Anda di halaman 1dari 26

ISI KANDUNGAN

Pendahuluan............................................................................................................ 1
Definisi Pengajaran................................................................................................. 1
Definisi Model Pengajaran..................................................................................... 2
Fungsi Model Pengajaran...................................................................................... 2
Model-Model Pengajaran....................................................................................... 3
Model Pengajaran Robert Glaser......................................................................3
Implikasi Model Pengajaran Robert Glaser..................................................5
Aplikasi Model Pengajaran Robert Glaser dalam Matapelajaran Ugama 6
Model Pengajaran Le Francois...........................................................................7
Peringkat-Peringkat Model Pengajaran Le Francois...................................7
Model Ekspositori................................................................................................ 8
Cara Penggunaan Model ekspisitori..............................................................8
Implikasi Model Pengajaran Ekspositori.......................................................9
Kelebihan Model Ekspositori..........................................................................9
Kelemahan Model Ekspositori........................................................................9
Model Pengajaran Projek.................................................................................. 10
Kelebihan Model Projek................................................................................. 10
Keberkesanan Penggunaan Pengajaran Model Projek.............................10
Model Pengajaran SIM...................................................................................... 11
Implikasi Model Pengajaran Sim..................................................................13
Aplikasi Model Pengajaran Sim dalam Matapelajaran Ugama................14
Model Inkuiri....................................................................................................... 14
Jenis-Jenis Inkuiri............................................................................................ 15
Model Inkuiri Juris Prudential.................................................................17
Implikasi Model Pengajaran Inkuiri................................................................18
Perbincangan Model............................................................................................. 19
Penutup.................................................................................................................. 21

Pendahuluan
Pada suatu ketika, pengajaran dianggap sebagai proses yang mudah,
iaitu guru sebagai penyampai pengetahuan kepada murid. Ini adalah suatu
proses

sehala

sahaja,

di

sini

guru

bertindak

sebagai

orang

yang

bertanggungjawab mengajar dan menyalurkan maklumat kepada murid


manakala murid hanya menerima segala-galanya. Guru juga dianggap
sebagai role model kepada pelajar. Keterampilan guru sebagai pendidik dan
penyebar ilmu adalah sangat dituntut dan diambil kira oleh segenap
masyarakat.
Justeru itu, guru juga perlu ada kemahiran dalam mempelbagaikan kaedah
dan teknik dalam proses pengajaran. Segala kaedah dan teknik tersebut
perlunya ada kaitan dan hubungkait dengan pelajar agar proses pengajaran
berjalan dengan teratur.
Di dalam proses pembelajaran, pelajar itu sendiri terbahagi kepada tiga
kategori iaitu pelajar yang memperolehi maklumat melalui audio iaitu belajar
dengan cara pendengaran sahaja, pelajar yang memperolehi maklumat
melalui visual iaitu belajar denagn cara penglihatan sahaja dan ada juga
pelajar yang memperolehi maklumat melalui kinestetik iaitu belajar dengan
cara bergerak.
Namun pada masa kini zaman telah banyak mengalami perubahan
termasuklah dalam bidang pendidikan. Oleh itu proses pengajaran harus
seiring dengan perkembangan dunia. Maka pelbagai perubahan dibuat ke
atas kurikulum dan sistem penyampaiannya.

Definisi Pengajaran
Pengajaran adalah suatu aktiviti atau tugasan yang diusahakan bersama
oleh guru dan pelajar. Pengajaran ini dirancang oleh guru secara sistematik

dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang
sesuai,

membimbing,

menggalak

dan

memotivasikan

murid

supaya

mengambil initiatif untuk belajar, demi memperoleh ilmu pengetahuan dan


menguasai

kemahiran

yang

diperlukan.

(Mok Soon Sang:2011:292)


Menurut Shahabuddin Hashim dan Rohizani Yaakub, pengajaran adalah
proses

yang

merangkumi

aktiviti-aktiviti

perancangan,

perlaksanaan,

penilaian dan maklum balas yang mana melibatkan guru dan murid.
(Baharom Mohammad:2010:36)
Menurut Tyler (1949) pengajaran adalah suatu rancangan untuk mengajar
kurikulum

dan

pembelajaran

prosedur-prosedur

mengikut

unit-unit,

mengatur

pengalaman-pengalaman

kursus-kursus

dan

program-program

tertentu.
Taba (1960) pula mengatakan bahawa pengajaran merupakan aktiviti-aktiviti
khusus yang digunakan semasa mengajar di pelbagai peringkat kurikulum.
Manakala bagi Ee Ah Meng (1989) menyatakan bahawa pengajaran sebagai
satu sains iaitu sistem aktiviti-aktiviti yang ditujukan kepada murid-murid
dengan bertujuan membawa perubahan tingkah laku dikalangan mereka.
Sharifah Alwiah (1983) menganggap pengajaran sebagai aktiviti atau proses
kerana

apabila

mengajar,

aktiviti

seperti

menyoal,

menerangkan,

mendengar, menggalakkan sesuatu, dan berbagai-bagai aktiviti lain akan


berlaku. Sharifah Alwiah juga menganggap pengajaran sebagai suatu proses
komunikasi

walaupun

tidak

semua

komunikasi antara guru dengan pelajar.

aktiviti

pengajaran

merupakan

Definisi Model Pengajaran


Rahil Mahyuddin (1997) menyatakan model pengajaran perlu mengandungi
unsur-unsur penting yang dapat memberikan gambaran tentang proses
pengajaran.

