Anda di halaman 1dari 8

AMALAN KESELAMATAN

PENGENALAN Keselamatan merupakan satu aspek yang amat penting dan perlu dititikberatkan. Semua pihak mesti beringat dan sentiasa mengamalkan langkah keselamatan semasa bekerja terutamanya ketika menggunakan peralatan mesin. Kemalangan yang biasa berlaku di tempat kerja umumnya boleh dikelaskan kepada tiga jenis : 1. Kecuaian manusia seperti tidak berhati-hati ketika bekerja dan tidak menggunakan alat keselamatan. 2. Peralatan dan mesin yang digunakan dalam keadaan teratur dan rosak. 3. Persekitaran tempat kerja yang tidak atau kurang selamat.. UNDANG-UNDANG KESELAMATAN BENGKEL

1. Memakai pakaian yang kemas, kemeja lengan pendek dan kasut keselamatan. 2. Tidak dibenarkan bergurau senda dan menjerit-jerit. 3. Jangan keluar dari bengkel tanpa kebenaran. 4. Dilarang menggunakan mesin tanpa kebenaran.

5. Alat-alat yang rosak hendaklah diberitahu kepada penyelia dengan segera. 6. Jaga dan guna semua alat dengan betul dan selamat. 7. Semua alatan hendaklah dipulangkan ke tempat asal dalam keadaan bersih setelah digunakan. 8. Berhentikan perjalanan mesin apabila melaras kedudukannya. 9. Guna alat adang atau gogal apabila menggunakan mesin. 10. Gunakan sebatang kayu untuk membuang sisa besi. 11. Hanya dua orang sahaja boleh menggunakan mesin pada suatu masa. 12. Lantai yang berminyak hendaklah dibersihkan dengan segera.

BAHAYA Sesuatu keadaan yang boleh menyebabkan kecederaan dan kehilangan nyawa. KEMALANGAN Suatu kejadian yang tidak diingini yang mengakibatkan kecederaan atau kehilangan nyawa kepada seseorang atau memusnahkan harta benda. KEMALANGAN SECARA AM

Tidak diduga ianya akan berlaku. Tidak disengajakan oleh sesiapa. Tidak dirancang oleh mana-mana pihak. Tidak dijangkakan bila akan terjadi.

JENIS-JENIS BAHAYA Fizikal 1. Tidak memakai kasut keselamatan. 2. Tidak memakai topi keselamatan. 3. Tidak memakai sarung tangan. Kimia 1.Asid sulfurik pekat. 2.Sisa tosid beracun. Pelakuan Pekerja 1.Bergurau semasa bekerja. 2.Bekerja dalam keadaan letih/ mengantuk. 3.Makan semasa bekerja. 4.Menghisap rokok semasa bekerja. FAKTOR-FAKTOR KEMALANGAN 1.Keadaan tidak selamat. 2.Kekemasan tempat kerja tidak sempurna. 3.Pengaliran udara tidak lancar. 4.Rekabentuk atau binaan yang tidak selamat. 5.Tidak ada adang. 6.Adang yang tidak sesuai atau tidak mencukupi. 7.Kecacatan pada perkakas, alat atau bahan. Keadaan tidak selamat 1. Kekemasan tempat kerja tidak sempurna. 2. Pengaliran udara tidak lancar. 3. Rekabentuk atau binaan yang tidak selamat. 4. Tidak ada adang.

5. Adang yang tidak sesuai atau tidak mencukupi. Kecacatan pada perkakas, alat atau bahan. Perbuatan merbahaya 1. 1.Tidak peduli arahan keselamatan. 2. 2.Berada di dalam keadaan tidak selamat. 3. 3.Tidak memakai peralatan perlindungan. 4. 4.Mengendalikan mesin tidak beradang. 5. 5.Menanggalkan adang dari mesin. 6. 6.Membuat alat keselamatan tidak berfungsi. 7. 7.Membetulkan, membersihkan semasa mesin sedang beroperasi.

PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG UNTUK KESELAMATAN. AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN 1994 1. Tarikh Berkuatkuasa : 24 Febuari 1994. 2.Terpakai di seluruh Malaysia bagi industri yang dinyatakan dalam Jadual Pertama. (m/s 35) TUJUAN KATA (SEKSYEN 4) a. Memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang sedang bekerja terhadap resiko kepada keselamatan atau kesihatan yang berbangkit daripada aktiviti orang-orang sedang bekrja; b. Melindungi orang-orang ditempat kerja selain daripada orang-orang yang sedang bekerja terhadap resiko keselamatan uang berbangkit daripada aktiviti orang-orang sedang bekerja. c. Menggalakkan suatu persekitaran pekerjaan bagi orang-orang yang sedang bekerja yang disesuaikan dengan fisiologi dan psikologi mereka; d. Mengadakan cara yang menurutnya perundangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan untuk mengekalkan atau memperbaiki standard keselamatan dan kesihatan.

