Anda di halaman 1dari 8

Pe rsekitaran terkawal dalam penternakan

ayam pedaging
(Environmental control system for broiler production)
Mohd. Azri Azman dan Mohd. Azlan Pauzi
Pengenalan
Dal arn sistem peru mahan ternaka n, ka dar pertumbuhan
dan mortaliti haiwan tern akan sangat di pengaruhi oleh
keadaan persekit aran terutamanya di peringkat awal
pertumbuhan. Perubahan suasana atau udara dalam sistem
perumahan ternakan bergantung pada kad ar pengalih udaraan,
sumber haba dan corak ali ran udara. Dalam sistem ini,
pengalihudaraan yang ba ik di perlukan sepanjang masa supaya
oksigen yang cukup dapat di bekalkan, tahap kelembapan yang
sesuai dapat dikekalkan, manakala haba berlebihan dan gas
yang dikel uarkan seperti ammonia dan karbon di oksi da dapat
dikurangkan.
Suhu, kelernbapan dan kadar pengalihudaraan yang
sesuai untuk ayam pedaging bergantung pada umur ayam
tersebut. Suhu yang ses uai antara 19- 33 C, manakala kadar
kelembapan relatif pula an tara 50-85%. Suhu dan kelembapan
yang tinggi boleh mempengaruhi prestasi ayam pedaging.
[usteru, suasana persekitaran yang terkawal amat perlu
disediakan supaya tekanan haba ya ng dialami oleh ayam
pedaging dapat dikurangkan. Tekanan haba berlebihan
bukan sahaja boleh menyebabkan kematian tetapi boleh
juga mengurangkan pengeluaran hasil dan menyebabkan
kerugian kepada penternak. Banyak faktor yang menjamin
keberkesanan operasi sistem persekitaran terkawal ba gi reban
ayam pedaging.
Pengurusan haba ayam pedaging
Ayam pedaging akan mengalami tegasan haba apabila
keseimbangan antara penghasilan haba dengan kehilangan
haba tidak dapat di kawal. Keadaan ini boleh berlaku pada
semua peringkat umur. Tegasan haba boleh dibahagikan
kepada dua iaitu tegasan haba ak ut dan tegasan haba
kronik. Tegasan haba akut meruj uk kepada tegasan haba
yang disebabkan oleh kornbinasi suhu dan kelembapan yang
tinggi dalam tempoh yang pendek. Tegasan haba kronik pula
disebabkan oleh kombinasi pen dedahan terhadap suhu dan
kelembapan yang tinggi untuk tempoh yang lebih la ma. Ayam
pedaging mungkin akan mati jika jumlah haba yang dihasi lkan
sangat tinggi dan melebihi jumlah haba yang hilang pada
kedua-dua keadaan akut dan kronik.
Bagi mengelakkan tegasan haba yang berlebihan pada
ayam pedaging, satu keadaan persekitaran yang terkawal
33
-
di dalam rebannya perIu disediakan. Ci ri-ciri yang perlu
diambil kira dalam pembinaan reban ya ng persekitarannya
terkawal ialah jenis penebat bangunan yang digunakan,
rek a bentu k dan lokasi reban ya ng ak an dibina serta sistem
pengudaraan reban tersebut.
Penebaian
Penebat mesti lah bahan yang dapat mengurangkan
pemindahan haba dari satu ka wasan ke kawasa n yang lain.
P nebat boleh diletakkan pa da siling, di bawah atap at au pada
dinding bangunan. Walaupun banyak kelebiha n menggunakan
altern atif ini, perlu di ingat ba hawa ia juga boleh meningk atkan
kos pembinaan.
Kebanyakan bahan p nebat yang sering di gunakan
bers ifat lembut dan ringan. Haiwan perosak sering menjadikan
bahan ini sebagai sarang pembiakan dan sumber makanan .
Penebat refl ektor berkilat seperti rajang alumi nium yang
sering digunakan pada at ap bangunan untuk mengurangkan
radiasi haba tidak sesuai digunakan. Ia cepat kotor dan
menjadi kurang berkesan di dalam reban ayam pedaging.