(Baharom Mohammad:2010:7)

Fungsi Model Pengajaran


Model-model pengajaran yang dibina oleh pakar pendidikan mempunyai
fungsi-fungsi yang penting seperti:
1. Memberi peluang kepada perancang mengajar dan guru tentang
langkah-langkah mengajar yang utama supaya membolehkan mereka
merancang dan melaksanakan proses pengajaran yang berkesan.
2. Membentuk rangka pengajaran yang lengkap untuk penyelia dan
penyelidik dalam proses pengajaran sebagai rujukan.
3. Sebagai panduan asas bagi guru dalam sesi maklum balas serta
pengubahsuaian

untuk

proses

pengajaran

yang

selanjutnya.

(Mok Soon Sang:2011:294)

Model-Model Pengajaran
Diantara model-model pengajaran yang boleh digunakan dan diaplikasikan
dalam pengajaran adalah seperti berikut :
a)
b)
c)
d)
e)

Model
Model
Model
Model
Model

Robert Glaser
Le Francois
Ekspositori
Sim
Inkuiri.

Model Pengajaran Robert Glaser

Model pengajaran menurut Robert Glaser (1962) adalah dianggap


sebagai proses asas dalam pengajaran-pembelajaran yang dilaksanakan

secara berperingkat-peringkat. Adapun, proses model pengajaran beliau


terbahagi kepada empat komponen iaitu seperti gambar rajah dibawah :

Pengetahua
n

Objektif

Kaedah

Penilaian

Mengajar

Pengajaran

Maklum Balas

Rajah 1 : Proses pengajaran berdasarkan Model Pengajaran Robert Glaser


(Mok Song Sang:2008:37)

Adapun proses model pengajaran Robert Glaser dibahagikan kepada empat


bahagian iaitu :
1. Objektif pengajaran.
Menurut Robert Glaser, proses pengajaran perlu dilaksanakan dengan cara
berperingkat agar pengajaran akan berhasil dengan berkesan. Proses
pengajaran haruslah dimulakan dengan penentuan objektif pengajaran yang
sesuai iaitu guru perlu memikirkan objektif pengajaran yang hendak dicapai
secara tepat. Oleh itu, guru perlu bijak dalam menentukan objektif
pengajaran

dengan

kebolehan

dan

kemampuan

pelajar

agar

dapat

memberikan kefahaman yang baik kepada pelajar. Hasil pencapaian objektif


pengajaran dapat dinilai melalui perubahan tingkah laku, kefahaman dan
penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran.

2. Pengetahuan sedia ada.


Robert Glaser berpendapat bahawa pengetahuan sedia ada sebagai tingkah
laku kemasukan dalam proses pengajaran. Guru menentukan objektif
pengajaran yang sesuai dengan berdasarkan pengetahuan sedia ada pelajar
yang boleh membantu merangsang atau bertindak sebagai penggerak yang
membuatkan pelajar bersedia untuk menerima pengajaran baru dengan
lebih efektif lagi.
Sebagai contoh, bagi pelajar yang pernah melakukan tayamum akan lebih
memahami lagi apabila guru menjelaskan mengenai mata pelajaran
Thaharah atau bagi pelajar yang pernah membaca melalui buku atau
menonton secara langsung atau tidak langsung akan dapat difahami lagi
dengan jelas oleh pelajar terhadap pengajaran yang guru sampaikan.
Oleh itu, betapa pentingnya pengetahuan sedia ada pelajar yang harus
diambil kira oleh guru dalam menentukan objektif pengajaran agar
pengajaran guru akan lebih berkesan.
3. Kaedah mengajar
Robert Glaser menghuraikan kaedah mengajar sebagai salah satu siri aktiviti
pengajaran yang bersistematik dan berlandaskan kepada teori pengajaranpembelajaran. Terdapat banyak kaedah-kaedah mengajar yang boleh
dilaksanakan dalam pengajaran seperti kaedah demonstrasi, kaedah
simulasi, kaedah bercerita dan sebagainya.
(Mok
Soon Sang:2008:38)
Namun, kaedah mengajar yang digunakan hendaklah sesuai dengan
keadaan pelajar, persekitaran dan isi pelajaran yeng hendak disampaikan.
Guru haruslah bijak dalam memilih kaedah mengajar yang dapat disesuaikan
dengan objektif pengajaran agar dapat menyalurkan atau menyelitkan
kefahaman pelajar dalam menerima maklumat yang diajarkan oleh guru.
Guru jugalah yang memainkan peranan penting dalam menggunakan kaedah
mengajar

yang

bersandarkan

kepada
5

kemahiran,

kecekapan

dan

pengalaman guru tersebut agar dapat menarik minat dan merangsang untuk
menjerumuskan diri pelajar kepada mata pelajaran yang hendak diajarkan.
4. Penilaian
Penilaian merujuk kepada penaksiran hasil pencapaian terhadap segala
proses pengajaran yang telah dilakukan. Penaksiran ini meliputi penilaian
objektif pengajaran, pengetahuan sedia ada serta kaedah mengajar. Cara
menilai biasanya terdiri daripada aktiviti soal jawab, pemerhatian, ujian
formal atau tidak formal.
Penilaian ini juga bertujuan untuk menilai samada pelajar dapat mencapai
objektif yang telah dirancang oleh guru. Hasil daripada penilaian ini dapat
membolehkan guru untuk mengesan kelemahan dan kebaikan aktiviti
pengajaran yang telah dilaksanakannya. Guru perlu menyelidiki dan
mengenal pasti apa punca kegagalan dan masalah yang perlu diubahsuai
samada melalui rancangan atau kaedah mengajar demi meningkatkan lagi
proses pengajaran ke tahap yang lebih berkesan lagi.

