Anda di halaman 1dari 2

KIDS’ ATHLETICS

By Muhammad Aiman Bin A.Rahman

a) Jenis dan kategori acara yang dijalankan


- Knee Throwing (7/8 tahun)
- Kids Javelin Throwing (7/8 tahun)
- Formula One (7/8 tahun)
- Cross Hoping (7/8 tahun)
- Hurdles race (11/12 tahun)
- Forward squat jump (7/8 tahun)

b) Tatacara pengurusan pengajuran Program Kids Atheletics


I. Semua pelajar berkumpul di kawasan perhimpunan bagi memulakan program dengan
memaikai pakaian sukan Pendidikan Jasmani. Pelajar akan memulakan program dengan
aktiviti senamrobik yang dikendalikan oleh cikgu Pendidikan Jasmani. Senaman bagi
memanaskan badan juga turut dilakukan oleh cikgu-cikgu yang terlibat.
II. Setelah selesai dengan senamrobik, pensyarah IPG Kampus Ipoh memberi sedikit
penjelasan atau tentatif program kepada kesemua pelatih untuk mengendalikan
program bagi melancarkan program ini.
III. Pelajar diminta untuk berkumpul di padang mengikut kumpulan umur bagi memulakan
program kids atheletics. Aktiviti Knee Throwing dimulakan dengan dibahagikan kepada
dua pasukan mengikut kategori umur iaitu 7 hingga 8 tahun. Para pelatih akan
mengawal keadaan dan mencatat rekod bagi setiap balingan oleh pelajar. Pelatih juga
perlu memastikan agar setiap pelajar melakukan aktiviti Knee Throwing dengan betul
dan sempurna.
IV. Seterusnya diikuti dengan aktiviti Kids Javelin Throwing bagi kategori 7 hingga 8 tahun.
Aktiviti ini dibahagikan dengan membentuk dua kumpulan iaitu mengikut jantina.
Pelatih juga perlu mencatat rekod bagi setiap lontaran yang dilakukan oleh pelajar.
Setelah itu, program diteruskan dengan aktiviti Formula One. Pelatih akan mengambil
bahagian dalam mencatat, memberi penerangan dan mengambil masa bagi setiap
pelajar. Pelatih perlu memberi penerangan yang jelas agar pelajar berlari mengikut trek
yang disediakan.
V. Hurdles race dan cross hoping juga dijalankan mengikut umur kerana hurdles race
dikategorikan dalam 11 hingga 12 tahun manakalacross hoping ialah 7 hingga 8 tahun.
Sama seperti aktiviti-aktiviti yang lain para pelatih perlu mengendalikan dengan
mencatat, memberi penerangan dan mendorong pelajar bagi melancarkan aktiviti
tersebut. Aktivit akhir sekali yang dijalankan ialah Forward Squat Jump (7 hingga 8
tahun). Para pelatih menandakan lompatan yang dilakukan dengan pembaris panjang
sebagai tanda untuk pelajar seterusnya. Para pelatih turut dibantu oleh para pensyarah
bagi memudahkan perjalanan aktiviti dijalankan.
VI. Akhir sekali, setelah selesai aktiviti-aktiviti Kids Atheletics dijalankan. Program ini
diakhiri dengan penyampaian hadiah dari pihak sekolah kepada para pelatih dan juga
para pensyarah kerana telah memberi sedikit penerangan perjalanan dalam
melaksanakan aktiviti ini.

Kekuatan yang dapat dikenalpasti:

• Dapat mengenalpasti kelebihan para pelajar dalam sesebuah aktiviti. Sebagai contoh, guru
dapat mengenalpasti pelajar yang berkebolehan dalam mewakili permaianan rejam lembing
dengan melakukan aktiviti Kids Javelin Throwing.
• Pelajar juga lebih seronok kerana dapat melakukan pelbagai aktiviti-aktiviti baharu sepertimana
yang dijalankan. Hal ini kerana Kids Atheletics merupakan satu program yang baru sahaja
dilaksanakan sekaligus memberi peluang kepada setiap pelajar dalam mencuba pelabagai
aktiviti seperti cross hoping, formula one dan lain-lain.

Kelemahan yang dapat dikenalpasti:

• Aktiviti yang dijalankan tidak merangkumi kesemua kategori umur. Aktiviti-aktiviti yang
dijalankan kebanyakkan merangkumi kategori 7 hingga 8 tahun sahaja. Hal ini memberi sedikit
kekurangan kepada 9-12 tahun yang tidak dapat menjalankan aktiviti yang dapat menyerlahkan
kelebihan para pelajar dan akhir sekali bakat mereka akan terkubur begitu sahaja.

Cadangan Penambahbaikkan:

➢ Menjalankan aktiviti-aktiviti ini yang merangkumi seluruh kategori umur. Hal ini akan memberi
peluang kepada pelajr untuk menunjukkan bakat masing-masing yang terpendam. Para pelajar
juga turut dapat merasai pengalaman dalam mengikuti acara-acara sebenar. Sebagai contoh,
larian 1000m bagi umur 11 hingga 12 tahun dimana pelajar dapat merasai keadaan sebenar
yang dipertandingkan di peringkat daerah ataupun negeri.
➢ Memperbanyakkan lagi aktiviti-aktiviti dalam program Kids Atheletics. Para guru bukan sahaja
dapat mencungkil bakat pelajar dalam pelbagai aktiviti malah guru juga dapat mengilapkan lagi
bakat mereka dengan melakukan aktiviti-aktiviti ini.

Anda mungkin juga menyukai