Anda di halaman 1dari 20

LONTAR PELURU

1.0 PENGENALAN
1.1 SEJARAH LONTAR PELURU

Acara lontar peluru adalah satu acara olahraga iaitu acara padang yang
melibatkan dari segi melontar dalam pergerakan menolak satu bola logam besi berat
sejauh yang boleh. Mengikut sejarah, aktiviti melontar batu telah dijadikan
pertandingan bermula pada abad ke-19. Orang Scotland dan Ireland telah dianggap
sebagai golongan pertama yang mencipta acara lontar peluru, berdasarkan
pertandingan melontar batu yang mereka lakukan ketika itu. Bagaimanapun, acara
lontar peluru tidak dapat diterima sebagai acara sukan di kedua-dua buah negara ini.
Setelah diperkenalkan di Amerika Syarikat, acara lontar peluru telah
mendapat sambutan di beberapa kejohanan sukan olahraga. Sebagai sebuah
negara yang mengambil berat tentang kegiatan sukan, Amerika Syarikat telah
menganggap kegiatan sukan sebagai sangat menarik, dan akhirnya menjadi acara
olahraga yang dipertandingkan. Dari sini, bermulalah sejarah baru bagi acara lontar
peluru. Pada ketika ini, peluru diperbuat daripada besi seberat 16 paun. Beberapa
peraturan yang berkaitan dengan kawasan lontaran telah dicipta. Pada mulanya
kawasan lontaran berbentuk segi empat sama dengan ukuran 7 kaki x 7 kaki.
Dengan ini, acara lontar peluru telah diperkenalkan ke negara-negara lain seperti
Greek. Acara ini telah diterima untuk dipertandingkan di Sukan Olimpik moden tahun
1896.
Bentuk kawasan lontaran ini terus digunakan untuk Sukan Olimpik pada
tahun 1900 dan 1904. Pada tahun 1909, bentuk kawasan telah ditukar kepada
bentuk bulatan yang berdiameter tujuh kaki, dengan bahagian hadapan tempat
melakukan lontaran diletakkan papan yang seakan-akan penanda, yang terdapat
pada kawasan lontaran seperti yang diguna pakai sekarang. Namun begitu, tiada
peraturan yang tetap berhubung teknik melontar peluru.

LONTAR PELURU
2.0 PERALATAN DAN KELENGKAPAN
I.PELURU
Ia diperbuat daripada besi pejal berbentuk bulat dan licin. Berat peluru untuk peserta
lelaki adalah 7.257 kg dan bagi wanita adalah 4 kg manakala ukuran diameter
adalah antara 110-130 mm dan 95-110 mm. bagi peserta remaja begantung kepada
umur iaitu peringkat umur bawah 17 tahun lelaki dan wanita adalah 5 kg dan 4 kg
manakala bawah 15 tahun lelaki dan wanita adalah 4 kg dan 3.25 kg. Perbezaan
berat peluru perlu bagi memudahkan lontaran dibuat mengikut keupayaan peserta
berdasarkan peringkat umur.
II.GELANGGANG
Ia terdiri daripada bulatan melontar dan kawasan mendarat. Bulatan melontar
dikelilingi oleh satu garisan bulat meliputi kawasan yang berdiameter 2.135 meter. Di
bahagian hadapan kawasan melontar dipasang papan penahan untuk menentukan
sama ada lontaran sah atau batal. Jika peserta memijak atau kaki melepasi papan
penahan, lontaran dikira batal. Kawasan pendaratan peluru hendaklah bebas
daripada halangan dan gangguan. Ia bersudut 400 dari titik tengah bulatan melontar.
Setiap lontaran hendaklah jatuh di dalam kawasan pendaratan ini, lontaran yang
keluar atau mengenai garisan dibatalkan.

Rajah 2.1: Gelanggang lontar peluru

LONTAR PELURU
III.PITA PENGUKUR
Pita ini digunakan untuk mengukur jarak lompatan yang dibuat oleh seseorang
peserta. Ukuran dibuat dari titik tengah bulatan tetapi bacaan hanya diambil dari
papan penanda hingga kesan tempat peluru mendarat.

