Anda di halaman 1dari 6

KERTAS CADANGAN

CADANGAN PEMBANGUNAN BELIA


DAERAH HULU PERAK
KERJASAMA
MAJLIS DAERAH GERIK,
PERTUBUHAN IKRAM HULU PERAK
&
FITNESS HIGHWAY

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

Dr. Ahmad Faisal bin Ahmad Nazri Muhammad Husaini Al-Waie b. Abu Bakar
Pengurus, Setiausaha,
Akademi Taekwondo Gerik Pertubuhan IKRAM Cawangan Hulu Perak
PENGENALAN
Kelas Kejurulatihan Taekwondo merupakan idea yang dibangunkan dengan kerjasama Pertubuhan
Ikram Cawangan Hulu Perak dan Akademi Taekwondo Gerik untuk menyumbang khidmat kepada belia
luar bandar khususnya di daerah Hulu Perak. Program yang ditaja ini bertujuan untuk melahirkan 40
anak muda tempatan yang terpilih untuk mengikuti kursus dan mendapatkan sijil tauliah sebagai
pengadil dan jurulatih.

Matlamat utama penganjuran kursus ini adalah bagi mewujudkan satu program yang dapat memberi
manfaat kepada golongan muda daripada terjebak dalam masalah sosial khususnya anak muda di
kawasan luar bandar. Di samping itu, ianya juga merupakan satu alternatif bidang kerjaya yang mampu
menjana sumber pendapatan sebaik tamat kursus kejurulatihan ini.

Dengan perlaksanaan program ini, pada masa yang sama ianya dapat membangunkan sukan seni
pertahanan diri Taekwondo dan melahirkan jurulatih-jurulatih dalam kalangan belia setempat. Selain
itu juga, ianya secara tidak langsung membuka ruang pekerjaan kepada golongan belia dan menaikkan
taraf ekonomi tempatan di kemudian hari.

Objektif
1. Melahirkan jurulatih-jurulatih bertauliah dalam kalangan belia setempat
2. Melahirkan anak muda yang berdisiplin dan bebas masalah sosial
3. Membuka ruang kerjaya sebagai sumber pendapatan kepada golongan belia
4. Menjadikan peserta belia tempatan sebagai wakil jurulatih bertauliah di setiap kampung
masing-masing dan mampu menguruskan kelas sendiri
5. Supaya peserta yang tamat kursus dapat memanfaatkan kemahiran yang dipelajari kepada
masyarakat.
6. Mempromosi sukan Taekwondo dalam kalangan masyarakat setempat
7. Mencungkil bakat untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi

Visi
Menjadi satu platform dengan formula yang dapat memanfaatkan golongan belia dengan perkara
bermanfaat di samping membuka ruang kerjaya sebagai jurulatih Taekwondo bertauliah.
Pendekatan Perlaksanaan

Pihak penganjur menyasarkan seramai 40 orang peserta yang terpilih, walaubagaimanapun, sebagai
langkah permulaan, hanya dalam 10 peserta yang akan dipilih bagi melicinkan pengurusan program
amal ini. Di peringkat ini, agensi yang dicadangkan untuk mengemukakan 10 nama peserta di dalam
program ini ialah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). Perbincangan dengan pegawai telah dibuat
dan mendapat persetujuan.

Kami juga telah mendapat persetetujuan daripada ketua-ketua kampung setempat yang terpilih untuk
menamakan pemuda-pemuda di kawasan jagaan masing-masing untuk menyertai kursus
kejurulatihan ini mengikut syarat-syarat dan kriteria yang ditetapkan untuk menambah para peserta
pada masa akan datang.

Kursus kejurulatihan ini terbuka kepada anak muda dalam lingkungan usia 21 tahun – 30 tahun, yang
mampu untuk memberi komitmen mengikut jadual kursus yang ditetapkan. Walaubagaimanapun,
para peserta perlu melepasi tapisan pemilihan bagi memastikan kualiti peserta dan matlamat asal
untuk melahirkan jurulatih yang berkualiti tercapai.

Sebagai permulaan, kursus ini akan berjalan selama 3 bulan bagi membolehkan para peserta
mendapat tahap 3 daripada 6 keseluruhan. Walaubagaimanapun, ianya bergantung kepada prestasi
para peserta semasa ujian. Kekerapan kelas kejurulatihan adalah sebanyak 2 kali seminggu Jumaat
dan Sabtu pada jam 9.00-11.00 malam (tidak tetap). Tenaga pengajar yang dilantik bagi melatih para
peserta ialah En. Mohamad Abu Dzar bin Abdul Razak dan En. Ardi bin Little yang juga merupakan
jurulatih Taekwondo bertauliah dengan pengalaman mengajar lebih daripada 5 tahun.

