Anda di halaman 1dari 20

1 KEMAHIRAN SET INDUKSI Set induksi merupakan bahagian permulaan pengajaran atau pendedahan awal yang digunakan oleh

guru dalam masa 3 hingga 5 minit untuk menarik minat, menggugat perasaan ingin tahu, mengekalkan perhatian murid, menggerakkan struktur kognitif pelajar bagi menjana idea secara kritis dan kreatif berdasarkan pengalaman sedia ada, seterusnya dapat mengaitkan set induksi tersebut dengan proses pengajaran yang akan dijalankan melalui pelbagai aktiviti contohnya nyanyian, bercerita, bersoaljawab dan sebagainya.. Eee Ah Meng (1997), mendefinisikan set induksi sebagai suatu kemahiran yang berkaitan dengan cara untuk menyediakan pelajar bagi mengikuti sesuatu sesi pengajaran. Sementara itu Mook Song Sang (2001) pula, mendefinisikan set induksi sebagai suatu permulaan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran di mana tujuan utamanya untuk membina aliran fikiran serta menimbulkan minat murid supaya mereka memusatkan perhatian terhadap isi pelajaran yang disampaikan. PRINSIP Bagi memastikan set induksi yang dirancang terlaksana dengan jayanya maka seseorang guru haruslah memastikan set induksi tersebut dapat menarik minat murid, bersesuaian dengan pengalaman, kebolehan dan umur murid, berkaitan dengan isi pelajaran yang akan disampaikan dan seiring dengan pengalaman sedia ada murid tersebut. OBJEKTIF MEMOTIVASIKAN MURID MENARIK PERHATIAN

OBJEKTIF MENYATAKAN HAD TUGAS CADANGAN CARA MENJALANKAN TUGAS

MEMBUAT PERKAITAN DENGAN PENGALAMAN SEDIA ADA

2 KOMPONEN-KOMPONEN SET INDUKSI Komponen Kemahiran Menarik Perhatian -Dengan menggunakan intonansi suara yang berubah-rubah dan kontak mata -Dengan menggunakan gerak-geri atau isyarat -Dengan menggunakan media pandang dengar Mewujudkan Motivasi -Dengan menunjukkan kemesraan dan penuh semangat -Melalui ransangan naluri ingin tahu -Menggunakan soalan-soalan yang mencabar dan bermakna -Dengan membakar semangat Ada Tiada Tiada Kelihatan

Menstruktur -Dengan menghadkan tugasan -Menyatakan tujuan tugasan -Mencadangkan cara-cara menjalankan tugasan -Menerangkan aktiviti yang akan dilakukan

Membuat Perkaitan -Membanding/membezakan dengan perkara biasa -Pengetahuan sedia ada -Aplikasikan dengan peristiwa-peristiwa semasa yang diminati murid

3 CARA-CARA MENGGUNAKAN SET INDUKSI

UNSUR-UNSUR SASPENS

GAMBAR/CARTA ILLUTRASI

PENYOALAN PROAKTIF

CARA-CARA MENGGUNAKAN SET INDUKSI BAHAN BANTU MENGAJAR MENGULANGKAJI

MENGINGAT SEMULA PELAJARAN LAMA

KESAN KEMAHIRAN SET INDUKSI KE ATAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1.Meningkatkan motivasi murid untuk belajar melalui peneguhan positif. 2.Menarik perhatian murid dan memudahkan guru untuk menerapkan sesuatu konsep. 3.Pembelajaran lebih bermakna dan menyeronokkan. 4.Dapat memenuhi perasaan ingin tahu murid 5.Corak interaksi guru dan murid berubah-ubah dan mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menggalakkan.

4 KEMAHIRAN PENYOALAN Merupakan satu teknik dalam pengajaran dan pembelajaran yang efektif di bilik darjah untuk mendapatkan maklumbalas dan menggalakkan interaksi antara guru dan murid bagi mencapai matlamat di samping meransang minda murid. Hampir semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran melibatkan teknik penyoalan misalnya, di peringkat permulaan, penyoalan digunakan untuk menolong murid mengingat kembali pengetahuan/pengalaman lalu yang berkaitan dengan pelajaran yang akan dipelajari. Di peringkat perkembangan pula, kita menggunakan teknik penyoalan bagi mencungkil fikiran murid di samping menambahkan kefahaman bagi membantu mereka mengikuti pelajaran dengan lebih berkesan. Sementara itu di peringkat penutup pula ianya digunakan untuk menilai keberkesan dari segi pencapaian objektif pada hari tersebut.

