Anda di halaman 1dari 7

FAKULTI PENDIDIKAN

Universiti Malaya

PQI 6030
SOALAN PENILAIAN ALTERNATIF

IoT For Education

DISEDIAKAN OLEH:
AMIRUL AMRI BIN ARIFFIN
17077992/1

DISEDIAKAN UNTUK:
DR. NORHARYANTI MOHSIN
1. Apakah impak penggunaan objek rangkaian internet (IoT) terhadap sistem
pendidikan di Malaysia?
Pada pandangan saya, penggunaan objek rangkaian internet (IoT) di dalam
sistem pendidikan di Malaysia memberikan impak yang besar serta membuka ruang
baharu kepada para guru dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran. Para
guru tidak lagi terikat dengan cara yang lama untuk menyampaikan pengajaran
terhadap mata pelajaran yang diajarkan tidak kira apa jua mata pelajaran yang
diajarkan termasuklah subjek-subjek yang tidak berkaitan dengan teknologi seperti
seni, sejarah dan lain-lain subjek mahupun subjek bahasa.
Pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih menarik dan fleksibel mengikut
kreativiti dan tahap penerimaan murid terhadap sesuatu subjek. Para guru juga
dapat menggunaakan objek rangkaian teknologi seperti komputer riba, tablet,
telefon pintar mahupun alatan canggih seperti smart board yang baru baru ini
diperkenalkan bagi memudahkan proses penerangan ketika berada di dalam kelas
dapat diterima oleh para pelajar dengan baik. Hal ini adalah penting kerana, institusi
pendidikan mestilah mampu untuk menyediakan para pelajar yang mempunyai
pengetahuan dan kemahiran yang relevan bagi menyediakan mereka kepada dunia
industri yang akan datang.
Jika dilihat pada hari ini, rata-rata industri kekurangan tenaga kerja, namun
begitu masih ramai lepasan mahasiswa yang masih menganggur dan tidak mampu
untuk memenuhi tuntutan industri. Jika objek rangkaian internet dapat
dimanfaatkan dengan efisien dalam sektor pendidikan, ianya akan membolehkan
pembelajaran merentas disiplin untuk berlaku dengan fleksibel. Sebagai contoh,
kelas ganti tidak lagi sepatutnya wujud kerana kelas ganti merupakan sesuatu yang
berulang dan perbuatan itu dianggap membuang masa serta tidak efisien.
Dengan adanya objek rangkaian internet, pelajar dapat menjalani kelas yang
tidak lagi terhad kepada bilik darjah. Sumber-sumber pembelajaran dapat diakses
pada bila-bila masa di mana jua mengikut kelapangan pelajar tersebut. Namun
begitu, sesuatu yang perlu diingati adalah, pelajar tersebut sendiri mestilah
mempunyai sifat ingin belajar serta disiplin yang tinggi dalam menjalani
pembelajaran yang sedemikian.

2|Page
2. Bagaimanakah kewujudan objek rangkaian internet (IoT) mempengaruhi
perkembangan pembangunan ‘Sekolah Pintar’ (Smart School) di Malaysia?

