Anda di halaman 1dari 2

Penulisan Jurnal Minggu 1

(24 Jan 28 Feb 2016)

1. Masalah
Pada minggu yang pertama, saya telah menghadapi dengan masalah penyesuaian diri di
sekolah baru dan mengenal pasti murid yang mempunyai masalah tingkah laku. Dalam
sepanjang tempoh masa seminggu berada di sekolah ini, saya cuba untuk menyesuaikan
diri dengan sebaiknya dari sehari ke sehari di samping melakukan pemerhatian terhadap
murid yang mempunyai masalah tingkah laku.
2. Analisis
Walaupun kali ini merupakan fasa ketiga saya menjalani program praktikum namun
disebabkan kali ini barulah pengalaman kedua sahaja saya menjalani praktikum di sekolah
kebangsaan tambahan pula saya tidak mempunyai pengalaman yang banyak dalam
menangani dan menghadapi iklim budaya sekolah kebangsaan maka proses penyesuaian
diri memerlukan suatu tempoh masa yang panjang. Namun amayt bersyukur kerana
kerjasama yang baik dari semua pihak telah melancarkan lagi urusan yang perlu saya
selesaikan pada minggu pertama ini. Contohnya, disebabkan Guru Besar tiada di sekolah
maka segala urusan diambil alih oleh guru penolong kanan pentadbiran iaitu Encik Mohd.
Fauzi.

Guru pembimbing dan pembantu prasekolah juga peramah orangnya. Ini

mengurangkan perasaan tertekan dan kerisauan saya.


Bagi murid yang menghadapi masalah tingkah laku pula, saya telah dapat mengesan
seorang murid bernama yang Nur Izzaty Zahraa bt Mohd Ismail walaupun pandai dan
mampu menyiapkan tugasan yang diberikan namun dia suka membuat nakal dan tidak
menumpukan perhatian semasa guru sedang mengajar di depan.
3. Cadangan Untuk Memperbaiki
Antara

cadangan

yang

diperoleh

daripada

guru

pembimbing

dan

kawan-kawan

seperjuangan untuk mengatasi masalah murid hiperaktif adalah:


a.
b.
c.
d.
e.
f.

Memberi teguran tegas yang sesuai.


Memberi pujian apabila berkelakuan baik.
Bercakap dengan memfokuskan kepada tingkah laku positif.
Gunakan kaedah pelbagai sensori dalam pengajaran.
Guru perlu memberi arahan yang jelas, ringkas, tepat.
Apabila memberi arahan, guru perlu meminta murid mengulang semula arahan
tersebut.

g. Gunakan banyak tindak balas aktif sepanjang pengajaran.

4. Tempoh Masa
Saya akan mencuba untuk mengatasi masalah ini secepat mungkin dalam masa seminggu
iaitu daripada 24 Jan 28 2015. Penyelesaian masalah tingkah laku murid yang baik adalah
perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya
masalah ini tidak dapat diselesaikan secepat mungkin nescaya objektif yang telah
ditetapkan tidak dapat dicapai.
5. Penilaian Kejayaan
Sepanjang

pemerhatian

yang

telah

saya

lakukan

dalam

tempoh

masa

saya

mengaplikasikan cadangancadangan yang diperoleh daripada guru pembimbing, saya


mendapati bahawa murid tersebut telah berubah kelakuannya secara beransur-ansur
daripada negatif kepada positif. Walaupun masih lagi membuat nakal namun kadarnya
berkurangan.
6. Kesimpulan
Sebagai guru pelatih yang sedang berlatih untuk menjadi guru sebenar pada masa akan
dating, saya perlu berusah keras untuk membantu setiap murid yang diajar kerana mereka
adalah tanggungjawab yang tidak boleh disia-siakan. Berdasarkan keseluruhan penulisan
jurnal ini, saya merumuskan bahawa setiap tingkah laku sama ada yang bermasalah
mahupun yang kurang memuaskan boleh ditingkatkan dengan adnya usaha dan bantuan
yang tepat.

Disediakan oleh

: Vivian Wong Ching Yee

Disemak oleh Guru PembimbingDisemak oleh Pensyarah Pembimbing


Tandatangan :

Tandatangan :

Nama

Nama

Tarikh

Tarikh

Anda mungkin juga menyukai