Antara alternati f ya ng sesuai ialah dengan menggunakan
penebat yang keras yang diperbuat daripada selulosa,
plastik polistirena at au kayu. Permukaan luaran penebat
jenis ini berbeza-beza mengikut jenis tetapi mempunyai
daya ke tahanan yang tinggi dan sesu ai di gunakan dalam
pembinaan reban ternakan poltri.
Keberkesanan penebat di ukur dengan menentukan ni lai
R, iaitu nilai rintangan haba. Penebat yang baik mempunyai
nilai R yang tinggi. Nilai R yang sesuai bagi tapak struktur
bangunan ialah RSl (R-value Sys tem Intern ational) 1.4 (R8),
manakala dinding pula dengan nilai RSI 3.5 (R20) dan siling
RSl 5.3 (R30).
Reka bentuk dan loka si
Reka bentuk bangunan, keduduka n ba nguna n dan bahan
binaan yang digunakan, mempengaruhi suhu di dal am reban
ayam. Reka bentuk bangunan yang mempunyai ruang udara
terbuka yang membenarkan ali ran uda ra keluar d an masuk,
boleh mempengaruhi suhu dan kelembapan persekita ran
dalaman bangunan. Reka bentu k bangunan yang kedap udara
pula boleh mewujudkan satu persekit aran vakum untuk
menarik udara masuk dengan menggunakan pengudaraan
mekani kal seperti kipas ekzos .
Da ri segi kedud ukan bangunan, kebias aannya reba n ayam
hendaklah dibina menghadap ke arah bara t supaya jumlah
penembusan sinaran cahaya matahari yang sampai ke dinding
bangunan dapat dikurangkan. Ini juga dapat mengelakkan
ayam daripada berkumpul di satu bahagian bangunan sahaja
sepanjang hari kerana penyebaran haba yang tidak se ka ta.
Pemilihan bahan binaan juga perlu mengambil kira tahap
34
rintangan haba (Nilai-R) bahan binaan tersebut.
Pembinaan bangunan dengan mengambil ki ra
sistem pengudaraan amat penting bagi menjamin
hasil yang maksimum di samping memastikan
suhu dalaman reban sentiasa optimum.
Sistem pengudaraan
Sistem pengudaraan yang baik mampu
mengeluarkan haba yang berlebihan keluar
dari reban. Sistem yang baik ini juga mampu
mengekalkan tahap oksigen yang mencukupi,
dapat mengekalkan persekitaran yang bersih
dan dapat mengeluarkan bau dan gas yang
terhasil seperti ammonia dan karbon di oksida
keluar dari reb an. Terdapat dua jenis sistem
pengudaraan iaitu pengudaraan terbuka dan
pengudaraan mekanikaI.
Dalam sis tern pengudaraan terbuka,
reban ayam mempunyai ruang udara yang
terbuka pada sisi dinding reban. Dalam sis tern
pengudaraan mekanikaI, kipas digunakan untu k
menghasilkan tegasan negatif di dalam reban (Gambar 1).
Kipas ini bertindak sebagai satu sistem ekzos yang memaksa
udara keluar dari reban. Da lam masa yang sarna tekanan
udara yang rendah dihasilkan di dalam reban. Tekanan udara
yang rendah ini pula akan memaksa udara dari luar masuk
ke dalam reban melalui ruang udara yang dibina. lni akan
mewujudkan satu aliran udara sehala di dalam reban. Dal am
konsep reban ayam pedaging de ngan persekitaran yang
terkawaI, pengudaraan mekanikal ini lebih diutarnaka n.
Walaupun penggunaan sistem pengudaraan mekani kal
meningkatkan kos pembinaan, namun pengguna annya sangat
berkesan dan boleh dipraktikkan dalam sa tu skala operasi
yang besar. Selain itu, satu sis tern sokongan diperluka n
sekiranya berlaku gangguan be kalan el ektri k. Gangguan
bekalan elektrik boleh menyebabkan suhu perseki tara n
dalaman reban ayam terganggu. Keadaan ini akan
meningkatkan risiko tekanan haba dan kematian. Dengan
menggunakan sistem generator elektrik sebagai satu sistem
sokongan, elektrik dapat dibekalkan secara berterusan. Sel ain
menggunakan kaedah ini, sistem tingkap automatik balch
digunakan sebagai alternatif kepada penggunaan sistern
generator elektrik. Apabila terdapat gangguan bekala n
elektrik, tingkap ele ktrik ini secara automatik akan terbuka
dan membawa ali ran udara keluar dan masuk mel alui tingkap.