IV.KASUT BERPAKU (SPIKE)


Kasut berpaku yang sesuai boleh digunakan untuk lontar peluru jika gelanggang
yang digunakan adalah padang berumput. Tetapi jika gelanggang diperbuat daripada
simen konkrit kasut sukan biasa adalah digalakkan dan sesuai untuk dipakai.

3.0 PRINSIP ASAS LONTAR PELURU

LONTAR PELURU
Gaya melontar Parry OBrien adalah kurang sesuai bagi pelajar sekolah
rendah sekiranya mereka tidak mempunyai kaki yang kuat.
Di samping itu acara ini terlalu teknikal dan memerlukan koordinasi yang
tinggi.
Justeru itu adalah memadai sekiranya para pelajar hanya diajar cara berdiri
dan melontar dan cara melungsur ke belakang sebagai suatu usaha untuk
memenuhi kehendak-kehendak pelajaran Pendidikan Jasmani.
Para pelajar seharusnya membina kesedaran bahawa melontar memerlukan
pergerakan yang licin dan koordinasi seluruh anggota badan dan bukan
setakat menolak dengan tangan sahaja.
4.0 PEGANGAN PELURU
Walau apa pun cara atau gaya lontaran yang diamalkan, teknik asas memegang
peluru secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua:
Teknik memegang peluru dengan tiga jari
o -Peluru

disokong

di

pangkal

ketiga-tiga

jari

tengah

(yang

direnggangkan sedikit) dan ibu jari. Jari kelingking dibengkokkan di sisi


peluru.
Teknik memegang peluru dengan lima jari
o -Kelima-lima jari digunakan. Ibu jari dan jari kelingking mengimbangi
kedudukan peluru.Teknik ini disyorkan kepada pelajar sekolah rendah.

I)memegang dengan tiga jari

ii) Memegang dengan lima jari

5.0 TEKNIK MELONTAR PELURU


Teknik atau gaya melontar peluru yang biasa diamalkan ialah:

LONTAR PELURU
1.
2.
3.
4.
5.

Gaya berdiri dan melontar (tanpa lungsuran)


Gaya melungsur selangkah
Gaya Parry OBrien
Teknik lontaran sisi
Teknik membelakangi kawasan lontaran

5.1 GAYA BERDIRI DAN MELONTAR (TANPA LUNGSURAN)

LAKUAN SEDIA

Peserta berdiri di bahagian hadapan bulatan dengan bahu kirinya menghala


ke arah lontaran.
Setelah menempatkan peluru di bahagian yang sesuai (lebih kurang di bawah
telinga), peserta hendaklah merendahkan badan dengan membengkokkan
kaki kanannya yang terletak hampir dengan garis pusat bulatan.
Berat badan peserta hendaklah dipindahkan ke kaki belakang.
KILASAN BADAN

LONTAR PELURU

Pergerakan mengilas badan dimulakan dengan bahu tangan bebas


digerakkan ke hadapan.
Ini diikuti dengan bahagian pinggul kanan bergerak ke hadapan dan ke atas.
Serentak dengan kesemua pergerakan ini tangan harus mula menolak peluru.

LONTARAN

Tolakan peluru diteruskan dengan kaki belakang (kaki kanan) diluruskan sambil
menekan ke atas tanah sehingga badan menjadi terangkat.
Peluru pun dilontar keluar dari tangan menuju ke hadapan dan ke atas.
Tangan pelontar mengakhiri pergerakan ini dalam keadaan lurus.

LONTAR PELURU
Mata pelontar pula mengikuti pergerakan sehigga peluru itu mendarat.