PRINSIP-PRINSIP KEMAHIRAN PENYOALAN Antara prinsip-prinsip penyoalan ialah: 1. Ciri-ciri soalan: -Soalan yang diutarakan haruslah bersesuaian dengan umur dan kebolehan pelajar tersebut. -Rancangkan aras dan jenis soalan yang akan dikemukan sebelum proses pengajaran dan pembelajaran bermula. -Pastikan perkataan yang digunakan dalam soalan mudah difahami oleh pelajar. -Bentuk soalan haruslah diubah dari semasa kesemasa bagi mengekalkan minat pelajar. 2.Cara kemukakan soalan: -Soalan yang dikemukakan haruslah ditujukan kepada seluruh kelas dengan nada suara yang terang dan sedap di dengar. Pastikan nama murid tidak disebut dahulu sebelum soalan dikemukakan bagi memberi ruang kepada pelajar untuk bersedia. Elakkan daripada menyoal mengikut susunan kedudukan murid untuk mengurangkan ketegangan dan tumpuan murid tidak beralih arah. 3. Masa: - Berikan masa kepada pelajar untuk memikirkan jawapan yang relevan. 4.Cara penerimaan jawapan dari murid: -Beri pujian, senyuman atau anggukan ketika menerima jawapan yang betul. Tambahkan maklumat-maklumat kepada jawapan yang kurang lengkap. Sekiranya murid tidak dapat menjawab, bantulah mereka dengan mengubah bentuk soalan dan memberikan tips yang menjurus kepada jawapan. -Pastikan guru tidak terus menerima jawapan pertama, beri peluang murid lain juga menyuarakan pendapat yang mungkin lebih kritis.

OBJEKTIF PENYOALAN

1. Melibatkan murid secara aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran. 2. Meransang minat dan perasaan ingin tahu murid. 3. Memusatkan perhatian murid kepada satu konsep yang khusus. 4. Mengetahui pengetahuan sedia ada murid. 5. Memastikan pemahaman murid terhadap sesuatu konsep yang diajar. 6. Membentuk hubungan yang baik di antara guru dan murid melalui interaksi yang berlaku.

KOMPONEN KEMAHIRAN PENYOALAN

PEMBENTUKAN SOALAN -RINGKAS, TEPAT,JELAS DAN MUDAH DIFAHAMI

FOKUS MENUMPU KEPADA SATU IDEA DAN LEBIH

ALIH HALA SOALAN BUKA SOALAN YANG SAMA KEPADA MURID LAIN

SEBARAN SOALAN DITUJUKAN KEPADA SELURUH KELAS

HENTIAN BERI PELUANG MURID MEMIKIRKAN JAWAPAN

MELAYANI JAWAPAN MURID

MENCUNGKIL BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN YANG LEBIH BAIK

7 ARAS-ARAS PENYOALAN Guru harus mempelbagaikan aras soalan bagi membantu pelajar memperoleh, mengatur,mengguna dan menilai penerangan dengan harapan ianya dapat menolong pelajar membentuk idea-idea berdasarkan pengetahuan sedia ada. Bloom (1956) , telah mengemukakan enam aras soalan dalam domain kognitif yang diklasifikasikan sebagai aras rendah dan aras tinggi.

ARAS PENGETAHUAN
-INGAT KEMBALI (RENDAH)

ARAS KEFAHAMAN
-INGAT DAN TERANGKAN DENGAN JELAS (RENDAH)

ARAS APLIKASI
-GUNA PENGETAHUAN DAN KEFAHAMAN UNTUK SELESAIKAN MASALAH (RENDAH)

