Anda di halaman 1dari 12

PJK

Penghargaan

Saya sangat gembira kerana telah menyiapkan folio ini.Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa,keluarga dan kawan-kawan saya yang telah menolong saya dengan memberikan sedikit maklumat yang berkaitan dengan folio ini.Mereka juga telah memberikan sokongan dan dorongan untuk saya agar dapat menyiapkan folio ini.Sekian,terima kasih.

Pengenalan

Permainan bola baling (handball) berasal dari Eropah. Permainan ini telah diubah suai daripada permainan-permainan asak seperti Czeska Hasenka di Denmark dan Korball serta Raffball di Jerman. Permainan-permainan ini pernah menjadi sukan yang popular di negara-negara Eropah pada suatu masa dahulu.Orang yang memperkenalkan permainan ini ialah Heizer dari Jerman dan permainan ini dipertandingkan buat kali pertama pada 1932 di Sukan Olimpik Berlin.Permainan ini diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1977.Pada tahun 1981,negeri Selangor telah menubuhkan Persatuan Bola Baling Olimpik yang pertama.Persekutuan Bola Baling Olimpik Malaysia pula ditubuhkan 3 tahun selepasnya.Hasil penubuhan organisasi ini,permainan inimula berkembang ke seluruh Negara dan dipertandingkan ke peringkat kebangsaan.

Definisi Bola baling boleh dimainkan oleh lelaki dan perempuan dari pelbagai peringkat umur.Permainan ini ialah permainan berpasukan yang melibatkan 14 orang pemain dengan bilangan tujuh orang sepasukan.Pemain haruslah menguasai kemahiran membuat hantaran, menangkap bola, mengelecek, mengacah, menghadang, menjaring dan menjaga gol.

Cadangan Aktiviti

Membuat latihan kemahiran hantaran,menangkap bola,mengelecek dengan bola,mengacah,mengadang,menjaring dan menjaga gol. Berlari,melompat dan menyamnbut bola sebelum bola itu jatuh atau menyentuh gelanggang. Membuat latihan dengan menyentuh palang gol.

Kaedah Latihan

1.Kemahiran Hantaran Hantaran ialah kemahiran asas permainan bola baling.Pe,ain menggunakan sekurang-kurangnya tujuh kemahiran asas hantaran.

a.Hantaran atas kepala Hantaran atas kepala ialah hantaran tinggi dan jauh.Jenis hantaran seperti ini sukar untuk dipintas sekat oleh pihak lawan. Latihan kemahirannya ialah: 1. 2. 3. 4. Tegakkan kedudukan badan,dengan kedua-dua belah kaki dijarakkan. Pegang bola dengan sebelah tangan di belakang kepala sambil fleksikan siku. Ayun tangan yang memegang bola dari belakang ke hadapan melintasi kepala. Lepaskan bola dan ikut lajak.

b.Hantaran Lantun Digunakan untuk mengelirukan pihak lawan dengan membuat hantaran secara mengejut. Latihan kemahirannya ialah: Teknik kemahirannya ialah: 1. Bola dipegang pada posisi triple-threat. 2. Kedudukan siku yang memegang bola dibengkokkan dengan kedudukan lengan condong sedikit ke sisi. 3. Bahagian atas badan condong dan mata memandang ke sasaran.

4. Pemain melantunkan bola dengan melangkah kaki menggunakan kaki yang berlawanan dengan tangan membaling. 5. Pemindahan berat badan dan kaki belakang ke kaki hadapan. 6. Lengan ikut lajak ke arah sasaran.

c.Hantaran Lompat Digunakan oleh pemain untuk mengelirukan pihak lawan atau menjaringkan gol. Latihan kemahirannya ialah: 1. Berlari beberapa langkah dan melonjak dengan sebelah kaki sambil memegang bola. 2. Tolak bola ke hadapan dan ke atas dengan membuat rotasi di bahagian pinggang. 3. Mendarat sambil badan dibongkokkan untuk menyerap daya.

d.Hantaran aras dada Digunkan untuk hantaran jarak dekat tetapi pantas.Hantaran ini akan lebih berkesan apabila dilakukan oleh dua orang pemain yang membuat larian pecut dalam serangan Latihan kemahirannya ialah: 1. Kedudukan badan dalam keadaan sedia. 2. Pegang bola dengan kedua-dua belah tangan rapat pada paras dada dengan cara mencekaknya dan siku difleksikan. 3. Tolak bola ke hadapan sambil tangan diluruskan.

2.Kemahiran Menangkap Kemahiran ini dilakukan sama ada dengan kedua-dua belah tangan atau sebelah tangan dari pelbagai aras.Tujuan menangkap bola adalah untuk mengawal dan menguasai permainan.

a.Menangkap bola dengan kedua-dua belah tangan

Kedudukan badan dalam keadaan sedia. Kedua-dua tapak tangan dibuka dan dihulurkan kea rah bola. Sentiasa memandang arah atau laluan bola. Serkap dan bawa bola rapat ke dada untuk serap daya. Imbangkan kedudukan badan.

3.Kemahiran mengelecek dengan bola Mengelecek merupakan suatu pergerakkan melantun bola ke tanah secara berterusan dengan menggunakan sebelah tangan atau bertukar tangan tanpa memegang bola. Kemahiran ini berkesan dalam 3 situasi : Bergerak pantas apabila ada peluang bergerak berseorangan. Satu lawan satu Pemain tidak dapat membuat hantaran selepas menerima bola Teknik kemahirannya: Lutut dibengkokkan lebih kurang 120 dengan imbangan badan yang terkawal. Menyentuh tangan pada bahagian atas bola manakala jari sentiasa terbuka. Melakukan lantunan bola dengan jari dan bukan dengan tapak tangan. Menolak bola ke tanah dengan pergerakkan pada pergelangan tangan.

Badan hendaklah dibongkokkan sedikit ke hadapan. Hendaklah fokuskan penglihatan pada hantaran yang akan dibuat dan bukan pada bola . Tinggi lantunan hendaklah pada paras sederhana iaitu antara pinggang dan lutut. Untuk membuat hadangan, badan pemain hendaklah sentiasa berdepan dengan pihak lawan. Kemahiran Mengacah Mengacah ialah pergerakan untuk mengelirukan pihak lawan dalam usaha mendapatkan peluang menyerang pasukan lawan.Pergerakan menukar arah dengan tiba-tiba semasa mengelecek bola,memusing dan memintas merupakan kemahiran mengacah. Terdapat dua cara mengacah iaitu: 1.Mengacah tanpa bola:digunkan untuk melepaskan diri daripada kawalan pihak lawan. 2.Mengacah dengan bola:bertujuan untuk meneruskan serangan. Lari dapatkan bola di udara dan mendarat dengan imbangan yang baik. Posisi membolehkan pemain untuk mengubah arah bagi mengelirukan pihak lawan. Gerakkan sebelah kaki ke depan mengawal bola dengan kedua-dua belah tangan pada paras pinggang. Gerakkan badan ke kiri dan ke kanan untuk mengelirukan pihak lawan Dengan pergerakan ini, pemain maju ke hadapan dan melakukan gerak keliru ke arah pihak lawan.

Kemahiran Mengadang Mengadang ialah kemahiran seseorang pemain dalam mengawal pergerakan pemain lawan daripada menyerang atau menjaringkan gol.Matlamat mengadang adalah untuk menghalang pihak lawan daripada melakukan serangan yang mungkin dilakukan hingga mampu menghasilkan gol. Teknik kemahiran : Kaki buka seluas bahu untuk mendapatkan sokongan yang kukuh. Lutut bengkok sedikit untuk mendapatkan kestabilan badan. Tangan diangkat mengadang pihak penyerang. Luruskan badan dan kepala.

Kemahiran Menjaring Kemahiran menjaringkan gol bermaksud perlakuan memasukkan bola ke gawang.Tujuan menjaring adalah untuk mendapatkan mata kemenangan. Variasi menjaring adalah seperti berikut: Jaringan dari atas kepla Jaringan dari bawah lengan Jaringan lompat Jaringan junam a.Jaringan Lompat Menghantar bola ke gawang sambil melompat. Latihan kemahirannya: Bergerak dua langkah ke hadapan sambil memegang bola dengan sebelah tangan. Pada langkah terakhir,lonjak tinggi ke hadapan sambil merejam bola ke gawang. Mendarat dengan kedua-dua belah kaki sambil merendahkan badan untuk menyerap daya. b.Jaringan Junam Dikenali sebagai jaringan jatuh kerana penjaring akan menjatuhkan badannya sebaik sahaja membuat rejaman.Tujuan jaringan ini adalah untuk mendapatkan jarak jaringan yang lebih hamper dengan gol serta mengelirukan penjaga gol. Latihan kemahirannya; Gunakan kuasa pada sebelah kaki sambil memegang bola dengan sebelah tangan. Lonjak ke udara,lemparkan badan ke dalam kawasan gol. Lepaskan bola untuk jaringan sebelum badan mencecah tanah.

Mendarat dengan menyerap daya di bahagian sisi atas badan dan ikut lajak dengan menggulingkan badan.

Kemahiran Menjaga Gol Penjaga gol adadlah harapan terakhir pasukan bagi menghalangjaringan pihak lawan.Posisi ini boleh dianggap sebagai barisan pertahanan yang terakhir bagi sesuatu pasukan.Tujuan menguasai kemahiran ini adalah untuk menyekat bola daripada memasuki gawang. Penjaga gol hendaklah mempunyai kemahiran: Menangkap bola Menahan bola Menampan bola Menjatuhkan badan

a.Kemahiran Menampan Bola Merupakan tingkah laku menangkis bola dengan kaki atau tangan.Tujuannya adalah untuk mengawal serangan pihak lawan yang dating berhadapan dengan penjaga gol.Sekiranya bola terlalu rendah,penjaga gol hendaklah merebahkan badannya untuk menampan bola keluar daripada kawasan gol.

Latihan kemahirannya: Dalam keadaan sedia perhatikan arah bola. Tampan bola dengan menggunakan tangan atau kaki.

Faedah Latihan

Melakukan langkah-langkah keselamatan dalam melaksanakan aktiviti kemahiran bola baling. Mengenal pasti otot utama yang digunakan dalam permainan bola baling. Melakukan kemahiran dan strategi asas dalam permainan bola baling. Mengenal pasti tindakan berbahaya dalam situasi permainan. Merancang strategi asas dalam permainan bola baling. Melakukan sekurang-kurangnya enam kemahiran asas dalam permainan bola baling dengan teknik yang betul dan selamat.

Aspek-aspek Keselamatan

Lakukan aktiviti pemanasan badan secukupnya sebelum permainan. Memakai kasut dan pakaian yang sesuai. Penjaga gol memekai baju lengan panjang dan sarung tangan. Patikan alatan dan kawasan adalah selamat digunakan. Lakukan aktiviti untuk menyejukkan badan setelah selesai permainan.

Anda mungkin juga menyukai