Anda di halaman 1dari 15

NAMA : JALI BIN MUAMAT

NO.MATRIK : E 30209121223

PUSAT PEMBELAJARAN : FAJAR INTERNATIONAL COLLEGE,MIRI,SARAWAK

______________________________________________________________________________

PROJEK INOVASI DALAM

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


BAHASA MELAYU (PEMULIHAN)

TAHAP 1
1.0 PENGENALAN

Sejajar dengan kehendak dan keperluan Pelan Pembangaunan Pendidikan Malaysia


(PPPM) yang menekankan kepada kemanjadian murid, maka inovasi dalam sistem
pendidikan perlu diberi penekanan sewajarnya. Sehubungan itu, program inovasi dalam PdP
ini diharap dapat menyuntik semangat dan minat murid-murid pemulihan atau masih berada
di tahap LINUS lebih seronok dan berkeyakinan dan bersemangat untuk terus menguasai
kemahiran membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk yang
mudah (LITERASI). Memantapkan penguasaan literasi dan numerasi murid mungkin hanya
termasuk dalam komponen kecil dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)
menerusi era baru sistem pendidikan negara, tetapi, ia adalah tumpuan utama Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) kerana ia punca kepada penghasilan anak bangsa yang mampu
cerdik dan tidak buta huruf pada umur lebih awal daripada sebelumnya.

2.0 RASIONAL
Mengatasi masalah kegagalan menguasai kemahiran asas literasi akan dapat
dielakkan, sekali gus mengurangkan kadar keciciran dan tahap pencapaian pelajar yang
rendah. Kegusaran ramai pihak apabila masih ramai murid yang tidak mampu membaca,
menulis atau mengira walaupun sudah bertahun-tahun berada di sekolah rendah. Selain itu,
ianya juga sebagai langkah dan sasaran kerajaan untuk memastikan sistem pendidikan negara
mampu menghasilkan modal insan berkebolehan dan membangunkan potensi insan secara
menyeluruh. Selaun itu, projek ini akan dapat memberi manfaat kepada guru Bahasa melayu
mengenalpasti kelemahan murid dan menangani sifar buta huruf menjelang 2020 dalam
kalangan kanak-kanak di Malaysia.
3.0 PERNYATAAN MASALAH

Bagi murid yang belum menguasai literasi, mereka mempunyai masalah dalam
penguasaan asas 2M iaitu membaca dan menulis. Berdasarkan pemerhatian semasa dan ujian
Saringan yang telah dijalankan, dapat dikenalpasti kelemahan dimana menunjukkan murid
ini belum dapat menguasai suku kata KV + KV dan KV+KvK. Latihan yang diberikan dalam
kelas tidak dapat disiapkan dengan sempurna kerana masalah membaca yang dihadapi oleh
mereka. Melalui pemerhatian yang telah dibuat, menunjukkan punca murid ini tidak dapat
menguasai kemahiran membaca seperti murid-murid lain disebabkan oleh tahap kognitif
mereka lemah berbanding murid-murid lain. Menurut Deller (1991), membaca adalah
kemahiran yang bernilai kepada semua murid sama ada murid itu normal ataupun istimewa.
Membaca merupakan proses berkomunikasi sebagai usaha untuk memperoleh maklumat dan
penguasaan bahasa seseorang. Kegagalan murid menguasai kemahiran membaca akan
mewujudkan masalah seseorang murid menguasai kemahiran dan dan mata pelajaran lain.
Kirk dan Gallner (1991) menyatakan kanak-kanak pemulihan adalah individu yang
mempunyai masalah dalam membaca, mengeja dan menulis. Kelemahan ini dapat dilihat
apabila kanak-kanak ini berada di bawah paras normal. John Evarett dalam bukunya
Membaca dan Disleksia (2008):1) telah mendefinisikan mebaca sebagai pentafsiran
perkataan dan pemahaman bahasa. Manakala Yusof Othman dalam bukunya Mengajar
Membaca: Teori dan Aplikasi: Panduan Meningkat Kemahiran (2004:159), telah
mendefinisikan membaca sebagai proses mengecam, membuat intepretasi, membuat persepsi
ka atas bahan bercetak atau bertulis. Kerajaan telah menggariskan beberapa matlamat dalam
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Antaranya ialah pembangunan insan yang
merujuk kepada ilmu pengetahuan. Salah satu sumber untuk memperolehi ilmu pengetahuan
pula adalah melalui membaca.
4.0 OBJEKTIF

Antara objektif program ini ialah ;


1. Murid dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis perkataan daripada suku kata
terbuka dan tertutup.
2. Murid dapat membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan ayat majmuk yang
mudah dengan menggunakan kata hubung dan .
3. Membina suasana pembelajaran yang selesa dan menyeronokkan kepada murid.
4. Mengatasi masalah mudah lupa murid.
5. Mengenal pasti kaedah yang sesuai untuk mengajar murid.

5.0 PELAKSANAAN INOVASI

Projek ini lebih memfokuskan kepada penguasaan kemahiran membaca dengan


memberikan penekanan dalam mengenal suku kata dan mengeja serta menyebut perkataan.

Tempat Projek dijalankan : SK Gadong,Limbang


Kumpulan Sasaran : 2 orang murid Tahun 3 dan seorang murid Tahun 2.