ARAS ANALISIS
-MENGENALPASTI SEBABSEBAB PERMASALAHAN SETERUSNYA MENCARI BUKTI, MENELITI DAN MENGINTERPRETASI DATA

ARAS SINTESIS
-MENGANALISIS BUKTI DAN MENGINTERPRETASI DATA, MEMBUAT RAMALAN, BERI IDEA DAN CADANGAN

ARAS PENILAIAN
-MEMBEZA DAN MEMBANDINGKAN IDEA, NILAI SERTA KERJA YANG MEMPUNYAI NILAI KESENIAN

8 TEKNIK MENYOAL YANG BERKESAN: 1. Soalan yang dikemukakan hendaklah menepati objektif pengajaran, dapat mencungkil pemikiran, jelas, tepat dan padat. 2. Mulakan dengan soalan aras rendah. 3. Baca dan perdengarkan soalan kepada semua pelajar dan selepas beberapa saat barulah minta sukarelawan menjawabnya, jika tiada sukarelawan barulah dipanggil nama tertentu yang dijangka berkebolehan untuk memberikan jawapan dengan betul. 4. Pelajar yang lemah diberikan soalan yang lebih mudah bagi meningkatkan keyakinan diri. 5. Elakkan mengemukakan soalan kepada pelajar yang sama. 6. Gunakan jawapan pelajar dalam membuat rumusan atau perbincangan jawapan.

KESAN PENYOALAN KE ATAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1. Proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik kerana ianya dapat meransang minat dan mengekalkan perhatian pelajar tersebut. 2. Proses pembelajaran menjadi lebih bermakna kerana guru dapat mengetahui pengetahuan sedia ada pelajar terhadap topik yang akan diajar pada hari itu. 3. Mengenalpasti samada pelajar telah memahami sesuatu konsep yang diajar. 4. Perhubungan guru dan murid akan bertambah baik. 5. Membantu murid membuat ulangkaji tentang sesuatu topik.

KEMAHIRAN PENGGUNAAN PAPAN TULIS Menurut Abdul Rahim (2000), papan tulis merupakan bahan bantu mengajaryang termurah dan paling meluas digunakan. Ianya digunakan untuk menekan dan mendemonstrasikan fakta-fakta yang penting di dalam pengajaran dan pembelajaran seperti melalui lukisan gambarajah, peta, melukis simbol-simbol dalam matapelajaran Sains, Georafi dan Matematik atau menulis nota. Pengurusan papan tulis yang dikendalikan dengan baik meningkatkan konsep dan pengamatan murid. Persembahan tulisan dan lakaran grafik yang menarik di papan tulis menjurus kepada peningkatan keberkesanan pengajaran dan mengekalkan apa yang dipelajari di dalam ingatan jangka panjang mereka.

PRINSIP-PRINSIP PENGGUNAAN PAPAN TULIS

Pastikan papan tulis dibersihkan terlebih dahulu sebelum memulakan pengajaran bagi mengekalkan tumpuan murid terhadap pengajaran yang akan dilaksanakan.

Tulisan atau gambarajah pada papan tulis mestilah besar dan jelas bagi membolehkan murid membaca apa yang dituliskan

Bahagikan papan tulis kepada dua atau tiga bahagian bagi memastikan penggunaanya lebih berkesan dan teratur.

Untuk isi-isi penting (perlu disalin)

Untuk catatan/lakaran /pengiraan (boleh dipadam)

Penggunaan Papan Tulis

10

Jawapan atau kenyataan daripada murid perlu dicatatkan di papan tulis . Murid juga boleh melibatkan diri secara aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran apabila diminta menulis jawapan di papan tulis.

Guna kapur yang pelbagai warna bagi menegaskan sesuatu sesuatu kenyataan atau perkara yang perlu diberi perhatian dan semasa membuat lukisan atau gambarajah.

Berhenti bercakap semasa menulis di papan tulis dan gunakan pembaris panjang untuk menunjukkan apa yang tertera di papan tulis.

Jangan mengambil masa terlalu lama untuk menulis di papan tulis, harus cakna dengan setiap patah perkataan yang ditulis untuk pastikan tiada kesilapan di dalam fakta atau ejaan.

11 OBJEKTIF PENGGUNAAN PAPAN TULIS Menjelaskan, mendemonstrasikan langkah-langkah penyelesaian masalah dan memperkukuhkan sesuatu fakta, konsep atau idea yang abstrak secara teratur dan sistematik. Menarik perhatian murid terhadap perkara-perkara penting di setiap peringkat pengajaran. Mempelbagaikan aktiviti pengajaran guru dan murid. Memberi peluang kepada murid untuk mencatat nota dari papan tulis.

