Anda di halaman 1dari 87

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGINGAT, MENGESAN DAN MENULIS ULASAN NILAI MURNI DI KALANGAN MURID TAHUN ENAM

MOHD RUSLEE BIN MOHD SALLEH

JABATAN PENGAJIAN MELAYU INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU

2012
1

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGINGAT, MENGESAN DAN MENULIS ULASAN NILAI MURNI DI KALANGAN MURID TAHUN ENAM

Oleh MOHD RUSLEE BIN MOHD SALLEH

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Bahasa Melayu Pendidikan Sekolah Rendah)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU

DISEMBER 2012

PENGESAHAN PENYELIA

Saya akui bahawa saya telah membaca laporan penyelidikan ini dan pada pandangan saya karya ini telah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (Bahasa Melayu Pendidikan Rendah)

Tandatangan

: ........................................... MOHD ASIF BIN ALWI 31 DISEMBER 2012

Nama Penyelia : Tarikh :

Saya akui bahawa laporan kajian ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya nyatakan sumbernya

Tandatangan Nama penulis Tarikh

: .......................................... : MOHD RUSLEE BIN MOHD SALLEH : 31 DISEMBER 2012

DEDIKASI

Teristimewa buat.....

Ayah dan ibu tersayang Mohd Salleh Bin Haji Hussain dan Fatimah Binti Mat Piah

Isteri yang tercinta Fuziati Binti Misbah

Anak-anak yang dikasihi

Khairul Asyraf Fatin Amira Anis Izyani Faris Aiman Adriana Batrisyia

Dikaulah yang menjadi teman hidupku Ketika diri ini berjuang meningkatkan ilmu Empat tahun bersusah-payah Menghadiri kuliah tanpa rasa jemu

Kini saat sukar berakhir sudah


5

Keceriaan hidup kembali menjelma Sekian lama tersimpan rapi Di dalam memori masa lalu

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnianya dapatlah saya menyiapkan Kajian Tindakan ini bagi memenuhi sebahagian dari syarat untuk

memperolehi Ijazah sarjana Muda Pengajaran (Bahasa Melayu) dengan Kepujian, walaupun terpaksa melalui pelbagai rintangan dan dugaan semenjak empat tahun yang lalu. Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua pensyarah yang terlibat dalam proses menyiapkan Kajian Tindakan ini terutamanya Encik Mohd Asif Bin Alwi selaku pensyarah penyelia yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan sepanjang kajian ini dijalankan oleh saya untuk melengkapkan syarat mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Terima kasih yang tidak terhingga buat warga Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi iaitu Tuan Guru Besar, guru pembimbing, rakan-rakan guru serta muridmurid yang terlibat dalam penyelidikan tindakan ini. Tahniah diucapkan kerana mereka telah memberikan kerjasama yang sungguh baik ketika saya menjalankan kajian tindakan ini. Terima kasih juga buat rakan-rakan sepengajian yang sentiasa tidak jemujemu untuk membantu saya meneruskan pengajian ini. Terima kasih tidak terhingga di atas kesabaran dan sokongan isteri dan anak-anak di rumah. Akhir kata setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan penyelidikan ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik kalian. Sekian dan terima kasih.
6

MOHD RUSLEE BIN MOHD SALLEH HP: 011-17915430

KANDUNGAN
PENGESAHAN PENYELIA PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN ABSTRAK ABSTRACT PENDAHULUAN Pengenalan Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu FOKUS KAJIAN Objektif Kajian Soalan Kajian Isu Kajian Definisi Istilah SOROTAN KAJIAN Tinjauan Literatur METODOLOGI KAJIAN Pengenalan Reka Bentuk Kajian Kumpulan Sasaran Ujian Diagnostik Latar Belakang Sekolah Latar Belakang Murid Pelaksanaan Tindakan Ujian Pra Tindakan 1 Tindakan 2 Tindakan 3 Kaedah Pengumpulan Data DAPATAN DAN REFLEKSI Analisis Data Perbandingan Pencapaian Ujian Tindakan 1, 2 dan 3 Ujian Pos Perbandingan Pencapaian Ujian Pos dan Ujian Pra Perbandingan Kesesuaian Kaedah Pengajaran KESIMPULAN Implikasi Kajian Cadangan Penambahbaikan

HALAMAN
i ii iii iv v vi vii viii ix x

1 5 9 9 10 14 18 22 22 26 27 31 32 33 34 36 41 50 55 58 58 62 63 67 70 72 7

Cadangan Kajian Lanjutan RUJUKAN LAMPIRAN

74 76

SENARAI JADUAL

1. Jadual 1 : Carta 40 Nilai Murni 2. Jadual 2: Senarai Nama Murid Tahun 6 Nilam 3. Jadual 3: Keputusan Ujian diagnostik 4. Jadual 4: Senarai Murid Dipilih Untuk Sampel Kajian 5. Jadual 5: Jadual Pelaksanaan Tindakan 6. Jadual 6 : Keputusan Ujian Tindakan 1 7. Jadual 7: Keterangan lengkap tentang nilai murni 8. Jadual 8: Cara Menulis Nilai Murni 9. Jadual 9: Keputusan Ujian Tindakan 2 10. Jadual 10: Markah Pencapaian Ujian Tindakan 3 11. Jadual 11: Rekod Pencapaian Ujian Tindakan 1,2 dan 3 12. Jadual 12: Markah dan Peratus Pencapaian Ujian Pos 13. Jadual 13: Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pos

SENARAI RAJAH Rajah 1 : Model Kajian Tindakan Kemmis & Mc Taggard (1988) Rajah 2 : Markah Pencapaian Ujian Diagnostik Rajah 3 : Markah Pencapaian Ujian Pra Rajah 4 : Graf Pencapain Ujian Tindakan 1 Rajah 5 : Pecahan Pencapaian Sampel Dalam Ujian Tindakan 1 Rajah 6: Analisa Pencapaian Sampel Dalam Ujian Tindakan 2 Rajah 7 : Pencapaian Cemerlang dan Baik Rajah 8: Analisa Pencapaian Sampel Dalam Ujian Tindakan 3 Rajah 9 : Perbandingan Pencapaian Ujian Tindakan
8

Rajah 10 : Purata Markah Ujian Tindakan Rajah 11 : Peratus Pencapaian Sampel Dalam Ujian Pos Rajah 12 : Perbezaan Jumlah Markah Di antara Dua Ujian Rajah 13: Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pos Rajah 14: Purata Markah Pencapaian Mengikut Kaedah Pengajaran SENARAI LAMPIRAN 1. LAMPIRAN A 2. LAMPIRAN B 3. LAMPIRAN C 4. LAMPIRAN D 5. LAMPIRAN E 6. LAMPIRAN F 7. LAMPIRAN G 8. LAMPIRAN H 9. LAMPIRAN I 10. LAMPIRAN J 11. LAMPIRAN K Carta Nilai Murni Soalan Ujian Diagnostik Soalan Ujian Pra Program MAHANIMU Ujian Tindakan 1 Ujian Tindakan 2 Ujian Tindakan 3 Soalan Ujian Pos Borang Pemerhatian Panduan Pemarkahan Nilai Murni Contoh Latihan

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran mengingat, mengesan dan menulis ulasan nilai-nilai murni di kalangan murid-murid tahun enam. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui pemeriksaan buku tulis murid, keputusan ujian bulanan,temu bual dan soal selidik. Tinjauan mendapati bahawa ramai murid yang tidak dapat mengingati nilai murni dan menulis ulasan dengn betul.Selain itu, murid juga didapati tidak dapat mengesan nilai murni yang terdapat di dalam petikan. Sampel kajian terdiri daripada empat belas orang murid Tahun Enam Nilam di Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi, Tanah Merah, Kelantan. Keputusan ujian diagnostik yang dijalankan menunjukkan murid menghadapi masalah di Bahagian C Kertas Penulisan . Bagi mengatasi masalah itu, saya telah menjalankan tiga jenis tindakan iaitu Kaedah Mari Hafal Nilai Murni atau MAHANIMU, Faham
9

