Anda di halaman 1dari 27

Topik

Guru
Profesional
HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:


Menghuraikan maksud konsep guru profesional;
Menghuraikan ciri-ciri guru profesional;
Menyenaraikan faktor-faktor yang menaikkan martabat guru di mata masya
Mengenal pasti peranan guru sebagai pembentuk masa depan negar
Mengkategorikan ciri-ciri guru yang baik dan yang tidak baik; dan
Mengamalkan ciri-ciri seorang guru yang baik.

PENGENALAN
Perkembangan dan perubahan semasa dalam dunia pendidikan
menuntut keperluan untuk menyediakan guru-guru yang seimbang
dari segi jasmani, emosi, rohani, spiritual dan intelek. Kandungan
topik ini membolehkan anda mengenal pasti ciri-ciri seorang guru
yang baik di samping menyedari peranan anda dalam membentuk
masa depan negara.
Sebagai seorang guru, kita diharapkan dapat membuat persepsi
yang menyeluruh dalam memahami diri dengan meningkatkan
potensi diri sebagai insan dan guru yang berakhlak mulia. Di dalam
melaksanakan peranan sebagai guru, kita terdedah kepada
persekitaran yang amat mencabar dan harus kita tempuhi dan lalui.
Pengisian topik ini diharapkan dapat menyediakan anda dengan
daya tahan yang tinggi dan menerima hakikat bahawa profesion ini
adalah satu ibadat.

34

TOPIK 2 GURU PROFESIONAL

Di dalam topik ini, kita akan membincangkan tentang guru sebagai


profesion yang mulia. Ini meliputi bagaimana menjadikan guru
dihormati masyarakat, menjadikan tugas guru sebagai satu ibadat
dan menjadikan guru sebagai pakar rujuk. Guru dikatakan sebagai
pembentuk masa depan negara. Oleh itu, nilai- nilai murni perlu
diamalkan supaya guru boleh menjadi role model kepada pelajar.

2.1

KONSEP: GURU PROFESION MULIA

Guru bertanggungjawab dalam usaha memperkembangkan potensi


pelajar. Setiap individu pasti pernah melalui sejarah hidup sebagai
seorang pelajar. Dalam melayari pengalaman tersebut pastinya
terselit kenangan manis tentang salah seorang daripada gurugurunya. Mengapakah kita masih mengenang guru-guru itu? Hal ini
pastinya kerana pengalaman positif yang pernah kita lalui bersamanya
ketika itu.
Seorang guru yang telah mendorong kita sehingga berjaya di dalam
pelajaran dan menjadikan siapa diri kita hari ini tentulah merupakan
seorang insan yang mulia.
Sila baca contoh ini. Seorang kawan anda hampir putus asa kerana
gagal di dalam peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia yang
didudukinya.
Seorang
guru
yang
begitu
prihatin
telah
membimbingnya dan mendorongnya secara berterusan. Akhirnya
beliau mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan sebenar.

2.1.1

Konsep Kemahiran Profesional Keguruan

Guru adalah golongan yang mempunyai kemahiran profesional.


Tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan kemahiran profesional
itu?
Kemahiran profesional adalah sekumpulan kemahiran yang diperoleh
melalui pengalaman melaksanakan kajian dan melalui latihan dalam
tempoh masa yang ditetapkan. Kemahiran tersebut merupakan satu
keperluan untuk menjalankan tugas dengan cekap dan sempurna.
Ciri-ciri profesional yang terdapat dalam bidang perguruan adalah
seperti berikut:
(a)

Mempunyai latihan ikhtisas dalam perguruan;

(b)

Mempunyai autonomi dalam menentukan kaedah mengajar;

(c)

Menjadi ahli kesatuan dan mempunyai kod etika;

(d)

Perkhidmatan adalah penting kepada negara; dan

(e)

Guru adalah pakar dalam pendidikan.

Rajah 2.1 menunjukkan sifat dan kualiti profesional keguruan.

Rajah 2.1: Sifat dan kualiti profesional keguruan

Perbincangan seterusnya adalah berdasarkan tulisan Parkay &


Stanford (1995, ms. 443-447). Menurut beliau, terdapat empat ciri
guru yang profesional:
(a)

(b)

Tingkah Laku Profesional


(i)

Reflection-in-action: Menjalankan refleksi atas tindakan diri


yang boleh menyebabkan kegagalan pelajar.

(ii)

Kesanggupan menjadi mentor kepada sekumpulan pelajar.

Pembelajaran Sepanjang Hayat (Lifelong Learning)


(i)

Dedikasi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran


dan mata pelajaran yang diajar.

(ii)

Menyahut peluang untuk mendapatkan ilmu dan kemahiran


baru.

(iii) Kesediaan belajar ke peringkat yang lebih tinggi.

