Anda di halaman 1dari 13

Tajuk 5

APLIKASI KEMAHIRAN DALAM PENGAJARAN


PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL

Sipnosis
Tajuk kelima ini memperkenalkan pelbagai kemahiran pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Moral, menjelaskan proses kemahiran tersebut serta aplikasinya dlam
P&P Pendidikan Moral. Kemahiran-kemahiran ini merangkumi

Pembelajaran Aktif

Pembelajaran Kontekstualisme

Pembelajaran Konstruktivisme

Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif

Kemahiran Kajian Masa Depan

Integrasi Kecerdasan Emosi (KKE) dalam pengajaran Pendidikan


Moral

Sebenarnya, kemahiran-kemahiran P&P ini boleh diaplikasikan di semua subjek


yang diajar oleh guru, adalah penting bagi guru menggunakan kemahiran-kemahiran
ini dengak bijak mengikut kehendak sukatan Pendidikan Moral.

Hasil Pembelajaran
1. Mengetahui enam kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang terkenal dan
biasa diguna dalam P&P pelbagai subjek.
2. Memahami proses dan prosedur mengguna setiap kemahiran P&P dalam
Pendidikan Moral.
3. Mengaplikasikan kemahiran P&P secara inovatif dan kreatif.

Kerangka konsep tajuk

Pembelajaran
Konstruktivisme

Kemahiran
Berfikir secara
Kritis dan
Kreatif

Pembelajaran
Kontekstualisme

Pembelajaran
Aktif

Kemahiran
Kajian Masa
Depan

Aplikasi
Kemahiran
dalam P&P
Pendidikan
Moral

Integrasi
Kecerdasan
Emosi (KKE)
dalam
pengajaran
Pendidikan Moral

Pembelajaran
berasaskan
Teori Of
Constraint

5.1

Pembelajaran berasaskan Teori Of Constraint (TOC)

TOC merupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang inovatif daripada
guru dan murid agar dapat menghidupkan suasana pengajaran dan pembelajaran
dalam subjek Pendidikan Moral sekaligus menimbulkan minat murid.
5.1.1 Apakah TOC?
TOC

merupakan

teknik

kemahiran

Pemikiran

dan

berdasarkan pemikirann yang logic dan sistematik.

penyelesaian

Ianya merupakan satu

pendekatan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid.


5.1.2 Apakah kelebihan TOC?

masalah

Menerusi teknik TOC murid dan guru berupaya:


-

Mencapai matlamat Pengajaran dan pembelajaran.


Dapat meyelesaikan masalah dengan berkesan
Membuat keputusan bersama-sama dengan rasa tanggungjawab
Dapat berkomunikasi dengan baik

3 kemahiran dapat digabungjalinkan melalui TOC iaitu:


(i)
(ii)
(iii)

Kemahiran berfikiran secara kreatif


Kemahiran berfikir secara kritis
Kemahiran generik

5.1.3 Teknik-teknik TOC


1. Teknik Awan (The Cloud)
Teknik ini melibatkan beberapa penekanan iaitu:
(a) Kehendak (2 kehendak yang bertentangan di mana wujudnya konflik )
(b) Keperluan (apa yang hendak dicapai berdasarkan kehendak)
(c) Anggapan (penentu kepada cara untuk memenuhi keperluan yang
berdasarkan keperluan)
(d) Matlamat bersama (matlamat yang hendak dicapai berdasarkan keperluan)
(e) Penyelesaian `Win-win (penyelesaian yang dibuat supaya kedua-dua dan
matlamat bersama Berjaya dicapai)
2. Teknik Sebab dan Akibat (Cause & Effect)
Sebab dan akibat menerangkan bagaimana sesuatu tingkah laku, idea,
kejadian mengakibatkan kesan-kesan yang negative. Dengan ini murid akan
sedar akan kesan-kesan negative daripada sesuatu tindakan atau tingkah
laku. Teknik ini juga memberi cara untuk menyatakan kesan-kesan itu.
Contoh:
SEBAB

