Anda di halaman 1dari 2

Tajuk Projek : eRnI-KKSBJ

Kumpulan : KUMPULAN KKSBJ B


Ahli Kump. : Mohamad Annuar bin Morzuke
Noradilah Binti Saad
Nur Alyani Binti Mohamed
Salmiah Binti Nisa@Maddin
Syahanim Binti Saidun
Institusi : Kolej Komuniti Seberang Jaya, Pulau Pinang

1.0 PENGENALAN

Unit Penyelidikan dan Inovasi (R&I) Kolej Komuniti Seberang Jaya


(KKSBJ) berfungsi untuk menyelaras semua aktiviti penyelidikan dan inovasi staf
dan pelajar dari peringkat kolej sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. Selain itu
unit ini juga bertindak sebagai nadi kepada pembangunan profesionalisme
pensyarah melalui penyelidikan dan inovasi menerusi penyertaan ke
pertandingan inovasi dan seminar penyelidikan dalam pelbagai peringkat. Unit
R&I KKSBJ juga berperanan dalam memberi latihan berkaitan dengan
penyelidikan dan inovasi bagi menyahut cabaran dalam membudayakan amalan
penyelidikan dan inovasi dalam kalangan warga KKSBJ.

Selain itu, unit R&I juga berfungsi dalam mengemaskini data berkenaan
dengan penyelidikan dan inovasi warga KKSBJ yang telah atau sedang
dilaksanakan untuk tujuan merekod dan menyimpan semua data. Data yang
direkod dan disimpan akan dihantar kepada Unit ICT JPKK untuk dijadikan
sebagai bahan rujukan. Justeru, satu sistem iaitu eRnI KKSBJ telah
diperkenalkan oleh Unit R&I KKSBJ sebagai satu usaha dalam memudahkan
pengumpulan data penyelidikan dan inovasi semua warga KKSBJ. Sistem ini
dibangunkan untuk mempercepatkan dan memudahkan proses kemaskini data
penyelidikan dan inovasi warga KKSBJ.

1
2.0 LATAR BELAKANG MASALAH

Unit ICT JPKK telah memperkenalkan satu sistem yang diberi nama eRnd
JPKK sebagai satu usaha dalam memudahkan pengumpulan data penyelidikan
dan inovasi semua kolej komuniti seluruh Malaysia. Namun bagitu, kemudahan
sistem eRnd JPKK hanya membenarkan pemegang prosedur sahaja untuk
menambah maklumat di dalam sistem sebagai satu kaedah untuk mengawal
kualiti dokumen yang dikemaskini. Keadaan ini menyebabkan kelewatan
pengumpulan data berkaitan aktiviti penyelidikan dan inovasi serta kesukaran
kepada pensyarah dalam mengemaskini data kerana perlu melalui proses
secara manual dalam mengemaskini data mereka. Sehubungan itu, projek ini
dibangunkan oleh Unit R&I KKSBJ bagi menyokong sistem yang telah
dibangunkan oleh pihak JPKK supaya warga KKSBJ boleh mengemaskini
semua data berkaitan penyelidikan dan inovasi masing-masing serta
memudahkan pemegang prosedur untuk membuat kemaskini dokumen di dalam
sistem.

Anda mungkin juga menyukai