Anda di halaman 1dari 7

PENDAHULUAN Langkah-langkah Keselamatan adalah satu aspek penting yang perlu dititikberatkan oleh semua pihak, sama ada

di sekolah, di pejabat walhal di rumah sekali pun. Langkah keselamatan yang dibincangkan di sini adalah merangkumi segala aspek keselamatan yang melibatkan penggunaan bengkel di sekolah-sekolah.

Keselamatan adalah suatu perkara yang sering dipandang ringan oleh semua orang, lantas langkah-langkah berjaga-jaga langsung tidak dipedulikan. Kita akan mengambil langkahlangkah keselamatan setelah mengalami sebarang kemalangan atau kecederaan. Seperti kata orang tua-tua , dah terantuk baru terngadah. Seharusnyalah kata-kata ini tidak digunapakai lagi di waktu sekarang kerana di zaman ini kita sentiasa terdedah kepada berbagai jenis bahaya yang ada di sekeliling . Hanya , jika kita tidak berhati-hati nasib tidak menyebelahi kita, kerana malang itu tidak berbau.

Langkah-langkah keselamatan yang seharusnya diamalkan oleh semua orang melibatkan 3 aspek iaitu menjaga keselamatan diri sendiri, orang lain dan alatan mesin, mengetahui caracara pertolongan cemas dan mengetahui cara menggunakan alat pemadam api. Semua pihak memainkan peranan penting dalam memastikan langkah-langkah keselamatan diamalkan di sekolah-sekolah. Kecuaian , sikap buruk dan kejahilan merupakan punca utama kemalangan. Gunakan peralatan yang berkeadaan baik dengan kaedah atau cara yang betul untuk mengelakkan berlakunya kecederaan atau kemalangan. Pakaian yang sesuai, disiplin diri dan mematuhi peraturan merupakan perkara penting dalam mencegah kemalangan. UTAMAKAN KESELAMATAN.

2.0 DEFINISI Mengikut kamus dewan, keselamatan ialah suatu perkara atau langkah yang perlu diambil bagi mengelakkan berlakunya peristiwa yang tidak diingini seperti kecederaan atau kehilangan nyawa. Keselamatan dapat dikelaskan kepada tiga iaitu; 1. Menjaga keselamatan diri sendiri, orang lain dan alatan serta mesin. 2. Mengetahui cara-cara pertolongan cemas. 3. Mengetahui cara menggunakan alat pemadam api. 3.0 KESELAMATAN AM 3.1. Punca-punca Kemalangan Perkara pertama yang perlu difikirkan apabila melangkah masuk ke bengkel ialah keselamatan. Di dinding-dinding bengkel atau kawasan pembinaan seringkali terpapar papan tanda UTAMAKAN KESELAMATAN. Mencegah lebih baik daripada mengubati dan sebagainya. Sikap inilah yang mesti diamalkan oleh setiap pelajar pada setiap masa. Punca kemalangan boleh dibahagikan kepada tiga faktor iaitu;

3.1.1. Faktor Fizikal a. Pendawaian elektrik - pendawaian telah melebihi 40 tahun - pendawaian mengalami kecacatan pendawaian - pendawaian terbakar kerana beban lebih had ( overload) - pendawaian terbakar kerana pendawaian tambahan tanpa kebenaran

b. Persekitaran - persekitaran tempat kerja/belajar yang tidak diambil perhatian. Contohnya tumpahan minyak yang tidak dibersihkan. - Pencahayaan tempat kerja/belajar yang tidak mencukupi.

c. Kebisingan - guru dan murid yang terdedah kepada persekitaran yang mempunyai tahap kebisingan yang tinggi. - kebisingan yang melebihi tahap tertentu akan menyebabkan kehilangan pendengaran.

d. Peralatan dan mesin - kemalangan yang berpunca daripada peralatan dan mesin didalam bengkel adalah disebabkan oleh susun atur yang tidak sesuai. - Kemalangan juga boleh berpunca daripada keadaan mesin yang lama dan tidak diservis. - Kemalangan juga boleh berlaku disebabkan oleh ketiadaan sistem pengurusan peralatan seperti cara mengguna dan menyimpan.