KESAN
CERIA

KOTOR
BUSUK
TIDAK
CANTIK

SEMAK

KEMPEN
GOTONGROYONG
MEMBERSIHK
AN KANTIN

CANTIK
BERSIH
SELESA

Dengan selesainya perbincangan secara berpasangan/berkumpulan, mereka


boleh menulis karangan atau membuat persembahan di hadapan kelas. Ini
akan membuatkan suasana menjadi lebih menarik terutamanya dalam subjek
Pendidikan Moral.
3. Teknik Mencita-citakan Kejayaan (Ambitious Targets Collaboratively)
Teknik ini merupakan satu teknik yang sesuai diaplikasikan dalam subjek
Pendidikan Moral. Teknik ini membolehkan seorang murid atau secara
berkumpulan dalam mencapai sesuatu matlamat. Teknik ini juga dapat
membina semnagat berkumpulan untuk mencapai kejayaan melalui motivasi
dan perancangan strategic yang melibatkan persetujuan ahli kumpulan.
Langkah-langkah:
1.
Mengenal pasti matlamat yang diingini.
2.
Mengenalpasti cabaran-cabaran yang

akan

dihadapi

sebelum

3.

matlamat itu boleh dicapai.


Cadangkan langkah penting dan cara bagaimana cabaran-cabaran ini

4.

boleh diatasi.
Susunkan cara-cara

5.

keutamaan.
Berikan langkah-langkah sesuai yang boleh diambil untuk menangani

menghadapi

cabaran-cabaran

mengikut

cabaran itu.

5.2

Pembelajaran Aktif
Pembelajaran Aktif merupkan satu pembejaran yang menyeronokkan terutama
bagi

subjek

pembelajaran

Pendidikan

Moral.

pasif

pembelajaran

ke

Guru

digalakkan
aktif

menukar

dalam

daripada

Pengajaran

dan

Pembelajaran. Dalam melaksanakan pembelajaran aktif inovasi dan kreativiti


guru perlu dalam melaksanakan satu aktiviti pelajaran aktif.
5.2.1 Apakah maksud Pengajaran Aktif?

Pengajaran Aktif merupakan satu pendekatan di mana murid berinteraksi


dengan bahan pengajaran dan murid berinteraksi dengan individu lain.
Pengajaran Aktif memberikan peluang kepada murid untuk berinteraksi
dengan apa yang dipelajari.

Guru bertindak sebagai fasilitator dan

membimbing dalam mendapatkan jawapan.

Contoh aktiviti-aktiviti Pengajaran Aktif adalah seperti berikut:


(a) Minute Papers
Memberi peluang kepada murid untuk sintesis pengetahuan mereka dan
menanya soalan yang tidak terjawab seperti mengapakah kita perlu
bergotong-royong di kawasan perumahan? Apakah yang akan berlaku di
kawasan persekitaran rumah jika kita tidak menjalankan aktiviti gotongroyong?

Ceritakan perasaan anda sekiranya kawasan perumahan anda

kotor?
Berikan beberapa minit untuk murid berfikir bagi memberikan jawapan secara
bertulis atau lisan.
(b) Brainstorming
Teknik ini melibatkan

seluruh

kelas

mengambil

bahagian.

Guru

memperkenalkan apa yang perlu dipelajari dan meminta input dari murid yang
akan dicatat oleh guru di papan tulis.