Konsep Anda OK dan Kerap Jangan Tak Kerap untuk memastikan murid-murid dapat menguasai semula kemahiran berkenaan. Dapatan kajian menunjukkan berlaku peningkatan prestasi terhadap semua murid melalui tindakan yang dilaksanakan. Kaedah pengajaran yang digunakan ini boleh dipraktikkan oleh guru-guru Bahasa Melayu yang lain dalam usaha meningkatkan kemahiran menulis ulasan nilai-nilai murni ke tahap yang lebih baik. murid-murid mereka

ABSTRACT

This study was conducted to improve the skills of recall, trace and write reviews about moral values among the students of year six. Initial survey was carried out by examination of student in writing books, monthly test results, interviews and questionnaires. The survey found that many students who could not remember the values and write reviews properly.Besides, the students also could not easily identify the values that are present in the text. The sample consists of fourteen pupils in Year Six Nilam Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi, Tanah Merah, Kelantan. The diagnostic test results showed that students face problems in Section C of Paper Writing. To overcome the problem, I have conducted three types of action method "Let Memorize Values" or "MAHANIMU", "Understand Your drafts OK" and "Often Do not Often" to ensure that the students can master the relevant skills. The results showed an increase achievement for all students through the actions undertaken. The teaching methods used can be practiced by other Bahasa Melayu teachers of the skills to enhance their students in writing reviews values to get a better writing.

10

PENDAHULUAN

Pengenalan

Nilai murni merupakan perkara penting dan perlu dipupuk ke dalam jiwa setiap orang. Nilai-nilai murni perlu diterapkan di peringkat awal lagi di kalangan kanakkanak untuk memastikan mereka memiliki budi pekerti yang luhur dewasa nanti demi kesejahteraan hidup masyarakat di Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan nilai murni sejak tahun 2005 sewaktu perubahan format UPSR dilakukan. Perubahan format ini menyaksikan Kertas 2 Bahasa Melayu Penulisan dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu melibatkan bahagian A (membina lima ayat berdasarkan gambar), Bahagian B (menulis karangan) dan bahagian C (menulis ulasan nilai murni).

Menurut

Kementerian Pendidikan Malaysia(2007), menulis ulasan nilai

murni merupakan salah satu daripada tiga kemahiran yang perlu dikuasai oleh muridmurid bagi Pelajaran Bahasa Melayu Kertas 2. Kemahiran ini yang terdapat di bahagian C memerlukan murid membaca petikan yang diberikan, mengesan nilai murni dan seterusnya menulis sebuah ulasan yang lengkap dalam satu perenggan. Markah yang diperuntukkan bagi bahagian ini ialah sebanyak 20 markah. Oleh yang demikian, murid-murid perlu dibimbing oleh guru dengan secukupnya untuk memastikan murid-murid dapat menguasai kemahiran menulis ulasan dengan baik. Melalui kajian tindakan ini, saya telah menjalankan tiga jenis kaedah mengajar untuk memastikan murid-murid yang kurang mahir ini dapat meningkatkan kemahiran mereka melalui aktiviti yang akan dijalankan nanti.

11

Kamaruddin Hj. Husin (1988), berpendapat tulisan ialah bahasa yang bertulis dengan lambang-lambang bunyi. Jika tulisan itu dibunyikan semua ia dikatakan bahasa. Tulisan ialah alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan. Ia merupakan bahasa yang tersusun yang berupa rangkai-rangkai kata dan ayat-ayat. Menulis ialah proses memberikan simbol-simbol grafik bagi melambangkan bahasa dalam menyusun perkataan, rangkai kata, ayat dan seterusnya unit-unit yang lebih panjang mengikut peraturan-peraturan tertentu dengan menunjukkan wacana dan pelahiran idea yang jelas tersusun.

Raminah Hj. Sabran (1985) pula berpendapat, penulisan ialah proses pelahiran perasaan, fikiran, dan idea ke dalam bentuk grafik (disusun sehingga melambangkan bunyi bahasa yang dapat dibaca dan difahami maksudnya).

Yahya Othman(2005) berpendapat, penulis itu dapat memberikan kefahaman kepada pembaca apabila penulis itu dapat menguasai kemahiran menulis secara mendalam dalam bidang penulisan. Penulisan tentang sesuatu yang disampaikan itu juga dapat menyatakan pandangan atau idea dalam bentuk penulisan supaya memberikan kefahaman kepada pembaca.

Juriah Long (1990), menulis adalah suatu proses untuk menyampaikan buah fikiran, idea atau pendapat dengan tepat dan berkesan kepada khalayak atau pembaca dengan menggunakan bentuk grafik. Ini bermakna, bahan-bahan yang ditulis adalah suatu idea yang tersirat dan tersurat apabila dijelaskan dalam bentuk penulisan.

Keunikan dan kayanya Bahasa Melayu ialah kerana bahasanya bersifat dinamik dan boleh dikembangkan. Bahasa Melayu juga mempunyai nilainya yang tersendiri dan kajian yang mendalam perlu dilakukan untuk menguasainya. Rentetan daripada itu, makan kertas dua Ujian Pencapaian sekolah rendah (UPSR) telah dipecahkan daripada satu bahagian kepada tiga bahagian iaitu bahagian A, B dan C. Oleh itu kajian tindakan yang saya jalankan ini adalah untuk meningkatkan kemahiran murid untuk mengesan dan menulis nilai murni di dalam bahagian C tersebut yang menjadi masalah terhadap sebilangan murid. Saya sedar bahawa ada murid-murid yang

mengalami kesukaran untuk mencari dan menulis nilai murni atau pengajaran
12

berdasarkan petikan teks yang diberikan. Kajian tindakan dilakukan terhadap muridmurid untuk mencari dan membuktikan kaedah yang berkesan supaya murid-murid berasa lebih mudah untuk mencari nilai-nilai murni daripada petikan yang diberikan kepada mereka. Melalui kajian ini, saya akan dapat membantu murid-murid meningkatkan kemahiran mereka di dalam bahagian C yang agak sukar untuk difahami dan dijawab.

Kajian ini merupakan satu kajian yang dijalankan ke atas murid-murid tahun Enam Nilam di Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi, Tanah Merah, Kelantan. Berdasarkan markah ujian-ujian yang lepas termasuk ketika berada di tahun empat dan tahun lima, didapati ramai murid tidak mendapat markah yang tinggi untuk pelajaran Bahasa Melayu Kertas Dua. Mereka didapati mendapat markah yang rendah apabila menjawab soalan Bahasa Melayu Kertas Dua Bahagian C. Markah yang diperolehi oleh mereka di dalam bahagian C penulisan hanya di dalam lingkungan enam hingga dua belas sahaja. Ini menunjukkan bahawa mereka tidak dapat menguasai kemahiran membuat ulasan apabila petikan nilai murni diberikan kepada mereka. Perkara ini berlaku kemungkinan berpunca daripada kurangnya pendedahan diberikan kepada mereka ketika berada di tahun empat lagi. Memandangkan soalan yang berkaitan dengan nilai murni ini baru diperkenalkan ketika berada di tahun empat, maka sudah tentu ada murid yang tidak dapat benarbenar menguasai kemahiran ini. Perkara ini perlu diperbetulkan dengan segera

supaya murid-murid dapat mengusai semula kemahiran ini sebelum UPSR.

Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Lalu

Berdasarkan pemerhatian saya terhadap murid-murid Tahun Enam Nilam, didapati bahawa cara belajar mereka adalah pelbagai. Bagi yang rajin belajar, guru yang mengajar tidak menghadapi apa-apa masalah kerana semua tugasan yang diberi akan disiapkan oleh mereka. Namun yang menjadi masalahnya ialah bagi murid yang bersikap pemalas dan tidak berdisiplin.
13

Murid-murid yang bersikap pemalas ini didapati tidak menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru. Mereka malas hendak membaca berulangkali petikan yang diberi oleh guru. Rata-rata murid-murid hanya membaca sekali sahaja petikan dan tidak berusaha untuk membaca sehingga benar-benar faham. Perkara ini

menyebabkan mereka kerap termenung ketika menulis semua nilai-nilai murni yang diperlukan. Saya percaya mereka juga tidak mengingati senarai nilai-nilai murni yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Selain itu, terdapat juga segelintir murid yang suka ponteng sekolah tanpa sebab-sebab yang munasabah. Setiap minggu didapati mereka tidak hadir ke sekolah untuk satu atau dua hari. Sikap ini menyebabkan mereka kerap ketinggalan kerana guru Bahasa Melayu akan mengajar akan mengajar tentang tajuk membuat ulasan ini setiap hari Rabu. Jadi murid-murid yang tidak hadir akan menghadapi masalah besar ketika mereka menjawab soalan ujian nanti.

Terdapat juga tiga orang murid yang nakal di dalam kelas ini. Mereka ini didapati selalu menimbulkan masalah disiplin di dalam kelas. Murid-murid ini selalu mengganggu rakan yang hendak belajar, membuat bising ketika guru mengajar, tidak menyiapkan tugasan yang diberi, tidak memberikan tumpuan terhadap pengajaran guru.

Berdasarkan pemerhatian saya, terdapat juga kumpulan murid di dalam kelas ini yang tidak mahu menyiapkan latihan yang diberi oleh guru. Latihan yang diberi oleh guru yang sepatutnya disiapkan di rumah didapati tidak disiapkan. Malahan mereka hanya akan bertindak meniru sahaja jawapan yang dibuat oleh murid-murid lain pada waktu pagi sebelum masuk kelas.

Ada juga murid yang suka keluar kelas ketika guru lambat masuk ataupun guru ada tugasan di pejabat. Mereka ini akan pergi ke tandas, masuk ke dalam kelas lain yang tiada guru, berkejar-kejaran di kaki lima kelas ataupun masuk ke bilik-bilik yang tertentu. Sikap inilah yang menyebabkan mereka kurang masa untuk mengulangkaji pelajaran di dalam kelas ketika ketiadaan guru.
14

Disebabkan murid-murid tahun enam ini akan menduduki UPSR, saya juga menghadapi masalah untuk membuat kajian secara mendalam terhadap mereka. Kadang-kadang latihan yang saya beri tidak disiapkan oleh mereka. Alasan mereka ialah mereka berasa sangat letih kerana terpaksa menghadiri kelas tambahan sehingga jam 4.00 petang disamping kelas malam yang tamat pada jam 9.45 malam.

Saya juga cuba melihat beberapa buku latihan murid terutamanya yang melibatkan Bahasa Melayu Penulisan. Bahasa Melayu Penulisan yang terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Bahagian A (membina ayat berdasarkan gambar), Bahagian B (menulis karangan) dan Bahagian C (membuat ulasan nilai-nilai murni). Saya dapati ramai murid yang masih rendah tahap pencapaiannya di dalam ketigatiga bidang ini dan paling ketara sekali pada Bahagian C. Oleh yang demikian, saya membuat keputusan untuk menjadikan kegagalan murid membuat ulasan nilai-nilai sebagai pilihan kajian saya dengan tujuan untuk meningkatkan markah pencapaian mereka khasnya di bahagian C penulisan.

FOKUS KAJIAN

Menulis ulasan merupakan salah satu kemahiran dalam mata pelajaran Bahasa Melayu yang perlu dikuasai oleh murid-murid di peringkat sekolah rendah bermula tahap dua. Murid-murid perlu mengingati dan berkemampuan untuk menyenaraikan 40 nilai murni sebagaimana yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Pusat Perkembangan Kurikulum. Menulis ulasan memerlukan kemahiran khusus yang perlu didedahkan oleh guru ketika mengajar Bahasa Melayu di dalam kelas.

Tinjauan saya mendapati bahawa terdapat ramai di antara murid tahun Enam Nilam di Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi yang masih belum menguasai kemahiran menulis ulasan nilai murni . Mereka didapati masih tidak ingat nilai-nilai murni dan tidak boleh membina ayat-ayat dengan betul ketika menulis ulasan. Selain

15

itu murid-murid juga didapati tidak mahir menulis ayat. Ayat yang ditulis didapati tidak mempunyai kaitan dengan petikan yang diberi.

Oleh yang demikian, saya berpendapat satu kajian tindakan perlu dijalankan untuk memastikan empat belas orang murid yang dipilih sebagai sampel dapat menguasai semula kemahiran tersebut. Hasil kajian ini nanti akan dapat digunakan oleh guru-guru lain untuk melihat sejauh mana tindakan yang dilakukan boleh membantu murid-murid meningkatkan kemahiran menulis nilai murni dan seterusnya akan meningkatkan pencapaian murid dalam ujian atau peperiksaan yang akan dijalankan nanti.

Objektif Kajian

Kajian tindakan saya mempunyai objektif seperti berikut:

i.

Meningkatkan kemahiran mengingat, mengesan dan menulis ulasan nilai murni di kalangan murid Tahun Enam.

ii.

Mengenalpasti kaedah mengajar paling berkesan boleh digunakan untuk meningkatkan kemahiran murid.

iii.

Mengesan perubahan tingkahlaku positif murid ketika menulis ulasan nilai murni setelah kajian selesai dilaksanakan.

Soalan kajian

i.

Adakah murid dapat meningkatkan kemahiran mengingat, mengesan dan menulis ulasan nilai murni ?

ii.

Apakah kaedah mengajar meningkatkan kemahiran ulasan nilai-nilai murni ?

paling berkesan boleh digunakan untuk murid-murid mengingat, mengesan menulis

iii.

Adakah terdapat perubahan tingkahlaku positif murid ketika menulis ulasan nilai murni setelah kajian ini selesai dijalankan?

16

Isu Kajian

Fokus kajian saya ialah membantu murid-murid tahun enam mengukuhkan penguasaan mereka dalam kemahiran mengesan nilai murni yang tersirat daripada maklumat yang tersurat daripada petikan yang diberikan. Berdasarkan pemerhatian saya , didapati murid-murid menghadapi masalah untuk mencari dan menyatakan nilai-nilai murni bagi kertas penulisan bahagian C. Murid juga sukar untuk menghuraikan nilai-nilai murni tersebut supaya menjadi ayat yang ringkas, tepat dan sesuai dengan menggunakan ayat sendiri. Keperihatinan saya ialah murid perlu mencari dan menghuraikan nilai-nilai murni tersebut dengan ringkas, tepat dan sesuai serta penulisan mereka tidak melanggar arahan yang telah ditetapkan iaitu ulasan tidak melebihi 50 patah perkataan.

Mengajar murid untuk mencari dan mengesan nilai murni seringkali memberikan masalah kepada guru. Dalam bahagian C penulisan ini, murid perlu mencari, mengesan dan mengulas nilai-nilai murni yang terdapat dalam petikan yang diberikan. Pelbagai strategi yang digunakan oleh guru untuk memastikan muridmurid boleh menulis ulasan tersebut dengan betul. Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh murid tetapi saya hanya memfokuskan aspek berkenaan sebagai bahan kajian saya. Kajian ini bertujuan untuk menyelesaikan masalah dan membantu murid mencari dan mengesan nilai-nilai murni atau pengajaran yang terdapat di dalam petikan teks serta mengulas hasil carian nilai murni tersebut dengan ayat yang ringkas, padat dan sesuai.