3.1.2. Faktor Kemanusiaan a. Kecuaian - kurang tumpuan kepada kerja - mengelamun atau berkhayal ketika bekerja/belajar b. Kurang kemampuan - memaksa diri melakukan kerja c. Kurang pengetahuan - tiada latihan - sikap tidak ambil tahu atau malas mempelajari suatu yang perlu dalam pekerjaannya d. Disiplin - bergurau sambil bekerja/balajar - gagal mematuhi aturan yang disediakan - tidak mematuhi tertib (short-cut) e. Kesihatan - gangguan kesihatan ketika bekerja seperti mengantuk, sakit, letih, fikiran terganggu dan lainlain. f. Emosi - keadaan psikologi yang terganggu - perasaan takut, benci, marah, hampa dan kecewa terhadap guru atau pentadbir. g. Pengulang - seseorang yang mengalami lebih daripada sekali kemalangan yang sama. Godec (1966) menyatakan 7 faktor yang berkaitan dengan pengulang kemalangan; gangguan kurang cermat bebas kurang peka/sensitive

kurang bertindak kepada rasa kesakitan jamin diri keinginan menguasai. h. Cenderung Kemalangan - seseorang yang mudah mengalami kemalangan disebabkan tingkah laku dan emosi - Karl Menniger mengatakan the most accepted belief is that accident-proneness is something each of us possesses - Marbe (1926) menyatakan person with one accident is more likely to have another than the person who has had never any

3.1.3. Faktor Pentadbiran a. Peraturan - pentadbir yang tidak menguatkuasakan peraturan yang telah sedia ada - kurangnya mengeluarkan arahan-arahan keselamatan dikawasan bengkel dan sekitarnya - tidak ada latihan yang berkaitan dengan pencegahan kemalangan b. Sikap pentadbir - sikap ambil jalan mudah - lebih mementingkan peratus kelulusan peperiksaan - kurangnya hubungan di antara guru dan murid.

3.2. Cara-cara Untuk Mencegah Kemalangan Setiap kemalangan akan mengakibatkan sama ada hartabenda ataupun nyawa. Mencegah adalah cara untuk meminimumkan peratus berlakunya kemalangan.

3.2.1. Menjaga Keselamatan Diri Sendiri Mempastikan diri kita berada dalam keadaan sihat dari segi fizikal dan rohani Berdisiplin dan mematuhi peraturan yang ditetapkan Mengetahui kaedah penggunaan atau cara mengendalikan sesuatu mesin yang selamat Pakaian hendaklah kemas dan sesuai dengan kerja yang akan dilaksanakan Memakai dan menggunakan alat perlindungan keselamatan seperti mask, google, sarung tangan jika perlu, topi dan tali pinggang keselamatan.

3.2.2. Menjaga Keselamatan Orang lain Menandakan kawasan bahaya dengan warna yang terang merah Memastikan bengkel sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kemas Memastikan cahaya yang cukup semasa membuat kerja amali Memagar kawasan yang merbahaya Papan tanda amaran perlu diletakkan seperti AWAS, LANTAI LICIN, MESIN ROSAK, UTAMAKAN KESELAMATAN dan sebagainya.

3.2.3. Menjaga Keselamatan Alatan dan Mesin Menajamkan mata alat Meletakan alatan di tempat asal selepas digunakan Meminyakkan alatan dan mesin supaya tidak berkarat Melabelkan atau mengasingkan mesin yang rosak atau sedang diselenggarakan atau dibaiki. Sentiasa membuat pemeriksaan alatan atau mesin sebelum digunakan.

3.2.4. Mematuhi Lain-lain Peraturan Di dalam Bengkel Sentiasa peka dan mematuhi peraturan yang ditetapkan Sentiasa bersikap bertimbang rasa dan sedia membantu rakan sekelas atau rakan sekerja Menyediakan peralatan yang berkaitan sahaja dengan kerja amali yang dilakukan. Hendaklah melaporkan dengan segera kepada guru jika terdapat alatan atau mesin yang digunakan rosak dan merbahaya kepada orang lain jika digunakan. Kesemua jenis alat yang tajam hedaklah dibawa dengan matanya sentiasa menghala ke arah bawah. Membawa barang yang merbahaya atau yang panjang melalui laluan yang luas supaya tidak merbahaya kepada diri sendiri, orang lain dan objek itu sendiri.

3.2.5. Faedah Mengamalkan Keselamatan Dan Kesihatan Dapat membendung dan mencegah risiko kemalangan, keracunan dan penyakit pekerjaan (kematian dan kecederaan). Mengelakkan kerugian dan kerosakkan dan kemusnahan hartabenda. Pekerjaan dan P&P dapat dijalankan dengan tekun, efisyen dan produktif.