Bilangan kumpulan sasaran : 3 orang

Aktiviti 1 Projek Buka dan Sebut

Bahan : Kad Manila, pen marker (Hitam dan Merah)

1. Eja suku kata KVKV

contoh (i) buka

buka

Rajah 1 baca
ba ca

baca
Rajah 2

2. Eja dan sebut suku kata KV KVK


Contoh (ii)

buka
buka

lilidah

da
h
Rajah 3

lidah
Rajah 4

Langkah:
Untuk Rajah 1,2,3 dan 4, murid diminta mengeja setiap suku kata, kemudian menyebut suku
kata tersebut. Guru meminta murid menyebut gabungan dua suku tersebut dengan melipat ke
dalam kedua-dua suku kata itu. Selepas itu, buka kedua lipatan dan minta murid menyebut sekali
lagi perkataan yang dibentuk. Aktiviti diulang dengan suku kata dan perkataan lain sehingga
murid dapat mengingat setiap perkataan yang telah ditunjukkan.

Aktiviti 2 - Program Baca Tah Lai


Bahan : laptop, projektor dan layar putih
Rajah 5

PROGRAM

Baca Tah Lai

Contoh 1 Sukukata KV KV
la da

lada

Rajah 6

Contoh 2 Suku kata KV KVK


ma sak

masak

Rajah 7

Langkah:
Bagi contoh rajah 6 dan 7, program ini ditayang melalui projektor ke layar putih. Murid diminta
mengeja suku kata yang diberi. Kemudian, murid diminta menyebut perkataan yang dihasilkan.
Rajah-rajah lain akan ditayangkan setelah murid dapat menguasai perkataan yang telah
ditayangkan. Aktiviti dibuat secara kumpulan dan individu.

3.0 REFLEKSI

a.Kekuatan

i. Bahan yang digunakan sesuai dengan ejaan Bahasa Melayu yang fonik dan suku kata yang

jelas.

ii. Susunan bahan secara development, kumulatif dan sistematik memudahkan guru mengajar.

iii.Menarik minat dan menjemukan kerana murid belajar huruf, suku kata dan perkataan.

iv.Tidak memerlukan bahan bantu yang banyak dan tidak susah untuk dibina.

v. Sesuai dengan tahap pengetahuan murid kerana tidak memerlukan hafalan.

vi.Penggunaan ICT boleh digunakan dengan meluas dalam mengajar program ini.

vi.Murid atau responden lebih cepat menguasai kemahiran membaca dengan lebih cepat

berbanding menggunakan kaedah biasa.

b. Kelemahan

i. Murid sukar membezakan antara bunyi abjad dengan nama abjad.

ii. Murid tidak memahami maksud perkataan yang telah dibina dan memerlikan penjelasan

daripada guru. Murid sukar untuk memahami maksud perkataan dan memerlukan bahan

maujud atau gambar untuk membantu penerangan. Hal ini menunjukkan murid tidak

mempunyai perbendaharaan yang cukup.

4.0 PENUTUP
Melihat kepada peningkatan penguasaan murid dalam membaca suku kata KVKV dan
KVKVK, saya bercadang untuk untuk memperluaskankan program terhadap kemahiran
membaca perkataan tiga suku kata. Saya suka bercadang untuk menggunakan Microsoft
Powerpoint untuk membangunkan program ini. Dengan Microsoft Powerpoint, bermacam
paparan yang menarik seperti menggunakan bunyi, animasi dan sebagainya yang dapat
menarik perhatian dan minat murid untuk mengikuti program. Kesannya adalah lebih baik
dalam menguasai kemahiran membaca. Didapati murid juga berasa seronok jika guru kreatif
membina pelbagai aktiviti yang menarik. Oleh kerana, kemampuan saya adalah terhad dalam
pengetahuan ICT, maka untuk membina program tersebut akan saya usahakan secara
perlahan-lahan dan meminta bantuan rakan-rakan yang lebih pakar. Usaha ini perlu
dilakukan demi satu tanggungjawab terhadap kemanjadian murid itu sendiri dan seterusnya
dapat memenuhi tumpuan utama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk
menghasilkan anak bangsa yang mampu cerdik dan tidak buta huruf pada umur lebih awal
daripada sebelumnya.

Gambar-gambar murid yang terlibat dalam program ini.


NAMA: Muhamad Nabil Nazmi NAMA : Fadhilah Syakir Bin
Bin Suhaili Safphri

KELAS : Tahun 3 KELAS : Tahun 3

NAMA : Mohamad Haziq Bin Abdullah


TAHUN :Tahun 2
Sebagai bahan bacaan
tambahan buku Bacalah
Sayang juga digunapakai.
Buku Bacalah Sayang juga digunakan sebagai bahan bacaan tambahan untuk
pengukuhan. Guru Muda atau Rakan Pembimbing Sebaya juga dijalankan untuk membantu
murid yang belum menguasai kemahiran membaca.
Fadhilah Syakir sedang menjalani ujian saringan LINUS . Setelah mendapati dia masih
belum menguasai beberapa konstruk, maka program inovasi dibangunkan untuk meningkatkan
penguasaan kemahiran membaca yang dialaminya.

Sekian.

Anda mungkin juga menyukai