PULIHAN

Dalam gaya berdiri ini pelontar tidak melakukan dan pergerakan badan pula
tidak begitu kuat.
Oleh itu fasa pulihan tidak ditegaskan dalam gaya ini.
Cara melontar peluru secara berdiri :

LAKUAN SEDIA

5.2 GAYA MELUNGSUR SELANGKAH

MENGILAS BADAN -

MELONTAR

LONTAR PELURU

LAKUAN SEDIA

Pelontar berdiri di bahagian belakang bulatan dengan membelakangkan


kawasan lontaran.
Selepas menempatkan peluru di tempat yang sepatutnya, bongkokkan badan
dengan membengkokkan kaki kanan.
Kaki kiri diibaratkan dalam keadaan selesa (bengkok dan mencecah
bahagian tengah bulatan dengan hujung kaki).
Tangan bebas berperanan untuk mengimbangkan kedudukan badan dan ia
diletakkan di hadapan badan pelontar dengan sikunya dibengkokkan sedikit.

LUNGSURAN

Daripada lakuan sedia menolak dengan kaki kiri supaya kaki kanan pelontar
dapat membuat lungsuran ke bahagian tengah bulatan.
Lungsuran ini dilakukan secara pantas dan licin.
Berat badan pelontar mestilah masih berada di kaki kanan manakala
bahagian badan pula terus dibiarkan membongkok.
Kaki kiri pelontar pula diletakkan di hadapan bulatan.

KILASAN BADAN

LONTAR PELURU
Sebaik sahaja kaki kanan bertapak semula dan proses lungsuran itu tamat,
pinggul kanan dipusingkan ke kiri dan ke atas serentak dengan kilasan badan.
Bahu dan tangan kanan (yang memegang peluru) masih menghala ke
belakang.
LONTARAN
Apabila kilasan badan itu selesai (badan menghadap ke arah lontaran), kaki
yang melungsur (kaki kanan yang di belakang) menolak dengan kuat sehingga
badan menjadi terangkat dan melentik.
Pergerakan ini hendaklah disusuli dengan pergerakan menolak peluru yang
bermula dengan menggunakan bahagian bahu dan diikuti pula dengan tangan
yang memegang peluru.
Tangan mengikut peluru sejauh yang boleh dan kaki kiri mestilah digunakan
untuk menahan dengan kuat.
Kedua-dua belah kaki mesti bersentuhan dengan tanah semasa peluru
dilontarkan.
PULIHAN
Sebaik langkah mengelakkan pelontar daripada kehilangan imbangan dan
terjatuh di kawasan hadapan selepas melepaskan peluru, pergerakan pulihan
hendaklah dilakukan jika perlu.
Pergerakan ini merupakan sebahagian daripada pergerakan ikut lajak.
Langkah pulihan ini dilakukan dengan membawa kaki kanan ke hadapan
bulatan (belakang papan penahan) dan pada masa yang sama kaki kiri
digerakkan ke belakang secara tergantung untuk membantu imbangan
badan.

5.3 GAYA PARRY OBRIEN

LONTAR PELURU

Gaya Parry OBrien adalah satu gaya yang telah diperkenalkan oleh Parry
OBrien sendiri.
Beliau ialah seorang ahli sukan Amerika yang terkemuka pada tahun 50-an.
Pada tahun 1956, dengan gaya mulaan yang membelakangkan kawasan
lontaran, beliau telah berjaya menjadi pelontar pertama yang mencipta rekod
dunia dengan lontaran melebihi 18 meter jaraknya.
Teknik lontaran ini masih popular hingga ke hari ini. Di samping
sumbangannya

dari

segi

teknik

melontar, Parry OBrien

juga

telah

membuktikan kepada ahli sukan tentang betapa pentingnya latihan bebanan


bagi acara melontar peluru.

CONTOH GAYA PARRY OBRIEN :

LAKUAN SEDIA

LONTAR PELURU
Sama

seperti

dalam

gaya

melungsur

selangkah,

pelontar

berdiri

membelakangi arah lontaran.