Implikasi Model Pengajaran Robert Glaser


Model

proses

pengajaran

Robert

Glaser

dibina

berlandaskan

konsep

pengajaran sebagai proses pengajaran yang menitikberatkan langkahlangkah pengajaran iaitu :

Perancangan
Pelaksanaan
Penilaian
Maklum balas

Perkara-perkara yang dititikberatkan dalam Model Proses Pengajaran Robert


Glaser ialah :

Objektif pengajaran
Pengetahuan sedia ada
Kaedah mengajar
Penilaian

Implikasinya, untuk melaksanakan satu proses pengajaran yang berkesan


ialah :
1. Objektif pengajaran harus ditentukan sesuai dengan pengetahuan
sedia ada mereka.
2. Kaedah mengajar harus dipilih berdasarkan objektif pengajaran dan
pengetahuan sedia ada pelajar.
3. Penilaian harus dijalankan ke atas segala proses pengajaran dengan
tujuan untuk mengesan punca-punca kelemahan yang telah dikenal
pasti agar guru dapat mengubahsuai proses pengajarannya demi
meningkatkan

keberkesanan

pengajaran

pada

masa

hadapan.

(Mok Soon Sang:2008:38-39)

Aplikasi Model Pengajaran Robert Glaser dalam Matapelajaran


Ugama

Sebagai contoh dalam pengajaran ugama, diantara objektif yang


hendak dicapai dan dirancang ialah seperti berikut :
1) Dapat mempraktikkan perbuatan masbuq dengan betul
2) Dapat mempraktikkan perbuatan wudhu dengan betul
Jadi, pengetahuan sedia ada pelajar ialah pelajar pernah melakukan
perbuatan wudhu ketika hendak solat dan pernah melakukan perbuatan
masbuq. Ataupun, pengetahuan pelajar mengenai wudhu dan masbuq
melalui buku atau cerita atau video yang pernah pelajar tontoni.
Adapun, cara dan kaedah pengajaran guru ialah samada guru menggunakan
kaedah demonstrasi dengan cara tunjuk cara atau melalui video mengenai
7

wudhu dan masbuq serta melibatkan pelajar untuk mengikuti dan melakukan
perbuatan wudhu dan masbuq dengan betul.

Seterusnya, diakhir pengajaran guru mengadakan aktiviti soal jawab atau


ujian bagi menilai tahap kefahaman pelajar terhadap isi pelajaran yang
diajarkan.

Model Pengajaran Le Francois


Le

Francois

(1992)

mentafsirkan

pengajaran

sebagai

proses

yang

merangkumi tiga peringkat iaitu peringkat sebelum pengajaran, semasa


pengajaran dan selepas pengajaran. Huraian Model Proses Pengajaran Le
Francois seperti rajah 2 berikut:
Sebelum pengajaran
Menentukan
objektif

Semasa pengajaran
Melaksanakan

dan

maklumat
Menentukan

strategi
prosedur
pengajaran

kesediaan pelajar
Menentukan

Selepas pengajaran
Menilai

dan

semula

keberkesanan
strategi pengajar
Menentukan
semula kesediaan
pelajar
Membuat

strategi

pengajaran
pengubahsuaian
Menilai semula
Rajah 2 : Model Proses Pengajaran Le Francois
(Mok Soon Sang:2008:39)

Peringkat-Peringkat Model Pengajaran Le Francois


Adapun peringkat Model Proses Pengajaran Le Francois terbahagi kepada tiga
peringkat iaitu :

1) Peringkat pertama iaitu guru perlu menyediakan dan menentukan


objektif pengajaran dan isi pelajaran sebelum proses pengajaran
berlangsung. Sebagai contoh, guru mengajar mata pelajaran
Tasawuf yang mana objektifnya adalah untuk menjelaskan dan
menerapkan kepada pelajar agar dapat membezakan akhlak yang
baik dengan akhlak yang buruk serta dapat melahirkan pelajar yang
berakhlak mulia dan mengamalkan akhlak-akhlak yang baik.
2) Peringkat kedua iaitu guru hendaklah menentukan strategi-strategi
pengajaran. Alat bantu mengajar seperti slaid, buku dan sebagainya
adalah sangat penting bagi memberi kesan yang baik terhadap
pengajaran guru kepada pelajar. justeru itu, alat bantu mengajar
hendaklah dapat memberikan kefahaman kepada pelajar dan tidak
lari dari objektif pengajaran yang ditetapkan.
3) Peringkat ketiga pula iaitu guru perlu membuat penilaian samada
berupa ujian formal atau tidak formal bagi menilai tahap pengajaran
yang telah disampaikan serta guru dapat menilai sejauh mana
objektif

pengajaran

dan

strategi

pengajaran

itu

berjaya

dilaksanakan. Manakala, hasil daripada penilaian tersebut dapatlah


guru membuat pengubahsuaian pengajaran yang sesuai bagi
mempertingkatkan lagi pengajaran-pembelajaran.
Oleh itu, keberkesanan pengajaran yang dilaksanakan oleh guru perlulah
dilaksanakan dengan cara berperingkat-peringkat agar pengajaran tersebut
dapat dilaksanakan dengan bersistematik dan tidak menimbulkan sebarang
permasalahan ataupun kesusahan dalam mengajar. Guru juga perlu mahir
dalam menyelidik kemampuan dan kemahiran pelajar agar tidak terpesong
dari objektif pengajaran.

