Anda di halaman 1dari 1

B4

THE BRUNEI TIMES | Saturday, 9 June, 2012

Edu@BT

Kepentingan tulisan Jawi dalam


memperkasa Bahasa Melayu

Bahrum Ali
BANDAR SERI BEGAWAN

AHASA Melayu merupakan


bahasa rasmi di Negara
Brunei Darussalam seperti
yang termaktub di dalam
Buku Perlembagaan Negeri Brunei
1959. Justeru, pelbagai usaha telahpun dilaksanakan bagi
mengangkat martabatnya sebagai
bahasa pengantar baik di sekolahsekolah mahupun di jabatanjabatan kerajaan dan swasta.
Hal ini selaras dengan falsafah
negara iaitu Melayu Islam Beraja.
Ketiga-tiga komponen ini samasama saling tindih-menindih
antara satu sama yang lain. Jika
salah satunya tidak ada, maka
pincanglah falsafah negara.
Ketiga-tiga elemen besar, iaitu
Melayu, Islam dan Beraja yang
masing-masing saling berkaitan
antara satu sama lain memberi
impak yang sangat besar kepada
kehidupan masyarakat di Brunei.
Pembinaan jatidiri jelas terbukti
walaupun berbeza puak dan
budaya. Namun, bak kata
Laksamana Hang Tuah, Takkan
Melayu hilang di dunia.
Senario di negara kita jelas
menunjukkan betapa konsep
Melayu itu sangat signifikan.
Walaupun berbeza budaya,
agama dan cara kehidupan
seharian, masyarakat Brunei tetap
sama-sama menggunakan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar.
Baik di sekolah, jabatanjabatan kerajaan dan swasta,
bahasa Melayu sudah
semakin

diperkukuh agar statusnya sebagai


bahasa rasmi negara itu tetap
terpelihara.
Bagi mata pelajaran Bahasa
Melayu di sekolah-sekolah pula,
pihak Kementerian Pendidikan telahpun mengeluarkan buku-buku
teks Bahasa Melayu yang sudah
dikemaskini.
Seperti yang sedia maklum,
sistem pendidikan di negara kita
sudah digubal menjadi Sistem
Pendidikan Negara Ke-21 (SPN 21).
Melalui sistem pendidikan yang
baharu ini, keempat-empat
kemahiran asas seperti membaca,
menulis, mendengar dan bertutur
diberi penekanan yang tinggi.
Menyentuh tentang kemahiran
menulis, di dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu bukan sahaja
tulisan Rumi, malah penggunaan
tulisan Jawi juga turut ditekankan.
Sistem ejaan Jawi sebelumnya
menggunakan sistem ejaan Zaaba
sudah ditukar kepada Sistem Ejaan
Jawi Moden.
Kebanyakan pelajar mungkin
berhadapan dengan kesukaran
mengeja dan menulis dalam ejaan
Jawi.
Tulisan Jawi sebagai jatidiri bangsa
Melayu perlu dilihat sebagai salah
satu usaha mengukuhkan agama
selain memperkasakan bahasa
Melayu.
Kepentingan tulisan Jawi dalam
memperkasakan Bahasa Melayu
juga turut disentuh oleh Baginda
Sultan sejak dahulu lagi. Kebawah
Duli Yang Maha

Mulia Paduka Seri Baginda Sultan


Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin
Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan
Haji Omar Ali Saifuddien Saadul
Khairi Waddien, Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam, di dalam titah
Baginda semasa musabaqah
peringkat dewasa pada tahun 1991
iaitu, Kita tidak mahu untuk
kehilangan tulisan Jawi sebab
inilah satu-satunya yang agung
dan besar dari warisan yang masih
tinggal yang boleh kita banggakan.
Kehilangan tulisan Jawi akan
banyak menjejaskan kepentingankepentingan kita seperti pudarnya
semangat nasional dan binasanya
agama kerana fungsi tulisan itu
juga mendukung kedua-dua
perkara tersebut.
Bukan itu sahaja,
pada tahun

2011 lepas Hajah Aminah Momin


yang pada waktu itu Pemangku
Dewan Bahasa dan Pustaka
berucap sewaktu Majlis Muzakarah
Penulis Seni Khat Jawi pada 15
Januari 2011.
Beliau berkata, tulisan Jawi
dihubungkaitkan dengan tulisan
Al-Quran yang dijadikan cara
hidup berteraskan falsafah MIB,
baik dalam urusan pentadbiran,
perhubungan dan budaya dan ini
secara tidak langsung mendukung
pemerkasaan pemakaian dan
penggunaan bahasa Melayu di
negara ini.
Memetik ucapan pemangku
pengarah tersebut, jelaslah
bahawa tulisan Jawi di negara ini
secara tidak langsung
memperkasa bahasa Melayu.
Dewan Bahasa dan
Pustaka

berperanan besar dalam


mendukung usaha sebegini
melalui pelbagai cara.
Salah satu cara yang efektif
adalah penerbitan buku-buku
cerita kanak-kanak yang
dihasilkan menggunakan tulisan
Jawi. Ini mungkin dilihat sebagai
suatu usaha yang sangat asas,
namun apapun perkara yang besar
itu seharusnya dimulai dengan
langkah yang kecil.
Oleh hal yang demikian, isu ini
seharusnya disokong oleh semua
pihak. Bukan sahaja pihak-pihak
yang tertentu sahaja, malah
sokongan daripada orang ramai
juga perlu agar hasrat negara
melahirkan calak Brunei yang
bukan sahaja celik ilmu akademik,
malah turut celik tulisan Jawi.
Ibu bapa perlu menekankan
kepentingan tulisan Jawi dalam
kalangan anak-anak agar dapat
mengenal huruf-huruf Jawi dari
kecil.
Jangan nanti bila di tanya ada
pula adegan seperti filem Pendekar
Bujang Lapok, huruf apakah ini,
huruf ini macam huruf Jim, tapi
ada mata di tengah-tengah. Saya
tahu ini, ini huruf mambang
tanah!
The Brunei Times

Anda mungkin juga menyukai