Anda di halaman 1dari 3

Laporan Post Mortem Kursus Kepengadilan Badminton Peringkat Daerah

Pada 8 Mei dan 9 Mei 2013, Kelab Badminton Sekolah Menengah


Kebangsaan Taman Jaya telah mengadakan Kursus Kepengadilan Badminton
Peringkat Daerah 2013 di Dewan Suara, Besut, Terengganu. Tujuan kursus ini
adalah untuk memantapkan kemahiran mengurus dan mengadili sesuatu
pertandingan

badminton.

Selain

itu,

kursus

ini

juga

bertujuan

untuk

mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran pengajaran dan


pembelajaran Kokurikulum permainan bagi membolehkan mereka memainkan
peranan sebagai guru dan fasilitator sukan yang berkesan.
Dalam kursus ini, terdapat 40 orang pelajar dari 3 sekolah yang berlainan,
iaitu SMK Taman Jaya, SMK Bunga Emas dan SMK Tanjung Merah telah
menghadiri kursus kepengadilan ini pada dua hari. Masa kursus ini adalah pada
pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Untuk menjayakan kursus ini, dua pemain
badminton yang berpengalaman iaitu Encik Bong Lay Teng dan Puan Santhana
Mary telah dijemput untuk menjadi instruktor kursus ini. Semasa menjalankan
kursus, dua instruktor ini telah menjelaskan tentang kemahiran-kemahiran asas
permainan badminton dan teknik kepengadilan yang berkesan. Mereka telah
memberikan penerangan secara terperinci kepada para peserta supaya mereka
akan menjadi pengadil yang professional dan bertauliah.
Selepas kursus kepengadilan ini dijalankan, semua instruktor, guru
penasihat dan peserta telah dijemput untuk menikmati makanan dan minuman
yang disediakan oleh pihak jawatankuasa. Interaksi secara mendalan telah
dijalankan antara insruktor dengan guru penasihat dan peserta. Keadaan yang
diwujudkan di situ adalah gembira dan menyenangkan. Selepas itu, kursus ini
tamat dan semua pihak bekerjasama untuk mengemaskan peralatan dan
barang-barang di Dewan Suara.

Terdapat beberapa kekuatan dalam Kursus Kepengadilan badminton yang


dijalankan ini, iaitu semua pelajar yang menghadiri kursus ini akan mendapat
ilmu pengetahuan tentang kemahiran-kemahiran asas badminton dan cara untuk
menjadi

pengadil

yang

berkemampuan

dalam

sesebuah

pertandingan

badminton. Peserta juga mendapat pengalaman yang bererti dan bermanfaat


kepada mereka kerana mereka akan berinteraksi dengan instruktor.
Selain itu, kekuatan kursus ini adalah perancangan awal yang sistematik
dan teratur. Ahli Jawatankuasa telah mengadakan mesyuarat beberapa kali
untuk membincang tentang butiran-butiran kursus ini. Selepas itu, setiausaha
telah menyediakan kertas kerja untuk perancangan kursus. Malah, susunan
aturcara yang teratur dan menepati masa.
Di samping itu, kursus ini akan mengeratkan hubungan antara pelajar
yang berasal dari sekolah yang berbeza. Mereka dapat berkongsi pendapat
masing-masing antara satu sama lain. Selain itu, mereka akan berkomunikasi
dengan pelajar lain, insruktor dan guru penasihat. Oleh itu, mereka akan
mengenali secara mendalam tentang mereka.
Kelemahan pertama yang terdapat dalam aktiviti ini pula ialah kemudahan
dan infrastruktur di Dewan Suara kurang memuaskan. Persekitaran dewan
tersebut

menimbulkan

ketidakselesaan

dalam

kalangan

para

hadiran.

Contohnya, berlaku kerosakan pada beberapa buah penghawa dingin dan ini
telah menyebabkan kepanasan. Hal ini telah menjejaskan keberkesanan sesi
kursus tersebut.
Kelemahan yang kedua ialah kursus tersebut dimulakan lewat daripada
masa yang telah ditetapkan. Hal ini adalah disebabkan oleh kelewatan segelintir
peserta dan justeru telah menyebabkan kursus tersebut tidak dapat diselesaikan
dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

Pada pandangan saya, untuk memperbaiki kelemahan yang terdapat


dalam kursus kepengadilan ini, saya mencadangkan agar pihak berkuasa
Jabatan Kerja Raya boleh menguruskan kerosakan dan ketidaksempurnaan
kemudahan dan infrastruktur dalam Dewan Suara dengan secepat mungkin
seperti sistem penghawa dingin. Dengan ini, aktiviti yang diadakan di Dewan
Suara dapat dijalankan dalam suasana yang kondusif dan selesa.
Seterusnya,

saya

juga

bercadangkan

agar

para

peserta

boleh

menghadirkan diri pada masa yang tepat agar aktiviti tersebut dapat dimulakan
pada masa yang telah ditetapkan untuk mengelakkan kesuntukan masa dan
mengganggu kelancaran aktiviti. Oleh itu, ketepatan masa peserta menghadiri
kursus akan memastikan semua aktiviti dijalankan dengan sistematik mengikut
atur cara tersebut.
Generalisasinya, saya sangat gembira dan bersyukur kerana kursus
kepengadilan badminton ini dapat dijalankan dengan lancar walaupun tertimbul
sedikit masalah. Saya amat berterima kasih kepada semua pihak yang telah
memberikan kerjasama dan bantuan dalam pelaksanaan kursus ini. Saya
berharap aktiviti yang akan diadakan seterusnya dapat dilaksanakan dengan
lebih baik.

Anda mungkin juga menyukai