Vandalisme seperti merosakkan tandas awam akan mencetuskan idea dan


percambahan fikiran di dalam diri murid.
Guru akan menerima semua idea murid yang pada mulanya mungkin salah
atau betul dan akan dicatatkan di papann tulis. Murid akan memberikan
pelbagai jawapan dan kritikan dan akhirnya guru bersama-sama murid akan
berbincang. Guru akan menjelaskan apa yang patut dan tidak patut terhadap
topic yang diberikan.
(c) Permainan
Aktiviti permainan berbentuk padankan, pertandingan. Menyambung atau
menyelesaikan puzzle, mencari perkataan tersembunyi dan sebagainya.
(d) Kerja kumpulan
Kerja kumpulan menghendaki semua ahli bekerjasama dalam menyelesaikan
satu tugasan yang diberikan. Setiap ahli akan bersuara, berkongsi pendapat
dan mengembangkan pembelajaran.
(e) Perbahasan
Perbahasan menggalakkan murid berfikir pelbagai perspektif tentang sesuatu
isu. Murid diberi masa untuk berbincang tentang isu persekitaran dan
berbahas dengan guru dan rakan. Guru bertindak sebagai fasilitator sahaja.
(f) Kajian Kes
Ia menggunakan kisah sebenar untuk menerangkan apa yang berlaku dalam
sesuatu masyarakat, keluarga, sekolah atau individu akan menggalakkan
murid mengintegrasikan pengetahuan yang diperolehi dalam bilik darjah
dengan pengetahuan sebenar, tindakan dan akibat sesuatu tindakan.
(g) Lakonan
Melibatkan ramai murid untuk melakonkan situasi pencemaran sungai di
mana murid-murid memegang watak-watak seperti beg palstik, kotak
minuman, botol, hidangan air dan 2 budak nakal. Guru menyediakan skrip
dan melibatkan murid secara aktif dalam lakonan.
5.2.2 Apakah ciri-ciri pembelajaran aktif?
1. Arahan berpusatkan murid

Guru

perlu

sensitif

terhadap

perkembangan

murid

selain

daripada

mengetahui latar belakang mereka serta pengetahuan sedia ada murid untuk
menjadikan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid.
2. Komuniti diskusi
Peluang kolaborasi dan bertukar idea antara murid dengan murid, murid
dengan guru, murid dengan warga sekolah, akan diberi kepada murid.
Pengajaran Aktif juga dapat memotivasikan murid.
3. Refleksi
Murid diberi masa untuk membuat refleksi atas maklumat yang diterima
semasa sesi Pengajaran dan pembelajaran. Guru yang kreatif dan inovatif
boleh membantu murid membuat refleksi dengan pelbagai cara.
4. Berkongsi tanggungjawab dalam proses pembelajaran
Guru perlu membantu murid agar bertanggungjawab terhadap pembelajaran
dengan memberi bimbingan dalam bertindak dan berinteraksi

dengan

pembelajaran sendiri.
5. Kesalahan sebagai perkakas untuk pembelajaran
Apabila kesalahan dipandang daripada perspektif posi tif murid tidak akan
takut membuat kesalahan atau mengambil risiko apabila melaksanakan
sesuatu aktiviti. Ia merupakan langkah semula jadi untuk pengalaman yang
baru.
6. Peranan guru sebagai fasilitator
Peranan guru bukan setakat menyampaikan ilmu tetapi perlu kreatif dalam
mengembangkan pemikiran kritis dalam kreatif dalam membantu murid
menyelesaikan masalah.

5.3

Pembelajaran Kontekstualisme

5.4

Pembelajaran Konstruktivisme

5.5

Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif

5.6

Kemahiran Kajian Masa Depan

5.7

Integrasi Kecerdasan
Pendidikan Moral

Tajuk 6

Emosi

(KKE)

dalam

pengajaran

Sumber Pengajaran dan Pembelajaran

Sipnosis

Tajuk ini memberi tumpuan kepada dua sub-tajuk utama iaitu Pengenalan kepada sumber
pengajaran dan pembelajaran dalam Pendidikan Moral dan sub-tajuk kedua ialah
Penggunaan multi media dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral. Dalam
sub-tajuk pertama akan dibincangkan tentang kepentingan sumber, jenis-jenis sumber dan
Pemilihan dan penggunaan sumber, manakala dalam sub-tajuk kedua akan dibicarakan
tentang Kepentingan mengguna multi media, jenis-jenis multi media audio dan visual,
Internet, CD-Rom dan penyediaan dan cabaran dalam penggunaan multi media.