(c)

Penurunan Kuasa Guru (Teacher Empowerment)


(i)

Membuat keputusan berkenaan dengan kurikulum


yang akan dilaksanakan untuk memenuhi keperluan pelajar.

(ii) Mengalu-alukan peluang untuk membuat keputusan yang


secara langsung memberi kesan ke atas kerja mereka.
(iii) Peluang memilih buku teks untuk kegunaan sekolah
dan membangunkan kurikulum.
(d)

Penglibatan di dalam Profesion


(i)

Dipamerkan menerusi tingkah laku yang profesional.

(ii) Menyedari peranan


bidang pendidikan.

mereka

sangat

penting

di

dalam

Guru mempunyai beberapa kemahiran keguruan yang tidak


dipunyai oleh orang biasa, seperti kemahiran:
Belajar;
Berfikir secara kritis dan kreatif;
Merancang dan mengurus;
Menilai dan menyoal;
Membuat kajian;
Berkomunikasi;
Mengendalikan aktiviti luar bilik darjah;
Menjalin hubungan sesama manusia; dan
Menyelesaikan masalah.

Mari kita melihat dengan terperinci tentang kemahiran belajar dan


kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

(a)

Kemahiran Belajar
Kemahiran belajar ialah suatu kecekapan atau keupayaan
seseorang untuk mengumpul, memproses dan merumus
maklumat. Kombinasi pelbagai
kaedah
digunakan
agar
pembelajarannya
berkesan.
Kemahiran
belajar
meliputi
kemahiran:
(i)

Membaca;

(ii)

Mencatat nota;

(iii) Mengingat;
(iv) Mendengar;
(v)

Menginterpretasi bahan; dan

(vi) Mengurus masa.


(b)

Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif


Kemahiran berfikir sangat penting kepada setiap profesional. Ia
digunakan untuk menyelesaikan masalah dan membuat
keputusan dengan bijaksana. Terdapat beberapa jenis pemikiran.
Antaranya adalah:
(i)

Konvergen
Hanya satu jawapan sahaja yang betul. Jawapan terbaik
bagi soalan atau masalah yang diberi telah dikenal pasti.
Contoh:

(ii)

Menjawab soalan Matematik; dan

Mencari jawapan kepada satu uji kaji Sains.

Divergen
Banyak jawapan yang boleh diterima untuk sesuatu
penyelesaian masalah.
Contoh:
Berikan kegunaan kertas kepada manusia.

Menulis, melukis, menutup makanan, membungkus; dan

Sumber ekonomi (kitar semula: jual surat khabar lama).

(iii) Induktif
Satu bentuk penaakulan yang dimulakan dengan contoh yang
khusus kemudian membuat generalisasi.
Contoh:

(iv) Deduktif
Bermula dengan generalisasi kemudian menuju kepada
contoh- contoh yang spesifik.

(v)

Kreatif
Kebolehan menyusun maklumat untuk menghasilkan yang
baru dan asli.
Contoh:

Mencipta puisi dari satu gambaran kehidupan yang diberi;

Melukis suatu pemandangan daripada satu bahan bacaan;


dan

Memberikan satu idea baru untuk penyelesaian masalah.

(vi) Membina
Keupayaan menghasilkan sesuatu benda maujud.
Contoh:

Mereka cipta satu pelan kedudukan sebuah bangunan.

(vii) Kritis
Dapat menilai sesuatu objek atau situasi dengan bernas.
Contoh:

Menghujah;

Memberikan pendapat; dan

Membuat pertimbangan.

(viii) Celik Akal


Kebolehan

mengamati atau menilai sesuatu masalah


dan mengaitkannnya dengan situasi lain.

(ix) Penaakulan
Proses mental yang paling tinggi merangkumi:

Mengingat;

Memproses;

Mengurus maklumat; dan

Membuat rumusan.

AKTIVITI 2.1
Bincangkan bagaimanakah kemahiran berikut membantu guru menjadi
seorang profesional.
Kemahiran merancang dan mengurus;
Kemahiran menilai dan menyoal;
Kemahiran membuat kajian;
Kemahiran berkomunikasi;
Kemahiran mengendalikan aktiviti luar bilik darjah;
Kemahiran menjalin hubungan sesama manusia; dan
Kemahiran menyelesaikan masalah.

2.1.2

Dihormati Masyarakat

Rajah 2.2: Mengapa kita harus menghormati cikgu

Cuba anda lihat Rajah 2.2 di atas. Anda telah melihat beberapa sebab
yang diberi oleh pelajar mengapa mereka menghormati guru mereka.
Golongan guru harus dihormati bukan sahaja oleh pelajar malah
seluruh masyarakat. Merekalah pembentuk bakal pemimpin-pemimpin
negara kita.

