Anda di halaman 1dari 18

PENANDA WACANA

Penanda wacana ialah rangkai kata yang digunakan untuk menghasilkan karangan
yang baik dan teratur.
* Ia menghubungkan satu ayat dengan ayat yang lain, suatu isi dengan isi yang lain dan
suatu idea dengan idea yang lain yang saling berkaitan.
* Penanda wacana juga sering digunakan apabila memulakan perenggan yang baharu.
Apabila dua ayat digabungkan dengan penanda wacana yang sesuai, ayat itu akan
menjadi lebih lancar dan sempurna serta mempunyai pertalian idea.
Penanda wacana boleh dibahagikan kepada beberapa kategori mengikut fungsinya.
Antaranya ialah:

Contoh ayat:
1. Kami daripada keluarga yang miskin. Sungguhpun demikian, kami tidak pernah
meminta belas ihsan daripada orang lain.
2. Saliza memang seorang murid yang pintar. Namun begitu, dia jarang membantu
rakannya yang lemah dalam pelajaran.
3. Jalan itu agak sunyi. Walau bagaimanapun, itulah satu-satunya jalan untuk pergi ke
banglo Dato' Kamal.
4. Amirul tidak pergi ke sekolah. Sebaliknya, dia melepak di pusat permainan video.

Contoh ayat:
1. Saya tidak dapat melihat dengan jelas lebih-lebih lagi pada waktu malam.
2. Danish suka menonton rancangan dokumentari, tambahan pula yang berkaitan
dengan haiwan.
3. Ramai suri rumah berbelanja di pasar raya itu kerana terdapat pelbagai jenis
barang. Lagi pun, harganya murah.
4. Farzana mendapat tawaran belajar di luar negara. Malah, perbelanjaannya pun
akan ditanggung oleh kerajaan negeri.

Contoh ayat:
1. Ibunya telah meninggal dunia beberapa bulan yang lalu. Sejak itu, dia sering
termenung dan kelihatan murung.
2. Badrul selalu ponteng sekolah. Lantaran itu, ibu bapanya telah dipanggil oleh pihak
sekolah untuk menyelesaikan masalah tersebut.
2

3. Ibu bapa saya tiada di rumah ketika ini. Oleh itu, saya dan adik-adik saya tidak
dibenarkan bermain di luar rumah.
4. Peperiksaan UPSR semakin hampir. Justeru, kita perlu belajar bersungguhsungguh dan menumpukan sepenuh perhatian semasa guru sedang mengajar.

KATA GANTI NAMA DIRI

Kata Ganti Nama Diri digunakan untuk menggantikan nama seseorang.


Kata Ganti Nama Diri dibahagi kepada 3 jenis, iaitu :
1.
2.
3.

Kata Ganti Nama Diri Pertama


Kata Ganti Nama Diri Kedua
Kata Ganti Nama Diri Ketiga

Kata Ganti Nama Diri Pertama:


Digunakan untuk orang yang bercakap.
Bentuk Tunggal: saya, aku, beta, patik, hamba
Bentuk Jamak : kami, kita
Panduan menggunakan Kata Ganti Nama Diri Pertama:
Saya: - digunakan ketika bercakap dengan
a) orang yang baru dikenali
b) orang yang lebih tua
c) teman-teman
Ayat: 1) "Saya akan pulang lewat hari kerana ada kelas tambahan," kata Hasnah
kepada ibunya.
2) "Nama saya Susana,saya datang dari Pulau Pangkor," kata Susana
memperkenalkan dirinya ketika menghadiri temu duga.
Aku: - digunakan ketika bercakap dengan
a) orang yang sangat rapat , mesra dan sedarjat
b) ketika berdoa kepada Tuhan
c) tidak boleh digunakan dalam suasana rasmi seperti majlis rasmi dan
surat- menyurat rasmi.
3