Kaki bebas diangkat ke atas sambil bahagian badan dibongkokkan ke
hadapan sehingga hampir selari dengan tanah.
LUNGSURAN
Sebaik sahaja badan condong ke hadapan dan berat badan dirasa di atas
kaki kanan, pergerakan melungsur dilakukan.
Lungsuran ini dibuat dengan kaki kanan dijengketkan (lutut dibiarkan
bengkok) ke belakang.
Serentak dengan pergerakan ini, kaki kiri ditendang ke bahagian hadapan
bulatan.
Badan pelontar ketika ini masih di dalam keadaan condong.
KILASAN BADAN
Pada akhir pergerakan lungsuran dan apabila kaki bebas (kaki kiri) telah
bertapak di belakang papan penahan, badan pula mengilas ke atas dan ke
hadapan (teknik mengilas badan adalah hampir sama dengan teknik yang
diterangkan dalam gaya melungsur selangkah).
Butiran yang penting ditegaskan oleh guru kepada para pelajar ialah
lungsuran dan kilasan badan hendaklah dilakukan sebagai satu pergerakan
yang terus-menerus supaya tidak menjejaskan pengumpulan daya untuk
membuat lontaran.
LONTARAN, IKUT LAJAK DAN PULIHAN
Teknik kesemua fasa ini adalah hampir sama.

5.4 TEKNIK LONTARAN SISI

LONTAR PELURU
Peserta boleh menggunakan teknik sisi badan ini sama ada dari sisi kanan atau sisi
kiri. Peserta perlu berdiri secara mengereng, dengan mana-mana sisi badannya
menghadap ke kawasan pendaratan lontaran. Ini bermakna bahagian hadapan
peserta mengarah pada sudut 90 bulatan lontaran. Teknik lontaran ini adalah
seperti berikut :
I.

Peserta berdiri sedia sambil memegang peluru di dalam bulatan lontaran


yang disediakan.

II.

Berdiri dengan kedudukan kaki selangkah ke belakang daripada garisan


tengah bulatan lontaran. Dalam pada itu peserta hendaklah menentukan
kedudukan peluru selesa pada tangannya.

III.

Meletakkan kaki kiri pada tanah dan memusingkan sedikit bahunya ke


hadapan

IV.

Meluruskan kaki dan bersedia untuk melakukan lontaran.

V.

Peserta memusingkan tapak kaki kanan sambil mengangkatkan tumitnya


dan diikuti dengan tolakan peluru keluar melepasi pegangannya.

VI.

Mengawal badan dan kakinya selepas melakukan lontaran supaya tidak


menyentuh garisan atau papan penanda, sambil memerhatikan pendaratan
peluru.

VII.

Peserta meninggalkan bulatan lontaran melalui bahagian belakangnya.

LONTAR PELURU
Rajah 5.4: Gerakan dalam teknik lontaran sisi
5.5 TEKNIK MEMBELAKANGI KAWASAN LONTARAN

Teknik lontaran secara membelakangi kawasan lontaran atau kawasan pendaratan


merupakan peringkat yang lebih maju dan biasanya dilakukan oleh peserta yang
berpengalaman. Jurulatih biasanya tidak mengalakkan peserta baru menggunakan
teknik lontaran ini kecuali mereka sudah benar-benar mahir dalam melakukannya.
Langkah-langkah yang boleh diambil oleh peserta dalam menggunakan teknik
lontaran cara ini :

I.

Bersedia dengan memegang peluru di dalam bulatan lontaran

II.

Memulakan pergerakan dengan membelakangi arah lontaran, sambil


membengkokkan badan dan lutut kanan serta meluruskan kaki kiri ke
belakang.

III.

Mengangkat kaki kanannya sedikit untuk mendapatkan keseimbangan.

IV.

Menurunkan kaki berhampiran dengan papan penanda dalam bulatan


lontaran, sambil tangan yang tidak memegang peluru menyokong dan
mengawal pergerakan dan keseimbangan.

V.

Kemudian memusingkan bahu dan pinggang ke arah lontaran.

VI.

Peserta menolak peluru keluar sekuat mungkin dan tangan yang bebas
terus mengawal.