Model Ekspositori
Kata ekspositori berasal dari kata eksposisi yang bererti memberi
penjelasan.

Dalam

proses

belajar,

ekspositori
9

bererti

guru

memberi

penjelasan kepada peserta didik tentang fakta, data, atau informasi yang
penting.
Cara penyampaian kaedah ekspositori ini adalah ceramah, penerangan,
bercerita, demonstrasi dengan tujuan mengajar sesuatu. Di sini pengajar
terlebih dahulu memberi penerangan manakala murid hanya mendengar
dengan teliti hingga memahami isi penting. Pengajar boleh menggunakan
model ini untuk menerangkan konsep, fakta, hukum, atau prinsip.
(Mok Soon Sang:2011:295)
Cara Penggunaan Model ekspositori
1. Menerang, menginterpretasi dan menghuraikan idea dan konsep
daripada buku teks.
2. Menerang sambil mendemonstrasikan cara melukis atau membina
bentuk geometri.
3. Menerangkang langkah-langkah penyelesaian masalah berdasarkan
kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari.
4. Menerangkan sesuatu konsep dengan alat bantu mengajar.
Implikasi Model Pengajaran Ekspositori
1. Model ini sesuai digunakan untuk mengajar konsep dan kemahiran
sesuatu pelajaran dalam peringkat perkembangan.
2. Guru boleh menghuraikan konsep secara lisan sambil menulis faktafakta yang penting di papan tulis agar murid dapat melihat dan
memahami konsep dan prinsipnya.
Kelebihan Model Ekspositori
1. Metod yang murah dan mudah untuk dilakukan.
2. Dapat menyampaikan isi pelajaran yang luas. Isi pelajaran yang
banyak dapat dirangkum oleh guru dalam waktu yang singkat
3. Dapat memberikan isi-isi penting yang perlu ditekankan.
4. Dengan strategi ekspositori,guru dapat mengawal susunan dan
keluasan isi pembelajaran.
5. Selain murid dapat mendengar melalui percakapan , murid juga dapat
melihat isi penting.
6. Dapat digunakan dalam kelas yang mempunyai bilangan murid yang
ramai.
10

Kelemahan Model Ekspositori


1. Murid menjadi pasif kerana tidak banyak terlibat dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
2. Susah untuk memenuhi atau melayan perbezaan setiap individu murid
dari segi kemampuan, pengetahuan, minat, bakat serta gaya belajar.
3. Kemahiran sosial pelajar sukar di perkembangankan kerana cara
penyampaian berorintasikan guru.
4. Keberkesanan model ini bergantung kepada persiapan guru dari segi
strategi, pengetahuan, pendekatan dan sebagainya.
5. Tidak dapat membawa murid untuk berpikir di aras tinggi, seperti
menganalisis, mensintesis sesuatu.

Model Pengajaran Projek


Sesuatu
mendalam

projek

tentang

boleh

topik

didefinisikan

dunia

sebenar

sebagai
yang

suatu

penyiasatan

sewajarnya

mendapat

perhatian murid. Oleh itu, Model pengajaran projek merupakan satu kaedah
pengajaran yang sistematik yang melibatkan murid-murid mempelajari
kemahiran danpengetahuan melalui satu proses inkuiri yang berstruktur.
Projek boleh dilaksanakan oleh sebuah kelas atau sekumpulan kecil murid
pada semua peringkat umur. Murid-murid mungkin sambil bermain dan
meneroka di samping melibatkan diri dalam projek. Guru perlu menyediakan
soalan projek serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang
dengan baik. Melibatkan penglibatan murid-murid yang tinggi membolehkan
murid-murid

berinteraksi

dan

(Mok Soon Sang:2010:305)

11

berkomunikasi.

Kelebihan Model Projek


1. Murid dapat mengaplikasikan kemahiran-kemahiran matapelajaran
yang berlaianan dalam memperkayakan mutu projek mereka.
2. Projek dapat memberikan peluang kepada murid untuk membuat
kajian serta mempersembahkan hasil dapatan mereka mengikut
kreativiti mereka,
3. Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan yang mereka dapati
melalui kajian dengan lebih senang berbanding dengan pengetahuan
yang hanya diperolehi dengan melihat dan mendengar sahaja,
Keberkesanan Penggunaan Pengajaran Model Projek
Bagi model projek ini berlaku dengan berkesan guru memainkan peranan
yang penting di peringkat perancangan. Guru harus mengambil perhatian
terhadap beberapa perkara seperti;
1. Objektif dan aktiviti kerja projek harus di tentukan berdasarkan
kecenderungan dan kemahiran murid.
2. Sebelum menjalankan aktiviti projek, guru harus menyediakan atau
menyuruh murid untuk menyediakan bahan-bahan dan alat-alat yang
diperlukan untuk perlakasanaannya.
3. Melakukan rancangan yang baik dan lengkap seperti membahagikan
kerja

untuk

setiap

kumpulan

demi

menjamin

kelancaran

perlaksanaannya.
4. Menentukan kerja mana yang memerlukan bimbingan guru dan kerja
yang memerlukan kepimpinan murid daripada kumpulan cerdas.
5. Menentukan cara mempamerkan hasil-hasil kerja murid,

cara

menyimpang dan penggunaannya sebagai alat bantu mengajar pada


masa akan datang. (Mok Soon Sang:2011:305)
6. guru harus menerangkan dengan terperinci akan bentuk projek yang
hendak dilaksanakan oleh murid sehinga mereka memahaminya.
Namun yang demikian topik yang dipilih hendaklah dipelajari dahulu.
7. Guru hendaklah menetapkan tempoh masa menyelesaikan projek yang
diberikan agar murid dapat menyerahkan tugasan yang diberikan
tepat pada masa yang ditentukan.
(Zelzy Shahari Al-Johari:2008:110)
12