3.3. Kod-kod Keselamatan Yang Berkaitan - Kod-kod keselamatan biasanya telah disediakan oleh pihak yang memberikan sesuatu perkhidmatan , misalnya bekalan elektrik dinegara kita mematuhi peraturan-peraturan elektrik berdasarkan Institut Kejuruteraan Elektrik United Kingdom (I.E.E), Peraturan Elektrik 1951, Peraturan Keselamatan Ordinan Elektrik 1949, Peraturan Elektrik Lembaga Bekalan 1949 dan Akta Jemaah Pemeriksan Elektrik 277 1983, 1984 dan SIRIM. - Sebuah bangunan mestilah mempunyai peraturan keselamatan yang disediakan oleh pihak bomba. - Antara lain, peraturan itu berkehendakan perkara yang berikut: a. Pintunya mestilah tahan kebakaran b. Disediakan alat pemadam kebakaran c. Diadakan dua pintu masuk dan keluar dan arah yang berlainan d. Bangunan yang menggunakan lif mestilah disediakan dengan tangga dan dua arah yang berlainan - Sebelum memulakan sesuatu kerja pemasangan atau membaiki alat kelengkapan, seseorang juruelektrik mestilah memahami dan membiasakan diri dengan peraturan-peraturan keselamatan yang terlibat untuk melindungi pengguna, peralatan, bangunan dan pemasangan daripada bahaya dan kemalangan. - Berikut disenaraikan beberapa contoh kod-kod pemasangan dan baik pulih alat-alat elektrik. - Kod ini berdasarkan buku peraturan I.E.E. edisi ke 15 dan akta 277, jemaah pemeriksa elektrik 1984

a. Pemeriksaan dan pengujian hendaklah dijalankan terhadap pemasangan berikut: Pemasangan elektrik yang baru Pemasangan tambahan atau ubahsuaian Pemasangan sementara setelah tamat tempohnya Pemasangan sedia ada mengikut permintaan dan arahan b. Pengalir dan perkakas yang digunakan mestilah sesuai saiznya pada kadar arus yang diperlukan c. Pengalir itu mestilah mempunyai penebatan yang baik dan diberikan perlindungan tambahan jika difikirkan perlu d. Fius atau pemutus litar mestilah dipasang pada setiap litar akhir, bagi melindungi arus lebih atau kebocoran arus di litar itu. e. Suis satu kutub dipasang hanya pada pengalir hidup

f. Setiap pemasangan mestilah mengadakan suis pemencil yang dapat memutuskan kesemua bekalan sewaktu berlaku sesuatu kemalangan. g. Di kawasan lembap dan berair pembumi rangka dan kerja logam tetap mesti diadakan, misalnya paip air, paip gas dan sebagainya. h. Pendawai elektrik mestilah memperolehi Sijil Pemasangan daripada pihak berkuasa sebelum memasang sesuatu pendawaian.

4.0. KESELAMATAN DI BENGKEL KERJA KAYU.

1. Jaga semua alat supaya bersih dan tidak berkarat. 2. Laporkan sekiranya terdapat keadaan bengkel yang merbahaya atau ada alat-alat yang rosak . 3. Jaga kawasan kerja supaya bersih, tidak bersepah dan tiada reja-reja kayu. 4. Lindungi diri dan rakan kerja dari terdedah kepada bahaya terkena alat-alat yang tajam. 5. Bawa alat-alat tajam seperti pahat, pisau atau senggerik dengan memegangnya hampir pada mata atau hujungnya yang tajam itu dan membawanya rapat ke sisi badan dengan matanya yang tajam itu menghala ke bawah. 6. JANGAN bawa alat-alat tersebut di dalam saku. 7. Jangan bawa terlalu banyak alat di dalam tangan. Ianya boleh tergelincir atau terjatuh. 8. Pilihlah alat-alat yang sesuai bagi kerja yang hendak dibuat. 9. Susunkan potongan kayu-kayu yang boleh dipakai dengan teratur di dalam peti reja-reja kayu. 10. Letakkan potongan kayu-kayu yangtidak boleh digunakan dan tatal-tatal ke dalam kotak untuk dibuangkan. 11. Masukkan semua kain yang berminyak ke dalam bekas logam yang bertutup rapat. 12. Kedua-dua peti buangan dan bekas untuk kain-kain berminyak itu hendaklah dikosongkan setiap hari. 13. JANGAN menggunakan udara mampat (compressed air) untuk membersihkan alat-alat dan kawasan kerja dari habuk-habuk dan tatal-tatal. 14. Bersihkan dan keringkan sebarang minyak , gris, glu atau cat yang tertumpah di lantai. 15. Pakai pakaian yang sesuai dengan kerja. Gulungkan lengan baju ke atas, sisipkan baju ke dalam dan buangkan tali leher. 16. JANGAN masukkan paku dalam mulut. 17. JANGAN berlari atau bergurau di dalam bengkel.

Anda mungkin juga menyukai