Kertas peperiksaan Bahasa Melayu penulisan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bahagian A, B dan C. Namun begitu, kajian yang ingin difokuskan ialah pada bahagian C iaitu bahagian membuat ulasan nilai murni berdasarkan petikan teks. Berdasarkan pemerhatian saya dalam Ujian Bersepadu Berkala (UBB) Februari lepas, ramai murid mendapat markah yang rendah dalam bahagian ini. Analisis pada kertas soalan UBB mendapati beberapa faktor murid tidak mendapat markah yang tinggi pada bahagian ini . Murid didapati keliru dengan nilai murni yang terdapat dalam petikan teks. Murid tidak dapat mengesan dan menyatakan nilai murni yang terdapat di dalam petikan. Murid juga tidak dapat membuat ulasan dalam satu
17

perenggan dengan menggunakan ayat yang ringkas, padat dan bermakna. Berdasarkan pemerhatian dalam pengajaran dan pembelajaran saya di dalam kelas, saya telah mengenal pasti beberapa faktor yang menyebabkan murid tidak dapat mengesan dan menyatakan nilai-nilai murni yang diperlukan. Mereka tidak mempunyai kesungguhan dalam menulis nilai murni. Murid-murid didapati tidak mahu membaca berulang kali dalam usaha untuk mengesan nilai murni yang terdapat di dalam petikan yang diberi kepada mereka. Petikan yang dianalisis terlalu mudah dan murid kekurangan idea untuk mengembangkannya. Saya juga mendapati ada murid yang hanya menyalin semula petikan yang diberi kepada mereka dengan harapan guru akan memberi markah kasihan.

Terdapat juga murid yang hanya menulis semula nilai murni yang dijumpai di dalam petikan dalam bentuk urutan nombor. Namun begitu, apa yang pastinya ialah kegagalan murid menulis ulasan nilai murni juga merupakan kegagalan seorang guru yang mengajar.Jika guru Bahasa Melayu mengajar menggunakan kaedah yang betul, saya berpendapat murid-murid tidak akan menghadapi masalah besar untuk menjawab soalan bahagian ini. Dengan demikian, saya berasa terpanggil untuk mempertingkatkan kemahiran murid ketika membuat ulasan nilai-nilai murni agar mereka tidak menghadapi kesukaran di bahagian ini di dalam UPSR nanti.

Oleh itu, pengumpulan data lebih awal telah dilaksanakan melalui pemerhatian dalam pengajaran dan pembelajaran serta perbincangan bersama guruguru yang mengajar murid di kelas lain. Satu perbincangan telah dibuat bagi mengetahui masalah yang dihadapi murid dalam bahagian C ini. Latar belakang murid termasuklah maklumat diri dan pencapaian mereka sebelum ini juga disemak melalui rekod yang disimpan oleh guru kelas. Selain itu, satu ujian diagnostik telah dijalankan bagi mengesan kelemahan murid dalam mencari, mengesan dan mengulas nilai murni ini. Murid-murid yang telah dikenalpasti melalui ujian diagnostik ini telah dijadikan sampel dalam kajian saya.

Namun begitu, saya yakin bahawa masalah ini akan dapat diselesaikan jika saya menggunakan kaedah yang betul ketika mengajar murid menjawab bahagian C ini. Apa yang paling penting ialah kepakaran guru yang mengajar. Ini adalah kerana
18

terdapat murid yang boleh menjawab dengan cemerlang , baik, sederhana dan lemah. Guru perlulah menggunakan kaedah-kaedah yang berkesan untuk membantu muridmuridnya. Pendedahan perlu diberi diberi kepada murid pada tahun empat lagi untuk membolehkan mereka benar-benar mahir menjawab soalan yang melibatkan bahagian C ini. Pencapaian murid akan memberi kesan yang besar kepada prestasi sekolah kerana kajian ini melibatkan kemahiran yang diuji di dalam peperiksaan. Kajian ini dijalan berdasarkan beberapa pendekatan lain atau dengan menggabungkan pelbagai kaedah dan teknik supaya dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Definisi Istilah

Nila-nilai Murni Nilai-nilai murni merupakan amalan baik yang perlu ada pada setiap orang supaya segala tindakan mereka tidak menyeleweng dari norma-norma sosial yang dikehendaki dalam masyarakat. Nilai-nilai murni ini dapat melahirkan insan yang unggul demi merealisikan misi nasional negara. Sejajar dengan itu, subjek Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam telah diajar di sekolah-sekolah untuk membentuk generasi muda yang sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka. Selain itu, ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting untuk memastikan wujudnya nilai-nilai murni dalam diri anak-anak mereka.

Nilai-nilai murni penting dalam kehidupan untuk melahirkan insan yang berakhlak mulia. Sesungguhnya berakhlak mulia amat dituntut dari sudut budaya, peradaban dan agama kita. Amalan nilai-nilai murni dapat membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Kini, bilangan pelajar di negara kita sejumlah 5 juta orang, jika tidak diterapkan dengan nilai-nilai murni sejak di bangku sekolah maka mereka akan menjadi generasi yang akan merugikan negara
19

pada masa kelak. Hal ini kerana, nilai-nilai murni akan mencerminkan suasana kehidupan yang harmoni di Malaysia.

Selain itu, perlu adanya nilai-nilai murni dalam kehidupan adalah untuk membentuk masyarakat yang berpegang teguh kepada ajaran agama. Kepatuhan kepada agama dapat membentuk insan mulia yang sentiasa patuh kepada Tuhan dan setia kepada negara. Oleh itu, ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai murni yang terdapat dalam doktrin agama masing-masing ke dalam jiwa anak-anak. Tambahan pula, nilai-nilai murni yang berasaskan agama penting untuk membentuk masyarakat yang bersatu padu.

Di peringkat sekolah pula, didikan moral yang positif dan nilai murni yang diterapkan oleh guru, akan dapat mengelakkan diri pelajar daripada terjebak dalam pelbagai pengaruh negatif luar yang tidak memberikan apa-apa faedah dan manfaat. Bekas Perdana Menteri, Tun Sri Dr. Mahathir Mohamad memperkenalkan subjek Pendidikan Moral di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah adalah bertujuan memupuk nilai-nilai murni remaja sejak di bangku sekolah. Hal ini demikian kerana negara memerlukan generasi yang berpengetahuan, berwibawa dan berwawasan, berdisiplin, hemah tinggi, dedikasi, berfikiran luas serta positif.

Guru-guru dan keadaan sekolah yang kondusif boleh membantu para pelajar untuk mewujudkan nilai murni dalam diri mereka. Kewujudan nilai-nilai murni ini dapat melahirkan pelajar yang cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik, tetapi juga bidang kokurikulum. Sebagai contohnya, guru-guru yang menunjukkan sikap positif boleh menjadi role model kepada para pelajar. Tambahan pula, keadaan sekolah yang kondusif dan lengkap dengan kemudahan pembelajaran dapat memudahkan para pelajar belajar dan seterusnya dapat memupuk sikap posif dalam diri mereka. Begitulah caranya sekolah dapat membantu para pelajarnya menjadi seorang yang memiliki nila-nilai murni dalam diri mereka.

Tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat pada hari ini terlalu materialistik dan mementingkan kemewahan. Oleh itu, tanggapan sesetengah pihak yang menganggap kononnya nilai kasih sayang yang boleh ditukar ganti dengan harta
20

benda merupakan satu kesilapan besar. Sebenarnya, gejala sosial yang semakin berleluasa ini berpunca daripada kekurangan kasih sayang daripada ibu bapa mereka. Ibu bapa terlalu sibuk dan tiada masa untuk menerapkan nilai-nilai murni kekeluargaan seperti kesopanan, adab dan kelakuan yang baik kepada anak-anak. Oleh itu, dalam usaha memupuk nilai murni dalam diri anak-anak, ibu bapa perlu sentiasa bersikap prihatin terhadap anak mereka bagi membina sebuah keluarga yang harmoni.

Kesimpulannya, saya selaku penyelidik kajian tindakan ini berpendapat bahawa pemantapan terhadap nilai-nilai murni seperti yang disenaraikan oleh KPM perlu dihayati sepenuhnya oleh seluruh rakyat Malaysia. Penghayatan ini penting untuk membolehkan kita hidup secara harmoni dan aman damai di negara ini dan mengelakkan suasana tegang sesama rakyat yang berbilang kaum. Oleh itu langkah penerapan nilai-nilai murni di tahap awal iaitu ketika murid-murid berada di sekolah rendah adalah adalah amat sesuai dilaksanakan.