Para guru akan lebih dihormati oleh masyarakat sekiranya melakukan


perkara- perkara yang disebutkan di bawah:
(a)

Melibatkan
diri
dengan
aktiviti
setempat
(aktiviti
masjid/keagamaan, gotong-royong, ziarah yang sakit atau
kematian, perkahwinan dan lain- lain).

(b)

Menjalinkan hubungan rapat dengan pelajar Mengenali ibu bapa


mereka dan menghubungi keluarga untuk berkenalan secara lebih
rapat.

(c)

Sensitif dengan budaya setempat dan adat resam.

(d)

Mengalakkan ibu bapa pelajar menghubungi guru untuk


mendapatkan maklumat berkenaan anak mereka.

(e)

Ikhlas sama ada bila memuji ataupun menegur tingkah laku pelajar.

(f)

Empati dengan latar belakang pelajar.

(g)

Mempunyai kemahiran interpersonal yang tinggi.

AKTIVITI 2.2
Latihan sumbang saran:

Bincangkan langkah-langkah yang boleh menaikkan martabat guru di mata m

2.1.3

Tugas Guru sebagai Ibadat

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. Sesungguhnya Allah S.W.T. dan para malaikatNya begitu juga penghuni langit dan bumi, sehingga semut yang berada di
lubangnya dan ikan di lautan, semuanya memohon rahmat bagi orang yang
mengajarkan kebaikan kepada orang ramai.
Apakah perasaan anda apabila membaca ayat di atas? Kita harus
ingat akan mulianya kerja sebagai seorang guru. Tugas utama guru
adalah menyampaikan ilmu. Guru bertanggungjawab mengubah
seseorang individu daripada tidak tahu kepada tahu dari segi ilmu,
kemahiran dan sikap. Bukankah ini suatu ibadat?

Guru mendidik kita dengan sabar, tanpa menghiraukan rupa, bangsa


dan agama. Di mana pun mereka berada, tugas mendidik ini tidak
pernah ditinggalkan. Matlamat utamanya menjadikan kita manusia
yang berilmu, boleh berdikari dan mempunyai masa depan yang
cemerlang.
Di samping menyampaikan ilmu, guru juga membentuk sikap dan
sahsiah pelajar. Kita diminta mempamerkan tingkah laku yang diterima
oleh masyarakat dan positif, bukan tingkah laku yang anti sosial.
Pelbagai teknik pengurusan tingkah laku digunakan untuk memastikan
tingkah laku yang diingini diikuti oleh pelajar. Kita diajar memberi
salam apabila berjumpa, mengucapkan terima kasih apabila
menerima sesuatu, mengetuk pintu sebelum masuk dan meminta izin
apabila ingin keluar dari kelas. Semua tindakan guru ini adalah untuk
menjadikan kita insan yang baik. Bukankah ini satu ibadat?

2.1.4

Masa Depan Negara


AKTIVITI 2.3

Guru adalah pencorak masa depan negara. Adakah anda bersetuju


dengan kenyataan ini?
(a)

Agen Perubahan
Agen perubahan dalam konteks ini adalah sumber ilmu
kemahiran dan pendirian. Sekolah (Rendah, Menengah, Teknik
dan Vokasional), universiti dan kolej berperanan sebagai agen
perubahan yang menawarkan asas-asas ilmu (UPSR, PMR, SPM,
STPM) dan juga pelbagai kursus (perguruan, teknologi maklumat,
perniagaan, kejuruteraan dan sebagainya).
Guru dianggap sebagai agen perubahan. Pusat Perkembangan
Kurikulum bertanggungjawab dalam menggubal kurikulum baru
tetapi siapakah yang melaksanakannya kalau bukan guru?

(b)

Mobiliti Sosial
Anjakan sosial boleh berlaku disebabkan tahap ilmu yang
dimiliki seseorang individu (Rajah 2.3). Pernahkah anda
mendengar seorang anak nelayan menjadi doktor? Seorang anak
buruh kasar menjadi peguam? Seorang anak penoreh getah
menjadi jutawan? Itulah yang dimaksudkan sebagai mobiliti
sosial.
Mobiliti sosial meningkatkan gaya hidup.

Rajah 2.3: Anjakan sosial disebabkan oleh tahap ilmu akan meningkatkan
gaya hidup

Kedua-dua faktor ini iaitu ilmu dan mobiliti sosial menyumbang


kepada peningkatan gaya hidup. Peranan guru sebagai agen
perubahan membantu pelajar untuk mencapai tahap sosio-ekonomi
yang baik melalui mobiliti sosial. Adakah anda bersetuju dengan
kenyataan ini?

2.1.5

Guru sebagai Pakar Rujuk

Mari kita renung sejenak pengalaman kita sebagai pelajar dahulu.


Kepada siapakah kita pergi untuk mendapatkan bantuan jika
menghadapi masalah dalam bidang akademik, terutamanya jika ibu
bapa tidak mampu membantu menyelesaikannya? Pelajar sering kali
merujuk guru untuk menyelesaikannya (Rajah 2.4).

