Anda di halaman 1dari 1

GGGB 5222 Tugasan Kerja Berkumpulan

Tajuk tugasan dan pembentangan


1. Bincangkan peranan Psikologi Pendidikan dalam membantu guru melaksanakan tugas dan
tanggungjawab dalam bilik darjah.
2. Menurut Piaget, “individu sentiasa berusaha memahami dunia”. Jelaskan pernyataan tersebut
dengan menggunakan konsep-konsep penting dalam teori Piaget. Seterusnya, berikan cadangan
bagaimana teori perkembangan Piaget dapat diaplikasikan dalam bilik darjah anda.
3. Terangkan bagaimana konsep “scaffolding” (perancahan) dalam teori Vygotsky dapat digunakan
untuk membantu meningkatkan pencapaian akademik murid pencapaian rendah.
4. Berdasarkan teori perkembangan sosial Erikson, cadangkan bagaimana guru dapat membantu
pelajar membina konsep kendiri dan esteem kendiri yang positif.
5. Bincangkan peranan guru dalam meraikan kecerdasan pelbagai dalam kalangan murid.
6. Huraikan cara-cara menerapkan nilai moral berdasarkan teori perkembangan moral oleh Kohlberg.
7. Bagaimanakah ‘Teori Tingkahlaku’ boleh diaplikasikan dalam pengurusan proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah.
8. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘konstruktivisma’. Jelaskan beberapa kaedah pengajaran yang
selaras dengan teori konstruktivisma.
9. Motivasi merupakan faktor yang utama dalam kejayaan pelajar. Bincangkan kelebihan dan
kekurangan pendekatan motivasi intrinsik dan ekstrinsik dalam meningkatkan motivasi belajar
pelajar.
10. Huraikan implikasi Teori Hirarki Keperluan oleh Abraham Maslow ke atas proses pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah.

Pelaksanaan tugasan dan pembentangan


 Semasa melaksanakan tugasan bertulis dan pembentangan, pastikan rujukan untuk tugasan
adalah relevan dan mengambil kira tahun bermula pada 2018- 2023 sahaja.
 Pastikan keaslian tugasan yang dilakukan dan tidak dibenarkan meniru tugasan daripada
kumpulan lain.
 Bilangan muka surat adalah tidak melebihi 12 muka surat ( temasuk rujukan yang
menggunakan format APA dan muka depan).
 Sila gunakan tulisan Times New Roman (12).
 Sila pastikan pelajar berjumpa secara maya bagi mendapatkan pandangan tentang tugasan
dan pembentangan.
 Pembentangan slide tidak melebihi daripada 10 Slide pembentangan
 Pembentangan akan dilaksanakan pada perjumpaan kedua.
 Pastikan pelajar dapat menghantar tugasan bertulis berkumpulan seminggu selepas
pembentangan.

Anda mungkin juga menyukai