Selain itu juga guru perlu menitik berat topik yang dipilih untuk sesuatu
projek agar objektif pengajaran itu tercapai. Terdapat beberapa kriteria
Pemilihan Topik untuk Projek yang perlu diikuti oleh guru:
1. Bagaimana menariknya topik ini kepada kanak-kanak?
2. Adakah topik ini topik sebenar dunia?
3. Adakah terdapat sedikit sebanyak pengalaman kanak-kanak dengan
topik berkenaan?
4. Bagaimanakah
mudahnya

kanak-kanak

dapat

memperoleh

pengalaman sebenar ?
5. Sejauh mana mereka akan bergantung kepada orang dewasa atau
buku untuk memperoleh maklumat?
6. Siapa boleh tampil dan maklumkan pengalaman sebenar tentang topik
berkenaan?
7. Adakah akan terdapat banyak soalan yang berlainan yang akan
ditanya oleh kanak-kanak tentang topik berkenaan?

Model Pengajaran SIM


Sim telah menyatakan lima komponen penting iaitu objektif
pengajaran, murid, isi pelajaran, guru dan persekitaran (Asmah Ahmad,
1989). Model Pengajaran Sim pula telah menjelaskan bahawa proses
pengajaran yang berlaku adalah melalui interaksi di antara beberapa unsur
iaitu guru, murid, isi pelajaran dan juga objektif dalam sesuatu persekitaran
tertentu.

OBJEKTIF

GURU

PERSEKITARA

13

MURID

ISI

Rajah 3 : Model Pengajaran Sim


(Mok Soon Sang:2008:42)
Mengikut Sim, interaksi dalam proses pengajaran boleh berlaku antara guru
dan murid dengan satu, dua atau tiga komponen yang lain. Semasa interaksi
berlaku, salah satu komponen akan menjadi focus iaitu komponen utama
yang dititikberatkan dalam proses pengajaran seperti :
a) Interaksi objektif pengajaran dengan guru dan pelajar.
Objektif pelajaran yang ditentukan oleh guru harus berdasarkan
kebolehan mental dan fizikal murid.
Objektif pelajaran yang ditentukan oleh guru boleh dicapai oleh
murid dalam masa pembelajaran yang diperuntukan.
Objektif pelajaran yang ditentukan oleh guru adalah eksplisit
iaitu perubahan tingkah laku murid dapat dilihat dengan jelas
selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
(Mok Soon Sang:2008:43)
Oleh itu, guru perlu membuat objektif pengajaran sebelum pengajaran
berlaku dan objektif tersebut hendaklah juga bersangkut paut dan sesuai
dengan kemahiran dan kebolehan pelajar. Secara tidak langsung, isi
pelajaran akan mudah dirancang dan disediakan dengan berpandukan
objektif yang telah disediakan.
b) Interaksi isi pelajaran dengan pelajar dan persekitaran.
Isi pelajaran yang disediakan hendaklah bersesuaian dengan
kebolehan dan minat pelajar.
Isi pelajaran yang dirancang hendaklah dijalankan dengan
bersistematik dan tepat agar pelajar dapat mengikuti pengajaran
yang dilakukan.

14

Isi pelajaran yang disampaikan oleh guru pula perlu disampaikan


dengan kaedah dan strategi pengajaran yang sesuai agar pelajar
dapat memperolehinya dengan berkesan dan bermakna.
Isi pelajaran yang dipilih oleh guru hendaklah ada hubungkait yang sesuai
dengan persekitaran pelajar supaya pengajaran akan berkesan dengan ada
perkaitan dengan kehidupan mereka.
c) Interaksi guru dengan pelajar dan persekitaran.
Keadaan tempat belajar yang disusun oleh guru perlu sesuai
dengan perkembangan intelek, emosi, rohani dan sosial pelajar.
Alat bantu mengajar yang digunakan oleh guru perlu jelas,
mudah difahami dan boleh digunakan oleh pelajar dalam
pelajarannya.
Guru juga mengambil kira terhadap kemudahan-kemudahan di
tempat belajar agar dapat memperkaya proses pengajaran
mereka.
Dalam proses ini, interaksi dua hala diantara guru dan pelajar adalah sangat
penting dalam pengajaran dan pembelajaran agar persekitaran dalam
keadaan harmoni dan mempunyai kemudahan pembelajaran.

Implikasi Model Pengajaran Sim


Hal ini dapat disimpulkan bahawa Model Pengajaran Sim perlu
dilaksanakan berlandaskan konsep pengajaran dalam bidang komunikasi
diantara guru dan murid dengan objektif dan isi pelajaran dalam sesuatu
persekitaran tertentu.
Diantara peringkat-peringkat perlaksanaannya ialah :
1) Objektif

pengajaran

perlu

ditentukan

dengan

sesuai

mengikut

kebolehan pelajar.
2) Isi pelajaran perlu dipilih berlandaskan objektif pengajaran yang dibuat
dan dirancang dengan bersistematik agar penerimaan pelajar akan
15

memudahkan mereka untuk memahami isi pelajaran dengan mengikut


kaedah dan strategi pengajaran yang sesuai yang tidak membebankan
pelajar. Guru juga perlu mengambil kira masa yang diperuntukkan
dalam proses pengajaran.
3) Guru perlu menggunakan kaedah dan strategi pengajaran yang sesuai
dengan kebolehan pelajar.
4) Interaksi dua hala di antara guru dan pelajar adalah sangat penting
bagi menimbulkan interaksi yang sihat dan setimpal dengan suasana
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
5) Unsur-unsur persekitaran seperti kemudahan dibilik darjah adalah
sangat penting dalam keberkesanan proses pengajaran.

