Anda di halaman 1dari 3

KAR1034 (KUMPULAN A)

Nama Pelajar: Nurul Afifah Binti Zainul Azhar


No Matrik: E20171018781
Tajuk kajian: Murid Bermasalah/Nakal

KEPENTINGAN KAJIAN SAYA TERHADAP KANAK-KANAK ADALAH:

1. nilai-nilai mumi akan disisipkan melalui semua mata pelaj ara n dan ia diperkukuhkan
pula melalui kegiatan-kegiatan kokurikulum dan pembentukan budaya sekolah yang
positif. Ringkasnya, kedua-dua bentuk kurikulum, formal dan tidak formal , di dalam dan
di luar bilik darjah, akan digunakan sepenuhnya dan secara bersepadu unn1k
memastikan penerapan nilai-nilai mumi akan berhasil dan berkesan. (Wan Mohd Zahid
Mohd. Noordin, 1988, him. 9)

2. Nilai-nilai tersebut dapat membentuk sikap dan pemikiran manusia di mana


penghayatan nilai-nilai mumi akan membolehkan seseorang itu membuat keputusan
yang wajar dan bertanggungjawab ke atas akhlak dan perilakunya (Mohd. ArifHj Ismail,
Mohd Jasmy Abd. Rahman dan Rosnaini Hj. Mahmud, 2005).

3. Membentuk sikap positif dan berguna kepada agama,bangsa dan juga sewaktu
menjalankan tugas serta tanggungjawab (Pusat Perkembangan Kurikulum,2005)

4. Melatih diri dengan disiplin (Pusat Perkembangan Kurikulum,2005)

5. “Teori Ekologi Perkembangan Individu,” Bronfenbrenner (1979) memperlihatkan


bahawa kanak-kanak dan remaja sentiasa mengalami proses perkembangan dengan
menerima pengaruh daripada persekitaran melalui sokongan dan hubungan yang
pelbagai daripada keluarga, komuniti dan institusi sosial yang lebih luas. Menurutnya lagi
berdasarkan bukti yang kukuh daripada pelbagai kajian telah menunjukkan sejumlah
besar aspek luaran individu (persekitaran) seperti keluarga, komuniti dan institusi sosial
cukup kuat mempengaruhi setiap tahap perkembangan manusia. Pengaruh ini meliputi
pelbagai proses seperti;- 1) proses dalam keluarga sama ada secara langsung (hubungan
antara ibu bapa dan remaja), atau secara tidak langsung (hubungan sesama ibu bapa); 2)
proses yang berlaku dalam kumpulan rakan sebaya; 3) sokongan sosial yang diperolehi;
4) proses sumber sokongan daripada komuniti; 5) persekitaran yang selamat dan
kehidupan yang berkualiti; dan 6) kehadiran institusi yang lebih luas seperti sekolah
(Bronfenbrenner 1979).

6. Kanak-kanak perlu dibimbing dan diterapkan nilai-nilai agama supaya dapat menjadi
panduan hidup dalam berdikari (Jurnal artikel ukm)

7. Torrance (1979), menambah kanak-kanak perlu diajar untuk menggunakan kemahiran


berfikir secara kreatif, bertanya soalan-soalan yang akan membantu mereka memahami
bagaimana dan apa yang perlu dipelajari di dunia yang pesat berubah ini

8. Menurut Ikhsan dan Norila (2005), usaha bagi menggalakkan para pelajar ke arah
berfikir secara kreatif dan kritis ini mestilah dimulakan di peringkat sekolah rendah lagi
kerana peringkat ini dianggap sebagai masa yang paling sesuai untuk meletakkan batu
asas bagi pelaksanaan pendidikan seterusnya
9. Individu berpendidikan tinggi diikuti dengan kadar kawalan diri yang tinggi didapati
mempunyai kadar tekanan psikologi yang rendah (Mirowsky dan Ross, 1992). Hal ini
disebabkan, kawalan diri yang tinggi membantu individu mengawal tingkahlaku, emosi
serta minda secara positif dan fleksibel dalam menangani pelbagai masalah. Kawalan diri
yang tinggi juga membolehkan individu membuat persediaan diri untuk berhadapan
dengan sesuatu yang tidak dapat dielak atau dijangkakan .

