Anda di halaman 1dari 3

Menghadang Bola Secara Individu

Teknik menghadang sangat penting jika ingin mahir dalam permainan bola tampar.
Menghadang merupakan teknik yang digunakan untuk menghalang serangan pihak
lawan yang menggunakan teknik merejam.

Cara-Cara Menghadang

Posisi Bersedia

i. Berdiri pada jarak sejangkau dari jaring


ii. Bengkokkan lutut dalam posisi sedikit menunduk
iii. Tangan diangkat lebih tingi daripada bahu
iv. Mata mengawasi sudut penujuan perejam
Aksi

i. Bengkokkan lutut sebelum melonjak dengan kedua-dua belah kaki


ii. Hulurkan tangan setinggi yang boleh melepasi jaring
iii. Kedua-dua belah tangan dan jari harus dibuka dan dalam keadaan tegak
iv. Menjangkakan bilakah masanya renjaman akan dibuat
v. Mendarat dengan kedua-dua belah kaki dan bersedia untuk pukulan yang
kedua sekiranya bola yang dihadang masuk kembali ke gelanggang pihak
lawan

Teknik-teknik Menghadang

i. Melangkah ke sisi di hadapan jaring


ii. Tangan diangkat sehingga lebih tinggi daripada bahu dan siku diletakkan
berhampiran sisi badan
iii. Bersedia menghadang dengan bahu tangan perejam
iv. Awasi penujuan lintasan bola pemukul
v. Dari kedudukan separuh mencangkung, badan dilonjakkan menggunakan
kekuatan daripada kedua-dua belah kaki
vi. Menjangkau tangan melintasi jaring
vii. Sudutkan tangan luar supaya ia dapat memesongkan bola
viii. Elakkan daripada menyentuh jaring
ix. Pemain luar turut serta membuat hadangan dan akan membentuk
penghadangan oleh dua orang pemain

Anda mungkin juga menyukai