Aplikasi Model Pengajaran Sim dalam Matapelajaran Ugama


Sebagai contoh, dalam matapelajaran Al Quran. Diantara objektifnya
ialah :
1. Murid dapat mengaplikasikan bacaan bertajwid dengan betul
2. Murid dapat mengetahui tingkatan lagu-lagu Al Quran
Manakala, isi pelajaran yang dapat dikaitkan dalam pelajaran Ugama ialah
guru dapat menerangkan hukum-hukum tajwid dan memberi pendedahan
mengenai lagu-lagu Al Quran serta mengajarkannya kepada pelajar.
Dari

segi

persekitaran

pula

ialah

guru

membawa

atau

meletakkan

pengetahuan ugama yang berupa gambar atau rekabentuk di dalam kelas.


Hal ini bertujuan bagi menghidupkan suasana kelas yang harmoni agar
pelajar tertarik dengan pengajaran yang diajarkan.

Model Inkuiri
Pendekatan inkuiri membolehkan murid menggunakan keperluan ingin
tahu mereka untuk meneroka sesuatu bidang ilmu. Pendekatan ini adalah
bertujuan untuk mengembangkan kemahiran dan disiplin intelek yang perlu
16

untuk membangkitkan soalan dan mencari jawapan yang berpunca daripada


rasa ingin tahu mereka.
Pengajaran secara inkuiri dimulakan dengan menyediakan satu situasi yang
membingungkan. Individu yang menghadapi situasi sedemikian bermotivasi
untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dalam model ini, terdapat lima fasa
iaitu:

Fasa 1, Berhadapan Dengan Masalah: guru perlu mengemukakan situasi


bermasalah dan menerangkan atur cara inkuiri kepada murid. Pembentukan
satu kejadian seperti menunjukkan bagaimana sebatang pisau dibuat
daripada dua jenis logam yang apabila dipanaskan ia menjadi bengkok,
memerlukan murid berfikir. Matlamat akhirnya dalam pengajaran seperti ini
adalah bertujuan untuk murid mengalami pembentukan pengetahuan baru.
Fasa 2, Mengumpul Data: Melibatkan pemeriksaan proses iaitu murid
mengumpulkan maklumat tentang kejadian yang dilihat atau alami.
Fasa 3, Pengumpulan Data-Ujikaji: Uji kaji dijalankan oleh murid dengan
memasukkan elemen-elemen baru dalam situasi untuk melihat sama ada
kejadian itu berlaku dengan cara lain. Di sini murid mungkin bertanya
tentang objek dan guru harus peka serta sedar tentang jenis maklumat yang
diperlukan dan mengubah corak penyoalan.
Fasa 4, Merumus Keterangan: Guru meminta murid menyusun data untuk
membentuk satu keterangan. Mungkin ada murid yang sukar untuk
memahami maklumat dan membentuk pemahaman mengenainya.
Fasa 5, Analisis Inkuiri: Murid diminta menganalisis corak inkuiri mereka.
Mereka memerlukan soalan yang berkesan, soalan yang produktif dan
memerlukan maklumat lanjut daripada guru.

17

Jenis-Jenis Inkuiri
1. Model Inkuiri Sains

Model Inkuiri Sains merupakan model yang digunakan untuk mengkaji


prinsip,fenomena dan ciri-ciri unsur sains. Menurut model Inkuiri Dewey
melibatkan 5 langkah iaitu mengenal pasti masalah, mencari maklumat
rumusan, membentuk hipotesis, menguji hipotesis dan menilai serta
membuat rumusan.
(Baharom Mohammad:2010:24)

mengenal
pasti
masalah
Fasa

satu,

mencari
maklumat
rumusan
guru

perlu

membuat
hipotesis

menguji
hipotesis

mengemukakan

situasi

menilai
dan
membuat
rumusan
bermasalah

dan

menerangkanatur cara inkuiri kepada murid. Pembentukan satu kejadian


seperti menunjukkanbagaimana sebatang pisau dibuat daripada dua jenis
logam yang apabila dipanaskan iamenjadi bengkok, memerlukan murid
berfikir. Matlamat akhirnya dalam pengajaranseperti ini adalah bertujuan
untuk murid mengalami pembentukan pengetahuan baru.
Fasa dua, melibatkan pemeriksaan proses iaitu murid mengumpulkan
maklumat tentang kejadian yang dilihat atau alami.
Fasa tiga, uji kaji dijalankan oleh murid dengan memasukkan elemenelemenbaru dalam situasi untuk melihat sama ada kejadian itu berlaku
dengan cara lain. Di sinimurid mungkin bertanya tentang objek dan guru
harus peka serta sedar tentang jenismaklumat yang diperlukan dan
mengubah corak penyoalan.
Fasa empat, guru meminta murid menyusun data untuk membentuk
satuketerangan. Mungkin ada murid yang sukar untuk memahami maklumat
dan membentuk pemahaman mengenainya.
18