Jadual 1 Carta 40 nilai murni

21

SOROTAN KAJIAN

22

Tinjauan Literatur

Tinjauan ini adalah berdasarkan hasil dapatan sumber-sumber yang diperolehi oleh pengkaji yang terdahulu. Menurut Fatimah Embong (2008) yang telah menjalankan penyelidikan yang bertajuk Cara Mengulas Nilai Murni atau Pengajaran Daripada Petikan (Bahagian C Penulisan) di Sekolah Kebangsaan Sri Langat . Dalam penyelidikannya , beliau telah memfokuskan untuk menghadkan ulasan murid supaya tidak terlalu panjang. Setidak-tidaknya, bilangan perkataan tidak boleh melebihi lapan puluh patah perkataan. Beliau telah mengenalpasti

kelemahan murid-muridnya dalam bahagian ini iaitu murid sukar mengesan nilai murni yang tersirat. Contoh yang diberi tidak ada kaitan dengan petikan yang diberi dalam petikan. Dalam kajian ini, penyelidik telah mengenal pasti kumpulan sasarannya iaitu sepuluh orang murid tahun enam.

Berdasarkan kajian-kajian lain, antaranya yang telah dijalankan oleh Mohd Alfaizal Che Alui (2006) mengenai Pengamalan Nilai-nilai Murni Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti (2) yang diamalkan dalam kehidupan seharian. Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui pengamalan nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar yang diamalkan dalam

kehidupan harian. Penyelidik ingin melihat adakah pelajar-pelajar mengamalkan nilai murni yang diperolehi sepanjang pembelajaran dalam amalan harian, nilai murni dominan diamalkan serta mengetahui adakah pengamalan nilai-nilai murni melalui pembelajaran memberi kesan positif terhadap diri pelajar. Kajian ini dilakukan terhadap 120 responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Taman Universiti (2).

Sampel kajian dipilih secara rawak mudah berdasarkan kepada Jadual Penentu Saiz oleh Krejcie dan Morgan (1970). Menggunakan soal selidik sebagai instumen kajian yangdibahagikan kepada Bahagian A iaitu soalan berkaitan latar belakang responden dan Bahagian B mengandungi item-item nilai-nilai murni. Hasil kajian menunjukkan enaam belas aspek nilai murni yang dicadang penerapannya oleh Falsafah Pendidikan Negara dalam kumpulan pendidikan diterap oleh pelajar
23

untuk diamalkan di dalam kehidupan harian. Nilai muni kesyukuran adalah nilai murni yang paling dominan dihayati oleh setiap pelajar. Implikasi kepada kajian ini akan dapat melahirkan pelajar-pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Kajian lain yang boleh dilihat ialah Penerapan Nilai-nilai Murni KBSM Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Kalangan Guru-guru Sains di Lapan Buah Sekolah Menengah di Daerah Jitra yang dijalankan oleh Munirah Ahmad Marzuki (2004). Penyelidik telah mengambil seramai tujuh puluh orang guru Sains yang merupakan responden dalam kajian ini. Penerapan nilai-nilai murni KBSM dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru-guru Sains itu dikaji dari aspek kognitif, tingkah laku dan emosi. Hasil kajian ini dapat membantu Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, guru-guru, pihak sekolah, ibu bapa dan masyrakat bagi meningkatkan penerapan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Tinjauan berikutnya ialah Amalan Nilai Murni Dalam Kalangan pelajar merupakan satu kajian di Terengganu oleh Abdul Rahman Mahmud bersama

Amidin Zin (1998) dari Jabatan Pendidikan Maktab Perguruan Kuala Terengganu. Penyelidik mengkaji kemerosotan disiplin dalam kalangan pelajar yang sering menjadi topik perbualan dan disiarkan di akhbar-akhbar. Pelajar-pelajar kini, khasnya di peringkat sekolah menengah kurang mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Jika masalah ini gagal diatasi, ia akan menjadi satu sindrom yang serius dan menjejaskan kehidupan bermasyarakat di negara kita. Sejak kebelakangan ini, muncul beberapa kumpulan seperti Black Metal, Punk, Mat Rempit, Bohsia dan sebagainya lagi yang boleh meruntuhnya akhlak pelajar. Oleh itu, penyelidik cuba melihat setakat manakah amalan nilai-nilai murni di kalangan pelajar-pelajar tingkatan empat dari dua belas buah sekolah menengah di Negeri Terengganu sebagai mewakili kumpulan pelajar di sekolah menengah. Sorotan yang terakhir ialah Penerapan Nilai Dalam Pengajaran Guru Matematik Sekolah Menengah oleh Mohd Uzi Dolah (2007). Penyelidik menjalankan kajian kualtitatif ini bertujuan untuk menjelajahi nilai pengajaran Matematik di bilik darjah
24

oleh tiga orang guru Matematik sekolah menengah. Terdapat tiga kategori utama nilai iaitu nilai pendidikan umum, nilai Matematik dan nilai pendidikan Matematik. Guru Matematik tingkatan empat daripada dua buah sekolah menengah dari Daerah Kuala Kubu Baru terlibat dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa ketiga-tiga peserta tidak menjadikan penerapan nilai sebagai suatu perkara yang perlu dinyatakan secara tersurat dalam rancangan pengajaran. Kesemua peserta menyatakan nilai yang diterapkan dalam pengajaran dalam bilik darjah hanya setelah ditanya oleh saya sebelum atau selepas pemerhatian. Penerapan nilai terlaksana dalam pengajaran samada secara tersirat atau tersurat. Kebanyakan nilai yang disedari penerapan oleh peserta ialah nilai pendidikan umum, khususnya nilai yang berkait dengan pembangunan diri seperti nilai berterima kasih, hormat dan yakin. Semua peserta tidak menyedari berlaku penerapan nilai Matematik dalam pengajaran, walaupun terdapat dua nilai Matematik, iaitu bersifat objektif dan keterbukaan, terlaksana secara tersirat dalam pengajaran Matematik. Penerapan nilai pendidikan Matematik secara tersirat tanpa disedari oleh peserta kajian

membabitkan nilai formalistik, instrumental, relevan, teoretikal , kebolehcapaian dan penilaian.

METODOLOGI KAJIAN

Pengenalan Kajian yang saya jalankan adalah diadaptasikan daripada Model Kajian Kemmis & Mc Taggard (1988). Berpandukan model ini yang mempunyai empat kitaran, saya telah membuat perancangan awal dengan menjalankan ujian diagnostik untuk

mengesan daerah kelemahan murid, melaksana tindakan melalui beberapa kaedah pengajaran, membuat pemerhatian terhadap tingkahlaku dan pencapaian murid ketika tindakan dijalankan. Berdasarkan dapatan yang diperolehi, saya membuat analisis untuk menilai keberkesanan terhadap tindakan yang telah dijalankan.

Melalui pendekatan kajian tindakan ini, bahan kajian dikumpulkan melalui beberapa cara antaranya ialah ujian, pemerhatian, soal selidik dan senarai semak.
25

Secara umumnya kajian tindakan ini menggunakan pendekatan analisis deskriptif kuantitatif dan kualitatif.

Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian merupakan satu strategi atau rancangan bagaimana untuk menjalankan sesuatu kajian yang melibatkan pemilihan dan pembahagian sampel. Kaedah kualitatif digunakan untuk mendapat maklumat peribadi murid-murid Tahun Enam Nilam dan kaedah kuantitatif digunakan untuk mendapatkan maklumat

pencapaian dan permasalahan murid-murid dalam kemahiran mencari dan menulis ulasan nilai murni untuk kertas dua Pelajaran Bahasa Melayu . Reka bentuk kajian ini juga menerangkan apakah data dan bagaimana data dikutip. Kajian ini berfokuskan kaedah Mari Hafal Nilai Murni (MAHANIMU) menggunakaan teknik latih tubi.