Rajah 2.4: Peranan guru sebagai pakar rujuk

(a)

Disiplin Ilmu
Pelajar merujuk kepada guru untuk mendapatkan bantuan di
dalam perkara-perkara berikut:
(i)

Cara belajar yang berkesan;

(ii)

Masalah akademik;

(iii) Masalah pembelajaran;


(iv) Masalah dalam komunikasi/bahasa; dan
(v) Memilih mata pelajaran yang sesuai untuk diambil.
(b)

Kemahiran
Di dalam pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan
kemahiran amali, guru menjadi pakar rujuk yang utama.
Contohnya, di dalam mata pelajaran Sains, Kemahiran Hidup,
Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Vokasional dan
Teknikal dan lain-lain lagi. Guru juga dirujuk untuk meningkatkan
kemahiran belajar yang merangkumi kemahiran berikut:
(i)

Kemahiran mencatat nota

(ii)

Kemahiran membaca; dan

membuat peta minda;

(iii) Kemahiran mengingat.


(c)

Kaunseling dan Kerjaya


Kita sering kali berjumpa dengan guru untuk mendapatkan
khidmat kaunseling terutamanya bila menghadapi masalah
peribadi seperti pertelingkahan dalam keluarga, masalah
kecelaruan personaliti, masalah dalam hubungan dengan rakan
sebaya dan seumpamanya. Apakah yang kita harapkan daripada
guru-guru ini? Guru-guru kaunseling membantu kita membuat
keputusan yang tepat supaya dapat mengurangkan stres dan
meminimumkan dilema.
Apabila hampir meninggalkan alam persekolahan, sekali lagi kita
menghadapi dilema untuk memilih bidang yang sesuai dengan
cita-cita dan kelayakan yang kita perolehi. Kali ini guru pakar di
dalam bidang ini sangat diperlukan sebagai pakar rujuk.

(d)

Pengurusan Diri
Bantuan guru diperlukan dalam pengurusan diri. Kebanyakan
pelajar didapati kurang mahir di dalam aspek ini yang meliputi:
(i)

Jadual belajar;

(ii)

Teknik belajar berkesan;

(iii) Pengurusan masa; dan


(iv) Meningkatkan daya ingatan.

2.2

CIRI-CIRI GURU YANG BAIK

Sekarang, mari kita lihat ciri-ciri guru yang baik. Guru yang
baik harus mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
(a)

Berpengetahuan dan Mahir dengan Apa yang Diajar


(i)

Pakar mata pelajaran yang diajarkan.

(ii)

Bersedia untuk menerima ilmu baru/terkini.

(iii) Mahir dalam pedagogi pengajaran dan pembelajaran.


(iv) Kemahiran menerangkan, menyoal dan menguruskan bilik
darjah.
(b)

(c)

Harapan yang Tinggi terhadap Pencapaian Pelajar


(i)

Mengekalkan jangkaan baik terhadap sosial dan pencapaian


pelajar.

(ii)

Bertanggungjawab dan boleh berdikari.

Tingkah Laku Positif terhadap Pelajar


(i)

Menyelitkan unsur kecindan dalam pengajaran.

(ii)

Pelajar seronok belajar.

(iii) Mengenali pelajar melalui interaksi di dalam kelas.

(d)

(e)

(f)

Berurusan Secara Adil


(i)

Memberi panduan yang jelas untuk setiap tugasan yang diberi.

(ii
)

Membimbing secara lembut untuk membantu


pelajar laku yang dikehendaki.
tingkah

(ii
Konsisten apabila menguruskan tingkah laku
i)
pelajar.
Pujian yang Diberi Menampakkan Keikhlasan
(i)

Tekal dalam menilai tugasan pelajar.

(ii)

Menegur kesilapan pelajar dengan cara memberi motivasi.

Hormat dan Bertolak Ansur dengan Pelajar


(i
)
(ii
)

(g)

(h)

(i)

menca
pai

Elakkan daripada menengking atau memalukan


pelajar.
Unsur paralinguistik digunakan untuk
mendapatkan pelajar.

perhat
ian

(ii
Menyelidik/menerima alasan yang diberi.
i)
Kesedaran terhadap Objektif Pengajaran
(i)

Bertanggungjawab terhadap pencapaian objektif.

(ii)

Tahu apa yang hendak dicapai di akhir pengajaran.

Rancangan Pengajaran yang Berstruktur


(i)

Pengajaran dari senang kepada susah.

(ii)

Proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar.

Mempunyai Objektif Jangka Panjang


(i)

Membimbing pelajar yang memerlukan bantuan.

(ii) Merangka program yang membantu mengembangkan


kemahiran pelajar.
(iii) Menjelaskan apa yang seterusnya akan dipelajari.

