Anda di halaman 1dari 3

JURNAL REFLEKTIF MINGGUAN

JURNAL MINGGU PERTAMA


(25 JULAI 2016 29 JULAI 2016)
Nama pelajar : GOGILAVANI MAHAKRISHNAN
No. K/P

: 870617-23-5360

Isu / peristiwa / masalah yang difokuskan


Pada praktikum fasa ketiga ini, saya telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Bukit Gelugor,
Pulau Pinang. Pada minggu ini, saya telah menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri dengan
budaya sekolah yang baru. Syukur saya dapat menyesuaikan diri kerana sifat mesra dan peramah
warga sekolah membuatkan saya tidak berasa janggal berada di sekolah ini. Hal ini sekaligus
memudahkan perhubungan saya dengan warga sekolah semakin erat. Pada masa yang sama,
melalui perbincangan dengan beberapa guru saya telah mendapati bahawa murid-murid sukar
menerima arahan guru dan kelas sukar dikawal terutamanya jika guru baru memasuki kelas buat kali
yang pertama.

Perkembangan isu yang difokuskan


Setelah beberapa pemerhatian yang telah saya dibuat sama ada di dalam bilik darjah
mahupun di luar bilik darjah, saya telah mengetahui bahawa murid akan berasa teruja dengan
kehadiran guru baru. Mereka akan mencuri perhatian guru dengan bertanya pelbagai soalan.
Golongan murid ini sering kali membawa kekacauan seperti membuat bising, mengganggu rakan,
tidak memberikan perhatian yang sewajarnya sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran serta
melanggar peraturan sekolah. Namun begitu, apabila guru lelaki yang mengawal kelas, murid-murid
ini akan lebih patuh kepada arahan. Mimik muka guru lelaki yang lebih serius dan garang telah
mempengaruhi sekaligus mengawal tingkah laku murid-murid.
Analisis masalah
Kebanyakan guru mengeluarkan suara yang agak lantang dan keras apabila memberi sesuatu
arahan. Hal ini memberi satu persepsi bahawa murid-murid di sekolah ini agak aktif dan sukar
dikawal. Ini dapat dibuktikan apabila saya memasuki beberapa kelas. Namun begitu, persepsi itu
bukanlah mencakupi keseluruhan murid di sekolah ini. Terdapat juga ramai murid yang tinggi
disiplinnya dan mudah menerima arahan guru.
Pandangan dan perasaan terhadap masalah
Saya berasa masalah ini adalah agak serius kerana jika murid tidak mendengar arahan maka
sudah pasti kelas tersebut tidak dapat dikawal lebih-lebih lagi semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran (p&p) dijalankan. Ini akan menyebabkan perancangan guru menjadi sia-sia dan objektif

pembelajaran tidak dapat dicapai. Saya berasa masalah ini harus diselesaikan dengan segera
supaya perkara ini tidak berlaku dalam kelas yang akan saya ajar pada minggu depan dan tidak
mengganggu sesi p&p nanti.
Cadangan
Sebagai persediaan bagi menghadapi pelbagai kerenah murid yang sedemikian, saya
membuat cadangan untuk para guru dan diri saya sebagai pelajar guru untuk;

Merancang pelbagai teknik dan kaedah pengajaran yang bersesuaian mengikut tahap

kebolehan murid.
Memberi peluang dan hak yang sama rata kepada semua murid dalam kelas sewaktu

melibatkan diri dalam semua aktiviti yang dijalankan oleh guru.


Memberi peneguhan postif seperti pujian, galakan dan bertanyakan khabar
Memberi perhatian yang sewajarnya serta bersesuaian kepada murid-murid yang inginkan
perhatian.
Di samping itu, saya bercadang untuk menggunakan model asertif Canter ( 2002 ) untuk

menangani permasalahan ini andainya wujud sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran kelak di
mana ia menekankan tindakan-tindakan berikut ;

Menyatakan jangkaan pengajaran seawal-awalnya


Menggunakan suara yang lantang, tenang dan tegas
Berlaku kontak mata antara guru dan murid
Menggunakan gerak badan bukan lisan untuk menyokong pernyataan lisan
Mengubah tingkah laku murid tanpa ancaman atau jeritan
Melakukan teknik broken record iaitu mengulangi mesej dengan tenang

Tempoh penyelesaian
Pada pendapat saya, tidak perlu masa yang panjang untuk menyelesaikan masalah ini. Pada
minggu yang akan datang, sebelum memasuki kelas, saya akan menetapkan beberapa peraturan
bagi murid-murid dalam bilik darjah dan hukuman-hukumannya jika peraturan-peraturan tersebut
diingkari. Saya akan memastikan masalah ini diselesaikan dengan segera jika tidak, murid tidak akan
mempelajari dan memahami apa yang saya sampaikan.
Tindakan susulan
Saya pernah mengaplikasikan model tersebut semasa PBS yang lalu di mana saya sering
diberikan kelas sebagai menggantikan guru yang tidak hadir ke sekolah atas sebab-sebab khusus.
Sedikit sebanyak, ianya sudah pasti mendatangkan kesan positif terhadap suasana kelas. Impaknya
perjalanan kelas menjadi teratur serta murid akan berdisiplin dan hormat kepada gurunya. Maka,
sewaktu praktikum inilah saya akan terus mengaplikasikan model ini di dalam kelas yang sebenarnya.
Kesimpulan

Saya perlu mengkaji semula strategi yang perlu diambil untuk menyelesaikan masalah
tersebut. Langkah yang terbaik adalah dengan berbincang dan meminta pandangan daripada guru
pembimbing dan pensyarah pembimbing agar mendapat tips yang berguna untuk diaplikasikan.

Anda mungkin juga menyukai