Sistem pendinginan secara penyejatan
Sis tern ini merujuk kepada kesan pendinginan udara yang
terhasil apabila penyejatan air berlaku. Tenaga dari udara
digunakan untuk menyejat air. Ini menyebabkan udara
35
Gambar 1. Kipas mekanikal uniuk
persekitaran terkawal
Gambar 2. Pad penyejat yang digunakan dalam sistem
persekitaran terkawal
menjadi sejuk apabi la tenaga dip indah keluar. Sistem ini
sangat murah jika diband ingkan dengan siste rn penyaman
udara te ru tamanya dari segi kos pemasanga n d an juga kos
operasi. Sistem yang sering di gunakan ial ah sistem penyembur
kabus. Dal am sistem ini air ber tekanan tinggi, sekurang
kurangnya 100 psi d isalu rka n pad a si ling di sepanjan g
bangunan. Air yang kelu ar pada se ti ap penyembur berupa
kabus dan mampu mendinginkan persekita ran dalaman reban.
Sel ain itu, satu Iagi alternatif ial ah denga n menggunakan
sistem pad penyejat. Sistem ini Iebih berkesan d aripada si stem
penyembur kabus kerana udara yang masu k menjadi sejuk
dengan lebih cepat d an sangat berkesa n apabila d igabungkan
dengan penggunaan si stern pengudaraan mekani kal.
Namun begitu, penggunaan pad penyejat Iebih mahal jika

dibandingkan dengan sistem penyembur kabus terutamanya
dari segi kos pemasangan dan penyelenggaraan.
Pad penyejat
Sistem penyejukan udara dengan menggunakan pad penyejat
(Gambar 2) memba wa udara masuk d ari l uar bangunan
melalui pad yang dibasahkan dengan air. Apabila udara
masuk merentasi permukaan p ad yang lembap. air akan
tersejat keluar dan p roses ini rnenyebabkan hab a dari udara
terbebas. Udar a yang dibawa masuk menerusi pad ini
mempunyai suhu yang rendah d an kelembapan yang tinggi.
Dengan menggunakan sistem ini, air d ibi arkan melalui pad
penyejat secara berterusan dengan menggu nakan pam. Hanya
sebahagian sahaja air yang melalui pad ini akan tersejat kel uar,
manakala bakinya akan rnasuk se mul a ke d alam ta ngki untu k
dikitarkan se mula.
Dalam sistem yang menggunakan p ad penyeja t,
keperluan pengudaraan d i dalam reban perl u diambil kira.
Keberkesanan sistem pad penyejat ini bergan tu ng pada tiga
faktor utama iaitu jenis pad yang digunakan, lu as pad yang
dipasang dan hal aju udara
ya ng masuk merentasi pad
penyejat terse bu t. Kebanyakan
pad yan g berada di pasaran
diperbuat daripada gen ti an
aspen ataupun selulos a. Pad
sel u losa memerl u kan aliran
udara dan air yang Iebih jika
dibandingkan dengan pad
ge n tian aspen. Ketebalan pad
penyejat juga rnempengaruhi
kadar penyejatan air. Kadar
penyejatan lebih ti nggi pada
pad yang 150 mm berbancling
dengan pad yang teba lnya
100 mm.
36
-
Halaju udara yang masuk meneru si pad penyejat
dan luas pad penyejat berkait rapat antara sa tu sarna la in .
Pemasangan pad penyejat pada permukaan yang sempit
akan meningkatkan halaj u udara yang masuk menerusi pad
penyejat. Halaju udara yang rendah perlu untuk menghasilkan
kesan penyejukan yang op timum dan berkesan, Oleh i tu, sa tu
cara sahaja yang boleh dilakukan iaitu dengan meningkatkan
keluasan ruang pad penyejat yang dipasang pada reban.
Formula untuk menentukan jumlah luas pad yang diperlukan
di dalam reban ayam adalah dengan mengamb il kira dua
parameter iaitu keupayaan ki pas (m
3
/ jam), dibahagi dengan
kelajuan udara yang disyorkan masuk menerusi pad penyejat
(m/ saat) . Kelajuan udara yang disyorkan ditunjukkan dalam
[adual 1.