KOMPONEN-KOMPONEN PENGGUNAAN PAPAN TULIS Kejelasan Tulisan atau gambarajah (grafik) yang digunakan haruslah terang dan sesuai saiznya, lurus dengan jarak antara huruf, jarak antara perkataan dengan perkataan dan jarak antara barisan yang sesuai agar jelas kelihatan kepada seluruh kelas. Penonjolan Penekanan terhadap sesuatu perkara penting boleh dibuat oleh guru dengan menggunakan kapur pelbagai warna yang menarik, menggaris atau membulatkan perkataan tersebut. Susunan Bahagikan papan tulis kepada beberapa ruang yang teratur untuk nota-nota dan rajah. Rancang penggunaan papan tulis lebih awal bagi memastikan apa yang ditulis adalah berkaitan dan bertepatan dengan masa yang telah ditetapkan. Teknik persembahan Pelbagaikan persembahan di papan tulis dengan ideaidea kompleks, nota-nota, carta-carta dan gambarajah. Di samping itu pelajarpelajar juga haruslah diberi peluang untuk melibatkan diri dalam penggunaan papan tulis seperti meminta mereka melabel, melukis, menamakan atau menunjukkan sesuatu di papan tulis.

12

KESAN PENGGUNAAN PAPAN TULIS

Membantu guru menjelas sesuatu konsep dengan lebih jelas

Menarik perhatian/tumpuan murid

Membantu murid memahami sesuatu konsep yang disampaikan secara berperingkat di papan tulis

Murid berpeluang menyertai aktiviti secara aktif

13

PENULISAN LAPORAN ANALISIS PENILAIAN BAGI KEMAHIRAN SET INDUKSI Sebagaimana yang telah kita semua maklum, set induksi merupakan pembuka jalan ke arah pengajaran dan pembelajaran yang bermakna kerana ia mampu menarik minat, meransang perasaan ingin tahu dan meningkatkan tahap motivasi kepada murid bagi mendorong murid tersebut supaya bersedia untuk belajar dan berfikir tentang pengajaran yang akan disampaikan. penekanan Di dalam penulisan laporan analisis penilaian kemahiran ini,

adalah berfokuskan kepada tiga komponen iaitu menarik perhatian,

mewujudkan motivasi dan membuat perkaitan. Berdasarkan borang penilaian komponen set induksi iaitu menarik perhatian di bawah tajuk Rumah Bersih Kesihatan Terjamin, saya dapati guru tersebut telah berjaya menarik perhatian murid dengan intonansi suaranya yang pelbagai misalnya, di awal pengajaran dengan suara yang separuh berbisik tetapi jelas kedengaran, matanya digerakkan ke kiri dan ke kanan serta jari telunjuk di letakan di mulut, beliau meminta muridnya diam dan menutup mata. Murid tentunya tertanya-tanya apakah yang akan berlaku seterusnya. Beliau telah menggunakan racun serangga sebagai bahan media dan menyemburkannya di sudutsudut kelas. Seterusnya murid diminta meneka daripada manakah datangnya bauan itu. Kali ini suaranya agak kuat dengan nada mengarah yang jelas. Saya telah membahagikan kemahiran set induksi ini kepada tiga bahagian dan komponen menarik perhatian sebagai bahagian pendahuluan. Bagi saya guru tersebut telah berjaya menfokuskan minda dan menggerakkan struktur kognitif muridnya untuk memberi tumpuan kepada subjek pengajaran. Namun begitu saya rasa adalah lebih efisyen jika beliau terus menfokuskan kepada subjek pada hari itu iaitu nyamuk. Di era IT ini, adalah lebih

profesional untuk guru tersebut menggunakan media seperti audio (bunyi nyamuk) atau video mengenai kempen mencegah denggi sebagai set induksi. Sementara itu di bahagian perlaksanaan iaitu mewujudkan motivasi, guru tersebut juga telah berjaya melaksanakannya dengan berkesan. Beliau seorang yang tegas tetapi mesra dengan muridnya dan nampak bersemangat di dalam menyampaikan pengajarannya. Bagi meningkatkan ransangan, beliau telah mengemukakan pelbagai soalan bagi menguji tahap pengetahuan sedia ada dan seterusnya menjurus kepada isi pengajaran. Beliau menunjukkan model nyamuk aedes yang dihasilkannya dengan begitu kreatif memotivasikan muridnya bagi membentuk konsep baru. Namun begitu, sebagai langkah penambahbaikan atau mungkin perkongsian ilmu, guru tersebut perlu mengemukakan soalan secara terbuka dan sesekali memberikan ganjaran berupa pujian atau mungkin juga hadiahsebagai satu cara memotivasikan murid. bagi

14 Akhirnya di bahagian penutup, iaitu membuat perkaitan, rakan guru saya ini sekali lagi berjaya mengaitkan set induksi yang digunakan dengan tajuk, selaras dengan pengetahuan sedia ada murid mengenai nyamuk dan bahaya denggi . Saya juga dapati berlaku interaksi dua hala di antara murid dan guru semasa sesi ini. Murid kelihatan begitu berminat

terhadap dan memahami apa yang akan dipelajari pada hari itu. Kesimpulannya, guru yang kreatif dan inovatif diperlukan bagi menghasilkan strategi pengajaran dan pembelajaran melalui kepelbagaian penggunaan set induksi.

Sesungguhnya penggunaan set induksi memberi kesan yang positif kepada pelajar dan guru dalam memantapkan strategi pengajaran dan pembelajaran kerana dari set induksilah kita sebagai guru harus menarik tumpuan murid dan meransang perasaan ingin tahu mereka bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran hingga ke akhirnya.

15 PENULISAN LAPORAN ANALISIS PENILAIAN BAGI KEMAHIRAN PENYOALAN Berdasarkan borang penilaian bagi kemahiran penyoalan, saya dapati soalan yang dikemukakan oleh guru tersebut adalah bermatlamat iaitu ada tujuannya , bersesuaian dengan aras pengetahuan murid kelas tersebut, jelas, ringkas dan bahasa yang digunakannya juga mudah difahami . Namun begitu, kebanyakan soalan yang dikemukakan adalah dari aras rendah dan sederhana, sedangkan murid kelas itu adalah dari kelas pertama. Saya rasa kita perlu mencabar tahap kognitif murid bagi menjana idea mereka dengan mengemukakan soalan soalan beraras tinggi. Antara contoh-contohnya: 1. Cadangkan beberapa langkah yang perlu diambil bagi membasmi pembiakan nyamuk aedes. 2. Beberapa hari lepas, pihak Kementerian Kesihatan telah datang untuk mengasap kawasan perumahan bagi membasmi pembiakan nyamuk. Pada pendapat anda , mengapakah nyamuk masih banyak dan bilangan pengidap demam denggi terus meningkat?

Bagi komponen fokus soalan pula,, guru tersebut telah menyediakan soalan yang bertepatan dengan isi pelajaran dan kelihatan terancang. Begitu juga dengan pernyataan soalan, dibuat secara khusus. Keadaan ini memberikan gambaran yang jelas kepada murid tentang isi pelajaran pada hari itu. Apa yang perlu kita sedari, seseorang kanak-kanak akan cepat teruja untuk mengetahui tentang sesuatu perkara apabila mindanya diransang dengan sesuatu yang mencabar.

Kesediaan guru untuk mengemukakan soalan jelas kelihatan pada diri guru yang dinilai. Ini dapat saya buktikan melalui item soalan yang dikemukan, tepat, terancang, selaras dengan tahap murid dan soalannya tidak berulang. Kesediaan murid untuk menjawab juga dititikberatkan oleh beliau. Selepas mengemukakan soalan, murid diberi masa untuk berfikir dan mencari jawapan. Beliau juga tidak memfokuskan soalan kepad individu tertentu dan sistem menjawab ikut giliran atau barisan juga tidak diamalkan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini membuatkan murid lebih selesa dan tidsk tertekan. Walau bagaimanapun, guru tersebut mungkin terleka di dalam menerapkan nilai mendidik kepada muridnya semasa sesi pengajaran berlaku. Contohnya, murid dibiarkan menjawab beramai-ramai dan tidak berdiri semasa menjawab. Mengajar mudah dilaksanakan, namun untuk mendidik. Guru menyebarkan soalan secara rawak , menunggu murid yang bersedia untuk memberikan jawapan dan mengumpul jawapan bagi soalan yang sama daripada beberapa

16 murid lain bagi mencungkil idea terbaik untuk dibuat satu kesimpulan. Kadangkala hanya murid yang sama sahaja menjawab. Jelas, guru tersebut berjaya menjana idea dan menanam keyakinan diri yang tinggi di kalangan muridnya untuk mengeluarkan pendapat dan berkomunikasi di khalayak ramai. Sebagai langkah penambahbaikan, beliau haruslah cakna akan sikap sesetengah muridnya yang sekadar menumpang. Galakkan mereka untuk menjawab dengan menawarkan ganjaran atau kata-kata pujian jika ada rakan lain yang berani mencuba untuk memberikan jawapan walau pun pada hakikatnya jawapan itu adalah salah.

Akhirnya dari segi layanan jawapan, saya dapati beliau tidak menganaktirikan kumpulan yang kurang menyerlah untuk sama-sama mengambil bahagian. Apabila murid tersebut gagal menjawab, guru tersebut cuba membantu dengan mempermudahkan soalan atau memberi petunjuk jawapan bagi memotivasikan mereka . Kadangkala idea yang dikeluarkan oleh kumpulan sederhana ini boleh juga diguna pakai. Setiap manusia mempunyai kelebihan dan kekurangannya apa yang pasti terselit satu rahmat yang tidak ternilai di sebalik kelemahan /kekurangan itu

17

PENULISAN LAPORAN ANALISIS PENILAIAN BAGI KEMAHIRAN

PENGGUNAAN PAPAN TULIS

Berdasarkan borang penilaian kemahiran penggunaan papan tulis, saya dapati guru A telah berjaya mencapai skala baik bagi komponen kejelasan. Tulisannya agak cantik dan kemas tetapi saiz tulisannya agak kecil dan condong. Memandangkan beliau juga merupakan seorang guru seni, maka ilustrasi yang dihasilkan cantik dan jelas, menepati dengan apa yang dihasratkan . Oleh itu sebagai langkah penambahbaikan, beliau haruslah memperbaiki saiz tulisannya agar lebih besar, jelas dan tidak menggunakan tulisan berangkai memandangkan murid-muridnya adalah dari Tahap Satu, Manakala dari komponen kemahiran susunan pula, guru tersebut telah mencapai skala cemerlang kerana beliau bijak dalam membuat pembahagian ruang penulisan, apa yang dicatatkan di atas papan tulis tersebut dapat dilihat dan dibaca oleh semua murid dan akhirnya susun atur tajuk, idea dan bahan pula ditulis dengan kemas dan bersistematik. Keadaan ini memudahkan murid untuk membaca apa yang dicatatkan. Dari segi komponen penonjolan, guru tersebut telah menggunakan warna pada tulisan di papan tulis bagi memfokuskan isi-isi penting yang harus diberi perhatian. Sebagaimana kita maklum, murid amat sensatif pada warna, terutama yang cerah seperti merah, kuning dan oren. Oleh yang demikian guru tersebut juga telah menggunakan warna yang cerah pada bahan pengajarannya (bahagian perut nyamuk aedes)dan mendapat skala tiga iaitu baik. Mungkin beliau boleh mempelbagaikan jumlah warna bagi mengumpul dan

membezakan item-item yang terkandung dari segi kepentingannya. Bagi komponen kemahiran teknik persembahan semasa menggunakan papan tulis, rakan guru saya telah dapat membentuk konsep yang jelas dan tepat melaui penerangan dan ilustrasi yang hebat dan berkesan misalnya putaran hidup nyamuk semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Di samping itu muridnya juga dilibatkan semasa

perlaksanaan aktiviti memadan dan menyenaraikan tempat-tempat pembiakan nyamuk di papan tulis tersebut . Justeru keghairahan murid untuk menggunakan papan tulis, murid kelihatan begitu teruja dan cepat memahami konsep yang cuba diterapkan. Skala pemarkahan bagi aspek penggunaan pula, saya berpuas hati dan menandakan skala cemerlang untuknya. Ini ialah kerana beliau dapat menggunakan papan tulis itu

secara optimun , bagi mencatat isi pelajaran dan bertindak memadamkan isi pelajaran lama

18 dengan kadar segera agar tumpuan murid tidak beralih arah dan mata mereka terus

difokuskan kepada kepada isi pelajaran baru. Sesunggulnya penggunaan papan tulis dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dantidak hanya tertumpu kepada bahan bantu mengajar.

Padam isi pelajaran lama

Guna kapur berwarna

Saiz huruf jelas, besar

19

JADUAL TUKAR GANTI


NAMA CONTOH: JENIS AKTIVITI KETERANGAN

Alisa

bermain badminton

bersama Ani di hadapan rumahnya.

20

Anda mungkin juga menyukai