Anda di halaman 1dari 12

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBEC3203
CHILD PSYCHOLOGY/
PSIKOLOGI KANAK-KANAK

NAMA : LAM SHU VUN

NOMBOR MATRIK : 890329125456002

NO KAD PENGENALAN : 890329-12-5456

NOMBOR TELEFON : 012 – 819 2687

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM CAWANGAN TAWAU

MEI 2019
HBEC3203 | PSIKOLOGI KANAK-KANAK

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN 3

BAHAGIAN 1

2.0 PEMERHATIAN

2.1 KANAK-KANAK 1 5
2.2 KANAK-KANAK 2 6

BAHAGIAN 2

1.0 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KECERDASAN 7

2.0 CADANGAN 10

3.0 KESIMPULAN 11

RUJUKAN 12

2
HBEC3203 | PSIKOLOGI KANAK-KANAK

1.0 PENGENALAN

Pengetahuan mengenai pertumbuhan dan perkembangan adalah sangat penting di dalam


proses pengajaran dan pembelajaran untuk perancangan kurikulum dan mencipta teknik
mengajar kepada semua pelajar di dalam pelbagai peringkat perkembangan.
Pertumbuhan dan perkembangan merupakan dua proses yang saling berkait. Pengetahuan
mengenai psikologi pertumbuhan dan perkembangan membolehkan guru memahami
perkembangan konsep yang dicapai oleh kanak-kanak berbagai umur akan membolehkan
guru merancang serta memilih bahan bacaan pada peringkat kesukaran yang paling sesuai.
Guru perlu mengetahui jenis minat yang mungkin dibentuk oleh kanak-kanak berbagai
peringkat umur untuk memberi dorongan agar penyertaan pelajar yang berkesan dapat
dijayakan di dalam bilik darjah.

Kepentingan dalam bidang perkembangan kanak-kanak mula muncul pada awal abad ke-20.
Pelbagai teori perkembangan kanak-kanak yang telah dikemukakan oleh pelbagai tokoh telah
menjadi asas kepada perkembangan pendidikan awal kanak-kanak kini. Dalam konteks
kanak-kanak, pendidikan perlu dilihat sebagai satu proses yang berterusan berkembang
serentak dengan perkembangan individu seorang kanak-kanak yang mempelajari apa sahaja
yang ada di persekitaran dan dengan ‘ilmu’ atau kemahiran yang diperolehi ia akan
mengaplikasikannya dalam konteks yang pelbagai samada dalam kehidupan sehariannya di
ketika itu ataupun sebagai persediaan untuk kehidupannya di masa yang akan datang
(Department of Education and Science, 1990).

Pernyata dari hasil-hasil kajian ilmiah samada di timur, di barat malah seanterio dunia ,
dapatan kajian membuktikan bahawa pendidikan awal kanak-kanak adalah asas kepada
pembinaan kekukuhan sesuatu bangsa dan pemangkin kepada visi dan wawasan negara.
Kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat misalnya menunjukkan bahawa setiap nilaian
dolar yang dilaburkan untuk pendidikan awal yang berkualiti tinggi dapat memberikan
pulangan yang tinggi samada dari segi perkembangan ekonomi mahupun perkembangan
sosial kehidupan masyarakat di negara tersebut.

Pelbagai teori telah dijadikan rujukan untuk membentuk kurikulum, dasar dan juga program
dalam pendidikan kanak-kanak di negara kita. Selain itu, perkembangan pendidikan kanak-
kanak di negara kita juga banyak dipengaruhi oleh teori-teori perkembangan kanak-kanak
seperti teori perkembangan kognitif Jean Piaget, teori perkembangan psikososial Eric Ericson
dan teori perkembangan fizikal Robert Havighurst.

3
HBEC3203 | PSIKOLOGI KANAK-KANAK

Tugasan ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian 1 akan membincangkan tentang
pemerhatian terhadap 2 orang kanak-kanak yang memiliki kecerdasan dominan yang
berlainan. Perkara yang akan diperhatikan antaranya ialah ciri-ciri kecerdasan tersebut,
kemahiran atau pengetahuan berkaitan yang luar biasa untuk umur mereka. Seterusnya
bahagian 2 akan membincangkan tentang faktor-faktor yang mempengaruhi dua kecerdasan
yang ditunjukkan. Akhir sekali adalah cadangan bagaimana ibu bapa dan guru boleh
menggalakkan perkembangan kecerdasan tersebut.

