Anda di halaman 1dari 9

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM

JALAN DATIN HALIMAH,

80350 JOHOR BAHRU

PJM 1034 : ASAS OLAHRAGA DAN PERMAINAN 2

TAJUK TUGASAN PROJEK:

KIDS ATHLETICS

NAMA AHMAD HAKIMUL ADRY BIN ROSLI

ANGKA GILIRAN 2018122310060


KAD 000920081385
PENGENALAN
KUMPULAN/UNIT 2 PPISMP PENDIDIKAN JASMANI 1
AMBILAN JUN 2018
NAMA EN. HISHAMUDDIN BIN HASSAN
PENSYARAH
TARIKH HANTAR 7TH JUNE 2019

__________________________________________________________________________
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.PENGENALAN 1

2.OBJEKTIF 1

3.KATEGORI 2

4.ENDURANCE RACE

4.1.RINGKASAN PERMAINAN 3

4.2.TUJUAN 3

4.3.PROSUDER 3

4.4.PERATURAN PERMAINAN 4

4.5.PENGIRAAN MATA 4

4.6.ASPEK KESELAMATAN 4

4.7.ALATAN 4

5.GAMBAR 5

6.PENUTUP 5

7.RUJUKAN 5
KIDS ATHELATIC

1.0.PENGENALAN
Kids Athelatics adalah satu program pembangunan dari kecil yang terbesar di dunia
sukan.Program ini telah diwujudkan pada tahun 2005, IAAF Kid Athelatic dijalankan
oleh Ahli Federasi seramai 134 dan telah mencapai anggaran penonton lebih
daripada 13 juta kanak-kanak.

2.0.OBJEKTIF
Objektif IAAF mewujudkan Kids Athelatics ini adalah untuk mendidik dan
menggalakkan anak-anak terlibat dengan sukan secara umum manakala
pengkhususannya adalah kepada sukan olahraga lantas dapat mendidik amalan
gaya hidup sihat dalam kalangan anak muda.Dengan cara ini juga kita dapat
melahirkan serta mengekalkan bintang sukan yang berpotensi pada hari esok. IAAF
Kids Athletics bertujuan untuk memastikan dasar pembangunan yang stabil dan
mampan sukan Athletics. Matlamatnya adalah untuk memperkenalkan kanak-kanak
kepada Atletik pada tahap asas.

1
3.0.KATEGORI
Terdapat tiga kategori umur yang disasarkan oleh program ini iaitu 7-8 tahun (darjah 1-2), 9-10
tahun (darjah 3-4) dan 11-12 tahun(darjah 5-6). Tetapi IAAF telah melakukan sedikit
penambahbaikan bagi menjayakan program ini dengan cara untuk mendidik dan melatih para
pensyarah dan jurulatih yang menjalankan pertandingan dan acara IAAF Kids Athelatics yang
menjalankannya secara individu.

Kategori 1 : Lingkungan Umur (7-8) tahun


Kategori ini, aktivitinya dilakukan secara berkumpulan. Terdapat 8 acara yang
diadakan dan dimainkan antaranya ialah acara larian pecut yang dinamakan Hurdle/Sprint
Shuttle Relay, Formula One (Sprint Hurdles and Slalom Running) dan 8 Endurance Race.

Kategori 2 : Lingkungan Umur (9-10) tahun


Terdapat beberapa acara yang dimainkan oleh kanak-kanak dalam kategori 2 ini
.Dalam olahraga antara acara yang dimainkan ialah Sprint/Hurdles Shuttle Relay,
Slalom,Formula One, 8 Minute Endurance Race dan Progressive Endurance Race. Aktiviti dan
permainan yang dijalankan adalah sama dan tidak jauh beza dengan permainan yang
dimainkan pada kategori 1.

Kategori 3 : Lingkungan Umur (11-12) tahun


Bagi kanak-kanak dalam lingkungan kategori dan umur ini, acara yang diadakan dan
dijalankan adalah sedikit berbeza dimana ianya dilakukan secara relay atau gantian ataupun
individu dimana individu diberi masa dalam kadar 1 minit. Sekiranya kumpulan tersebut
mempunyai 14 orang , maka masa yang diambil adalah secara berkumpulan dan kumpulan
yang mendapat masa terpantas dianggap sebagai pemenang. Antara acara yang dijalankan
adalah Bends Formula Sprint/Hurdles Runinng , Bend Formula : Sprint Relay, Sprint/Slalom ,
Hurdles , Progressive Endurance Race dan 1000m Endurance Race.