Hasil Pembelajaran

4. Mengetahui tentang kepentingan penggunaan sumber dalam P & P


5. Mengenalpasti jenis-jenis sumber dan cara pemilihan sumber yang sesuai.

6. Mengetahui dan mengaplikasikan jenis-jenis sumber multimedia, cara penggunaannya


serta cabaran-cabaran yang dihadapi.

Kerangka konsep tajuk

6.1

Sumber Pengajaran dan Pembelajaran

Istilah alat bantu mengajar, bahan bantu mengajar, sumber bahan pengajaran dan media
adalah istilah yang selari dengan keperluan dalam perancangan dan keperluan pedogogi
pengajaran oleh guru. Alat lebih merujuk kepada setiap peralatan yang digunakan untuk
menyokong atau melaksanakan sebarang bahan.

6.1.1

Kepentingan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran

a. ia adalah daya penarik dan dengan itu menyingkirkan kebosanan


b. ia menyeronokkan suasana pengajaran dan pembelajaran
c. ia membantu pembentukkan konsep
d. ia menjadikan pembelajaran lebih bermakna
e. ia menyediakan pengalaman sebenar lalu mendorong murid-murid

menjalankan aktiviti-aktiviti lanjutan


f.

ia mempelbagaikan aktiviti-aktiviti pembelajaran dan menggalakkan


penggunaan pelbagai deria murid

g. ia memupuk pemikiran yang analitis, kritis dan kreatif


i.

ia menggalakkan pemindahan pembelajaran

j.

ia menggalakkan penyertaan dan penglibatan murid-murid.

Senaraikan semua sumber bahan pengajaran dan pembelajaran yang anda


dapat kumpulkan, sama ada bahan bercetak. elektronik, multi media atau
internet, jelaskan bagaimana sumber yang dipilih adalah penting dalam P&P
Pendidikan Moral.
( 1 jam )

6.1.2

Jenis-jenis sumber dan Pemilihan dan penggunaan sumber

Bagi menjadikan pengajaran pendidikan moral itu lebih berkesan serta menyeronokan,
pelbagai bahan sokongan kerap digunakan oleh guru. Bahan-bahan itu adalah terdiri
daripada:
1. bahan bercetak seperti cerita,lagu,gambar-gambar bersiri, kad-kad situasi dan
skrip lakonan
2. bahan permainan
3. bahan maujud seperti bendera, berus gigi dan sebagainya
4. bahan rakaman
5. bahan pandang dengar

6. alat-alat seperti projektor, LCD, Pemain Video, telefon digital, VCD, DVD

Dunia kini makin berkembang dengan pesat dan kini sudah menjadi dunia tanpa sempadan.
Kemajuan sains dan teknologi menjadi dunia boleh dijelajahi dengan begitu pantas. Oleh
itu, sudah pastinya boleh menganggu nilai-nilai institusi kekeluargaan, masyarakat, komuniti,
dan negara.

Maka, pendidikan moral merupakan satu-satunya saluran yang boleh

membimbing dan pendidik nilai-nilai murni kepada semua warga supaya semua dapat
mengimbangi segala nilai yang dianggap penting kepada seseorang manusia.
Inovasi dalam pembinaan serta penggunaan sumber pengajaran terkini ialah penggunaan
teknologi dan komunikasi.

Era digital memungkinkan setiap guru untuk peka dalam

menyediakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran secara interaktif


menggunakan komputer juga memerlukan bahan dibina berasaskan kepada keperluan atau
metodologi pengajaran dan pembelajaran, pembelajaran berasaskan web dan e-learning
ialah antara sumber pengajaran dan pembelajaran atas talian yang memberikan impak
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Jika komputer dijadikan sebagai alat

perantara, maka bahan perisian yang dibangunkan pula alalah pelengkap kepada setiap
kelancaran

proses

pengajaran

dan

pembelajaran.

