Anda di halaman 1dari 2

(Kolej Komuniti Sebagai One-Stop Centre)

27. Dalam kita memperkatakan tentang pelaksanaan program-program

baharu yang akan dijalankan pada tahun ini, kita juga harus memberi

penekanan terhadap sistem penyampaian yang sedia ada. Adalah menjadi

harapan agar kolej komuniti menjadi pusat sehenti masyarakat (One Stop

Centre) bagi komuniti mendapatkan input untuk melanjutkan pelajaran ke

IPTA. Selain itu, kolej komuniti juga dijadikan sebagai pusat informasi bagi

komuniti setempat mendapatkan maklumat dan tempat rujukan serta

tuition/testing centre untuk Bahasa Inggeris dan Matematik. Bagi

merealisasikan hasrat ini, masih banyak yang perlu dilakukan oleh pihak

pengurusan untuk menyediakan perkhidmatan tersebut. Ketua Setiausaha

kita juga selalu mengingatkan agar kita mempunyai impian yang besar(dream big) dan beraspirasi
tinggi supaya dapat meraih kejayaan yang

gemilang.

Aluan

Seiring dengan matlamat mewujudkan persekitaran Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH), kolej
komuniti berperanan besar dalam pembangunan modal insan masyarakat setempat dengan
menyalurkan pengetahuan dan kemahiran serta menyemai nilai dan etika positif melalui pendidikan dan
latihan.

Kolej Komuniti diperkukuhkan lagi peranan sebagai institusi latihan kemahiran dan hab pembelajaran
sepanjang hayat kepada komuniti setempat yang berlandaskan objektif berikut:

Meningkatkan dan memperluaskan akses latihan kemahiran dan laluan pengajian tinggi kepada
lepasan menengah dan golongan yang memerlukannya.
Menyediakan pelbagai program latihan kemahiran yang progresif bagi meningkatkan taraf hidup
masyarakat setempat.

Mewujud dan memupuk budaya keusahawanan bagi menyokong pembangunan sosioekonomi


masyarakat setempat.

Membudayakan pembelajaran sepanjang hayat bagi memperkayakan ilmu untuk meningkatkan


kesejahteraan hidup.

Meningkat dan memperluaskan kolaborasi dengan institusi pengajian tinggi, industri dan
pelbagai agensi bagi pembangunan kualiti hidup masyarakat setempat.

Anda mungkin juga menyukai