Anda di halaman 1dari 2

1.

Bagaimanakah Teori Hierarki Keperluan Maslow dapat membantu dalam pdp di bilik
darjah? (5 markah)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Teori Hierarki Keperluan Maslow merupakan pelopor yang mengetengahkan konsep


penyempurnaan kendiri (Self-actualization) dalam kajian psikologi humanistik.
Penyempurnaan kendiri didefinisikan sebagai keinginan untuk menjadi insan yang berfungsi
dengan sepenuhnya (the desire to become everything that is one capable of becoming).
Menurut Maslow, elemen sempurna kendiri bukan sekadar keupayaan manusia, ia
merupakan keperluan manusia. Manusia pada asasnya adalah baik serta mempunyai
potensi yang belum dioptimumkan. Apabila potensi seseorang mencapai kemuncaknya,
kesempurnaan kendiri berlaku.

Tahap pertama merupakan keperluan fisiologi manusia yang memerlukan udara, air,
makanan dan rehat. Tahap kedua keperluan manusia adalah untuk mencari keselamatan di
kawasan tempat tinggal, kestabilan kerja, pelan pesaraan yang baik, insurans serta
membebaskan diri daripada ancaman yang membahayakan. Tahap ketiga, keperluan kasih
sayang serta rasa dipunyai dalam keluarga dan orang berkepentingan yang lain. Tahap
keempat, keperluan harga diri. Manusia perlu berasa gembira tentang dirinya dan percaya
bahawa orang lain turut mempunyai tanggapan positif terhadap diri mereka. Terdapat dua
kategori dalam aspek keperluan penghargaan, iaitu harga diri dan dihargai oleh orang lain
(self-esteem,esteem from others). Harga diri yang tinggi membawa kepada keyakinan diri,
manakala penghargaan daripada orang lain memberikan perasaan dirinya diiktiraf, dikenali,
penting serta membawa kepada maruah diri yang sihat.

Tahap kelima, keperluan kognitif merupakan keperluan untuk mengetahui, mencari dan
memiliki pengetahuan serta kefahaman. Tahap keenam, keperluan estetik bermaksud
menghargai kecantikan diri dan juga orang lain. Selain itu, keperluan estetik juga meliputi
aspek kebaikan, kebenaran dan keadilan. Tahap ketujuh, sempurna kendiri yang merupakan
pengalaman kemuncak keinginan untuk menjadi insan yang berfungsi dengan sepenuhnya.
Mereka yang dapat mencapai tahap ini tidak lagi dimotivasikan bagi memenuhi keperluan
untuk penghargaan, kasih sayang atau keselamatan. Pada tahap sempurna kendiri, potensi
manusia mencapai ke kemuncak dengan rasa kepuasan diri dan tindakan mereka adalah
untuk kebaikan sejagat.

Berdasarkan tahap-tahap dalam hierarki keperluan Maslow, keperluan-keperluan dalam


empat tahap pertama hierarki ini merupakan Maslow, keperluan-keperluan dalam empat
tahap pertama hierarki ini merupakan keperluan kekurangan (deficiency needs)
menghasilkan motivasi untuk mengisi kehendak asas ini. Sebagai contoh, seseorang yang
lapar mesti mendapatkan makanan, seorang yang kurang kasih sayang daripada ibu akan
mendapatkannya daripada orang lain. Begitu juga seseorang pekerja yang berasa usahanya
tidak diberi pengiktirafan akan berusaha memenuhinya dengan cara seperti bertukar
pekerjaan lain atau memenuhinya dengan cara seperti bertukar pekerjaan lain atau
menyertai perhimpunan mogok kerja. Tahap kelima hingga ketujuh merupakan keperluan
perkembangan (developmental needs) yang menggerakkan tingkah laku menuju
perkembangan potensi dirinya yang optimum dari segi intelek, penghayatan keindahan, nilai
afektif dan kesempurnaan kendiri. Mengikut Maslow (1954), pencapaian pada tahap
keperluan penghargaan kendiri akan membolehkan manusia rasa punyai hargai diri,
kompeten, berguna dan akan menyumbang tenaga optimum kepada masyarakat. Pada
tahap penyempurnaan kendiri, manusia telah mencapai personaliti tertinggi yang memiliki
ciri seperti mengutamakan kebajikan orang lain, kurang berfokus kepada diri dan sedia
memberi sumbangan kepada bakat dan kepakarannya untuk kebaikan manusia sejagat dan
bukan untuk pengiktirafan diri serta mempunyai komitmen tinggi terhadap tugas dan
pekerjaan.

Anda mungkin juga menyukai