Pengajaran

dan

pembelajaran

berbantukan komputer juga adalah suatu pakej sumber pengajaran dan pembelajaran yang
relevan dengan keperluan semasa.

Bincangkan tentang jenis-jenis sumber multimedia yang boleh digunakan


dalam

P&P

dan

masalah-masalah

yang

dihadapi

dalam

pemilihan

penyediaan sumber multimedia.


( 1 jam )

6.2

Penggunaan multi media dalam pengajaran dan pembelajaran


Pendidikan Moral.

Bahan multimedia ialah bahan yang dibina secara bersepadu menggunakan unsur visual
dan audio yang menggunakan sokongan teknologi komputer bagi menjadikan ia berfungsi
sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran. Unsur video yang dihasilkan adalah terdiri

daripada paparan grafik, animasi, gambar dan warna yang dibina berasaskan prinsip
pembangunan bahan. Manakala audio pula boleh sama ada dalam bentuk suara, lagu dan
bunyi-bunyian disempurnakan secara digital untuk menjadikan setiap bahan lebih menarik
dan berfungsi mengikut keperluan. Kesepaduan unsur-unsur ini akan dipaparkan melalui
monitor ataupun layar (skrin) yang disalurkan menggunakkan LCD bagi tujuan pengajaran
dan pembelajaran kelompok yang besar.

6.2.1

Kepentingan Mengguna Multi Media.

Terdapat banyak kebaikan dalam menggunakan multimedia dalam pengajaran dan


pembelajaran. Antaranya,
a. ia boleh digunakan bagi tujuan kumpulan besar, kumpulan kecil dan individu
b. gabungan bunyi, grafik, animasi dan gambar boleh menimbulkan kesan sebenar
c. perkara yang akan disampaikan kepada murid-murid lebih senang
d. bahan multimedia boleh digunakan sebagai bahan pengajaran individu yang
berkait rapat dengan konsep pembelajaran kendiri.
e. ia berupaya memberikan kronologi proses pengajaran dan pembelajaran. Ini
amat bertepatan dengan teori pembelajaran kognitif
f.

bahan multimedia dapat mengubah kaedah pembelajaran tradiosional yang


memerlukan guru memberi arahan kepada pendekatan hands on dan
menggunakan sepenuhnya sifat inkuiri yang ada dalam diri pelajar

g. bahan multimedia membolehkan mereka meneroka maklumat mengikut kapasiti


masing-masing.
h. murid-murid mudah faham sekiranya terdapat pelbagai bahan ilustrasi, rajah,
latihan atau

amalan disampaikan melalui alat bantuan mengajar multimedia

digunakan
i.

bahan-bahan multimedia yang dibangunkan memberikan peluang kepada guru


untuk memperkenalkan pembelajaran secara kontektual kepada murid-murid,
pembelajaran ini memfokuskan pembelajaran dalam konteks aktiviti masalah
sebenar dan meletakkan pelajar sebagai penyelesai masalah

j.

disamping menggunakan bahan multimedia murid-murid juga akan didedahkan

dengan

penggunaan

komputer

sebagai

perantara

penggunaan

bahan

multimedia.

Secara kumpulan, cari jenis-jenis bahan multimedia yang boleh digunakan


dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral.

Pilih satu topik

Pendidikan Moral, bina satu bahan multimedia yang boleh diguna untuk P&P
topik tersebut, jelaskan bagaimana anda boleh menggunakan bahan
multimedia yang dihasil oleh kumpulan anda untuk persembahan P&P yang
lebih menarik.
(1 jam)

6.2.2

Penyediaan dan cabaran dalam penggunaan multi media

Bincangkan tentang cara penyediaan bahan-bahan multimedia untuk P&P


pendidikan moral dan cabaran yang dihadapinya. Sila sediakan nota ringkas
dan simpan dalam folder P&P.
(1 jam)

Anda mungkin juga menyukai