10. Menurut Walker, Wasserman, dan Wellman (1993), pendidikan yang baik amat penting
dalam menjana sokongan sosial yang positif

KEPENTINGAN KAJIAN SAYA TERHADAP GURU ADALAH:

1. Meningkatkan keberkesanan pengajaran guru (Kepentingan Kajian Tindakan)


2. Meningkatkan prestasi pencapaian murid (Kepentingan Kajian Tindakan)
3. Mengatasi masalah pembelajaran dalam menguasi kemahiran dalam sesuatu subjek
keupayaan untuk mengambil langkah dan menganalisis situasi secara kritis, untuk
mengenali dan mengelakkan kecenderungan, untuk mendapatkan data yang sah dan boleh
dipercayai, dan untuk berfikir secara abstrak (Strauss and Corbin, 1998)
4. Pemerhatian tafsiran fakta yang diperhatikan. Pemerhatian adalah tafsiran dalam cahaya
teori (disebutkan dalam fakta Magee)
5. Menambah baik persediaan dan pembangunan profesionalisme berterusan (Pembentukan
dan peningkatan kualiti guru di Malaysia)

6. Pendekatan tersebebut menekankan pihak sekolah menyedari apa yang dikehendaki oleh
murid dan mereka mengharapkan guru menunaikan harapan tersebut (Zeithaml, Berry, &
Parasuraman, 2003)

7. Guru memainkan peranan penting kepada emosi, motivasi, kreativiti dan produktiviti pelajar
(Sharma, 2011). Ini adalah kerana kreativiti kanak-kanak prasekolah sebahagian besarnya
bergantung kepada konsepsi dan penyampaian guru dalam pendidikan kreativiti seperti
autonomi tugasan, tindak balas penilaian dan penghargaan (Chein & Hui, 2010)

8. Kajian Collins (2000) bertajuk “Teacher Assessment Project” menemui lima ciri utama
keberkesanan pengajaran iaitu (a) guru memberikan komitmen tinggi terhadap murid dan
pembelajaran mereka, (b) guru berpengetahuan tinggi mengenai isi kandungan pengajaran,
(c) guru bertanggung jawab terhadap pengurusan diri murid, (d) guru berupaya untuk
memikirkan kaedah pengajaran secara sistematik, dan (e) guru merupakan ahli dalam
komuniti pembelajaran profesional.
9. Guru harus membentuk murid-murid untuk memiliki akhlak yang mulia dan mempunyai
nilai-nilai murni yang tinggi (Raghbi Kaur 2007)
10. Guru yang berilitizam akan menjadi contoh dan ikutan kepada para pelajarnya. Secara tidak
langsung, guru berkenaan akan dapat memupuk beberapa ciri peribadi yang positif melaui
amalan-amalanya dalam bilik darjah (Ee Ah Meng, 2003)

11. McLntyre (2009) mencadangkan kaedah pengajaran yang melibatkan empat peringkat bagi
murid bermasalah seperti mana berikut iaitu peringkat pertama lebih melibatkan guru dalam
menguruskan murid bermasalah (a) lebih melibatkan murid bermasalah dengan aktiviti
secara perseorangan bersama-sama jenis kumpulan mereka (b) mengurangkan tahap
kesukaran untuk tugasan yang diberi agar selaras dengan tahap kemampuan mereka, (c)
menggunakan pelbagai alat bantu mengajar bagi mengurangkan pergantungan terhadap
buku teks, (d) mereka bentuk aktiviti pengajaran berdasarkan minat mereka, (e)
memberikan tugasan yang sederhana panjang, (f) memastikan permulaan tugasan yang
diberi adalah mudah atau berkaitan dengan kehidupan seharian murid bagi menanam sikap
minat murid terhadap pembelajaran, (g) sekiranya soalan guru tidak dapat dijawab oleh
murid, guru seharusnya membantu, dan (h) menghargai murid sekiranya mereka berupaya
menjawab soalan yang diajukan.

Anda mungkin juga menyukai