Effective teachers know their goals and try to achieve these goals (Hedges
and Papritan, 1987; OBrien and Pulliam, 1984; and Tobin and Fraser,
1984).

(j)

Menggunakan Pelbagai Strategi Pengajaran


(i)

Strategi pengajaran dan pembelajaran dipelbagaikan.

(ii)

Unsur-unsur kecindan dan hiburan diselitkan semasa mengajar.

(iii) Libatkan pelajar-pelajar yang berbakat untuk sesi tunjuk


cara atau mengajar rakan sebaya.
(iv) Ambil kira mood semasa pelajar untuk memilih strategi
pengajaran dan pembelajaran yang akan dilaksanakan.
(k)

Bersemangat
Teachers show enthusiasm through movement,
inflections (Rosenshine and Furst, 1971).

gesture and voice

(i)

Betul-betul bersemangat

bukan dibuat-buat.

(ii)

Bertujuan untuk pelajar seronok dan turut bersemangat untuk


belajar.

(iii) Memberi galakan atau motivasi kepada pelajar untuk berjaya.


(iv) Tunjukkan guru berminat dengan pencapaian pelajar.
(l)

Kesedaran terhadap Perkembangan Individu


(i)

Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi perkembangan


individu seperti:

Pengaruh genetik;

Perbezaan fizikal;

Perbezaan kognitif;

Perbezaan emosi;

Pengaruh keluarga;

Pengaruh rakan sebaya;

Kebudayaan dan kepercayaan;

Sumber dan teknologi; dan

Guru dan sekolah.

(ii)

Guru perlu mempunyai kesedaran terhadap kualiti pelajar.


Sebahagian besar pelajar amat memerlukan bimbingan
yang lebih daripada guru berbanding dengan yang lain.

(iii) Perancangan aktiviti perlu mengambil kira keupayaan pelajar.


(iv) Cuba mempengaruhi pelajar secara positif dengan
menggalakkan setiap individu ke arah mencapai kejayaan.
(m) Strategi Melayan Pelajar Berdasarkan Perbezaan Individu
Effective teachers have been found to tailor teaching to students needs by
using techniques which suit the learner
(Demmon-Berger, 1986)

These techniques include using different instructional modes, providing


extra works for the more able pupils and doing remediation out of class
time thus allowing students to work at their own rate
(Tobin and Fraser, 1984)
(i)

Pastikan keperluan asas pelajar telah dipenuhi.

(ii) Setiap pelajar berbeza dari segi intelek, jasmani,


rohani, emosi, pengalaman, minat dan bakat.
(iii) Kadar kebolehan menerima pendidikan berbeza antara
individu.
(iv) Pelbagai strategi dan pendidikan digunakan dalam
melaksanakan proses pemulihan dan pengayaan.
(v)

(n)

Pengajaran secara individu, kumpulan kecil, berpasangan atau


kelas.

Pengurusan Berkesan
(i)

Guru mengamalkan pengurusan diri yang baik.

(ii) Pelajar sentiasa diingatkan semasa pengajaran


pembelajaran berkenaan tugasan mereka.
(iii) Pastikan semua pelajar dilibatkan dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran untuk mengelakkan masalah
disiplin.
(iv) Menggunakan pemantauan secara berkesan ke atas
pencapaian pelajar.
(v)

Menyediakan maklum balas.

(vi) Menggunakan teknik pengurusan tingkah laku yang berkesan:

Memuji tingkah laku baik yang dipamerkan.

Pelajar bertanggungjawab ke atas tingkah laku sendiri.

Tindakan guru sentiasa konsisten dan demokratik.

Uruskan tingkah laku bukan pelajar.

Apa yang dibincangkan di atas dirumuskan di dalam Jadual 2.1


berikut.
Jadual 2.1: Rumusan Berkaitan Ciri-ciri Guru yang Baik
Kategori
Atribut Personal

Persekitaran Pengajaran dan


Pembelajaran

Jangkaan Guru

Mengambil Kira Perbezaan


Individu

2.2.1

Elemen

Mahir dengan apa yang diajar

Sikap positif terhadap pelajar

Adil bila berurusan dengan pelajar

Menghormati pelajar

Bersemangat

Galakan positif atas kerja-kerja pelajar

Strukturkan rancangan pengajaran

Pelbagaikan strategi pengajaran

Pengurusan berkesan

Jangkaan tinggi terhadap pelajar

Berhati-hati dengan objektif pengajaran

Objektif jangka panjang

Mengambil kira perkembangan individu

Melayan keperluan individu

Guru Seorang yang Penyayang

Menurut Ibn Khaldun, kanak-kanak harus dididik dengan penuh kasih


sayang, lemah lembut dan bertimbang rasa. Mereka tidak harus
dilayan dengan cara kekerasan. Kekerasan akan membentuk kanakkanak
mereka
menjadi
pemalas,
pembohong,
tidak
berperikemanusiaan dan berlagak. Kesannya mereka akan mula
menyembunyikan perkara sebenar sebagai langkah menyelamatkan
diri dan amalan mencipta tipu helah akan menjadi kebiasaan.