Fasa lima, murid diminta menganalisis corak inkuiri mereka. Mereka


memerlukan soalan yang berkesan, soalan yang produktif dan memerlukan
maklumat lanjut daripada guru.
Guru boleh membantu dan membimbing murid memahami dan mengenal
pasti aspek-aspek penting yang terkandung dalam masalah. Dengan
panduan yang terhad,murid perlu berusaha mengumpul bahan-bahan atau
fakta-fakta yang berkaitan dengan penyelesaian masalah. Setelah bahanbahan atau fakta-fakta dijumpai maka murid mengemukakan cadangan
strategi dan cara menyelesaikan masalah. Untuk mendapatkan kesahihan
jawapan, murid perlu menilai semula hipotesis yang dibuat. Apabila
memperolehi kesahihan jawapan , murid perlu membuat rumusan terhadap
teknik penyelesaian yang telah digunakan dalam proses penyelesaian
masalah.
Walaupun model inkuiri digunakan pada mulanya dalam bidang sains, namun
atur caranya juga sesuai untuk semua bidang.
2. Model Inkuiri Sosial

Model Inkuiri Sosial merupakan model yang digunakan untuk mengkaji topiktopik yang berkaitan dengan bidang kemanusiaan dan kemasyarakatan.
Proses kajian adalah berlandaskan kepada aktiviti pemerhatian, temubual
atau soal selidik. Model inkuiri sosial menegaskan proses interaksi sosial.
Model ini merangkumi enam langkah iaitu;
pembentu
kan
masalah
oleh guru

memberi
definisi
kepada
hipotesis

mencari
sokongan
untuk
hipotesis

pembentu
perbincan
kan
gan
hipotesis
kesahan
oleh
hipotesis
murid
Langkah penggunaan model inkuiri social

19

membuat
kesimpula
n atau
rumusan

(Baharom Mohammad:2010:7)
3. Model Inkuiri Juris Prudential

Model Inkuiri Juris Prudential digunakan untuk mencari kebenaran dan


ketepatan isu-isu sering digunakan dalam aktiviti perdebatan. Di dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran, terdapat dua jenis teknik inkuiri Juris
Prudential iaitu inkuiri terbimbing dan inkuiri terbuka.
Inkuiri terbimbing adalah kaedah pemeblajaran yang memerlukanguru
membimbing dalam menjalankan segala proses kajian. Dalam inkuiri
terbuka, murid-murid tidak diberi sebarang bimbingan. Segala proses kajian
dijalankan oleh murid sendiri.
Inkuiri Juris Prudential tidak sesuai digunakan pada peringkat sekolah rendah
kerana pengetahuan sedia ada dan pendedahan mereka adalah masih
kurang tetapi sesuai digunakan pada peringkat sekolah menengah atas dan
peringkat lebih tinggi.
4. Model Inkuiri Suchman

Model Inkuiri Suchman diperkenalkan oleh Richard Suchman. Model ini


menyatakan bahawa kaedah-kaedah dan strategi yang digunakan oleh ahli
sains untuk menjalankan kaji selidik boleh juga digunakan sebagai model
pengajaran

dalam

matapelajaran

khususnya

sains.

Ia

merupakan

pendekatan yang memberi peluang kepada pelajar membuat kesimpulan


sendiri mengenai sesuatu konsep atau benda. Dalam model Inkuiri Suchman,
guru boleh memulakan pengajaran dengan memberi sebanyak mungkin
contoh khusus kepada pelajar tentang topik yang ingin dipelajari oleh murid
sehingga murid dapat membuat kesimpulan tentang apa yang ingin guru
sampaikan. Model ini adalah sesuai digunakan dalam semua pelajaran
kerana model ini mengalakkan kecergasan murid berfikir.
Langkah-langkah model inkuiri suchman ialah:

20

Pertama, guru menentukan dan mengemukakan masalah yang perlu


diselesaikan.
Kedua, guru menerangkan proses inkuiri bagi menyelesaikan masalah yang
dikemukakan.
Ketiga,

pelajar-pelajar

dibimbing

membuat

hipotesis

dengan

mengumpulkan data yang berkaitan.


Keempat, pelajar-pelajar menggunakan data bagi menguji hipotesis dengan
tujuan membentuk teori yang berkaitan.
Kelima,

pelajar-pelajar

berbincang

dan

membuat

rumusan

tentang

peraturan atau syarat yang berkaitan dengan teori yang dibentuk.


Keenam,

guru dan pelajar bersama berbincang dan menganalisis proses

inkuiri yang dijalankan dengan tujuan membaiki kelemahan penyelesaian


yang didapati dahulu.
(Baharom Mohammad:2010:26)

Implikasi Model Pengajaran Inkuiri


Terhadap murid:
Dalam model ini, penglibatan murid adalah tinggi dan boleh dikatakan
pengajaran inkuiri memerlukan dedikasi dan usaha murid-murid sendiri
untuk memperolehi pengetahuan. Murid mengambil bahagian yang aktif
dalam pembelajaran, menganalisis data, menyemak hipotesis dan membuat
rumusan terhadap pembentukan ilmu pengetahuan yang dijumpai dan
difahami sendiri. Murid akan berasa puas hati dan lebih mudah untuk
memahami sesuatu konsep yang kompleks kerana ini adalah hasil muridmurid

berupaya

memahami

asal-usul

penyelesaian sendiri .
21

masalah

serta

mencari

jalan

Terhadap guru:
Model ini juga membantu guru menentukan objektif pelajaran mengikut
tahapkebolehan
Merancangkan

pelajaran

dan

langkah-langkah

menyediakan
membentuk

bahan

sesuatu

yang

sesuai.

konsep,

prinsip,

ataupun teori dengan jelas dan terperinci. Menggalakkan murid melibatkan


diri secara aktif dalam proses inkuiri dengan guru memainkan peranan
sebagai fasilitator yang berkesan. Selepas peringkat akhir inkuiri, guru harus
memberi ulasan atau penilaian terhadap hasil inkuiri murid.

