Anda di halaman 1dari 3

ANALISIS MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN ATAS TALIAN DAN KAEDAH

MENGATASI DI SEKOLAH MENENGAH

(CADANGAN MENGATASI MASALAH KEPADA PIHAK GURU)


Disediakan oleh: Nurul Afifah Binti Zainul Azhar (D20192091117)

Walaupun teknologi dikatakan mempunyai pengaruh yang kuat terhadap proses PdP di
dalam bilik darjah, namun begitu guru dan murid perlu bersedia menangkis pelbagai
cabaran yang wujud dari semasa ke semasa. Hal ini kerana, perkembangan dan
pembaharuan yang berlaku dalam dunia TMK adalah sesuatu yang sangat pantas. Boleh
dikatakan bahawa setiap minit ada pembaharuan dan nilai tambah terhadap teknologi dan
juga aplikasi yang sedia ada. Persoalannya, adakah guru, murid, pentadbir sekolah dan para
ibu bapa bersedia menghadapi transformasi ini? Hal ini kerana setiap perubahan yang
berlaku mempunyai pelbagai implikasi dari segi kewangan, kemahiran, masa dan
sebagainya.

Untuk melaksanakan proses PdP secara berkesan di dalam bilik darjah, guru dan murid
harus memainkan peranan masing-masing dalam mengoptimumkan semua kemudahan
yang terdapat dalam bidang TMK. Guru harus mewujudkan suasana pembelajaran dalam
kalangan murid demi memastikan mereka dapat melibatkan diri dalam proses pembelajaran
secara aktif.

Guru harus meniliti latar belakang murid dalam aspek tahap penggunaan teknologi untuk
menyelesaikan rutin harian mereka. Berdasarkan dapatan tersebut, guru boleh
menyediakan strategi PdP yang sesuai dengan keadaan tersebut. Sebagai contoh, murid
pada masa kini sudah memiliki alat peranti mudah alih dan menggunakan media sosial
secara aktif untuk tujuan berkomunikasi dan bersosial dengan dunia luar. Sehubungan
dengan itu, guru boleh menggunakan platform tersebut untuk diintegrasikan dalam aktiviti
PdP di dalam bilik darjah dan juga di luar bilik darjah. Antara aplikasi media sosial yang boleh
digunakan dalam aktiviti PdP adalah seperti Facebook, Skype, Twitter, Pinterest, Instagram
dan WhatsApp.

Selain itu guru juga harus bersedia dari segi aspek pengetahuan, kompetensi, minat dan
sikap untuk mengintegrasikan TMK dalam proses PdP. Isu-isu yang selalu wujud dalam aspek
mengintegrasikan TMK di sekolah adalah disebabkan faktor kekurangan perkakasan dan
perisian komputer, masalah bantuan kewangan, kekangan bantuan teknikal dan latihan.

Revolusi Industri 4.0 menyediakan platform teknologi yang lebih inklusif yang membolehkan
warga pendidik turut memanfaatkan sepenuhnya kekuatan teknologi ini dalam merangka
proses pembelajaran yang lebih kreatif dan inovatif. Dengan perkembangan ini, peranan
guru akan berubah dalam sistem penyampaian ilmu secara atas talian. Guru tidak lagi
menjadi sumber utama untuk menyalurkan maklumat malah guru akan mempunyai ciri-ciri
konsultatif dalam menyelesaikan masalah pembelajaran murid di dalam bilik darjah.
Elemen-elemen Revolusi Industri 4.0 adalah:

a) Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence)


Keupayaan komputer atau robot untuk melaksanakan tugas yang dikaitkan dengan proses
intelektual manusia, seperti keupayaan untuk membuat pertimbangan, mencari makna,
membuat generalisasi dan belajar daripada pengalaman masa lampau.

b) Teknologi Perantara (Augmented Reality)


Teknologi Perantara (AR) menggabungkan situasi sebenar dan imej berasaskan komputer
untuk menyampaikan sesuatu maklumat yang berkait terus dengan dunia sebenar.

c) Robotik
Robotik ialah salah satu disiplin ilmu kejuruteraan dan sains yang merangkumi kejuruteraan
mekanikal, kejuruteraan elektronik, sains komputer dan lain-lain.

d) Sistem Fizikal Siber (Cyber Physical System)


Sistem fizikal siber ialah sistem automasi perindustrian yang membolehkan fungsian secara
inovatif melalui rangkaian dan akses ke dunia siber, sekali gus mengubah kehidupan
seharian kita dengan ketara.

e) Pengkomputeran Awan (Cloud Computing)


Pengkomputeran awan adalah paradigma teknologi maklumat yang membolehkan
pengaksesan maklumat tanpa batasan waktu dan tempat menerusi Internet.

f) Realiti Maya (Virtual Reality)


Reality maya merujuk kepada persekitaran buatan yang dibina dan dialami melalui
rangsangan deria seperti penglihatan dan bunyi yang dipersembahkan melalui komputer
yang seakan-akan kelihatan persekitaran yang nyata.

g) Cetakan 3D (3D Printing)


Pencetakan 3D merangkumi pelbagai proses yang bahan-bahannya disatukan di bawah
kawalan komputer untuk mencipta objek tiga dimensi.

