikgu Mohamad Farzurullah Bin Rosli ke
program ini sedikit sebanyak dapat memberi tunjuk ajar kepada jurulatih dan atlit dalam
bidang olahraga. Beliau mempunyai Coaching Level 1 IAAF dan Level 1 KOM. Sekarang
beliau menjadi jurulatih olahraga separuh masa Majlis Sukan Negeri Sarawak dan juga
Pengerusi Teknik Olahraga MSS Bahagian Mukah..

TARIKH PROGRAM DI RANCANG : 11 – 13 Mei 2018


MASA : 1) 8.00 am – 12.00 pm
2) 2.30 pm – 5.30 pm

KURSUS : 1. Sprint and relay


2. Hurdles
3. Jumps
4. Throws

FASILITATOR : 1. En. Mohamad Farzurullah Bin Rosli

TEMPAT : Padang SK Kg Bruit.


JUMLAH PELATIH : 10 jurulatih sekolah (Maksimum peserta)
20 atlit sekolah

7.0 PENUTUP

Program ini seharusnya diadakan bagi melahirkan lebih ramai atlit yang cemerlang
dalam bidang sukan terutamanya sukan olahraga kerana pelajar yang cemerlang
4
adalah terbentuk dari gabungan intelek, jasmani, rohani, emosi dan sosial yang
berpotensi tinggi. Ia terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Negara. Sehubungan
itu, untuk tujuan pembentukan insan yang seimbang itu, maka unit KoKorikulum SK
Kg Bruit telah merancang program Klinik Kejurulatihan Olahraga untuk menjurus
kepada pembentukan insan seimbang itu. Ia dilaksanakan secara permuafakatan
diantara pihak sekolah, pelajar dan juga pihak PPD bagi menjayakan program
tersebut. Usaha kerjasama dari semua pihak amat kami perlukan bagi menjayakan
program ini untuk melahirkan atlit yang kebitaraan dalam sukan dan juga menjulangi
nama Bahagian Mukah di peringkat yang paling tinggi mahupun peringkat
antarabangsa.

Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang banyak
membantu sama ada dari segi sumbangan kebendaan dan tenaga dalam
menjayakan Program Klinik Kejurulatihan Olahraga SK Kg Bruit 2018 ini. Semoga
apa yang telah kami rancangkan ini berjalan dengan lancar, diredhai dan dirahmati
oleh ALLAH S.W.T.
Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………............... ................................................
FADLY BIN KADRI EN MOHAMAD SUKOR HJ RAZALI
PENGARAH PROJEK PKKK SK KG BRUIT/
KLINIK KEJURULATIHAN OLAHRAGA PENASIHAT PROJEK
KLINIK KEJURULATIHAN SK KG BRUIT

Disokong oleh,

………………………………………
MAHJIM BIN WAT
PK1 SK KG BRUIT/PENAUNG PROJEK
KLINIK KEJURULATIHAN SK KG BRUIT

Anda mungkin juga menyukai