Jenis kajian yang akan saya jalankan ialah untuk meningkatkan kemahiran mengingat, mencari dan menulis ulasan nilai murni yang terdapat di dalam petikan. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan data dalam bentuk fakta asal seperti yang dilihat, didengar dan dibaca. Data berbentuk kuantitatif juga digunakan dalam kajian ini. Satu kerangka teori harus dipilih dan ditetapkan untuk melaksanakan kajian tindakan ini.

Saya telah memilih model Kemmis dan McTaggart (1988) menjelaskan, bagi sesetengah kumpulan yang sudah merancang tindakan, mereka boleh memulakan langkah pertama seperti mana yang dikemukakan oleh model Lewin. Walau bagaimanapun, mereka berpendapat bahawa kebanyakan kumpulan akan memulakan peringkat awal refleksi bagi membuat tinjauan awal (initial reconnaissance) terhadap sesuatu situasi sebagai asas untuk merancang dan bertindak. Model ini ditunjukkan dalam Rajah 1.

26

REFLEKSI Kenalpasti isu Analisis isu Refleksi isu

PENILAIAN Membuat analisis dapatan Mencadangkan penambahbaikan Kajian lanjutan

PERANCANGAN Merancang kaedah tindakan Prosedur pelaksanaan Masa Sumber

PELAKSANAAN TINDAKAN Menjalankan plan tindakan yang dirancang Ujian diagnostik ujian pra & pasca Pemerhatian

Rajah 1 : Model Kajian Tindakan Kemmis & Mc Taggard (1988)

Model ini telah dijadikan panduan dalam menjalankan kajian. Kerangka konsep model ini mengandungi empat peringkat iaitu peringkat refleksi,

perancangan, pelaksanaan tindakan dan penilaian. Di peringkat refleksi, saya mengenalpasti isu yang hendak dikaji, menganalisis dapatan yang diperolehi melalui ujian diagnostik dan memilih sampel yang hendak dijadikan kajian.di peringkat perancangan pula saya merancang kaedah yang hendak digunakan iaitu menggunakan kaedah menghafal nilai murni. Masa yang ditetapkan adalah selama dua minggu.Pada peringkat tinjauan, pengumpulan data dijalankan untuk mengenal pasti masalah yang wujud. Saya telah menjalankan pemerhatian di bilik darjah, menyemak buku latihan murid , melihat markah pencapaian murid di dalam rekod ujian bulanan dan temu bual dengan guru bahasa Melayu. Pada peringkat ini juga, saya telah menjalankan ujian diagnostik untuk mendapatkan

27

data-data awal bagi mendapatkan gambaran awal tentang masalah yang dihadapi oleh murid-murid Tahun Enam Nilam. Pada peringkat kedua ialah merancang tindakan. Saya telah merancang pelan tindakan untuk mengatasi masalah yang telah dikenal pasti. Oleh itu, teknik menghafal semua nilai murni menggunakan kad nilai murni, peneguhan terhadap konsep nilai-nilai murni dan latihan terancang menulis ulasan telah disediakan oleh saya untuk meningkatkan kemahiran para sampel kajian. Pada peringkat ketiga ialah pelaksanaan di mana saya akan melaksanakan pelan tindakan yang telah dirancang. Di dalam pelan tindakan ini saya telah menyediakan pelbagai jenis aktiviti yang mudah dan menarik untuk membantu murid-murid menguasai kemahiran menulis ulasan nilai murni. Di dalam setiap perlaksanaan tindakan ini, saya akan

menjalankan ujian pra dan ujian pos untuk memerhati kesan tindakan yang dilaksanakan. Ujian ini bertujuan melihat perbezaan prestasi yang berlaku kepada sampel. Pengumpulan data dilakukan bagi melihat pencapaian murid melalui perbandingan ujian pra dan pos. Pada peringkat ke empat iaitu peringkat mereflek. Di peringkat akhir ini , saya akan menilai keberkesanan tindakan yang dijalankan. Mereflek akan melibatkan analisis data-data yang diperolehi melalui ujian pra dan pos. Melalui analisis data ini, saya akan dapat mengetahui adakah tindakan yang saya jalankan itu berjaya atau sebaliknya.Gelungan kedua perlu dilaksanakan jika tindakan yang pertama tidak berhasil. Kerangka konsep ini akan dijadikan panduan untuk membolehkan saya menjalankan kajian tindakan ini sehingga selesai.

Kumpulan Sasaran

Sampel yang dipilih merupakan murid Tahun Enam Nilam di Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi, Tanah Merah, Kelantan. Kelas ini merupakan kelas pertama daripada dua kelas tahun enam. Kebanyakan murid terdiri daripada masyarakat kelas biasa yang terdiri daripada penduduk kampung. Murid-murid di dalam kelas ini mempunyai kemahiran membaca dan menulis dengan baik. Mereka kelihatan aktif, minat belajar dan mempunyai peluang untuk meningkat maju di dalam pelajaran.
28

Kesungguhan seorang guru yang mengajar akan dapat membantu murid-murid ini berjaya dengan cemerlang di dalam peperiksaan. Kelas ini mempunyai tiga belas orang murid lelaki dan lapan belas orang murid perempuan. Tahap kebolehan mereka adalah berbeza. Terdapat murid yang mempunyai pencapaian cemerlang, baik, sederhana dan lemah. Jadi, guru yang mengajar mereka terpaksa menggunakan teknik yang bersesuai dan boleh menarik minat mereka. Berikut ini merupakan maklumat murid Tahun Enam Nilam yang berjaya direkodkan oleh saya ketika menjalankan kajian tindakan di sekolah ini.

Jadual 2: Senarai nama murid Tahun Enam Nilam Bil 1. 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 Nama Murid AMIR SYAFIQ BIN AHMAD MUHAMMAD ADHA BIN FAUZI MUHD AFIQ AIMAN BIN RAMLI MUHD AMIR BIN AZALI MUHD DZULKAMARI BIN MOKHTAR MUHD FAKRURAZI BIN MOHAMAD MUHD FAZRI IKHMAL BIN ARIFFIN MUHD HAFIZUL HARISS BIN AZMI MUHD SUFIAN BIN AZMI MUHD YUSHAIRIL BIN ABAS MUHD ZAIM BIN RAHIM MUHD NABIL MUZAKKIR BIN PADLI SHAIKH IKMAL BIN ANUAR ANIS NULYANA BT MOHD ZAMRI FITRI SHAHIRAH BT KAMALUDDIN NIK NURAINI BT NIK KOB NIK SITI NADIRAH BT NIK ISKANDAR NIK ZAHITIL AZIRA BT NIK ZAMRI NOORASMA BT MOHD YUSOFF NORSIKIN BT ZAKARIA NURATIKAH BT MOHD TARMIZI NUR ELIANA BT AZMIN NUR FARMIZA BT RAZALI NUR FATIHAH EZATI BT HANUZI NUR SHARIRA BT SHAARI NUR ZAITUL ADHA BT MOHD IBRA NURHUSNA MAISARAH BT ZAMRI NURUL ILYANA NATASHA BT ZAID NURUL SYAMIRAH BT ABD MANAS SITI SYAHIRAH BT ABD RAHMAN SUMAYYAH BT ABU SAMAH Jantina L L L L L L L L L L L L L P P P P P P P P P P P P P P P P P P