Tarikh permulaan program ini dijangka pada September 2018 ini. Senarai nama peserta yang
menghantar nama telah mencecah lebih 40 permohonan, namun akan ditapis sehingga 10 orang
peserta sahaja untuk memulakan program. Lokasi kursus ini akan dijalankan di Studio Fitness Highway,
Gerik, Perak.

Gambar lokasi kursus kejurulatihan Taekwondo yang akan dijalankankan


Idea Peningkatan Ekonomi Para Peserta

Antara matlamat utama program ini ialah untuk memastikan ilmu dan kemahiran yang dipelajari dapat
dimanfaatkan pula kepada masyarakat luar dan pada masa yang sama menjadi sumber pendapatan
kepada para peserta setelah tamat kursus kelak. Memandangkan pemilihan para peserta turut dipilih
mengikut kawasan tempat tinggal, ini akan digunakan sebagai satu strategi awal dalam menubuhkan
kelab/kelas Taekwondo di kawasan masing-masing. Pihak pengurusan akan membimbing para peserta
untuk menubuhkan Kelab/kelas Taekwondo di kawasan masing-masing. Dalam bimbingan ini
termasuklah tentang pengurusan kewangan, promosi dan juga pemasaran.

Senarai Rancangan Aktiviti Sepanjang Tahun

Bengkel Taekwodo

Kursus ini dijalankan bagi membuka ruang kepada golongan belia setempat amnya untuk memberi
pemahaman dalam bidang seni pertahanan diri Taekwondo sebagai karier yang mampu menjana
pendapatan.

Grading (Ujian kenaikan tahap)

Program grading ini akan dijalankan sebanyak 4 kali setahun (standard persatuan Taekwondo
kebangsaan) bagi melayakkan setiap ahli ke tahap lebih tinggi. Yuran sebanyak RM30 akan dikenakan
bagi menanggung kos program.

Pertandingan

Pertandingan seni pertahanan diri Taekwondo yang mengikut standard sukan Taekwondo kebangsaan
akan dijalankan dari semasa ke semasa bagi mencungkil bakat yang boleh diketengahkan sebagai
wakil, di samping menerapkan rasa berani dalam kalangan ahli-ahli.

Bengkel Pertandingan dan Pengadilan

Program/taklimat tentang pengurusan pertandingan dan peraturan-peraturan dalam pertandingan.


Terbuka kepada ahli-ahli dan juga orang ramai untuk memahami

Bengkel Pemilihan

Kelas anjuran setiap minggu akan dijalankan oleh Jurulatih Tetap di bawah pengurusan adalah
bertujuan untuk melahirkan ahli-ahli baru daripada kalangan belia setempat. Pemilihan peserta kelas
ini akan dilakukan oleh ahl-ahli tertinggi pengurusan bagi memastikan kualiti peserta dan matlamat
kelab untuk melahirkan jurulatih yang berkualiti tercapai. Kelas ini akan dijalankan secara percuma di
bawah anjuran IKRAM dan Akademi Taekwondo Gerik.
Carta Organisasi Pengurusan Kursus Kejurulatihan Taekwondo

1) Tn. Hj. Rasidi bin


DR. AHMAD FAISAL Yamin
2) kekosongan
Presiden Penasihat 1 & 2

MOHD. ABU DZAR

Timb. presiden/ ketua


jurulatih

MOHD. SHAHRUL MOHD. FADLAN EN. ARDI

Jurulatih Sepenuh
Bendahari Setiausaha
Masa
Bajet Program Permulaan

Perkara Kos
- Yuran untuk 10 peserta (RM300/peserta) RM3,000
3 bulan tempoh kursus (sehingga tahap 3/6)

- Uniform Taekwondo (RM120/helai) RM1,200

- Kos Jurulatih (RM800/bulan) RM2,400


JUMLAH YANG DIPERLUKAN BAGI MEMULAKAN PROGRAM RM6,600.00

MAKLUMAT AKAUN

Nama Akaun : PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM) HULU PERAK

No. Akaun : 86-0119352-8

Bank : CIMB

ATAU

Nama Akaun : FITNESS HIGHWAY & GYMNASIUM

No. Akaun : 5580 795 17696

Bank : MAYBANK

Rumusan

Dengan kewujudan kursus kejurulatihan Taekwondo ini, ianya akan membuka ruang penglibatan
golongan belia khususnya dalam aktiviti atau program yang bermanfaat. Kerjasama dengan pihak-
pihak berkuasa bersama agensi-agensi kerajaan amat diperlukan bagi menjayakan program ini dan
program-program lain pada masa hadapan. Semoga permohonan sumbangan untuk tujuan program
kursus ini diluluskan supaya program ini dapat terlaksana dengan jayanya.

Anda mungkin juga menyukai