Anda di halaman 1dari 12

ISI KANDUNGAN

BIL

PERKARA

MUKA
SURAT

Penghargaan

Pengenalan

- Hak Dan Tanggungjawab KanakKanak


- Apa Itu Hak Kanak-Kanak
- Konvensyen Mengenai Hak KanakKanak
- Perjanjian Menggariskan 4
Penjelasan Hak Utama
3

Lampiran Keratan Akhbar

Kesimpulan

Rujukan

3
4
5
8

Penghargaan

Assalamualaikum w.b.t
Terlebih dahulu saya ( Nur Shahida Binti Mohd Sufian) selaku ketua
Kumpulan Next Generation ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat
Allah SWT , dengan limpah kurnia dan kebenaranNya , akhirnya dapat
juga saya menghasilkan buku skrap bertajuk Hak dan Tanggungjawab
Kanak-Kanak untuk mata pelajaran Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan.
Dikesempatan ini saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih di
atas bimbingan dan tunjuk ajar oleh guru saya iaitu Puan Baizura.
Tidak ketinggalan juga saya ingin merakamkan penghargaan yang tidak
berbelah bagi kepada kedua-dua ayah dan mama saya yang tidak jemu
mengajar saya dalam penggunaan computer serta membimbing saya
untuk menyiapkan buku skrap ini.

Nur Shahida Binti Mohd Sufian

10/2/2015
HAK DAN TANGGUNGJAWAB KANAK-KANAK

Kanak-kanak merupakan pemimpin generasi masa hadapan. Oleh itu,


menjadi tanggungjawab ibu bapa, guru, pemimpin dan setiap individu
dalam memastikan kanak-kanak ini membesar dalam persekitaran yang
harmoni, berkesefahaman dan penyayang.
i. Kanak-kanak juga mempunyai hak sepertimana orang dewasa.
Tambahan lagi, keadaan mereka yang masih belum matang dan tidak
dapat membuat keputusan dengan sendiri, menyebabkan mereka
memerlukan perlindungan dan penjagaan khas, termasuk disediakan
perlindungan undang-undang yang sewajarnya.
ii. Mereka berhak ke atas perlindungan, hak untuk tidak didiskriminasi,
hak ke atas perlindungan, hak untuk menyuarakan pendapat serta
pelbagai hak-hak lain yang termaktub di dalam perjanjian antarabangsa,
undang-undang serta dasar negara.

iii. Malangnya, masyarakat Malaysia secara amnya tidak mengetahui


dengan jelas bahawa kanak-kanak mempunyai hak istimewa ini. Pendapat
kanak-kanak sering tidak diberikan perhatian dan tidak diberikan
perlindungan yang sewajarnya. Berapa banyak kes yang dilaporkan oleh
media massa tentang kes penderaan dan pembuangan bayi? Bagaimana
pula dengan kes-kes penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak yang
tidak dilaporkan?

APA ITU HAK KANAK-KANAK?

Menurut Akta Kanak-kanak 2001, kanak-kanak didefinisikan sebagai


individu yang berumur di bawah 18 tahun. Hak kanak-kanak pula adalah
hak-hak yang telah disenaraikan di dalam Konvensyen mengenai Hak
Kanak-kanak (Convention on the Rights of the Children).

KONVENSYEN MENGENAI HAK KANAK-KANAK


Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak merupakan instrumen
antarabangsa yang mempunyai ratifikasi paling banyak antara instrumen
PBB yang lain. Konvensyen ini telah diterima pakai pada Perhimpunan
Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 20 November 1989 bagi
mengiktiraf hak kanak-kanak. Malaysia telah meratifikasi konvensyen
ini pada 17 Februari 1995, namun masih mengekalkan reservasi kepada
Perkara 1, 2, 7, 13, 14, 15, 28(1)(a) dan 37.
Konvensyen ini menuntut agar kita menjadi lebih peka terhadap
keperluan kanak-kanak dan mewujudkan persekitaran yang harmoni dan
penyayang. Ia menggariskan hak kanak-kanak di seluruh dunia tanpa
mengira

jantina,

agama,

bangsa,

kefahaman

atau

perbezaan.

Tanggungjawab bagi memastikan perlindungan terhadap hak-hak ini


terletak kepada kerajaan Negara-negara Pihak dan juga masyarakat.

