Anda di halaman 1dari 4

PENGENALAN Guru memainkan peranan penting dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid.

Guru menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan membina instrument penilaian, melaksanakan penilaian, merekod hasil penilaian, menganalisis maklumat penilaian, melapor dan membuat tindakan susulan. Penilaian yang dirancang oleh guru di peringkat sekolah ini dikenali sebagai PKS. Melalui aktiviti penilaian guru dapat memastikan perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Untuk mencapai hasrat ini penilaian di sekolah haruslah memberi penekanan kepada konsep penilaian berterusan terhadap perkembangan bagi kesemua aspek tersebut. PKS lebih bersifat formatif iaitu mengutamakan kemajuan setiap murid dari satu peringkat ke satu peringkat. Guru dapat membuat diagnostik bagi mengesan perkembangan murid dari semasa ke semasa. Ini memberi peluang kepada guru untuk membetulkan kesilapan dan memperbaiki kelemahan murid serta-merta supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun. Di samping itu guru dapat mengenal pasti kelemahan dan memperkembangkan lagi kekuatan serta potensi murid. Terdapat dua jenis penilaian di sekolah iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian formatif - Penilaian dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Maklumat yang diperoleh dapat memberi maklum balas tentang sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasai. Oleh itu, guru dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang murid dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya. Penilaian sumatif - Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir semester atau tahun. Penilaian ini memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang murid dengan murid lain dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan. PKS dirancang dan dilaksanakan oleh guru secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran harian. Maklumat tentang perkembangan murid yang diperoleh dari semasa ke semasa melalui penilaian berterusan dapat membantu guru mengambil tindakan susulan yang sewajarnya jika perlu. PKS boleh menilai kemajuan murid dalam pelbagai aspek termasuk aspekaspek yang tidak dapat dinilai secara berpusat. Penilaian secara berpusat iaitu UPSR, PMR

dan SPM dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Keputusan penilaian secara berpusat dapat memberi maklumat tentang pencapaian murid di seluruh negara. PKS dan penilaian berpusat saling melengkapi dalam sistem penilaian. UJIAN LOMPAT KUADRAN Ujian lompat kuadran merupakan salah satu aktiviti PKS yang dijalankan ke atas pelajar. Dalam tugasan ini, 10 orang pelajar akan dinilai yang terdiri daripada 5 orang pelajar lelaki dan 5 orang pelajar perempuan. Pelajar merupakan pelajar tahun 5 Mawar SK Sungai Imam, Tawau. Tempat yang digunakan ialah padang sekolah dan masa yang diperuntukkan untuk seorang pelajar ialah 10 saat. Dalam masa 10 saat, pelajar dikehendaki membuat lompat kuadran sebanyak mungkin mengikut prosedur yang telah ditentukan. Ujian ini menilai kebolehan seseorang menukar posisi badannya dengan pantas dengan melompat ke arah yang berlainan. Antara peralatan yang diperlukan ialah pita penanda dan jam randik. Manakala susunan pelannya pula dengan garisan bersilang sepanjang satu meter.

SEBELUM UJIAN PENILAIAN Sebelum meneruskan kepada sesi ujian, terlebih dahulu sesi pengenalan hendaklah dilakukan selama 3 hingga 5 minit. Dalam sesi pengenalan ini, pelajar akan dijelaskan tentang aktiviti yang akan dilakukan, kepentingannya kepada atlit dan objektif yang ingin dicapai. Selepas itu, pelajar akan diberi peluang untuk memanaskan badan selama lebih kurang 10 hingga 30 minit.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan dalam sesi pemanasan ialah membuat pergerakan aktif seperti berlari atau melompat bertujuan untuk meningkatkan suhu badan. Seterusnya, aktivitiaktiviti regangan dan kelonggaran mengikut tertib bertujuan untuk mengurangkan atau mengelakkan risiko kecederaan. Pergerakan aktif perlu dilakukan lebih lagi untuk meningkatkan semula suhu badan sehingga kadar nadi mecapai sekitar 120 denyut seminit. Pada minit ke 35, pelajar akan diberi taklimat sekali lagi tentang aktiviti yang akan dilakukan dalam ujian ini serta objektif kepada ujian ini iaitu untuk mengukur prestasi ketangkasan menukar posisi. Seterusnya, prosedur ujian akan diterangkan kepada pelajar dengan mendemonstrasikan cara yang betul melakukan lompatan kuadran. Berikut ialah prosedur bagi melakukan lompat kuadran. 1. Pelajar berdiri di belakang garisan kecil permulaan yang disediakan. 2. Petak kuadran ditandakan dengan nombor 1, 2, 3 dan 4. 3. Subjek dikehendaki melompat kedua belah kaki ke dalam petak mengikut urutan nombor 1, 2, 3 dan 4 dalam masa 10 saat. 4. Arahan sedia dan mula diberikan kepada subjek untuk melompat dengan kedua-dua belah kaki dalam petak kuadran pertama, kemudian kedua, ketiga dan keempat dan balik semula ke petak pertama. 5. Kekalkan corak lompatan begini sehingga arahan berhenti iaitu pada saat ke-10. 6. Dua percubaan diberikan dengan rehat antara percubaan. Seterusnya, setiap peserta akan diberikan skor. Skor dikira berdasarkan jumlah bilangan mendarat dengan kedua-dua belah kaki dalam petak yang betul dalam masa 10 saat. Percubaan terbaik daripada dua percubaan diambil kira sebagai skor ujian setelah skor bagi setiap kesalahan. Manakala bagi setiap kesalahan, setengah mata akan ditolak setiap kali pelajar melakukan kesalahan iaitu mendarat dengan kaki menyentuh garisan atau mendarat dalam petak yang tidak mengikut urutan sepatutnya.

Anda mungkin juga menyukai