Perbincangan Model
Keberkesanan suatu pengajaran dapat diukur apabila guru dapat
mengaplikasikan teknik-teknik yang dapat menarik perhatian pelajar agar
pelajar terus berminat untuk mencari maklumat tentang isi pelajaran yang
diajarkan. Guru juga harus bijak dalam menentukan objektif pengajaran
dengan bersistematik dan teratur agar pengajaran dapat dicapai dengan
baik.
Adapun, kebaikan dan keberkesanan model-model pengajaran yang
digunapakai dan dilaksanakan oleh guru ialah seperti berikut :
1. Pengajaran yang berpusatkan kepada pelajar
2. Mengaplikasikan pelbagai kaedah pengajaran
3. Isi pelajaran yang bermakna
4. Guru memberi motivasi
5. Perancangan pengajaran yang baik
6. Memberi pujian dan ganjaran
7. Memuaskan hati pelajar dengan aktiviti pengayaan dan pemulihan
8. Bahan bantu mengajar
9. Penyoalan
10.
Penilaian
11.
Reflektif
(Dr. Rusman:2011)

22

Namun, seorang guru itu juga mestilah mempunyai ciri-ciri seorang pengajar
yang mampu memberi kesan terhadap pengajarannya, iaitu :
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Bersikap adil
Bertanggungjawab dan suka menolong
Tenang dan stabil emosi
Mempunyai kecerdasan yang tinggi
Mempunyai imaginasi yang tinggi
Dedikasi dan rajin
Beradab
Bersikap tegas
(Dr. Rusman:2011)

Menurut

Macdonald

(2000)

ialah

untuk

mengajar

dengan

berkesan

seseorang itu hendaklah memahami bagaimana proses pembelajaran itu


berlaku. (Esah Sulaiman:2004:23)
Hasil daripada penelitian terhadap model-model pengajaran dari barat,
maka disini dapat disimpulkan secara menyeluruh bahawa perancangan dan
perlaksanaan adalah sangat penting bagi seorang guru sebelum memulakan
proses pengajaran dengan lebih teratur.
Dari sudut perancangan, guru perlu menyediakan persediaan mengajar iaitu
yang merangkumi isi pelajaran, objektif dan perlaksanaannya, nilai-nilai
murni dan aktiviti. Keempat-empat komponen ini adalah sangat penting bagi
tujuan proses pengajaran supaya bertepatan dan bersesuaian dengan
pelajar dan sejajar dengan kehendak seorang guru terhadap apa yang
hendak dicapainya agar pengajaran dapat dilaksanakan dengan lebih
berkesan.
Dari sudut perlaksanaan pula,

dalam pengendalian kaedah dan teknik,

sebelum seorang guru memulakan pengajaran seharusnya mempunyai set


induksi yang menarik bagi menaikkan semangat pelajar dalam menceburi
pengajaran serta penyampaian guru juga hendaklah jelas dan mudah

23

difahami.

Guru

juga

hendaklah

mahir

dalam

melaksanakan

dan

menggunakan kaedah, pendekatan, strategi dan teknik pengajaran.


Disamping itu juga, bagaimana seorang guru itu mampu menerapkan nilainilai murni terhadap pelajar. Hal ini juga termasuk pengendalian alat bantu
mengajar yang semestinya sesuai dan menarik perhatian pelajar agar pelajar
dapat memberikan tumpuan yang baik.
Tambahan pula, diakhir pengajaran pula hendaklah diberikan aktiviti atau
penilaian bagi menilai tahap kemampuan dan kefahaman pelajar. Adakah
pengajaran yang dilaksanakan menepati jangkaannya atau adakah ianya
jelas dan sesuai dengan pelajar ataupun tidak.
Oleh itu, betapa pentingnya dalam pengajaran perlunya ada perancangan
dan perlaksanaan agar pengajaran yang dikendalikan berjalan dengan
teratur dan mampu memberikan kesan yang baik kepada pelajar.

Penutup
Di dalam proses pengajaran, guru diperlukan untuk menyediakan
perancangan dan perlaksanaan dengan bersistematik. Ini bertujuan untuk
membekal sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan terhadap
semua

pelajar

kebijaksanaan

yang
guru

mempunyai

memilih

model

kriteria

yang

pengajaran,

berbeza.

guru

dapat

Dengan
menarik

perhatian pelajar ke dalam pembelajaran dengan lebih efektif lagi. Diatas


telah dinyatakan secara ringkas lima model pengajaran iaitu model Robert
Glaser, model Le Francois, model Ekspositori, model Projek, model Sim, dan
model Inkuiri. Adapun, diantara kepentingan yang terdapat di dalam semua
model-model diatas ialah untuk menjadikan pengajaran seorang pengajar
akan lebih efektif terhadap pembelajaran dan kehidupan pelajar. Suasana
dan persekitaran pengajaran dan pembelajaran akan lebih aktif dan kondusif
serta pelajar akan lebih aktif melibatkan diri dalam pembelajaran. Oleh itu,
seorang pengajar perlu mempelajari dan mendalami lagi kemahiran24

kemahiran asas pengajaran seperti model pengajaran, strategi, kaedah,


pendekatan, teknik, dan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran.

25

Anda mungkin juga menyukai