4
HBEC3203 | PSIKOLOGI KANAK-KANAK

BAHAGIAN 1

2.0 PEMERHATIAN

2.1 KANAK-KANAK 1

Kanak-kanak 1 (selepas ini dikenali sebagai Mawar) ini adalah seorang kanak-kanak
perempuan. Beliau berumur 4 tahun dan belum bersekolah. Ibu Mawar bekerja manakala
ayahnya pula tidak bekerja. Mawar memiliki 2 orang adik lelaki, dan Mawar adalah anak
pertama. Mawar sering di bawa ibunya ke pejabat kerana ayah Mawar menjaga 2 orang lagi
adik lelakinya.

Hasil pemerhatian, Mawar amat suka kepada video-video di Youtube yang memaparkan
cerita kartun berbahasa Inggeris. Mawar juga seorang kanak-kanak yang peramah dan mudah
berkawan. Mawar gemar menjawab setiap persoalan yang diberikan kepada nya. Dia juga
suka menyanyi.

Kecerdasan yang boleh dikenalpasti ialah kemahiran Mawar dalam berbahasa Inggeris.
Walaupun Mawar baru sahaja berumur 4 tahun, tetapi dia faham soalan dalam bahasa
Inggeris dan menjawabnya juga dalam bahasa tersebut. Sebagai contoh, jika ditanya,
”Mawar, what color is this?” dia akan jawab dengan pelat Inggeris, ”Purple”. Selain itu,
Mawar juga boleh bercakap dalam satu ayat lengkap dengan bahasa Inggeris, contohnya,
”Mommy, may I go to toilet?”

Apabila di tanya kepada ibunya, di manakah Mawar mempelajari Bahasa Inggeris, Ibunya
memberitahu bahawa Mawar belajar menerusi video yang ditontonnya di Youtube. Sehingga
Mawar juga kadang kala bercakap dalam slang Inggeris seperti dalam kartun tersebut.

Selain itu, Mawar juga sangat mudah menjalin persahabatan. Mawar sangat peramah
sehingga kan boleh berkawan dengan kanak-kanak lain ke mana sahaja dia pergi. Kemahiran
berkomunikasi Mawar patut mendapat pujian dan ini adalah kecerdasan kedua yang dimiliki
Mawar.

Mawar seorang kanak-kanak berumur 4 tahun memiliki dua kecerdesan iaitu kecerdasan
visual dan kecerdasan interpersonal. Kecerdasan visual yang terdapat pada Mawar
membentuk kemahiran berbahasa Inggeris nya menerusi video di Youtube. Menurut Gardner
(1983), selalunya perkembangan utama dan potensi kecerdasan ini dapat dilihat dalam
kegiatan vokasional.

5
HBEC3203 | PSIKOLOGI KANAK-KANAK

Seterusnya, kecerdasan interpersonal pula merujuk kepada kemampuan individu dalam


mendiskriminasi antara pelbagai petanda interpersonal dan kebolehan untuk berkomunikasi
dengan berkesan secara pragmatik terhadap petanda tersebut. Kecerdasan interpersonal
membolehkan seseorang itu memahami perasaan, motivasi, tabiat dan hasrat orang lain. Oleh
yang demikian, masalah komunikasi bukanlah satu masalah kepada Mawar.

2.2 KANAK-KANAK 2

Kanak-kanak 2 dikenali sebagai Sarah. Sarah berumur 6 tahun dan telah pun bersekolah. Ibu
dan bapa Sarah bekerja sebagai penjawat awam. Sarah mempunyai seorang abang berumur 7
tahun. Sarah dan abangnya akan di jaga oleh seorang pembantu rumah yang telah berumur
setelah tamat waktu persekolahan. Sarah bersekolah di sebuah prasekolah yang berasaskan
agama Islam.

Kecerdasan pertama yang dapat dikenalpasti melalui pemerhatian ialah kebolehan Sarah
untuk menghafal beberapa surah dalam Alquran seperti Ayatul Kursi. Sarah seorang kanak-
kanak yang suka membaca. Pada umurnya 5 tahun, Sarah sudah pandai membaca. Menurut
ibunya, Sarah boleh menghabiskan sebuah buku yang mengandungi 8 hingga 10 helai dalam
beberapa jam sahaja walaupun baru berusia 5 tahun. Setelah itu, Sarah akan menceritakan
semula apa yang dibacanya kepada ibu dan juga abangnya.