Hubungan baik antara guru dan murid adalah perkara yang sangat
penting diberikan keutamaan. Hubungan yang wujud perlu berasaskan
rasa hormat menghormati, sayang menyayangi dan mengambil berat
antara satu dan lain. Guru perlu menunjukkan kasih sayang dan
hormat terhadap pelajar untuk memastikan mereka berupaya:
(a)

Membina perhubungan yang sihat berasaskan kepercayaan


bersama serta menghormati orang dewasa, rakan sebaya,
seterusnya boleh mematuhi peraturan dalam kumpulan;
(b)

(c)

Memahami dan menghormati perbezaan budaya bangsa; dan

Mengetahui peranan dan tanggungjawab sosial dalam pergaulan.

AKTIVITI 2.4

Arahan: Tambahkan ruangkan debit dan kredit ke dalam Akaun Bank Emosi Guru Penyayang.

B
il1
.
2
.
3
.
4
.
5
.
6
.
7
.
8
.
9
.

2.2.2

Debit

Kredit

Membelai

Menengking

Memujuk

Membeliakkan mata

Mesra

Menjerit

Guru Seorang yang Penyabar

Bidang perguruan adalah bidang tugas yang amat mencabar.


Semasa menjalankan tugas kita bukan sahaja akan berhadapan
dengan pelajar malahan juga banyak pihak lain yang turut terlibat.
Penglibatan banyak pihak dalam pengurusan melaksanakan tugas
hakiki seorang guru sangat menuntut nilai kesabaran.

Kerjaya perguruan ini melibatkan interaksi dengan:


(a)

Pelajar;

(b)

Ibu bapa atau penjaga;

(c)

Rakan sejawat;

(d)

Pentadbir sekolah;

(e)

Pentadbir di peringkat daerah dan negeri;

(f)

Pentadbir di peringkat pusat; dan

(g)

Kementerian Pelajaran Malaysia.

Di dalam bilik darjah kita berhadapan dengan pelbagai kerenah


pelajar. Pelajar kita ini datangnya dari pelbagai latar belakang,
berbeza dari segi fizikal, emosi, pengalaman dan sebagainya.
Keperluan mereka juga berbeza.
Semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung, sebagai
guru kita perlu menggunakan pelbagai strategi dan kaedah
pengajaran untuk memenuhi keperluan mereka yang berbeza itu.
Pelbagai aktiviti hendaklah dirancang terlebih dahulu supaya proses
pengajaran dan pembelajaran dapat menarik minat pelajar dan proses
tersebut menjadi lebih berkesan.
Seandainya strategi ataupun kaedah pertama gagal menarik
perhatian pelajar, kita tidak harus cepat berputus asa. Guru boleh
mengaplikasi pelbagai lagi strategi pengajaran yang lain.
Melayani perbezaan individu pelajar:
(a)

Menyelaraskan kurikulum sesuai dengan keperluan dan minat;

(b)

Menyediakan alat bantu mengajar yang dapat membantu


pembelajaran; dan

(c)

Menyediakan persekitaran yang dapat membantu perkembangan


potensi.

Kesabaran kita adakalanya diuji dengan masalah disiplin atau


masalah tingkah laku pelajar di dalam bilik darjah yang mungkin
timbul secara tidak diduga. (rujuk Rajah 2.5).

Rajah 2.5: Masalah-masalah tingkah laku pelajar

AKTIVITI 2.5
Renungkan sejenak bagaimana guru anda dahulu menangani masalah
tingkah laku di dalam bilik darjah anda.
Apakah kesan tindakan itu terhadap pelajarnya?
Adakah anda rasa tindakan guru anda itu betul?

2.2.3

Guru Seorang yang Komited

Guru adalah agen keberkesanan pendidikan. Sebaik manapun sistem


pendidikan dibina dan dicipta namun sekiranya agen tidak dapat
melaksanakannya dengan efektif atau tidak komited, maka matlamat
asal sistem pendidikan tersebut tidak akan dapat dicapai. Kejayaan
dan keberkesanan setiap dasar pendidikan yang digubal sangat
bergantung kepada bagaimana sistem tersebut dilaksanakan. Ia
Kejayaan ini pula berkait rapat dengan rasa tanggungjawab, komitmen,
kemahiran dan keikhlasan pelaksana itu iaitu guru.
Sebelum memulakan pengajaran, kita tentunya akan membuat
perancangan dari segi kandungan, objektif pengajaran, strategi dan
kaedah, aktiviti dan alat bantu mengajar yang sesuai.
Kita juga akan membantu pelajar yang bermasalah bukan sahaja dari
segi akademik malah emosi hinggalah kadang-kadang dari segi
ekonomi juga.

