Anda di halaman 1dari 3

Penulisan Jurnal Minggu 2

(31 Jan 4 Feb 2016)


1. Masalah
Pada minggu yang kedua, proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh saya
sepanjang minggu ini agak memberansangkan kerana setiap aktiviti dapat dilakukan
mengikut perancangan yang telah dibuat dan objektif pembelajaran yang ingin dicapai.
Penglibatan murid amat memuaskan. Namun, saya telah mendapati satu masalah yang
dihadapi oleh kanak-kanak prasekolah iaitu terdapat ramai yang masih tidak boleh
menguasai kemahiran menulis nama masing-masing pada lembaran kerja yang dibagikan.
2. Analisis
Pemerhatian telah dilakukan sepanjang minggu ini. Berikut merupakan hasil daripada
pemerhatian yang telah dilakukan:
a. Terdapat empat orang murid yang dapat menulis nama sendiri tanpa bimbingan.
namun dalam keempat-empat murid ini, hanya seorang sahaja yang dapat menulis
nama sendiri mengikut huruf yang betul dan kemas. Yang lain pula terdapat
campuran huruf besar dan huruf kecil dalam penulisan nama mereka walaupun
dengan ejaan yang betul.
b. Ada murid yang sudah menguasai kemahiran memegang pensel tetapi tidak dapat
mengenal ejaan nama mereka walaupun sudah mengenal huruf a hingga z.
c. Ada murid yang memerlukan bimbingan daripada guru untuk menulis nama mereka.
d. Ada murid yang menulis pada ruangan nama tetapi ejaan tersebut bukan nama
mereka sendiri.
e. Apabila diminta untuk menulis nama, murid akan memberitahu bahawa mereka tidak
pandai menulis nama dan meminta guru untuk tuliskan.
Berdasarkan pemerhatian ini, dapat dilihat dengan jelas bahawa kemahiran menulis nama
sendiri ini amat penting dalam memupuk nilai kendiri murid iaitu bukan sahaja mengenal
nama mereka malah juga tahu menulis nama mereka pada lembaran kerja atau hasil kerja
masing-masing. Hal ini secara tidak langsung membantu murid-murid menghargai diri
mereka dengan mengenal dan menulis nama masing-masing.
Guru tidak dapat memeriksa lembaran kerja atau hasil kerja murid secara terus selepas
murid menyiapkan kerja mereka kerana kekangan masa untuk slot yang seterusnya. Oleh
itu, guru menghadapi kesukaran mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran murid-murid
apabila tiba waktu memeriksa hasil kerja murid pada akhir pembelajaran kerana hasil kerja
tidak dapat dikenalpasti.

3. Cadangan Untuk Memperbaiki


Sebagai cara untuk mengatasi masalah ini, saya telah membuat kolaborasi dengan guru
pembimbing dan berbincang mengenai masalah ini. Guru pembimbing mencadangkan agar
latihan menulis nama dilakukan pada setiap awal pagi iaitu rutin pagi. Saya berpendapat
bahawa kaedah latih tubi dapat membantu murid-murid untuk menulis nama mereka dalam
setiap kerja yang diberikan.
Edward L.Thordike (1889), telah mengemukakan Teori Pelaziman Operan menyatakan
bahawa semakin banyak latihan, semakin bertambah kukuh ikatan gerak balas dengan
ransangan berkaitan. Hal ini dibuktikan dalam kajiannya yang menggunakan beberapa jenis
haiwan seperti kucing. Daripada kajiannya ini, beliau berjaya membentuk tiga hukum
pembelajaran dan salah satunya adalah Hukum Latihan. Thorndike pecaya bahawa
sekiranya latih tubi berlaku, kesan terhadap sesuatu pembelajaran dapat dilihat dalam
jangka masa panjang. Kesimpulannya, latihan beulang-ulang mampu membantu dalam
mengukuhkan sesuatu kemahiran yang dipelajari.
4. Tempoh Masa
Tempoh masa yang diambil bagi mengatasi masalah ini adalah sehingga semua murid
dapat menulis nama mereka sendiri pada lembaran kerja yang diberikan.
5. Tindakan Susulan
Berikut merupakan langkah tindakan susulan yang akan diambil bagi mengatasi masalah
menulis nama:
a. Menyediakan lembaran kerja menulis nama bagi semua murid.
b. Mengarahkan murid menulis nama sendiri pada lembaran kerja yang diberikan setiap
rutin pagi atau pada renggangan masa yang bersesuaian.
c. Latihan menulis nama ini akan dijalankan setiap hari sehingga murid dapat menulis
nama sendiri pada lembaran kerja yang diberikan.
6. Kesimpulan
Secara kesimpulannya, kemahiran menulis nama ini adalah satu kemahiran yang penting
yang harus dikuasai oleh kanak-kanak prasekolah pada sesi awal semester persekolahan
lagi. Ini bukan sahaja dapat melicinkan dan melancarkan proses penilaian dan pentaksiran
yang dilakukan oleh guru, tetapi juga penting bagi kanak-kanak prasekolah mengenal dan
menghargai diri mereka melalui tulisan nama sendiri. Penilaian akan mudah dijalankan
secara terus. Guru tidak perlu mengingat semula siapa kanak-kanak yang telah menyiapkan
lembaran atau hasil kerja dengan mengecam tulisan yang mereka lakukan.

Sebagai seorang guru pelatih, saya menyedari bahawa hal ini adalah satu aspek yang perlu
diambil kira ketika mula semester satu persekolahan. Ia bukan sahaja membantu murid
menguasai kemahiran menulis nama sendiri tetapi juga membantu mereka dalalam
kemahiran membaca nama sendiri.

Disediakan oleh

: Vivian Wong Ching Yee

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan :

Tandatangan :

Nama

Nama

Tarikh

Tarikh

Anda mungkin juga menyukai