Ayat: 1) "Marilah singgah di rumah aku dulu," kata Azmi kepada Azman.
2) Ya, Allah, tabahkan hati aku untuk menghadapi dugaan ini!
Beta: - digunakan oleh raja dan sultan ketika bertitah.
Ayat: 1) "Beta akan pastikan rakyat di negeri ini hidup dengan aman dan damai,"
titah Sultan Allauddin.
Patik: - digunakan oleh orang yang berkedudukan / berpangkat ketika bercakap
dengan raja / sultan.
Ayat: 1) "Patik akan melaksanakan segala titah perintah Tuanku," sembah Hang
Tuah kepada Sultan.
Hamba: - digunakan oleh orang biasa yang tidak berkedudukan / berpangkat
( dengan tujuan untuk merendahkan diri apabila bercakap dengan orang lain.
Ayat: 1) "Bolehkah hamba menumpang di kampung ini?" tanya pemuda itu.
Kami: - digunakan untuk merujuk orang yang bertutur serta rakan-rakannya.
- tidak termasuk orang yang menjadi teman berbicara.
Ayat:
1) Kami akan pergi ke kedai buku sebelum berjumpa dengannya di restoran.
2) Kami tidak dapat menghadiri majlis harijadinya kerana terpaksa pulang ke
kampung dengan segera.
Kita: - digunakan untuk merujuk orang yang bertutur.
- termasuk orang yang menjadi teman berbicara ( merujuk kepada semua )
Ayat: 1) Walau di mana kita berada, kita haruslah ingat akan jasa ibu bapa yang
memelihara kita sejak dari kecil lagi.
2) "Sekolah kita akan mengadakan gotong-royong pada hari Sabtu ini," kata
ketua pengawas kepada pelajar-pelajar.

Penjodoh bilangan ialah perkataan yang digunakan berpasangan


dengan kata nama untuk membilang atau menyebut kata nama itu.

1) ANGKATAN
Digunakan untuk : kumpulan atau kelompok benda dan manusia
Contoh : tentera, usahawan, sasterawan, belia, penulis
Ayat
Seangkatan pegawai polis bergegas ke tempat kemalangan itu

2) BAKUL
Digunakan untuk: benda yang diisikan di dalam bakul
Contoh : kuih, sampah, buah, makanan

Ayat
Mak Limah membawa sebakul kuih keria untuk dijual di gerai

3) BARIS
Digunakan untuk: benda yang berderet atau manusia yang
beratur

Contoh : ayat, rumah, murid, tulisan, kerusi

Ayat
Dua buah baris rumah setinggan hangus dijilat api pagi tadi

4) BATANG
Digunakan untuk: : benda yang lurus, panjang, dan keras
Contoh : gigi, pakuk,lilin, jalan raya, tongkat

Ayat
5

Datuk berjalan dengan menggunakan sebatang tongkat rotan

5) BENTUK
Digunakan untuk : benda yang kecil dan berbentuk lengkung
Contoh: : subang,cincin,mata kail

Ayat
Balkis membeli dua bentuk cincin berlian untuk tunangnya

6) BERKAS
Digunakan untuk: benda yang telah diikat dalam satu ikatan
Contoh : bulu, rotan, kunci, lidi, ranting

Ayat
Along Ajai membawa seberkas rotan dari hutan

7) BIDANG
Digunakan untuk : benda yang lebar, luas, dan rata
Contoh : sawah, ladang, tanah, tikar dan permaidani

Ayat
Nenek membentang sebidang tikar nipah untuk tetamu yang
datang.

8) BIJI
Digunakan untuk : buah buahan dan benda yang berbentuk bulat
Contoh : cawan,butang,guli, pinggan, tembikai

Ayat
Salleh menyusun enam biji cawan di atas meja

9) BILAH
Digunakan untuk : senjata atau benda yang tajam dan runcing
Ayat :
Ayu memotong kek hari jadinya dengan menggunakan sebilah pisau

10) BOTOL
Digunakan untuk : bahan cecair yang diisikan ke dalam botol
Contoh : air, dakwat minumam, kicap, minyak

Ayat
Datuk Anuar sempat membeli tiga botol minyak wangi ketika berada
di luar negara

11) BUAH
Digunakan untuk : benda yang besar, tempat, bangunan dan
semua jenis kenderaan
Contoh : air,dakwat,minuman,kicap,minyak

Ayat
Hairul berasa hairan apabila melihat sebuah lori tiba-tiba berhenti
di hadapan rumahnya

12 BUKU
Digunakan untuk : benda yang berbuku dan berbongkah kecil
Contoh : benang,roti sabun

Ayat
Shamsul membeli sebuku roti di kedai itu
7

13 BUNGKUS
Digunakan untuk : kumpulan benda yang dibalut
Contoh : coklat, nasi lemak, makanan ringan

Ayat
Emak menyediakan lima belas bungkus nasi lemak untuk dibawa ke
pejabat

14 BUTIR
Digunakan untuk : benda yang kecil dan bulat
Contoh : peluru,telur,beras,bawang, kelapa

Ayat : Salmah mengupas lima butir bawang merah.


15 CARIK
Digunakan untuk : benda yang dikoyak kecil kecil dan
memanjang
Contoh : daun, kertas, perca kain

Ayat
Danial menggunakan beberapa carik perca kain untuk ditampal
pada lukisannya

16) CEBIS
Digunakan untuk: benda yang sudah dipotong atau dikoyak kecil
kecil
Contoh : kertas, kain

Ayat

Emak menampal seluar adik yang koyak dengan menggunakan


secebis kain

17 CEKAK
Digunakan untuk : benda yang dipegang secara mencekak
Contoh : benih padi, serai, sirih, sayur sayuran

Ayat :
Pakcik Halim mengambil secekak benih padi dari tapak semaian

18 CUBIT
Digunakan untuk : benda yang diambil sedikit sahaja
Contoh : garam, gula, kuih, makanan

Ayat
Suria memasukkan secubit garam ke dalam masakannya

19 CUCUK
Digunakan untuk : benda yang dicucuk dengan lidi
Contoh : meriam,pistol,senapang

Ayat
Abang membeli lima puluh cucuk sate ayam dan daging lembu

20 DAS
Digunakan untuk : bunyi letupan dan tembakan
Contoh : meriam,pistol, senapang

Ayat
Adik segera menutup telinga apabila terdengar beberapa das
tembakan

21 DERET
Digunakan untuk : bangunan dan kenderaan yang berderet deret
Contoh : gerai , kedai rumah, lori, motosikal

Ayat
Datuk saya mempunyai sederet rumah sewa di Klang

22 EKAR
Digunakan untuk : kawasan yang luas
Contoh : bendang, sawah,tanah,ladang

Ayat
Pakcik menjual beberapa ekar tanah sawahnya untuk membiayai
pelajaran anaknya

23 EKOR
Digunakan untuk : semua jenis haiwan
Contoh : ayam,lembu,gajah,unta zirafah

Ayat : Haji Ahmad memelihara dua ekor kucing parsi


24) GELAS
Digunakan untuk : cecair yang diisikan ke dalam gelas
Contoh : air kelapa, susu, kacang soya

Ayat
10

Fakarudin membeli dua gelas air kacang soya di pasar malam

25 GELUNG
Digunakan untuk : benda yang panjang dan bergelung
Contoh : dawai kawat, rotan, tali wayar

Ayat
Ah Cong menggunakan dua gelung dawai untuk membuat pagar

26 GEMAL
Digunakan untuk : benda yang dikumpulkan dan diikat
Contoh : padi, rumput lalang

Ayat
David membawa empat gemal rumput di belakang motosikalnya

27 GENGGAM
Diguanakan untuk : benda yang boleh digenggam
Contoh : beras, padi, garam,pasir, pulut

Ayat : Nenek memasak tiga genggam pulut pagi tadi


28 GEROMBOLAN
Digunakan untuk : kumpulan orang
Contoh : askar pengganas, polis, tentera

Ayat
Segerombolan polis telah dikejarkan ke tempat rusuhan itu
11

29 GUGUS
Digunakan untuk : kumpulan benda yang berkelompok dan buah
buahan dalam setangkai
Contoh : bintang, anggur, kunci, langsat, rambutan

Ayat : Mei Lan membeli tiga gugus langsat di gerai itu


30 GULUNG
Digunakan untuk : membilang benda yang panjang dan
bergulung
Contoh : filem, kain, kertas, permainan, tikar

Ayat
Nalini menjemur tiga gulung permaidani di pagar rumahnya

31 GUMPAL
Digunakan untuk : benda yang bergumpal
Contoh : asap, awan, kapas, kekabu, tembakau

Ayat : Ekor, kucing siam itu seperti segumpal kapas


32 HELAI
Digunakan untuk : benda yang nipis, lembut, lebar, dan
berkeping keping
Contoh : baju, borang, cadar, tuala, sapu tangan

Ayat : Di dalam almari itu cuma ada sehelai baju


33 HIDANG
Digunakan untuk : makanan yang siap disajikan
12

Contoh : kuih, lauk, nasi

Ayat
Puan Noriah menyediakan dua hidangan kuih kepada tetamu yang
hadir

34 HIRIS
Digunakan untuk : benda yang sudah potong tipis tipis
Contoh : lobak merah, tomato, timun, daging

Ayat
Puan Jah meletakkan tiga hiris timun di atas hidangan nasi ayam itu

35 IKAT
Diguanakan untuk : benda yang telah diikat
Contoh : atap, kayu, sayur sayuran, sirih

Ayat
Faizah membeli dua ikat sawi dan tiga ikat kangkung

36 JAMBAK
Digunakan untuk : benda yang berangkai rangkai
Contoh : bunga, kunci

Ayat
Wati berasa sungguh gembira menerima sejambak bunga daripada
tunangnya

37 JAMBANGAN
Digunakan untuk : kumpulan bunga yang sudah digubah bunga
Contoh : Bunga
13

Ayat
Daris meletakkan jambangan bunga itu di atas mejanya

38 JEMPUT
Digunakan untuk : benda yang diambil dengan hujung jari
Contoh : rempah, garam, gula, kunyit

Ayat
Ibu menggaul ikan kembung itu dengan garam dan dua jemput
serbuk kunyit

39 JENGKAL
Digunakan untuk : jarak atau lebar sesuatu benda atau tempat
dengan menggunakan kedua dua hujung jari
tangan
Contoh : kain, benang,tali dawai

Ayat : Panjang meja tulis itu lima jengkal


40 KAJANG
Digunakan untuk : benda yang berbentuk lebar
Contoh : kain, kertas, layar

Ayat
Hadi memerlukan empat kajang kertas untuk menampal dinding
biliknya

41 KAKI
Digunakan untuk : benda yang bertangkai
Contoh : payung, lilin, cendawan
14

Ayat : Lina meletakkan sekaki payung di belakang pintu

42 KALUNG
Digunakan untuk : benda yang diikat secara bersembunyi dalam
bentuk bulatan
Contoh : manik, mutiara,

Ayat
Encik Ravi menempah dua kalung bunga malai untuk majlis
perkahwinan anaknya

43 ) KANDANG
Digunakan untuk : haiwan yang berada di dalam kandang
Contoh : lembu, kambing, kerbau, kuda, biri,biri

Ayat
Pak Din berasa sedih kerana sekandang lembunya terkena penyakit
kuku dan mulut

44 KAPUR
Digunakan untuk : sirih yang telah siap dikapurkan
Contoh : sirih

Ayat
Nenek mengunyah sekapur sirih sambil mengayam tikar

45KARANGAN
Digunakan untuk : bunga siap digubah
15

Contoh : pelbagai jenis bunga

Ayat
Puan Jamilah mendapat sekarangan bunga daripada pekerja pekerja sempena hari jadinya

46 KAWAN
Digunakan untuk : kumpulan haiwan
Contoh : burung, gajah, lebah, merpati, serigala

Ayat : sekawan gajah telah merosakkan tanaman pisang di


kampung itu

47 KELOMPOK
Digunakan untuk : kumpulan benda, haiwan dan manusia
Contoh : pulau, nelayan, bintang, gajah, jurutera

Ayat
Nina asyik melihat sekelompok bintang yang berkelipan pada malam
itu

48 KEPAL
Digunakan untuk : benda yang boleh dikepal
Contoh : nasi,pulut,tanah, dodol

Ayat
Fatin makan dua kepal pulut yang ditanak oleh neneknya

49 KEPING
Digunakan untuk : benda yang rata, nipis dan lebar
Contoh : biskut, gambar

16

Ayat
Zainal makan tiga keping biskut sahaja pada waktu rehat

50 KEPUL
Digunakan untuk : benda yang berkepul-kepul
Contoh : asap,awan,wap
Ayat
Siti menjerit jerit apabila melihat kepul asap hitam dari
dapur rumahnya

17

18

Anda mungkin juga menyukai