KUASA DAN FUNGSI MAJLIS NEGARA BAGI KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN. (SEKSYEN 11) a. Perubahan yang dianggap wajar bagi perundangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan; b. Pemajuan pentadbiran dan penguatkuasaan perundangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan; c. Penggalakkan hubungan kerjasama perundingan antara pengurusan dengan buruh tentang keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang sedang bekerja; d. Masalah-masalah khusus berkenaan dengan keselamtan, kesihatan, dan kebajikan perkejaan wanita, orang-orang cacat dan golongan-golongan lain dalam masyarakat; e.Perubahan kaedah-kaedah kawalan yang mencukupi bagi kimia indistri di tempat kerja;

f.Penganilisian statistik mengenai kematian dan kecederaan yang berhubung dengan perkerjaan; g.Pengadaan kemudahan penjagaan kesihatan di tempat kerja;

h.Penggalakkan pembangunan dan menerima pakai melalui undang-undang tata amalaan industri yang berhubungan dengan keselamatan dan kebajikan pekerjaan;

i.Pembangunan perancangan dan kemudahan pemulihan untuk membantu orang-orang yang cedera di tempat kerja.

KEWAJIPAN AM MAJIKAN DAN ORANG YANG BEKERJA SENDIRI KEPADA PEKERJA MEREKA (SEKSYEN 15)

a. Pengadaan dan penyelenggaraan loji dan sistem kerja.

b. Membuat perkiraan bagi menjamin, setakat yang praktik, keselamatan dan ketiadaan risiko kepada kesihatan;

c. Pengadaan maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan;

d. Penyelenggaraan dalam keadaan yang selamat tanpa risiko kepada kesihatan;

e. Pengadaan dan penyelenggaraan persekitaran pekerjaan.

KEWAJIPAN AM PEKERJA YANG SEDANG BEKERJA (SEKSYEN 24)

a. Memberi perhatian yang munasabah bagi keselamatan dan kesihatan dirinya dan orang lain yang mungkin terjejas oleh tindakan atau peninggalannya semasa bekerja;

b. Bekerjasama dangan majikan atau mana-mana orang lain menunaikan kewajipan dan kehendak yang dikenakan ke atas majikan atau orang lain;

c. Memakai atau menggunakan pada sepanjang masa apa-apa kelengkapan atau pakaian perlindungan yang disediakan oleh majikan bagi maksud mencegah apa-apa resiko kepada keselamatan dan kesihatannya; dan

d. Untuk memenuhi apa-apa arahan atau langkah tentang keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang diperkenalkan oleh majikannya.

PENUBUHAN JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI TEMPAT KERJA (SEKSYEN 30)

Tiap-tiap majikan hendaklah menubuhkan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan ditempat kerja mengikut seksyen ini jika:-

a. Terdapat empat puluh orang tatu lebih diambil bekerja ditempat kerja; atau

b. ketua Pengarah mengarahkan penubuhan jawatankuasa sedemikian di tempat kerja.

FUNGSI JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN (SEKSYEN 31)

a. Hendaklah sentiasa mengkaji semula langkah-langkah yang diambil untuk memastikan kesela,atan dan kesihatan orang-orang di tempat kerja;

b.Hendaklah menyiasat apa-apa perkara di tempat kerja:-

i) yang dianggap oleh anggota jawatankuasa itu atau orang yang diambil bekerja di tempat kerja itu adalah tidak selamat atau merupakan resiko kepada kesihatan; dan

ii)yang telah dibawa kepada perhatian majikan;

c. Hendaklah cuba menyelesaikan apa-apa perkara dalam perenggan (b) dan jika ia tidak berupaya berbuat demikian, hendaklah meminta Ketua Pengarah supaya menjalankan suatu pemeriksaan tempat kerja itu bagi maksud itu; dan

d. Hendaklah mempunyai apa-apa fungsi lain yang boleh di tetapkan.

PEMBERITAHUAN MENGENAI KEMALANGAN, KEJADIAN BERBAHAYA, KERACUNAN PEKERJAAN DAN PENYAKIT PEKERJAAN DAN SIASATAN. (SEKSYEN 32)

Seseorang majikan hendaklah memberitahu pejabat keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang terdekat mengenai apa-apa kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang telah terjadi atau mungkin akan terjadi di tempat kerja.

Anda mungkin juga menyukai