Sekolah pintar di Malaysia ditubuhkan dengan harapan supaya bakat dan


keupayaan pelajar Malaysia tidak lagi dicuri oleh negara lain. Hal ini kerana, terdapat
beberapa bakat pintar pelajar Malaysia yang telah dikesan sebelum ini di ambil oleh
negara yang lebih maju kerana kurangnya penekanan terhadap bidang tersebut
dalam Malaysia.
Dengan wujudnya objek rangkaian internet (IoT) yang diperkenalkan secara
meluas sejak beberapa tahun yang lalu, perkembangan pembangunan Sekolah
Pintar dapat dilaksanakan dengan lebih pesat. Latihan dan pendedahan kepada para
pelajar peneraju dalam bidang teknologi dapat diberikan tanpa memerlukan
perbelanjaan yang begitu banyak kerana alatan-alatan objek rangkaian internet bagi
kegunaan pendidikan seperti raspberry pi dan arduino sudah boleh didapati dengan
harga yang tidak begitu mahal sekaligus membuka ruang kepada para pelajar untuk
meneroka cabang ilmu tersebut dengan sendiri.
Dengan adanya objek rangkaian internet seperti raspberry pi dan arduino
yang mampu milik juga secara tidak langsung telah menambah jumlah bilangan
komuniti secara atas talian yang menyediakan pelbagai panduan dan tunjuk ajar
tentang cara penggunaan, teknik, rajah sambungan dan pengekodan bagi pelbagai
jenis projek-projek yang boleh dijalankan secara sendiri oleh pelajar berpandukan
tutorial yang tersedia. Hal demikian tidak hanya memudahkan para pelajar untuk
mengakses maklumat yang ingin diketahui malah ianya juga secara tidak langsung
telah mengajar para pelajar sedikit sebanyak tentang teknik-teknik pemikiran
pengkomputeran yang perlu diperlajari ketika berada di dalam kelas. Hasilnya, para
guru di sekolah pintar tersebut dapat mengajarkan perkara yang lebih terperinci dan
mendalam terhadap sesuatu sistem sekali gus memberikan impak yang positif
terhadap perkembangan pembangunan Sekolah Pintar yang dibangunkan.
Objek rangkaian internet juga sekaligus telah mempengaruhi perkembangan
pembangunan sekolah pintar dengan membolehkan konsep PAK21 yang tidak hanya
memberi penekanan terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) malah turut
memberikan fokus terhadap pengajaran yang mampu mewujudkan konsep

3|Page
berfikiran kreatif, kritis dan berupaya menyelesai masalah diaplikasikan dalam
pengajaran. Penggunaan objek rangkaian internet seperti Smart Baord di dalam
kelas Sekolah Pintar secara interaktif sememangnya menarik minat para pelajar
untuk terus terlibat dalam aktiviti pembelajaran membolehkan mereka untuk fokus
pada jangka masa yang lebih lama. Objek rangkaian internet lain seperti camera litar
tertutup dan sistem kehadiran automatik juga turut mempengaruhi perkembangan
Sekolah Pintar dengan memastikan para pelajar kekal berada dalam keadaan
selamat ketika berada di sekolah.
Para guru pula dapat menggunakan objek rangkaian internet ini untuk tujuan
memantau para pelajar dengan cara-cara yang dianggap sesuai seperti
menggunakan pentaksiran secara berkala, menggunakan ciri-ciri dan kelebihan yang
terdapat dalam objek rangkaian internet dan sebagainya supaya pelajar kekal
terlibat sepanjang proses pembelajaran tersebut dan tidak ketinggalan dengan
rakan-rakan yang lain. Penggunaan objek rangkaian internet juga memudahkan para
guru untuk mendapatkan data analitik terhadap keberkesanan dan pemahaman
para pelajar dengan mudah tanpa perlu melalui proses-proses manual seperti
sebelumnya yang memakan masa dan tidak efisien.
Berdasarkan data analitik ini, para guru dapat menggunakannya bagi
merangka pelan tindakan mahupun rancangan pembelajaran harian yang lebih
efektif terhadap pembelajaran yang akan datang. Konsep-konsep yang
diperkenalkan seperti flipped classroom, blended learning dan sebagainya juga
sepatutnya menjadi lebih mudah untuk diadaptasi terhadap pengajaran harian
dengan adanya objek rangkaian internet dalam pendidikan.

4|Page
3. Cadangkan satu teknologi objek rangkaian internet (IoT) yang dapat membantu
memperbaiki sistem pendidikan di Malaysia? Berikan justifikasi bagi menyokong
cadangan tersebut

