Anda di halaman 1dari 5

4.0 4.

LANGKAH MENGATASI Guru 4.1.1 Mempelbagaikan strategi, kaedah, dan variasi penyampaian

Peranan guru dalam profession mereka adalah sangat penting kerana guru merupakan arkitek pembangunan negara. Dalam konteks dunia pendidikan yang serba mencabar dewasa ini, guru-guru perlu peka dan beriltizam untuk menjadikan mereka dan juga produk mereka mendapat pengiktirafan. Oleh itu, kaedah dan pendekatan pengajaran haruslah dititik beratkan agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai dan berjalan dengan baik. Sebagai seorang yang kreatif, guru boleh melakukan pengajaran dan pembelajaran dengan sesuatu cara yang unik. Guru haruslah berfikir di luar kotak, melihat sesuatu daripada perspektif baru, membuka minda dengan idea-idea baru, menerbitkan idea besar kepada ideaidea yang lebih kecil, berfikir secara fleksibel dan membuat sintesis, imaginasi dan visualisasi. Sebagai contoh, guru boleh menggunakan daya imaginasi mereka dalam proses mencerna minda pelajar. Guru boleh memulakan pengajaran mereka dengan mengemukakan soalan-soalan yang umum. Hal ini dapat membuka minda pelajar supaya dapat berfikir di luar kotak. Selain itu, media berbentuk visual, audio, teks dan grafik juga boleh membantu menjana minda pelajar. Namun begitu, penggunaan media-media seperti ini perlulah selaras dengan strategi pedagogi yang sesuai agar objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai. Selain itu, guru juga harus memahami keupayaan pelajar masing-masing dengan cara memberi kerja dan latihan pada masa yang sesuai dan mewujudkan suasana yang tenang dan mesra dalam proses pengajaran. Di samping itu, guru perlulah memberikan layanan yang adil kepada setiap pelajar tanpa meletakkan jurang antara pelajar yang cemerlang dan kurang cemerlang. Secara amnya, aktiviti pembelajaran yang memusatkan pelajar dapat meningkatkan minat mereka. Peningkatan minat pelajar menggalakkan mereka mengkaji lebih terperinci tentang konsep untuk mendapatkan pemahaman lebih mendalam. Meade (1997) berpendapat bahawa pihak sekolah patut menukar cara pengajaran dan pembelajaran yang memusatkan guru kepada memusatkan pelajar seperti kaedah pembelajaran kolaboratif kerana kaedah ini lebih memanfaatkan pelajar.

4.1.2 Perwatakan dan sahsiah guru yang baik Perwatakan dan sahsiah guru turut mempengaruhi gaya pembelajaran pelajar dan seterusnya akan memberi impak terhadap pencapaian akademik mereka. Seorang guru yang mempunyai perwatakan dan sahsiah yang baik adalah mereka yang mempunyai emosi yang stabil dan mental yang sihat, mempunyai badan yang sihat dan sahsiah yang dinamik, serta mempunyai kecerdasan otak yang lebih tinggi. Oleh itu, untuk menjadi seorang guru yang mempunyai perwatakan yang baik, perkara pertama yang harus dititik beratkan adalah penampilan diri. Hal ini kerana gaya dan penampilan guru akan menjadi contoh dan ikutan kepada pelajar. Oleh itu, seorang guru itu haruslah memakai pakaian yang kemas dan mengikut etika pakaian guru yang telah ditetapkan. Selain itu, seorang guru yang mempunyai sahsiah yang baik juga harus bijak mengawal emosi. Hal ini kerana, kawalan emosi yang tidak stabil akan mendatangkan kesan negatif terhadap pengajaran guru dan pembelajaran pelajar. Oleh itu, seorang guru itu haruslah mempunyai sikap profesional dalam menghadapi karenah dan ragam pelajar. Mereka tidak seharusnya mencampuk-adukkan urusan peribadi dan kerjaya mereka sewaktu berada di dalam kelas.

4.2

Persekitaran 4.2.1 Gaya asuhan ibu bapa

Keluarga adalah agensi tidak formal yang pertama dan penting dalam memberikan pendidikan kepada anak-anak dan juga pelajar. Keluarga memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah peribadi pelajar. Menurut Hoffman (1994), keluarga telah membentuk personaliti seseorang sejak kecil dan terus memberikan pengaruh yang amat besar kepada tingkah laku, sikap dan pemikiran seseorang dalam alam dewasa. Peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka adalah dengan membina akhlak yang mulia, bermoral dan beretika. Pendidikan yang diberikan oleh ibu bapa akan menentukan corak aliran anak-anak mereka seperti memberi pendidikan agama yang berkait rapat dengan pembinaan akhlak. Ibu bapa juga perlu mendidik anak-anak mereka dengan sifat jujur, ikhlas, sabar, dan lain-lain lagi nilai kesempurnaan.