Menurut guru di sekolah Sarah juga, Sarah seorang yang sangat rajin belajar. Dia antara
murid yang aktif bertanya dan menjawab soalan yang diberi oleh guru. Dia juga antara 3
orang murid yang berjaya menghafal surah Ayatul Kursi dalam masa seminggu yang diberi
oleh gurunya.

Seterusnya, kecerdasan kedua Sarah ialah dari segi fizikal. Sarah dan abangnya selalu
mengisi lapang pada hujung minggu dengan bermain badminton. Berbanding abangnya yang
berusia 7 tahun, Sarah mempunyai kemahiran yang lebih baik. Dia sangat aktif dan selalu
bermain dengan baik. Dia menggunakan kekuatan tangan dan kakinya dengan sepenuhnya
dan tidak mudah penat dan berputus asa. Ia menjadikan Sarah seorang pemain badminton
kanak-kanak yang hebat di gelanggang badminton.

Kesimpulannya, Sarah seorang kanak-kanak berusia 6 tahun yang telah bersekolah


mempunyai 2 kecerdasan iaitu kecerdasan verbal linguistik dan kecerdasan kinestetik.
Kecerdasan pertama iaitu verbal lnguistik merujuk kepada keupayaan dan kebolehan yang
berkaitan dengan penguasaan bahasa, kesusasteraan, pertuturan dan kemahiran menggunakan

6
HBEC3203 | PSIKOLOGI KANAK-KANAK

bahasa yang kompleks. Seseorang yang memiliki kecerdasan ini lebih cenderung membaca,
menulis, bercerita dan menghafal kata-kata. Ia sangat menepati ciri-ciri kecerdasan yang ada
pada Sarah.

Kecerdasan kinestetik pula ialah kebolehan kinestetik yang dimiliki oleh seseorang dalam
menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota badan untuk berkomunikasi atau
menyelesaikan masalah. Selain itu, kinestetik juga merupakan kecekapan
menginteprestasikan pergerakkan anggota atau tubuh. Sebab itulah Sarah boleh menjadi
seorang pemain badminton cilik yang berbakat dan bagus.

BAHAGIAN 2

1.0 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KECERDASAN

Menurut Catellll (1971), kecerdasan dilihat sebagai komposit atau kombinasi ciri-ciri
manusia termasuk keupayaan melihat hubungan kompleks, iaitu semua proses yang
melibatkan pemikiran abstrak, kebolehan menyelesaikan masalah dan juga kebolehan
mempelajari keupayaan yang baru. Pintar cerdas juga dimaksudkan sebagai suatu kebolehan
yang membabitkan pelbagai dominan seperti intelektual, kerohanian, pemikiran kreatif,
saintifik, futuristik, seni halus, kepimpinan sosial, dan motor deria.

Doktor Howard Gardner memperkenalkan kepelbagaian kecerdasan pada tahun 1983. Beliau
merupakan ahli psikologi dalam bidang pendidikan di Harvard Universiti.Teori ini adalah
hasil daripada kajian beliau yang dijalankan terhadap kanak-kanak daripada pelbagai lapisan
masyarakat yang mempunyai pelbagai kriteria.

Beliau berpendapat bahawa kecerdasan seseorang dapat ditingkatkan melalui pendidikan dan
latihan. Menurutnya lagi, setiap individu mempunyai kelapan-lapan kecerdasan tetapi pada
darjah atau kadar yang berbeza dari segi kekuatan dan kemahiran.

Setiap insan yang dilahirkan mempunyai keistimewaan yang unik. Keturunan keluarga juga
akan mempengaruhi keupayaan mental seseorang kanak-kanak. Walaupun begitu, seseorang
kanak-kanak yang berada pada tahap kecerdasan mental yang sederhana boleh
mengembangkan kepintarannya melalui kerajinan membaca dan berlatih sehingga mahir
dalam sesuatu bidang.

Terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi kecerdasan seseorang. Antaranya ialah
pemakanan. Pemakanan merupakan antara pengaruh persekiratan yang memberi kesan besar

7
HBEC3203 | PSIKOLOGI KANAK-KANAK

terhadap pertumbuhan dan perkembangan individu. Pemakanan di sini merujuk kepada


pemakanan yang diambil oleh bakal ibu, ibu hamil, bayi dan peringkat seterusnya. Dalam
pengambilan makanan, ibu yang hamil harus mematuhi piramid pemakanan yang
mengandungi gizi yang seimbang. Ini sangat penting dalam memastikan pembesaran dan
pertumbuhan janin dan ibu tersebut mengikut jadual yang betul.

Elizabeth Fenwich dalam bukunya The Comlplete Book Of Mother & Baby Care,
menyenaraikan beberapa keperluan zat makanan yang mesti diambil oleh ibu hamil dalam
memastikan bayi dalam kandungan membesar dengan sempurna. Antara keperluan yang
mesti dipatuhi ialah kalsium seperti roti putih, keju dan susu tanpa lemak. Kalsium sangat
penting bukan sahaja kepada ibu, malah penting dalam pembentukan tulang dan gigi bayi
semasa minggu kelapan kehamilan. Pengambilan vitamin C seperti sayur-sayuran hijau,
buah-buahan, tomato dan ubi kentang pula penting dalam membantu membina plasenta yang
kuat di samping mencegah penyakit.

Seterusnya ialah cara didikan dan asuhan. Cara seseorang individu itu dididik dan disauh juga
merupakan elemen penting yang mempengruhi pertumbuhan dan perkembangannya. Didikan
awal yang diterima oleh seseorang kanak-kanak akan mempengaruhi tingah laku dan
perkembangannya.

Dr. Wayne Dennis dalam Dr Hassan Ali(1997), telah membuat satu kajian tentang
pertumbuhan dan perkembangan sekumpulan kanak-kanak yang dipelihara di tiga buah
rumah anak yatim. Dalam kajiannya, sekumpulan kanak-kanak di bawah dua bulan dipelihara
selama tiga tahun tanpa diangkat, kecuali semasa diberi makanan tidak boleh duduk dengan
betul, malah tiada seorang pun yang boleh berjalan berbanding dengan kanak-kanak di rumah
kedua. Sebagai pengukuhan, kanak-kanak dari rumah pertama tersebut dipindahkan ke rumah
ketiga. Di sana mereka diberi rangsangan oleh pengasuh dan alat-alat permainan. Didapati
kanak-kanak yang mundur dalam rumah pertama telah berkembang dengan pesatnya.

Selain dari itu, faktor persekitaran juga banyak mempengaruhi perkembangan kecerdasan
kanak-kanak. Menurut Amram Schienfeld dalam Ee Ah Meng (1993), persekitaran merujuk
kepada luaran seseorang individu dan faktor bakanya bermula dari peringkat persenyawaan.
Norman L. Munn pula mendefinisikan peresekitaran sebagai segala benda yang terdapat di
sekeliling unit-unit kebakaan. Manakala W. Edgar Vinacke mengatakan persekitaran itu ialah
kuasa ekstrinsik yang kompleks yang boleh mempengaruhi tingkah laku seseorang individu.

8
HBEC3203 | PSIKOLOGI KANAK-KANAK

Berdasarkan takrifan di atas, persekitaran merujuk kepada suasana di sekeliling individu yang
meliputi kawasan tempat tinggal, sosioekonomi, sosiobudaya, pergaulan, pendidikan,
pemakanan, alam sekitar, rakan sebaya, media massa dan sebagainya. Suasana ini dialami
setiap hari dari semasa ke semasa. Justeru sudah pastilah persekitaran memberi pengaruh
yang sangat besar kepada pertumbuhan dan perkembangan individu.

Akhir sekali, pengaruh genetik dan baka juga adalah faktor terbesar yang mempengaruhi
tahap kecerdasan kanak-kanak. Pengaruh genetik atau baka keatas pertumbuhan dan
perkembangan manusia ini sebenarnya dipelopori oleh Johann Gregor Mendel(1822-1889) di
Austri. Menurut Haliza Hamzah, Joy N. Samuel dan Rafidah Kastawi (2008) dalam buku
‘Perkembangan Kanak-kanak untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat
Tahun”, baka merujuk kepada ciri-ciri biologi, atau gen-gen yang diperturunkan melalui ibu
bapa kepada anak- anak mereka seperti yang dikatakan oleh R. Hilgard. Amran Schienfed
mengatakan bahawa baka menentukan persamaan antara ibu bapa dengan anak-anaknya, di
kalangan ahli dalam satu kumpulan keluarga dari segi sifat-sifat seperti kebolehan , minat dan
kawalan emosi.

Gen-gen yang terkandung di dalam kromosom ini menguasai perkembangan manusia dan
akan memberikan sifat unik bagi setiap individu. Baka ini boleh menguasai penyuburan
fizikal dan mental. Baka juga menetapkan had keupayaan, kemampuan mental kita sama ada
pandai atau tidak pandai. Oleh sebab itu, menurut hasil kajian ahli-ahli psikologi Galton
(1865), Goddard (1890), Newman (1937) dan Shieldo (1962) setiap individu mempunyai
kecerdasan dan kebolehan intelek yang berbeza.