Teknologi objek rangkaian internet (IoT) yang saya cadangkan adalah


Interactive Screen with In-built Connection (ISIC). ISIC bukanlah satu peranti khusus,
namun ISIC merupakan sebuah sistem yang dapat dibangunkan dengan tujuan
untuk membantu memperbaiki sistem pendidikan di Malaysia. Seperti mana sistem
lain, ISIC terdiri daripada beberapa komponen utama iaitu, pangkalan data, paparan
kemuka pengguna, serta skrin sesentuh bagi memudahkan navigasi pengguna
terhadap penggunaan ISIC.
Berbeza dengan SmartBoard yang telah diperkenalkan tidak lama dahulu,
ISIC tidak hanya mempunyai skrin interaktif di hadapan kelas (ISIC Mainboard)
namun, ISIC juga mempunyai ciri tambahan iaitu ianya dilengkapi dengan skrin-skrin
tambahan yang terdapat di setiap meja pelajar (ISIC Mini). Ideanya adalah, supaya
para pelajar dapat menggunakan skrin yang terdapat pada meja mereka masing-
masing untuk berinteraksi dengan subjek atau topik yang diajarkan oleh guru tanpa
perlu mengganggu para pelajar yang lain. Walaubagaimanpun, paparan skrin yang
terdapat pada meja pelajar ini terhad kepada subjek atau topik pembelajaran yang
sedang dijalankan supaya para pelajar kekal mengikuti pembelajaran dan tidak
terpesong dari objektif pembelajaran pada waktu tersebut. Hal ini dapat dicapai
kerana teras pembangunan ISIC adalah setiap daripada skrin yang terdapat pada
meja pelajar bukanlah peranti yang berbeza sebaliknya berteraskan pangkalan data
dan sistem operasi yang sama.
Dengan menggunakan ISIC, pelajar dapat meneroka dengan lebih lanjut
tentang pengajaran yang disampaikan tanpa perlu menunggu dan mengganggu
pelajar lain sehingga ke suatu tahap yang tertentu. Sebaliknya, ianya juga dapat
digunakan ketika mana pelajar terlepas sesuatu perkara yang ingin diulanginya.
Hasilnya, proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih efisien
dan teratur tanpa berat sebelah terhadap mana mana pelajar kerana guru dapat
meneruskan pengajaran mengikut rancangan mengajar harian yang telah dirancang
mereka dengan sebaiknya. Oleh hal yang demikian, guru juga dapat merancang

5|Page
dengan lebih teratur dan fleksibel serta memanfaatkan setiap masa yang telah
diperuntukkan kepada mereka untuk setiap subjek tersebut. Dengan adanya ISIC,
para guru juga dapat menggunakannya sebagai alat bantu mengajar supaya dapat
memberi gambaran yang lebih jelas terhadap subjek yang diajarkan kepada para
pelajar serta membuka ruang kepada pelbagai lagi metod pengajaran yang boleh
digunakan termasuklah namun tidak terhad kepada video, audio, gambaran, imej
dan sebagainya.
Lazimnya, para guru mestilah melakukan pentaksiran terhadap setiap murid
bagi mendapatkan data analitik tentang tahap penguasaan dan keberkesanan
pengajaran yang diajarkan ketika berada di dalam kelas. Proses pentaksiran yang
pada kebiasaannya dibuat oleh para guru tidak hanya memakan masa malah ianya
tidak dapat dijalankan selalu diatas faktor-faktor seperti kos, kesukaran membuat
pentaksiran dan lain-lain. Penggunaan ISIC dapat membantu proses pentaksiran di
mana guru boleh mengadakan kuiz-kuiz pada setiap permulaan kelas atau
penghujung kelas melalui aplikasi berasaskan web seperti Kahoot! Dan Quizziz.
Kemuka skrin utama ISIC menunjukkan beberapa set soalan yang ingin ditanya oleh
guru manakala kemuka skrin yang terdapat pada meja para pelajar dapat digunakan
oleh mereka untuk memilih jawapan yang dirasakan mereka sesuai. Hal ini tidak
hanya efisien dalam membantu guru dalam melakukan pentaksiran malah ianya
merupakan satu aktiviti yang interaktif dan mampu untuk menarik minat para
pelajar supaya kekal fokus sepanjang tempoh pembelajaran.
Penggunaan ISIC juga dapat membantu para pelajar dalam menyalin nota
mereka. Tidak dapat dinafikan proses pengambilan nota secara bertulis terbukti
lebih efektif berbanding metod pengambilan nota yang lain. Namun, ada kalanya
terdapat pelajar yang menulis agak perlahan berbanding pelajar yang lain. Pelajar
tersebut dapat menggunakan ISIC pada meja beliau untuk kembali ke bahagian yang
terlepas untuk menyalin nota dari bahagian tersebut. Selesai mengambil nota, ISIC
yang terdapat pada meja pelajar tersebut dapat kembali ke mod asal agar ianya
mengikuti pembelajaran yang sedang berlangsung sama seperti yang terdapat pada
paparan skrin ISIC Mainboard. Ciri ISIC Mainboard yang digunakan oleh guru dan
ISIC Mini yang digunakan oleh pelajar juga dapat memastikan keseluruhan kelas

6|Page
bergerak seiring namun pada kadar masing kepada matlamat serta objektif
pembelajaran yang sama.

7|Page

Anda mungkin juga menyukai