Seorang guru yang komited akan merancang dan mengurus


pengajarannya dengan berkesan.
Ciri-ciri guru yang komited adalah seperti berikut:
(a)

Merancang Pengajaran
Anda merancang untuk menentukan hasil pembelajaran,
pemeringkatan isi pelajaran, penentuan strategi dan kaedah
pengajaran dan pembelajaran serta pemilihan dan pengurusan
bahan pengajaran dan pembelajaran.

(b)

Melaksanakan Pengajaran di dalam Bilik Darjah dengan Berkesan


Anda akan menyusun langkah-langkah yang bermula dari set
induksi yang menarik dan pelbagai. Langkah-langkah pengajaran
mesti sesuai dengan objektif pembelajaran. Langkah tersebut
perlu dimasukkan elemen nilai tambah seperti berikut:
(i)

Pelbagai kecerdasan;

(ii)

Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif;

(iii) Kemahiran meramal masa depan;


(iv) Pembelajaran koperatif dan kolaboratif; dan
(v)
(c)

Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi.

Menggunakan Pelbagai Strategi untuk Menarik Minat Pelajar


Dalam menangani perbezaan individu yang pelbagai, guru perlu
memilih strategi yang bersesuaian dengan kehendak pelajar
seperti:
(i)

Berpusatkan pelajar
penerokaan

(ii)

Berpusatkan bahan
Contoh: penggunaan bahan
multimedia, penggunaan komputer, persekitaran, makmal
dan sebagainya.

(iii) Berpusatkan guru


(d)

Contoh: aktiviti kumpulan, individu,

Contoh: kuliah, tunjuk cara.

Menilai Semula Pengajaran


Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran, penilaian
formatif perlu dilaksanakan untuk membolehkan guru menilai
sama ada objektif yang dirancang tercapai atau tidak. Ini juga
membantu guru membuat penilaian kendiri.

(e)

Memberikan Bimbingan Akademik dan Sahsiah kepada Pelajar


Selepas membuat penilaian, sekiranya didapati masih terdapat
pelajar yang tidak dapat menguasai kemahiran yang diajar atau
pelajar lembam maka bimbingan secara berterusan perlu
dilaksanakan. Aktiviti pemulihan perlu disediakan, sesuai dengan
aras pencapaian mereka. Begitu juga dengan pelajar-pelajar
yang pintar cerdas, mereka memerlukan pengayaan supaya tidak
bosan dengan aktiviti pengajaran guru.

(f)

Menjalin Hubungan Baik dengan Ibu Bapa Pelajar


Selain daripada hubungan yang terjalin menerusi Persatuan Ibu
Bapa Guru (PIBG), setiap guru patut cuba menjalin hubungan
secara profesional dengan ibu bapa setiap pelajar. Dengan ini kita
dapat mengenali latar belakang pelajar kita secara lebih tepat.
Perbincangan yang menjurus ke arah peningkatan prestasi dan
sahsiah pelajar dapat dilaksanakan dari semasa ke semasa.

(g)

Mengenali Setiap Pelajar dari Segi Latar Belakang dan Tahap Pencapaian
Sebagai guru kita perlu mengenali setiap orang pelajar di
bawah jagaan kita. Seorang guru yang tidak mengambil berat
berkenaan kebajikan pelajar mungkin akan menjadi guru yang
kurang didekati oleh pelajarnya. Mengingati nama pelajar
dalam kelas merupakan satu prasyarat untuk guru
mendekatkan diri dengan pelajarnya.

(h)

Mematuhi dan Melaksanakan Arahan-arahan Pihak Sekolah


Setiap sekolah mempunyai peraturannya sendiri yang wajib
dipatuhi oleh setiap warganya daripada guru hinggalah kepada
pelajarnya. Di sini guru memainkan peranan penting memastikan
peraturan sekolah dipatuhi oleh setiap pelajar. Guru akan
dijadikan contoh oleh pelajar di dalam mematuhi peraturan ini.

AKTIVITI 2.6
Secara berpasangan bincangkan apakah yang dimaksudkan dengan
peribahasa jika guru kencing berdiri murid kencing berlari.
Apakah implikasinya kepada masyarakat?