2
4.0. TRIPLE JUMPING WITHIN LIMITED AREA

4.1. Ringkasan Permainan


Triple jumping within limited area ini direka bagi memberikan pendedahan awal kepada kanak-
kanak tentang acara padang dalam sukan olahraga iaitu acara lompat kijang. Melalui
permainan ini kanak-kanak mendapat pendedahan awal tentang asas dalam acara lompat
kijang. Permainan ini terdiri kepada dua kategori iaitu kategori 1 dan kategori 2 yang mana
kategori 1 terdiri dari kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan (7-8) tahun manakala bagi
kategori 2 pula terdiri dari kalangan kanak-kanak yang berusia (9-10) tahun. Permainan ini amat
mudah dimainkan oleh kanak-kanak dimana mereka hanya perlu berlari dalam jarak yang
ditetapkan dan melakukan lompatan dalam gelung yang telah disusun. Jika peserta melakukan
lompatan awal dengan kaki kanan, peserta perlua membuat lompatan kaki kanan sebanyak dua
kali iaitu lompatan kaki sebelah kanan pada papan platform dan buat lompata ke gelung
pertama dengan kaki kanan dan tukar kaki kiri pada gelung kedua dan melakukan pendaratan
di gelung ketiga.Permainan ini dapat memberikan asas dan melahirkan atlet lompat kijang di
negara kita.

4.2.Tujuan
Tujuan Triple Jumping Witihin Limited Area ini diwujudkan adalah untuk meningkatkan daya
tahan otot kanak dan melatih mereka dalam menguatkan otot kaki bagi kanak-kanak kategori 1
dan kategori 2. Ia juga bertujuan untuk melahirkan para atlet lompat kijang yang mampu
membuat lompatan pada jarak yang jauh serta mempunyai langkah yang konsisten. Seperti
yang kita sedia tahu jika seseorang atlet bukan sahaja atlet olahraga bahkan atlet sukan lain
juga jika mempunyai daya tahan dan kekuatan otot yang baik, individu itu akan dapat
memberikan persembahan yang sangat baik ketika bertanding diluar atau dalam negara.

4.3 Prosuder
Prosuder permainan ini amatlah mudah,peserta akan diberikan peserta hanya perlu membuat
lompatan kedalam gelung yang telah ditetapkan jaraknya. Setiap kategori mempunyai jarak
antara gelung yang berbeza.
Dalam permainan ini,pemain hanya perlu berlari dalam jarak yang telah ditetapkan dan
membuat lompatan dengan sebelah kaki.Contohnya jika pemain membuat lompatan pertama
dengan kaki kanan, pemain perlu membuat lompatan kedua dengan pendaratan kaki kanan
juga. Pada lompatan ketiga kaki kiri yang akan mendarat dan diteruskan dengan lompatan
terakhir dengan pendaratan kedua-dua belah kaki.

3
4.4 Peraturan Permainan
Peraturan permainan ini agak mudah, pemain hanya perlu membuat lompatan dengan sebelah
kaki. Setiap lompatan yang berjaya dilakukan, pemain akan mendapat markah. Manakala, jika
lompatan tidak berjaya berada dalam kawasan gelung yang ditetapkan, pemain tidak akan
mendapat sebarang mata.

4.5 Pengiraan Mata


Bagi aktiviti ini, pengiraan mata adalah berdasarkan lompatan yang dilakukan di setiap gelung.
Setiap gelung mempunyai pemberian mata yang berbeza, pada gelung yang pertama mata
yang diberikan kepada peserta yang berjaya membuat lompatan adalah sebanyak 3 mata, pada
gelung kedua akan diberikan 6 mata, dan 9 mata pada gelung yang. Hal ini kerana setiap
gelung ke gelung mempunyai jarak yang berbeza mengikut kategori yang telah ditetapkan.

4.6 Aspek Keselamatan


Aspek keselamatan amat diambil kira dalam permainan ini, oleh sebab itu kami menggunakan
alatan yang mempunyai ciri-ciri yang tidak merbahaya. Contohnya, seperti gelung yang kurang
risiko untuk pelajar sakit jika terpijak di atas gelung ketika membuat lompatan. Aktiviti ini
selamat dimainkan oleh pelajar kategori 1 (7-8) tahun dan kategori 2 (9-10) tahun.

4.7 Alatan
Alatan

Kon Marker Gegelung Papan Baseball

4
5.0 GAMBAR

6.0 PENUTUP
Triple jumping within limited area ini amat bagus dan merupakan aktiviti yang sangat sesuai
dimainkan oleh pelajar kategori 1 lingkungan umur (7-8) tahun dan kategori 2 (9-10) tahun.
Permainan ini bagus dalam membina daya tahan otot dan kekuatan otot pada kaki pelajar
dalam melahirkan atlit negara. Otot kaki bukan sahaja penting bagi acara lompat kijang tetapi
dalam sukan lain juga seperti silat, bola sepak dan lain-lain sukan.

7.0 RUJUKAN
1.Gozzoli, C., Simohamed, J., & EL-hebil, A. M. (2006). IAAF Kids’ Athletics: A team event for
children. A practical guide for Kids ‘Athletics animators . Monaco: IAAF.
2. Muller, H. (2002). IAAF Kids' Athletics-A Team Event for Children-(Part 1: The concept). New
Studies in Athletics, 17(2), 47-50.

Anda mungkin juga menyukai