Kesemua elemen ini bukan sahaja akan membawa perubahan dalam bidang perindustrian,
tetapi turut memberikan impak kepada bidang pendidikan. Oleh yang demikian, kita sebagai
warga pendidik yang proaktif perlu bersedia melengkapkan diri demi mengharungi cabaran
ini.

Persatuan Antarabangsa untuk Teknologi Pendidikan atau International Society for


Technology in Education (ISTE) adalah sebuah organisasi bebas yang menyediakan khidmat
nasihat kepada pendidik yang berminat menggunakan teknologi dalam pendidikan secara
efektif. ISTE menyediakan lebih 100,000 pemegang berkepentingan pendidikan di seluruh
dunia melalui perkhidmatan keahlian dan sokongan individu dan organisasi.
Piawaian ISTE untuk pendidik ialah panduan bagi membantu murid untuk menjadi murid
yang diberi penurunan kuasa. Piawaian ini akan memperdalam amalan pedagogi seseorang
pendidik serta mewujudkan kerjasama dengan rakan-rakan dan menyediakan murid yang
boleh menguruskan pembelajaran mereka secara bebas. Antara piawaian yang
dinyatakannya ialah guru mengamalkan pembelajaran yang berterusan, mempunyai ciri-ciri
pemimpin, menjadi warganegara yang bertanggungjawab, boleh bekerjasama dengan rakan
sejawat dan murid, mereka bentuk aktiviti PdP berpusatkan murid, menjadi pemudah cara
dengan mengintegrasikan teknologi dan berupaya melakukan analisis terhadap proses PdP.

Perkembangan teknologi merupakan satu kemudahan yang membolehkan pendidik


memberikan bimbingan kepada murid secara menyeluruh berbanding pembelajaran kini
yang terhad kepada kehadiran peserta ke sekolah. Dengan perkembangan ini, seseorang
pendidik dapat menghubungi dan mendidik kumpulan kecil murid, tetapi bilangan yang
akan dilatih adalah ramai selain berada di pelbagai setting. Internet merupakan punca
utama maklumat untuk guru dan murid. Penggunaan Internet untuk menyampaikan arahan
kepada murid semakin meningkat. Komputer merupakan alat yang berkesan dalam
memudah cara pembelajaran. Tambahan pula, komputer boleh dihubungkan terus ke
Internet dan akan menjadi alat yang paling efektif untuk pembelajaran. Pemerolehan
maklumat untuk penyelidikan, penerbitan dan pembelajaran melalui Internet semakin
meningkat.

E-pembelajaran secara interaktif merupakan satu alternative untuk menyampaikan


maklumat secara elektronik kepada semua murid di luar kelas formal yang biasa.
Pembudayaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan semakin giat kerana
perkongsian maklumat boleh diperoleh secara berkesan.

Secara umumnya, modul e-pembelajaran interaktif dibangunkan untuk membantu proses


pembelajaran di dalam dan di luar kelas. Murid tidak semestinya memperoleh bahan
daripada buku teks, tetapi mereka boleh mengakses laman sesawang berkenaan. Di
samping itu, e-pembelajaran boleh dilaksanakan melalui CD-ROM dengan elemen-elemen
animasi, permainan, teks dan grafik yang membolehkan pembelajaran dilaksanakan secara
lebih menyeronokkan.

E-pembelajaran dapat membantu guru yang tidak dapat menyampaikan pelajaran kerana
sebab-sebab tertentu. Murid boleh menerima pembelajaran daripada modul e-
pembelajaran melalui Internet atau CD. Selain itu, e-pembelajaran dapat mengembangkan
potensi murid dalam melayari maklumat untuk penyelesaian pembelajaran serta memenuhi
perasaan ingin tahu mereka.

Dalam e-pembelajaran, peranan guru sebagai perancang dan fasilitator memang amat
berkesan. Di samping murid memperoleh bahan pembelajaran, terdapat juga latihan, dan
tutorial untuk menguji minda dan ini merupakan suatu cara alternatif yang kian memainkan
peranan penting dalam pendidikan.

Anda mungkin juga menyukai