29

Ujian Diagnostik Satu sesi pengesanan atau dengan lebih mudah dikenali dengan ujian diagnostik dijalankan bagi mengesah daerah kelemahaan murid setelah masalah mereka dikenalpasti melalui pemerhatian yang telah dilakukan sebelum ini. Saya telah menjalankan satu sesi ujian diagnostik di dalam Kelas 6 Nilam yang

mempunyai murid seramai 31 orang murid. Kelas ini terdiri daripada 13 orang murid lelaki dan 18 orang murid perempuan. Dalam ujian diagnostik ini terdapat tiga bahagian soalan iaitu Bahagian A (membina ayat), Bahagian B (menulis karangan) dan Bahagian C (menulis nilai murni). Murid diminta menjawab semua soalan yang disediakan seperti yang dilampirkan. Selepas ujian diagnostik dijalankan di dalam kelas itu, saya telah menyemak kertas jawapan murid. Setelah semakan dilakukan terhadap jawapan murid di ujian pra, saya dapati kebanyakan murid gagal mendapat markah yang tinggi di bahagian C iaitu bahagian yang melibatkan menyenarai dan menulis ulasan nilai-nilai murni. Saya dapati mereka tidak angat nilai murni, tidak pandai membina ayat dan tidak dapat mengaitkan ayat yang dibaca dengan nilai murni. Jadual 3: Keputusan ujian diagnostik BAHAGIAN B C Peratus 20 16 73 20 7 47 20 8 53 22 5 58 18 6 52 18 9 60 18 12 63 18 6 52 20 13 68 18 12 60 22 15 75 22 14 73 14 6 43 24 14 77 24 15 77 26 14 80
30

BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16

NAMA MURID AMIR SYAFIQ BIN AHMAD MUHAMMAD ADHA BIN FAUZI MUHD AFIQ AIMAN BIN RAMLI MUHD AMIR BIN AZALI MUHD KAMARI BIN MOKHTAR MUHD FAKRU BIN MOHAMAD MUHD FAZRI BIN ARIFFIN MUHD HAFIZUL BIN AZMI MUHD SUFIAN BIN AZMI MUHD YUSHAIRIL BIN ABAS MUHD ZAIM BIN RAHIM MUHD NABIL BIN PADLI SHAIKH IKMAL BIN ANUAR ANIS NULYANA BT MOHD ZAMRI FITRI SHAHIRAH BT KAMAL NIK NURAINI BT NIK KOB

A 8 7 7 8 7 9 8 7 8 6 8 8 6 8 8 8

17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31

NIK NADIRAH BT NIK ISKANDAR NIK ZAHITIL AZIRA BT ZAMRI NOORASMA BT MOHD YUSOFF NORSIKIN BT ZAKARIA NURATIKAH BT MOHD TARMIZI NUR ELIANA BT AZMIN NUR FARMIZA BT RAZALI NUR FATIHAH EZATI BT HANUZI NUR SHARIRA BT SHAARI NUR ZAITUL BT MOHD IBRA NURHUSNA MAISARAH BT ZAMRI NURUL ILYANA BT ZAID NURUL SYAMIRAH BT MANAS SITI SYAHIRAH BT ABD RAHMAN SUMAYYAH BT ABU SAMAH

10 7 8 7 7 8 8 5 8 8 8 8 8 7 8

26 18 22 16 22 20 22 13 24 26 24 22 24 18 22

16 6 7 6 7 12 12 7 12 12 12 12 12 4 10

87 52 62 48 60 62 70 42 73 77 73 72 73 43 67

Pencapaian 0-20 21-39 40-59 60-79 80-100

Tahap Sangat Lemah Lemah Sederhana Baik Cemerlang

Bilangan Murid 10 19 2

Peratus 32.3 61.3 6.4

Jadual 3 di atas menunjukkan tahap pencapaian murid setelah ujian diagnostik dijalankan. Didapati hanya dua orang murid berada di tahap pencapaian cemerlang, sembilan belas orang di tahap baik dan sepuluh orang di tahap

sederhana. Pencapaian ini menunjukkan murid-murid menghadapi masalah untuk menjawap soalan yang dikemukakan di bahagian C kertas penulisan Bahasa Melayu. Saya juga telah membuat penelitian terhadap markah yang didapati melalui ujian diagnostik ini. Berdasarkan penelitian, saya dapati seramai empat orang murid Tahun Enam Nilam menghadapi masalah untuk menjawab soalan di bahagian C yang memerlukan mereka mengesan dan menulis ulasan dalam satu perenggan. Berdasarkan maklumat yang diperolehi melalui ujian diagnostik ini, maka saya telah memilih seramai empat belas orang murid untuk dijadikan sampel kajian saya.
31

Mereka selepas ini akan disebut sebagai sampel kajian yang akan digunakan oleh saya untuk mengikuti beberapa tindakan lanjutan yang akan dilaksanakan nanti. Jadual 4 di bawah menunjukkan empat belas orang murid yang akan digunakan oleh saya sebagai sampel kajian saya di dalam penyelidikan tindakan ini. Mereka akan digunakan oleh saya untuk dijadikan bahan kajian dan akan didedahkan dengan berbagai kaedah pengajaran untuk membantu mereka meningkatkan kembali kemahiran. Adalah diharapkan agar pencapaian mereka akan turut meningkat selepas ini. Jadual 4: Senarai murid yang dipilih untuk sampel kajian BIL NAMA MARKAH BAHAGIAN C (/20) 7 8 5 6 9 6 6 6 7 6 7 7 4 10

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14

MUHAMMAD ADHA BIN FAUZI MUHD AFIQ AIMAN BIN RAMLI MUHD AMIR BIN AZALI MUHD DZULKAMARI MUHD FAKRURAZI BIN MOHAMAD MUHD HAFIZUL HARISS BIN AZMI SHAIKH IKMAL BIN ANUAR NIK ZAHITIL AZIRA BT NIK ZAMRI NOORASMA BT MOHD YUSOFF NORSIKIN BT ZAKARIA NURATIKAH BT MOHD TARMIZI NUR FATIHAH EZATI BT HANUZI SITI SYAHIRAH BT ABD RAHMAN SUMAYYAH BT ABU SAMAH

32

20 20 18 16 14 12 10 8 6 4 2 0 7 8 5 6 9 6 6 6 7 6 7 7 4 10

Rajah 2 : Markah pencapaian ujian diagnostik

Latar Belakang Sekolah

Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi merupakan sekolah gred A kategori luar bandar. Sekolah ini terletak lapan kilometer dari Bandar Tanah Merah. Sekolah ini terletak di tepi Sungai Kelantan. Jumlah guru di sekolah ini adalah seramai 32 orang manakala jumlah murid 291 orang yang terdiri daripada 260 orang murid lelaki dan 131 orang murid perempuan.

Sekolah ini terdiri daripada dua blok bangunan baharu dan 1 blok bangunan lama 3 tingkat. Semua bilik khas terdapat di sekolah ini seperti pusat sumber,makmal sains, bilik kemahiran hidup, bilik sukan, bilik komputer, bilik kesihatan, bilik muzik dan sebagainya lagi. Oleh yang demikian, kemudahan di sekolah ini didapati setaraf dengan sekolah-sekolah yang terdapat di bandar.

33

Gambar 1: Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi, Tanah Merah.

Latar Belakang Murid

Murid-murid yang belajar di sekolah ini kebanyakannya adalah berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dan tinggal di kampung di sekitar sekolah ini. Hanya sedikit sahaja murid-murid di sekolah ini yang berlatar belakang dari keluarga pertengahan iaitu yang terdiri daripada anak-anak guru yang mengajar di sini dan anak kakitangan kerajaan.Oleh yang demikian, saya dapati pencapaian mereka di bidang pelajaran adalah agak rendah. Buktinya ialah berdasarkan rekod pencapaian di dalam UPSR pada tahun-tahun lepas. Pada tahun lepas hanya dua orang murid yang berjaya mendapat 5A di dalam UPSR. Pencapaian yang rendah ini adalah disebabkan latar belakang murid yang berada di kampung. Namun begitu, berdasarkan pemerhatian saya, didapati ramai juga murid di sekolah ini yang

mempunyai potensi untuk meningkat maju. Mereka boleh dilatih dengan lebih giat lagi untuk meningkatkan pencapaian pada masa-masa yang akan datang. Apa yang penting sekali ialah guru perlulah lebih bersikap dedikasi ketika menjalankan tugas mengajar di sekolah ini. Jika guru bijak mengajar, murid pun akan turut menjadi bijak di dalam pelajaran.