Sistem kawalan berkomputer
Sistern persekitaran terkawal de ngan menggunakan sistem
kawalan berkornputer merupakan satu teknologi terkini
yang telah diamalkan secara meluas di kalangan pe ntern ak
ayam di luar negara, khususnya yang membabitkan skala
operasi yang besar. Oi Malaysia, sistem ini digunakan untuk
penternakan ayam yang bersaiz kornersial. Penggunaan
sistem ini bukan sahaja dapat merninimurnkan tenaga kerja,
bahkan dapat mengoptimumkan keadaan perseki taran secara
lebih sistematik. Keadaan persekitaran reban yang opti mum
dan terkawal memberikan keselesaan dan seterusnya dapat
meningkatkan produktiviti ayam pedagi ng. Selain itu, kaedah
ini juga dapat menjimatkan tenaga kerana pengudaraan
mekanikal diselaraskan secara berterusan mengikut keperluan
semasa.
Ciri -ciri utama yang perlu ada dalam sistem kawalan
(Rajah 1) berkomputer ini ialah keupayaannya untuk
mengukur parameter penting seperti suhu, tekanan udara,
halaju udara yang masuk dan kelembapan relatif. Kompu ter
akan menganalisis parameter yang direkodkan dari sernasa
ke semasa dan kemudian akan mengaktifkan sistem kawalan
secara automatik mengikut kesesuaian. Operasi yang dikawal
menggunakan sistem ini ialah kipas pengudaraan, sistem
pad penyejuk, sistern pemanasan untuk anak aya m dan
pengawalan kemasukan udara. Sistern kawalan berkomputer
ini juga mampu mengawal suhu dan kelembapan mengikut
keperluan penternak.
37
-
PENUKARAN SUH U
KOMPUTER
ISYARAT
PEMPROSESAN
TEKANAN UD ARA
ANALOG
KE DIGITAL
KAWALAN MI KRO
KELEMBAPAN
RELATIF
ILITAR
~ W A L A
Rajah 1. Coruoh saiu sistem kawalan berkompuier
Walaupun si stem ini memberi banyak kele bihan,
na rnun ia bukanlah sa tu kemestian untuk setiap pent emak.
Pembangunannya membabitkan pelaburan yang tinggi kerana
peralatan yang diperl ukan sangat mahal. Justeru, pe nggunaan
sistem kawalan berkomputer ini tidak digalakkan untuk
penternak kecil dan sederhana kerana tidak praktikal dari
segi ekonomi, tetapi ia amat digalakkan ba gi penternak yang
mempunyai skala operasi yang besar.
Kesimpulan
Kaedah penternakan ayam pedagi ng dengan men gguna kan
sistem persekitaran terkawal ialah satu teknologi yang telah
lama diguna pakai di Malaysia, tetapi maklumat mengenainya
kurang meluas. Wal aupun begitu, potensi untuk berkemban g
maju dan mendapat tempat di kalangan pen temak baru
amatlah tinggi memandangkan prestasi ekonomi pasaran
ayam pedaging di ne gara ini sangat menggalakkan. Denga n
menggunakan kaedah ini juga, pent emak ayam pedaging
ba kal memperoleh pulangan ya ng lumayan setanding dengan
jumlah pelaburan yang di peru ntu kkan untu k membangunka n
teknologi ini. Penggunaan sistem persekitaran terkawal ini
terbukti dapat mengawal suhu dan kele mba pan persekitaran
reban ayam ke tahap yang optimum. Sistem ini dapat
mengurangkan kadar mortali ti serta meningkat kan prestasi
dan produktiviti ayam pedaging di samping meningkat kan
biokeselamatan.
38
Bibliogra6
APEE (2000). Keys to getti ng good performance from your evaporative
cooling system. Alabama Poultry Engineering and Economics
Newslett er, No 5, May 2000 Auburn University, Alabama, USA
Bucklin, R.A., Jacob, J.P., Wilson, H.R. dan Leary, J.D. (1998). Construction,
insulation, and ventilation of game bird facilities. Extension factsneet,
PS45. Institute of Food and Agricultural Sciences, University of
Florida, Florida, USA
Buffington, D.E., Bucklin, R.A., Henley, R.W. dan McConnell D.B. (1986).