Dalam konteks ini, penekanan terhadap cara gaya asuhan amat penting sekali. Gaya asuhan ibu bapa merupakan satu elemen yang paling penting dalam usaha membentuk perwatakan pelajar yang positif. Menurut kajian yang dilakukan oleh Jacobvitz dan Bush (1996), mereka mendapati bahawa lazimnya, latar belakang tingkah laku anti sosial adalah kesan daripada kekurangan, ketidaksesuaian atau kawalan disiplin yang tidak konsisten semasa kanak-kanak. Gaya asuhan ibu bapa menurut Baumrind (1971) adalah terbahagi kepada tiga jenis, iaitu gaya asuhan autoritatif, gaya asuhan autoritarian, gaya asuhan permisif. Ketiga-tiga gaya asuhan ini perlu diketahui oleh ibu bapa agar mereka dapat memilih jenis gaya asuhan yang sesuai diaplikasikan ketika berinteraksi dengan anak-anak. Ibu bapa seharusnya tidak terlalu terikat kepada satu-satu gaya sahaja, malah sebaliknya mengamalkan pelbagai gaya mengikut keperluan mendisiplinkan anak-anak. Sebagai contoh, ibu bapa seharusnya tidak terlalu bersifat autokratik terhadap anak-anak. Hal ini kerana, sikap seperti ini akan menyebabkan lahirnya personaliti yang terlalu agresif, memberontak ataupun sebaliknya iaitu melahirkan individu pesimis. Kajian oleh Lawrence (Mohd Salleh, 1986), mendapati remaja yang diberi kasih sayang terlalu keras atau tidak ambil peduli, autokratik, pasif serta diskriminasi oleh ibu bapa akan menghasilkan anak-anak remaja yang bermasalah, memberontak dan menuju tingkah laku yang terpesong dan menyeleweng. 4.2.2 Pemantapan institusi kekeluargaan Antara faktor yang menjejaskan pembelajaran pelajar adalah disebabkan oleh faktor persekitaran seperti hubungan kekeluargaan yang longgar, keluarga berpecah dan kurang perhatian daripada keluarga atau ibu bapa. Menurut kajian yang dilakukan oleh Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (1993), faktor keluarga merupakan penyumbang tertinggi dalam peningkatan tingkah laku devian dan anti sosial. Hal ini akan menjejaskan perkembangan pelajar terutama dalam pencapaian akademik serta proses pembentukan personaliti. Kajian-kajian yang telah dilakukan menunjukkan bahawa persekitaran keluarga memainkan peranan yang penting dalam proses pengsosialisasian remaja iaitu sikap, nilai dan sistem kepercayaan akan diterapkan ke dalam minda remaja. Selain itu, persekitaran keluarga juga menjadi medan kepada proses perkembangan emosi, kognitif dan sosial setiap ahli di dalamnya. Oleh itu, usaha ke arah pemantapan institusi kekeluargaan dipercayai merupakan salah satu jalan penyelesaian kepada pelbagai masalah dalam kalangan remaja masa kini.

Kebanyakan masalah yang dialami oleh remaja kini sebahagian besarnya bertitik tolak dari institusi keluarga remaja itu sendiri di mana kepincangan yang wujud dari institusi keluarga akan membawa kepada pelbagai kesan negatif terhadap remaja tersebut. Kajian-kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa remaja bermasalah kebanyakannya adalah berlatar belakangkan keluarga yang bermasalah (Dishion et al., 1991; Rutter, 1985; Vuchinich, 1992). 4.2.3 Penyediaan infrastruktur dan kemudahan pembelajaran Organisasi bilik darjah adalah aspek penting yang mencorakkan suasana persekitaran bilik darjah. Organisasi bilik darjah yang berkesan dapat menjadikan suasana bilik darjah lebih sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, persekitaran dan keadaan sekeliling akan mempengaruhi keupayaan kita berfikir, belajar, dan bekerja. Keadaan bilik darjah yang tidak terurus, kelas terlalu sejuk atau panas, keadaan lampu yang terlalu malap atau terang, serta warna dinding yang terlalu terang semuanya akan mengganggu penumpuan pelajar di dalam kelas. Oleh itu, untuk mengatasi masalah ini pihak sekolah seharusnya bekerjasama dengan pihak arkitek dalam membina konsep dan reka bentuk sekolah atau bilik darjah yang lebih kondusif untuk aktiviti pembelajaran. Contohnya, menyediakan ruang kelas yang lebih fleksibel dan segar serta disusun mengikut cita rasa dan kesesuain pendekatan guru dan gaya pembelajaran pelajar. Selain itu, kedudukan pelajar di dalam sesebuah bilik darjah juga tidak boleh selalu diubah supaya tidak keliru sewaktu belajar. Beberapa kriteria perlu diambil kira semasa menentukan kedudukan pelajar seperti kemudahan pengurusan dan pengawalan bilik darjah. Contohnya, pelajar yang nakal, apabila diletakkan di tempat duduk bahagian belakang akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Begitu juga pelajar yang mempunyai saiz yang badan ynag kecil akan menghadapi kesukaran melihat apabila diletakkan di belakang. Bilangan murid yang terlalu ramai di dalam bilik darjah juga merupakan faktor yang mendorong kepada masalah disiplin dan gaya pembelajaran yang negatif. Oleh itu, untuk mengatasi masalah ini, pihak pengurusan sekolah seharusnya menetapkan jumlah murid di dalam sesebuah bilik darjah dalm kuantiti yang minimum, antara 20 hingga 25 orang murid. Selain itu, untuk menyelesaikan masalah bilangan pelajar yang terlalu ramai ini, pihak sekolah juga boleh menetapkan dua sesi pembelajaran iaitu sesi pagi dan sesi petang. Ini bermakna, jumlah murid yang terlalu ramai tadi akan dapat diminimumkan apabila berlakunya dua sesi pembelajaran. Hal ini dapat memudahkan proses pengajaran dan

pembelajaran murid berjalan dengan lebih baik.

Rujukan: Abdullah Sani Yahaya (2004). Mengurus Disiplin Pelajar. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Shahabuddin Hashim, Rozihani Yaakub & Mohd Zohir Ahmad (2007). Strategi Dan Teknik Mengajar Berkesan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Abdullah Sani Yahya (2003). Mengurus Sekolah. Pahang: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Badrulzaman Bin Baharom (2006). Persekitaran Keluarga Dan Kesannya Terhadap Tingkah Laku Devian Remaja Di Daerah Pontian, Johor. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai