Anda di halaman 1dari 8

Teori Pelaziman Cuba Jaya

Thorndike
Teori Edward L. Thorndike (1874-1949) dikaitkan dengan teori pelaziman
operan. Thorndike terkenal dengan teori cuba jaya dan tiga hukumnya iaitu
hukum kesediaan, hukum latihan dan hukum kesan.
Faktor penting adalah ganjaran dan denda yang membantu pembelajaran
manusia. Ganjaran akan mendorong manusia melakukan sesuatu gerak
balas.
Dalam kajian tentang perkaitan gerak balas dengan rangsangan, Thorndike
melakukan eskperimen terhadap seekor kucing. Beliau mengurungkan
seekor kucing yang lapar dalam sebuah sangkar yang di dalamnya terletak
satu tuil yang berfungsi sebagai anak kunci untuk membuka pintu sangkar
tersebut.
Thorndike juga telah meletakkan semangkuk makanan di luar sangkar yang
digunakan untuk rangsangan terhadap kucing itu. Berdasarkan pemerhatian
Thordnike, kucing yang lapar itu melakukan pelbagai tindakan untuk
melepaskan diri dalam sangkar, dan tiba-tiba terpijak tuil yang membuka
pintu sangkar tersebut dan terus menuju ke arah makanan yang disediakan.
Kucing tersebut dimasukkan semula dan eskperimen ini diulang sehingga
kucing telah berjaya mempelajari cara membuka pintu sangkar.
Berdasarkan pemahaman Thorndike semakin banyak percubaan
semakin cepat ia dapat keluar dari sangkar.
Kesimpulannya pembelajaran merupakan proses cuba ralat atau
memilih dan menghubungkait.
Dalam proses ini latihan yang dilakukan secara berulang, gerak balas
yang dihasilkan pada peringkat permulaan akan semakin berkurang,
perhubungan di antara rangsangan dengan gerak balasnya semakin
bertambah kukuh.
Beliau berpendapat bahawa pembelajaran merupakan proses cuba-
ralat (trial and error) atau memilih dan menghubungkait (selecting and
connecting).
Proses cuba-ralat ini juga dikenali sebagai proses cuba jaya. Latihan
yang dilakukan secara berulang-ulang akan menyebabkan gerak
balas yang dihasilkan pada peringkat permulaan akan semakin
berkurangan.
Teori Pavlov
Teori Pelaziman Klasik
Kaitan antara rangsangan dengan gerak
balas
Rangsangan gerak balas dikukuhi dengan
latihan
Pembelajaran berkesan berlaku apabila
guru membantu pelajar
Menekankan konsep pemulihan serta
merta
Teori Pelaziman Klasik JB
Watson

Anda mungkin juga menyukai