Kajian ahli-ahli psikologi telah membuktikan bahawa tidak ada dua orang individu
mempunyai kadar perkembangan yang sama. Mereka berpendapat baka dan persekitaran
adalah faktor-faktor yang menyebabkan perbezaan kadar perkembangan manusia.

Pengaruh genetik atau faktor baka kini dikenali sebagai gen yang terdiri daripada
nukleoprotein yang menentukan baka atau ciri keturunan. Ia terletak di lokus tertentu pada
kromosom, iaitu sejenis benda seni berbentuk panjang yang didapati dalam nukleus sel
sperma (jantan) dan juga sel ovum (betina). Mengikut kajian, kromosom mengandungi bahan
DNA dan RNA dan masing-masing membawa gen-gen yang mengandungi sifat-sifat
baka.Individu yang normal biasanya mempunyai 23 pasangan kromosom. Semasa proses
persenyawaan, iaitu percantuman sel sperma (gamet jantan) dengan sel ovum (gamet betina)
dengan membentuk zigot yang mula mendapat 23 kromosom daripada ibu bapa masing-

9
HBEC3203 | PSIKOLOGI KANAK-KANAK

masing. Seterusnya, proses pertukaran di antara kromosom daripada ibu dan bapanya berlaku
dan menjadi ciri-ciri baka tersendiri, kemudian diwarisi oleh bayi yang akan dilahirkan nanti.

2.0 CADANGAN

Ng Sen Fa & Sandiyao Sebestian (2005) mendifinisikan kanak-kanak pintar cerdas sebagai
golongan yang kebolehan mental mereka jauh lebih tinggi daripada rakan sebaya mereka.
Menurutnya lagi, kanak-kanak pintar cerdas memperlihatkan kelebihan intelek yang luar
biasa berbanding rakan sebaya mereka.

Ibu bapa dan guru adalah individu yang paling banyak menghabiskan masa dengan kanak-
kanak ini. Oleh yang demikian, mereka mempunyai peranan yang besar dalam memastikan
perkembangan kecerdasan mereka ini. Antara yang boleh dilakukan oleh ibu bapa ialah
memberikan kasih sayang yang secukupnya. Kasih sayang yang diberikan kepada anak-anak
adalah elemen yang penting untuk mempengaruhi perkembangan fizikal dan kognitif anak-
anak. Ibu bapa mesti lah mesra dengan anak mereka agar mewujudkan perhubungan yang
mesra dan penuh kasih sayang serta perhatian terhadap anak mereka. Ini boleh dilakukan
dengan cara sentiasa memberi senyuman, mewujudkan suasana ceria dan kelakar, berbual
tentang apa yang anak-anak lalui seharian di sekolah dan banyak lagi.

Ketenteraman emosi antara ibu bapa dan anak amat diperlukan bagi meransang daya
pemikiran dan intelek kanak-kanak. Ketenangan dan kestabilan emosi akan membolehkan
anak-anak menyerap seberapa banyak pembelajaran dan pengalaman yang didapati dan
diterima daripada ibu bapa serta persekitaran. Perhubungan kasih sayang yang baik antara ibu
bapa dan anak boleh dipupuk dengan aktiviti kekeluargaan pada hari cuti persekolahan.
Aktiviti bersukan seperti berbasikal, mendaki bukit dan berjoging akan mengeratkan
hubungan antara ibu bapa dan anak. Perhubungan yang erat akan memberi kasih sayang dan
kesedaran pada anak-anak mereka terhadap kepentingan mengutamakan tanggungjawab
sebagai seorang murid mengutamakan pelajaran dalam kehidupan sehingga mereka mencapai
kejayaan yang cemerlang dari aspek akademik dan korikulum.

Seterusnya, komunikasi yang berkesan adalah amat diperlukan dalam sesebuah keluarga.
Perhubungan yang sihat untuk perkembangan kognitif anak-anak adalah melalui
perbincangan dan teknik komunikasi yang berkesan. Selain itu, komunikasi yang jelas akan
memberi keyakinan anak menyatakan pendapat terhadap hal-hal yang berlaku di sekkolah

10
HBEC3203 | PSIKOLOGI KANAK-KANAK

supaya ibu bapa dapat mengetahui keadaan anak di sekolah dengan membantu guru sekolah
membentuk nilai-nilai positif dan membentuk keperibadian diri.

Guru di sekolah juga haruslah mengamalkan komunikasi yang jelas. Ini bagi membina
hubungan yang rapat antara murid dan guru. Apabila murid berasa dekat kepada gurunya,
banyak potensi diri yang akan dapat di keluarkan oleh mereka. Ini kerana keyakinan mereka
berada di tahap yang tinggi. Mereka tidak perlu takut atau malu sekiranya berbuat salah
kerana mereka mempercayai guru mereka. Oleh sebab itu, guru haruslah bijak dalam
membina hubungan bersama murid-murid dengan berkomunikasi secara berkesan dan jelas.

3.0 KESIMPULAN

Perkembangan diri adalah merupakan aspek perubahan yang dialami oleh seseorang individu
dan bersifat kualitatif tetapi jelas berubah melalui peredaran masa. Perubahan tingkah laku
berlaku dalam keadaan yang berterusan dan menerusi peringkat-peringkat
kematangan tertentu. Peringkat-peringkat perkembangan akan membawa perubahan yang
menuju ke arah tertentu dan biasanya dijangkakan.

Perkembangan biasanya dipengaruhi oleh pemakanan dan juga persekitaran. Pemakanan


yang baik bermula dari anak dalam kandungan lagi akan membentuk diri anak tersebut.
Perkembangan adalah merupkan satu bahagian yang saling berhubung dengan bahagian yang
lain iaitu wujud pertalian nyata antara kematangan jasmani dan kematangan mental. Corak
perkembangan berbeza-beza di mana semua kanak-kanak mencapai titik perkembangan yang
sama pada umur yang sama.

Perbezaan kecerdasan di antara individu boleh diperhatikan daripada prestasi pelajar dalam
sesuatu kelas. Kajian ahli-ahli psikologi sering mengaitkan perbezaan kecerdasan individu
dengan kecerdasan ibu bapa mereka. Biasanya, ibu bapa yang bijak pandai akan melahirkan
anak-anak yang juga bijak pandai. Emosi seseorang juga diwarisi daripada baka ibu bapa.
Misalnya, ibu bapa yang mempunyai emosi yang kurang stabil dan bersifat pemarah akan
melahirkan anak yang agresif dan autokratik. Latar belakang keluarga yang porak peranda
akibat perceraian, kematian, perpisahan akan memberi kesan buruk kepada emosi kanak-
kanak seterusnya kepada perkembangan personaliti mereka.

(2703 patah perkataan)

11
HBEC3203 | PSIKOLOGI KANAK-KANAK

RUJUKAN

Berman, S. (1995). Multiple Intelligences Road to A Quality Classroom. Illinois: IRI/Skylight


Training and Publishing.

Chua, Y.P., Aribah Ishak, Nor Asmadi Yaacob, Haslina Said, Eng Pee, L., & Zulkifli Abdul
Kadir. (2014). Can Multiple Intelligence Abilities Predict Work Motivation,
Communication, Creativity, and Management Skills of School Leaders?, Procedia-
Social Behavioral Sciences-WCES 2013, 116(2014), 4870-4974

Gardner, H. (2006). Multiple Intelligences: New Horizons in Theory and Practice New York
City.

Ibrahim Mohamed Zin. (2007). Membina dan mengesahkan instrument penaksiran


kecerdasan pelbagai. Tesis Ph.D tidak terbit. UKM: Bangi.

Ibrahim Mohamed Zin & Farah Mukhtar. (2010). Hubungan Kecerdasan pelbagai, Gaya
Pembelajaran Dan pencapaian Akademik Guru Pelatih.Akses daripada
http://www.ipislam.edu.mmy/index.php

Jamal @ Nordin Yunus, Khuan Wai Bing, Marinah Awang, Suzyanty Mohd Shokory &
Zuraidah Zain Jamal. (2011). Pemikiran Kritis dan Kreatif. Petaling Jaya, Selangor:
Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Jamil Ahmad. (2002). Pemupukan budaya penyelidikan di kalangan guru di sekolah: Satu
Penilaian. Tesis Sarjana, Jabatan Asas Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kagan, S. & Kagan, M. (1998). Multiple Intelligences. San Clemente: Kagan Coperating
Learning.

Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. (2011). Pedagogi: Asas Pendidikan.
Kuala Lumpur: Kayazano Enterprise.

12

Anda mungkin juga menyukai