Anda di halaman 1dari 6

Pengenalan

Lontar peluru adalah salah satu acara olahraga iaitu acara padang yang melibatkan dari
segi melontar dalam pergerakan menolak satu bola logam besi berat sejauh yang boleh.
Sejarah :
Bermula pada abad ke-19, aktiviti melontar batu telah dijadikan pertandingan yang
dicipta oleh orang Scotland dan Ireland. Bagaimanapun, acara lontar peluru tidak dapat
diterima sebagai acara sukan di kedua-dua buah negara ini. Setelah diperkenalkan di
Amerika Syarikat, acara lontar peluru telah mendapat sambutan di beberapa kejohanan
sukan olahraga dan akhirnya menjadi acara olahraga yang dipertandingkan. Dari sini,
bermulalah sejarah baru bagi acara lontar peluru. Pada ketika itu, peluru diperbuat daripada
besi seberat 16 paun. Pada mulanya kawasan lontaran berbentuk segi empat sama dengan
ukuran 7 kaki x 7 kaki. Dan kemudian acara lontar peluru telah diperkenalkan ke negara-
negara lain. Acara ini telah diterima untuk dipertandingkan di Sukan Olimpik pada tahun
1896. Bentuk kawasan lontaran ini terus digunakan untuk Sukan Olimpik pada tahun 1900
dan 1904. Pada tahun 1909, bentuk kawasan telah ditukar kepada bentuk bulatan yang
berdiameter tujuh kaki, dengan bahagian hadapan tempat melakukan lontaran diletakkan
papan yang seakan-akan penanda, yang terdapat pada kawasan lontaran seperti yang
digunapakai sekarang. Namun begitu, tiada peraturan yang tetap berhubung teknik
melontar peluru.

Kaedah pegangan peluru.
1. Cara memegang peluru perlu diberi keutamaan oleh peserta. Terdapat dua cara untuk
memegang peluru iaitu;
i. Menggunakan tiga jari
Cara mudah dan selamat untuk memegang peluru adalah dengan meletakkan peluru
pada tapak tangan iaitu di bawah pangkal jari. Peluru mesti dipegang pada dasar tiga
jari tengah manakala ibu jari dan jarikelengkeng bertindak sebagai penyokong. Jari
kelengkeng boleh dibengkokkan atau diluruskan berhampiran dengan tiga jari
tengah.

ii. Menggunakan lima jari
Kelima-lima jari digunakan. Ibu jari dan jari kelingking mengimbangi kedudukan
peluru.
2. Peserta bolehlah cuba mengawal atau mendapatkan berat peluru dengan cara
memindahkannya dari satu tangan ke satu tangan yang lain beberapa kali.
3. Tangan kanan yang memegang peluru ditempatkan di bawah dagu ataupun ditekapkan
di rusuk leher. Tangan bebasnya pula akan diangkat ke atas melebihi paras kepalanya.
Kepalanya tegak memandang ke depan.
4. Apabila peluru berada pada kedudukan sebenar, jari kelingking boleh dibengkokkan
atau diluruskan berhampiran dengan tiga jari tengah tadi. Kini kedudukan peluru sudah
bersedia untuk dilontarkan.

Cara memgang peluru

Fasa pergerakan dalam lontar peluru.
Teknik lontaran dibahagikan kepada 4 fasa iaitu Persediaan, Gelungsur, Pelepasan dan
Pemulihan.
i. Fasa Persediaan
a. Pelontar berada di posisi untuk memulakan gelungsur.
ii. Fasa Gelungsur
a. Pada fasa gelungsur, pelontar dan peluru bergerak pantas ke arah garisan
b. balingan bagi persediaan pelepasan.
iii. Fasa Pelepasan
a. Pada pelepasan halaju ditambah dan seterusnya dipindahkan kepada peluru.
b. sebelum dilontar
iv. Fasa pemulihan
a. Pelontar mengimbangi badan untuk mengelakkan pembatalan

Teknik lontaran
Terdapat beberapa teknik yang boleh digunakan untuk melontar peluru, antaranya ialah
teknik berdiri, teknik lontaran sisi, teknik O Brien dan teknik membelakangi kawasan
lontaran (step-back).
i. Teknik berdiri.
Untuk mendapat pergerakan tangan dan bahu yang betul, boleh dilakukan dengan
teknik berdiri sebagai satu latihan. Berikut adalah cara lontaran dalam teknik berdiri;
(a) Berdiri dengan luas kaki lebih kurang 30 cm, tangan memegang peluru di bawah
dagu sehingga bersentuhan dengan tengkuk. Siku tangan yang memegang
peluru hendaklah keluar dan mendatar.
(b) Pusingkan sedikit arah ke kanan dan bawakan tangan kiri menyilang ke kanan.
(c) Bawakan kembali tangan kiri dengan cepat ke arah kiri, manakalakaki diluruskan
dan peluru di tolak keluar.
(d) Tangan diluruskan mengikut arah lontaran peluru manakala tangan kiri
membantu mengimbangkan badan.


Gerakan dalam teknik berdiri

ii. Teknik lontaran sisi.
(a) Berdiri dengan kedudukan kaki selangkah ke belakang dari garisan tengah
bulatan lontaran. Tentukan kedudukan peluru adalah selesa dan kaki kanan
di angkat.
(b) Letakkan kaki kiri pada gelanggang dan pusingkan sedikit bahu ke hadapan.
(c) Luruskan kaki kiri dan bersedia membuat lontaran.
(d) Pusingkan tapak kaki kanan dan angkat tumit serta tolak peluru keluar.


Gerakan dalam teknik lontaran sisi.

iii. Teknik membelakangi kawasan lontaran
Teknik ini merupakan gaya yang lebih maju dan mempunyai kelebihan jika dapat
dipelajari dan diaplikasikan. Langkah-langkah teknik ini adalah;
Mulakan dengan membelakangi arah membuat lontaran.

(a) Bongkokkan badan dan lutut kanan serta luruskan kaki kiri dibelakang.
(b) Kaki kiri diangkat sedikit.
(c) Turunkan kaki kiri berhampiran dengan papan penahan dalamkawasan lontaran.
(d) Pusingkan bahu dan pinggang ke arah lontaran .
(e) Tolak peluru keluar dengan kuat.


Gerakan dalam teknik membelakangi kawasan lontaran

iv. Teknik pemindahan (OBrien)
Teknik ini merupakan teknik yang digunakan oleh atlit-atlit peringkat tinggi yang
mempunyai kemahiran lontaran yang tinggi serta berpengalaman. Cara melakukan
teknik OBrien adalah seperti berikut;

(a) Berdiri dengan membelakangi arah lontaran dan kaki kananbersentuh dengan
garisan belakang.
(b) Bongkokkan badan dan angkat kaki kiri serta rapatkan dengan kaki kanan.
(c) Mulakan langkah dengan kaki kanan.
(d),(e) Bengkokkan lutut kanan dan ayunkan tangan kiri keluar.
(f),(g) Pusingkan bahu dan pinggang dan tolak serta lepaskan peluru dengan kuat.
(g),(h) Lakukan lajakan ayunan dengan memindahkan berat badan kehadapan dan
imbangkan dengan tangan kiri.


Gerakan dalam teknik OBrien

Anda mungkin juga menyukai