(i)

Mengurus dan Melaksanakan Aktiviti Kokurikulum Seperti yang


Diarahkan Pelajar kita bukan sahaja didedahkan dengan mata
pelajaran akademik di sekolah, mereka juga diwajibkan
mengikuti aktiviti kokurikulum seperti permainan, persatuan dan
unit beruniform. Jadual 2.2 menunjukkan contoh-contoh aktiviti
kokurikulum di sekolah.
Jadual 2.2: Contoh Aktiviti Kokurikulum di Sekolah
Permainan
Persatuan
atau
Kelab
Unit Beruniform

Bola Sepak
Persatuan
Bahasa
Pergerakan
Puteri Islam
Malaysia

Badminton
Persatuan
Seni
Budaya
Tunas
Kadet
Remaj

Karum
(Carrom)
Kelab Koir
Pengakap
Muda

Siapakah yang akan membimbing mereka di dalam aktiviti


kokurikulum ini kalau bukan guru?
Jadi adalah menjadi sebahagian daripada tugas kita untuk
mengurus dan melaksanakan aktiviti kokurikulum ini.
(j)

Berkolaborasi dengan Rakan Sejawat


Setiap orang guru akan berkolaborasi dengan rakan sejawat
dalam panitia
masing-masing.
Pelbagai
cara
kolaborasi
dijalankan seperti menyediakan rancangan tahunan, agihan
tugasan dari segi penggubalan soalan begitu juga dengan
penyediaan bahan-bahan bantu mengajar.
Kolaborasi juga dapat dilaksanakan dengan rakan sejawat jika
seorang guru merancang untuk membuat kajian berkenaan
masalah yang dihadapinya yang berkaitan dengan pencapaian
pelajar dan lain-lain lagi.

(k)

Kesediaan Membuat Refleksi


Guru yang komited akan membuat refleksi setiap kali
berakhirnya pengajaran di bilik darjah. Guru perlu memikirkan
apakah kelemahan yang perlu diperbaiki dan kelebihan yang
perlukan penambahbaikan.

(l)

Kesediaan Mengikuti Kursus-kursus Peningkatan Ilmu


Ilmu adalah sesuatu yang dinamik. Seorang guru yang komited
terhadap tugasnya sentiasa bersedia untuk meningkatkan lagi
pengetahuan dan kemahiran sesuai dengan perkembangan
semasa.
Terdapat banyak kursus-kursus
peningkatan profesionalisme
anjuran sekolah yang dilaksanakan secara dalaman, kursus

anjuran Jabatan Pelajaran Negeri atau pun bahagian-bahagian


lain dalam Kementerian

Pelajaran. Guru-guru yang menghadiri


melaksanakannya di dalam tugas mereka.

kursus

ini

patut

Bagi kursus peningkatan dalam perkhidmatan yang dianjurkan


oleh kementerian, guru-guru yang terpilih akan mengikutinya
dalam tempoh yang tertentu sama ada selama beberapa minggu
ataupun setahun.
Contohnya:
(i)

Kursus dalam Perkhidmatan 14 Minggu (KDP 14 Minggu)


kerjasama antara Kementerian Pelajaran dengan OUM; dan

(ii)

Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK)

satu tahun.

Ciri-ciri yang dimiliki oleh seorang guru profesional adalah:

Mempunyai latihan ikhtisas dalam perguruan;

Mempunyai autonomi dalam menentukan kaedah mengajar;

Menjadi ahli kesatuan dan mempunyai kod etika;

Menyedari perkhidmatannya adalah penting kepada negara; dan

Merupakan guru pakar dalam pendidikan.

Seorang guru harus menunjukkan sikap-sikap profesional seperti


berilmu, berdedikasi, kreatif, beretika, berketerampilan, integriti,
kejujuran.

Guru-guru
haruslah
melibatkan
diri
dalam
aktiviti-aktiviti
kemasyarakatan (gotong-royong); kerap berkomunikasi dengan ibu
bapa, menjaga kebajikan murid-murid supaya mereka dihormati
oleh masyarakat.

Guru berperanan sebagai agen perubahan dalam proses


membentuk
masa depan
negara
kerana
gurulah
yang
bertanggungjawab mencurahkan ilmu kepada pelajar yang akan
membantu mereka meningkatkan gaya hidup mereka.

Antara ciri-ciri guru yang baik adalah


melaksanakan pengajaran di dalam bilik
melaksanakan pengajaran di dalam bilik
menjalin hubungan baik dengan ibu bapa

merancang pengajaran,
darjah dengan berkesan,
darjah dengan berkesan,
pelajar dan sebagainya.

Autonomi
Mentor
Kemahiran Interpersonal Potensi Keperluan asas
Role model
Unsur paralinguistik

Profesion perguruan hari ini banyak cabarannya, guru bukan sahaja


diminta memenuhi ekpektasi masyarakat iaitu ibu bapa malah juga
memenuhi kehendak sekolah di samping menguruskan disiplin pelajar.
1.

Bincangkan LIMA cabaran yang dihadapi oleh guru


hari ini.

(5 markah)

2.

Berikan contoh yang


sesuai.

(5 markah)

3.

Berikan cadangan anda bagaimana cabaran-cabaran itu harus


ditangani.
(10 markah)

Anda mungkin juga menyukai