PERJANJIAN INI MENGGARISKAN EMPAT


PENJELASAN HAK UTAMA
Kehidupan
Hak kanak-kanak kepada kelangsungan hidup dan keperluan-keperluan
asas untuk hak tersebut seperti makanan, air bersih dan tempat tinggal.

Perkembangan
Ibu

bapa

mestilah

memberikan

pendidikan

kepada

kanak-kanak.

Pendidikan ini termasuklah mengenali tuhan, nilai-nilai murni dan


persekolahan. Ibu bapa harus memupuk minat membaca dan cintakan
ilmu kepada kanak-kanak. Ilmu-ilmu yang baik dan bermanfaat ini adalah
untuk menyediakan kanak-kanak pada masa hadapan.

Perlindungan
Hak kepada perlindungan daripada pengaruh-pengaruh tidak baik
seperti penderaan, eksploitasi dan sebagainya. Kanak-kanak berhak
kepada perlindungan daripada sebarang keadaan yang berbahaya seperti
penderaan, pencabulan dan eksploitasi. Kanak-kanak tidak seharusnya
dijadikan mangsa kepada sesuatu masalah. Mereka perlu dilindungi
daripada dicederakan dari segi emosi ataupun dari segi seksual.

Penyertaan
Hak kepada penyertaan sepenuhnya dalam keluarga, budaya dan
kehidupan sosial masyarakat setempat. Kanak-kanak perlu diberi hak
untuk mengambil bahagian dalam hal ehwal dan pembesaran mereka.
Contohnya mereka ingin mendapatkan sesuatu barangan, sekiranya
difikirkan sesuai, ibu bapa perlulah menyediakan barangan tersebut.

NOTA RUJUKAN
1. https://aimyaimielya.wordpress.com/2012/02/22/sivikkewarganegaraan-tahun-6/comment-page-1/
2. Buku teks Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

Penerangan

Video memaparkan seorang murid sekolah dibuli kini menjadi viral di laman sosial.
ALOR SETAR - Polis Kedah menerima empat laporan berhubung kejadian buli di sebuah
sekolah rendah di sini membabitkan lebih lima pelajar dan seorang mangsa yang tersebar
dalam laman sosial sejak Jumaat lepas.
Ketua Polis Negeri, Datuk Zamri Yahya berkata kes buli itu berlaku September tahun lepas
tetapi tiada sebarang laporan polis yang dibuat berhubung kejadian itu sehinggah ia mula
menjadi viral di laman sosial.
"Rakaman video itu melibatkan lima orang pelajar dan seorang mangsa yang masing-masing
merupakan pelajar tahun enam," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Siasatan Polis Kedah mendapati kejadian buli itu berlaku kira-kira dua minggu selepas
tamatnya peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan mangsa tidak
mengalami sebarang kecederaan.
Menurut Zamri empat laporan polis telah dibuat semalam oleh beberapa pihak yang
menonton video klip tersebut di laman sosial.
Berikutan laporan itu, katanya pihaknya telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen
147 Kanun Keseksaan kerana merusuh tanpa senjata.
Beliau turut meminta mana-mana pelajar yang menjadi mangsa buli atau tahu mengenai
sebarang kejadian buli supaya melaporkan kepada pihak polis. - Bernama

KESIMPULAN
Kanak-kanak merupakan modal insan penting kepada negara.
Modal insan ini dapat dibangunkan kepada tahap optimum
melalui penyediaan persekitaran yang selamat dan kondusif.
Sehubungan itu, perlindungan terhadap kanak-kanak daripada
pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi adalah satu
aspek penting dan hendaklah diberi keutamaan.
Justeru, dasar perlindungan kanak-kanak amat perlu pada masa
ini bagi menggalakkan setiap agensi, organisasi dan anggota
masyarakat memberi keutamaan kepada perlindungan kanakkanak sebagai tanggungjawab bersama. Dasar ini adalah
selaras dengan falsafah Konvensyen Mengenai Hak Kanakkanak (CRC) dan Akta Kanak-Kanak 2001 yang juga menekankan
prinsip perlindungan kepada kanak-kanak demi kepentingan
terbaik mereka.

LAMPIRAN
KERATAN
AKHBAR

Penerangan
Hak orang asal atau orang asli khasnya kanak-kanak tidak
sepatutnya dipinggirkan, mereka berhak untuk diberli
perlindungan, penghidupan, penyertaan dan juga pendidikan.

Anda mungkin juga menyukai