Maintenance guide for greenhouse ventilation, evaporative coo1iD
b
heating systems. Extension factsheet, AE-26. Institute of Food and
Agricultural Sciences, University of Florida, Florida. USA
Butcher, GD. dan Richard, M. (1996). Heat stress managemen t in broiler.
Extension factsheet, VM65. Veterinary Medicine-Large Ani mal Clinical
Sciences Department, Florida Cooperative Extension Service, Insti tute
of Food and Agricultural Sciences, University of Florida, USA
Czarick, M. dan Lacy, M. (1998). Evaporative cooling pads reduce incoming
air temperature. Poultry Time s. May 4, 1998. Gainesville, GA. m.s . 25
Emery, J. (2004). Heat stress in poultry. Defra publications (ADAS) .
Dipero'feh pada 22 November 2007 dari http:/ /www.defra.gov.uk/
animalh / welfare / pdf / heatstresspoul try.pdf
Hellickson, M.A. dan Walker, J,N. (1983). Ventilation of agricultural
structure. An ASAE Monograph. American Society of Agricultural
Engineers, USA
Larry, V. (1991). Key factors for poultry house ventilation. Cooperative
extension servi ce factsheet, Bulletin 893. College of Agricultural &
Environmental Sciences, University of Georgia, USA
MAF (1985). Micro-processor (computer) control of ventilation for
livestock and poultry. Farm structure factsheet. May 1985, Minister of
Agriculture and Food, Abbotsford, Canada
MWPS-1 (1983). Structures and environment handbook. Eleventh Edition. m.s.
602.1--602.10. Midwest Plan Service, Iowa State University, Ames, I
USA
SKOV, (2007). The climate requirements of the broiler. SKOV International :
Poultry Edition
Strobel, B.R., Stowell, R.R. dan Short, T.H. (1999). Evaporative cooling pads:
use in lowering indoor air temperature. Extension factsheet, AEX
127-99. The Ohio State Uni versity, Ohio. USA
Verstegen, M.W.A., Brandsrna, H.A., Maternan, G., dan Van der He!, W.
(1984). Effect of cold thermal environment on feed req uirements,
growth rate and slaughter quality in pigs. Arch. Vet. Med., Leipzig,
38(3): 431--8
Winchell, W. (1994). Broiler housing. Canada Plan Service Leaflet M-5310.
Diperoleh pada 20 November 2007 dari http://wwV\.cps .gov.on.ca/
English / plans/E5000/ 5310/ M-5310L.pdf
39
-
--
- - -
. . I "Y; '"
" . r. .
. . .' .... _
I
. ..... 1
Ringkasan
Pent ern akan ayam pedaging melalui sis tem pers ekit aran terkawal
merupakan saw teknologi yang telah lama diperkenalkan. Narnun,
maklumat mengenainya tidak ter sebar secara meluas . Kebanyakan
penternak di luar negara telah mengamal kan kaedah pen tern akan
sebegini terutarnanya di negara yang beri klim sedcrha na dan bermusim.
Di bawah kawal selia penternak, reban ayam pedaging dengan
persekit aran terkawal ini m mpu memberikan persekit aran yang
kondusif kcpada ayam pedaging terutamanya perl ind ungan daripada
cuaca panas, mengoptimumkan suhu dalaman reban dan pengawalan
kelembapan serta meningkatkan biokeselamatan.
Su mmary
The environmental control sy stem for broi ler production has long
been introduced to farmers but the information about the technology
is still not widespread. Most of the forei gn farmers have adopted thi s
technology notably in temperate countries. By using this technology,
farmers can have total control over the inner condition of the house,
provide conducive environment for the broi lers especially in protecting
the broilers from excessive heat, optimize the inner temperature and
humidity of th e house, and increase bio security.
Pengarang
Mohd. Azri Azrnan. Pusat Penyelidikan Ternakan Strategik,
Ibu Pejabat MARDI, Serdang, Peti Surat 12301, 50774 Kuala Lumpur
E-mel: mohdazr i@mardi.gov.my
Mohd Azlan Pauzi. Stesen MARDI Kluang, Beg Berkunci No. 525,
86009 Kluang, Iohor
40

Anda mungkin juga menyukai