VII.

Mendapatkan kembali keseimbangan badan dan memerhatikan peluru


mendarat

VIII.

Peserta meninggalkan bulatan lontaran menerusi belakangnya untuk


membolehkan pegawai mengukur jarak yang dicapai.

LONTAR PELURU

Rajah 5.5: Gerakan dalam teknik membelakangi kawasan lontaran

LONTAR PELURU
6.0 LAKUAN MENGIMBANG SEMULA
Setelah peluru dilepaskan, kaki kanan melangkah pendek ke depan dan kaki kiri
diayun ke belakang untuk menahan agar badan tidak terjerumus ke luar lingkaran.

7.0 ASPEK PENTING DALAM LONTAR PELURU


I.

Cara memegang dan menempatkan peluru pada bahu harus dilakukan


dengan betul sebelum gerakan ke belakang dimulakan.

II.

Gerakan berjingkit shift ke belakang jangan dilakukan terlalu tinggi - iaitu


lakukan seberapa rendah yang boleh.

III.

Semasa gerakan meluncur ke belakang dilakukan peluru hendaklah berada di


bahu dan siku tangan sentiasa di belakang peluru. Sebelum peluru lepas
daripada bahu pandangan hendaklah ditumpukan ke arah sudut lontaran.

8.0 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN


i.

Peluru hendaklah dipegang dengan tapak tangan dan disokong oleh jari serta

menyentuh rongga tulang selangka berhampiran leher.


ii.

Peluru ditolak dari kedudukan atas bahu.

iii.

Peserta diberikan enam kali percubaan lontaran sekiranya jumlah peserta

tidak melebihi lapan orang.


iv.

Peserta yang melakukan lontaran paling jauh dikira sebagai pemenang.

v.

Lontaran hendaklah dibuat dalam bulatan atau kawasan lontaran dan peluru

mesti mendarat di dalam kawasan mendarat. Lontaran yang keluar dari kawasan
mendarat dikira batal.

LONTAR PELURU

Rajah 8.1 : Lontaran yang sah dan batal

vi.

Peserta tidak dibenarkan meninggalkan kawasan lontaran sebelum peluru

mendarat.
vii.

Peserta dibenarkan keluar dari sebelah belakang bulatan lontaran. Sekiranya

peserta keluar dari sebelah hadapan, lontaran itu dibatalkan.


viii.

Peserta tidak dibenarkan memijak atau menyentuh papan penanda semasa

membuat lontaran.
ix.

Terdapat empat orang pengadil yang terlibat iaitu pengadil pertama

menentukan cara dan kedudukan peluru, pengadil kedua mengawasi kedudukan


kaki peserta, pengadil ketiga dan keempat mengawasi tempat peluru mendarat.

LONTAR PELURU

Rajah 8.2: Kedudukan pengadil

LONTAR PELURU
9.0 LAKUAN YANG MEMBATALKAN LONTARAN

10.0

CARA

MENGUKUR

JARAK LONTARAN

Jarak lontaran diukur dari kesan peluru di kawasan mendarat sehingga ke


bahagian dalam papan penahan atau garis bulatan.

LONTAR PELURU
Pangkal pita ukur di tempatkan pada bahagian kesan peluru yang lebih dekat
dengan bulatan melontar
Tarik pita ukur secara lurus sehingga sampai di tandaan di tengah-tengah
bulatan melontar
Bahagian pita ukur yang bertemu dengan bahagian dalam papan penanda
akan menunjukkan jarak lontaran itu.

Zon lontaran
tidak sah
BULATAN MELONTAR PELURU DAN CARA MENGUKUR JARAK LONTARAN

OTOT YANG TERLIBAT


BAHAGIAN TANGAN

Pectoralis major

LONTAR PELURU

Deltoid dan biseps


brachii

Biseps dan triceps

BAHAGIAN KAKI

Gluteus maximus
Kuadriseps dan
tibialis

Hamstring
dan
gastrocnemiu

Anda mungkin juga menyukai