Pelaksanaan Tindakan
34

Jadual 5 : Jadual Pelaksanaan Tindakan Bil Tarikh 1 4 Mac 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Jun 12 Jun -26 Jun 28 Jun 10 Jul-24 Jul 26 Julai 29Jul- 12 Ogos 14 Ogos 16 Ogos Tindakan Pelaksanaan Ujian Diagnostik ((menjawab soalan kertas 2 : bahagian A,B dan C) Pelaksanaan Ujian Pra (Membuat ulasan yang nilai murninya telah disediakan). Pelaksanaan Tindakan 1 (menghafal dan mengingat 40 nilai murni menggunakan kad nilai murni) Pelaksanaan Ujian Tindakan 1(menyenaraikan nilainilai murni yang berjaya diingat) Pelaksanaan Tindakan 2 (peneguhan konsep nilai murni) Pelaksanaan Ujian Tindakan 2 (menyenaraikan nilai murni berdasarkan ayat kenyataan yang diberi) Pelaksanaan Tindakan 3 (latih tubi terancang menulis ulasan) Pelaksanaan Ujian Tindakan 3 (menulis ulasan lengkap yang telah disediakan nilai murni) Pelaksanaan Ujian Pos (menulis ulasan lengkap berpandukan petikan yang diberi)

Ujian Pra

Ujian pra ialah ujian pencapaian yang diduduki oleh semua sampel bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan sebelum kajian dijalankan. Tujuannya adalah untuk melihat tahap penguasaan sedia ada sampel yang diuji di bahagian C kertas 2 Bahasa Melayu. Berikut merupakan data yang diperolehi oleh saya setelah ujian ini dijalankan. Soalan yang digunakan oleh saya untuk menjalankan ujian pra ini adalah seperti berikut.

35

60 50 50 40 40 30 20 20 10 0 S1 S2 S3 S4 S5 S6 S7 S8 S9 S10 S11 S12 S13 S14 45 40 35 35 35 45 40 35 30 40 30

Rajah 3 : Markah pencapaian ujian pra

Berdasarkan keputusan yang diperolehi ini , saya dapati ramai di antara sampel kajian saya tidak dapat mengingati nilai-nilai murni. Perkara inilah yang menyebabkan mereka tidak berjaya menulis ulasan nilai murni dengan baik di dalam bahagian C. Berdasarkan rajah 3, didapati sampel 7 paling rendah pencapaiannya iaitu hanya berjaya mendapat 20 peratus markah. Manakala sampel 7 pula berjaya mencapai 50 peratus. Oleh yang demikian, maka saya telah merancang tiga plan tindakan untuk membantu sampel kajian saya meningkatkan kemahiran mereka
36

Tindakan Yang Dijalankan

Tindakan 1 Kaedah MAHANIMU

Melalui aktiviti ini, saya telah menyediakan sekeping carta nilai murni kepada setiap responden. Di dalam carta tersebut telah disenaraikan 40 nilai murni yang perlu dihafal oleh sampel. Sampel telah diberi masa selama dua minggu untuk menghafal kesemua nilai murni yang terdapat di dalam carta berkenaan. Carta ini mesti dibawa setiap hari ke sekolah untuk dibaca oleh sampel . Dalam tempoh ini , sampel kajian seramai empat belas orang ini juga dikehendaki menjalani aktiviti menghafal, menyalin dan menyebut nilai murni secara berterusan untuk mengukuhkan daya ingatan mereka terhadap empat puluh nilai murni yang terdapat di dalam carta.

Aktiviti Yang Dijalankan: (i) (ii) (iii) (iv) Menghafal dan mengingat 40 nilai murni di dalam carta. Menyalin semula nilai murni. Menyebut dan menulis semula nilai murni yang berjaya dihafal. Ujian tindakan 1.

37

Gambar 2 : Pelaksanaan Kaedah MAHANIMU

Contoh Bahan

38

Soalan Ujian Tindakan 1

Tindakan 1 ini dijalankan selama dua minggu untuk memastikan semua sampel dapat menghafal semua nilai murni. Tindakan 1 telah dilaksanakan pada 28 Jun 2012 hingga 8 Julai 2012 iaitu selama dua minggu. Untuk menggalakkan mereka menghafal, saya turut menyediakan hadiah kepada sampel yang yang paling banyak mengingati nilai-nilai murni. Di akhir tindakan 1, para sampel menjalani satu sesi ujian bertulis untuk melihat sejauh mana mereka dapat mengingati nilai-nilai murni. Jadual 5 menunjukkan keputusan ujian tindakan 1 yang dijalankan.

Keputusan Ujian Tindakan 1: Jadual 6 : Keputusan Ujian Tindakan 1 Bil Sampel Nilai Murni Diingati 1 1 30 75.0
39

Peratus

2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14

2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 Markah/Purata

31 28 30 33 28 26 32 34 25 28 29 28 32 405/560

77.5 70 75 82.5 70 65 80 85 62.5 70 72.5 70 80 72.3

90 80 70 60 50 40 30 20 10 0 S1 S2 S3 S4 75 77.5 70 75

82.5 70 65

80

85 70 62.5 72.5 70

80

S5

S6

S7

S8

S9

S10

S11

S12

S13

S14

Rajah 4 : Graf Pencapaian Ujian Tindakan 1

40

PENCAPAIAN
CEMERLANG 29%

BAIK 71%

Rajah 5 : Pecahan Pencapaian Sampel Dalam Ujian Tindakan 1 Dapatan dalam ujian tindakan 1 menunjukkan bahawa terdapat 29 peratus (4

orang) sampel telah berjaya mencapai tahap cemerlang dengan pencapaian markah 80 peratus ke atas. Sampel didapati telah berjaya mengingati 32 daripada 40 nilai murni yang terdapat di dalam carta. Sampel 5 mendapat 82.5 peratus, Sampel 8 mendapat 80 peratus, Sampel 9 mendapat 85 peratus dan Sampel 14 mendapat 80 peratus. Ini menunjukkan bahawa ke empat-empat sampel ini telah berjaya mengingati nilai-nilai murni yang mereka hafal.

Seterusnya dapatan dalam ujian ini juga menunjukkan 71 peratus sampel (sepuluh orang) telah mencapai tahap baik. Mereka didapati telah berjaya menghafal di antara 26 hingga 31 nilai murni yang terdapat di dalam carta. Pencapaian sampel yang memberangsangkan ini membuktikan bahawa tindakan 1 saya yang menggunakan kaedah hafal dan ingat telah berjaya dilaksanakan untuk memastikan sampel boleh menyenaraikan nilai murni apabila diminta. Oleh yang demikian, objektif kajian saya yang pertama iaitu meningkatkan kemahiran mengingat, mengesan dan menulis ulasan nilai murni di kalangan murid telah berjaya dicapai.

41

Tindakan 2 Faham Konsep Anda OK Melalui tindakan ini, sampel diberi pendedahan lengkap huraian tentang nilai-nilai murni yang telah dipelajari dalam dalam langkah pertama. Untuk terus menarik minat murid, saya telah menggunakan TMK (perisian power points). Penggunaan perisian power points didapati dapat merangsang minat dan motivasi sampel untuk terus belajar. Sampel berpeluang melihat, menyebut, membaca dan memberikan pendapat ketika aktiviti pengajaran ini berlangsung di dalam bilik ICT. Selain itu, sampel juga turut disediakan nota lengkap tentang huraian setiap nilai murni yang telah dihafal. Untuk tujuan pengukuhan, sampel juga dikehendaki melakukan aktiviti bertulis yang telah disediakan oleh saya.Tindakan 2 ini telah dilaksanakan pada 10 Julai 2012 hingga 24 Julai 2012. Teknik ini dilaksanakan selama lima sesi .

Aktiviti 1 Penjelasan konsep nilai murni dan huraiannya.

Untuk melaksanakan aktiviti ini, saya telah menyediakan senarai lengkap nilai murni dan huraiannya kepada setiap sampel. Sampel diberi penjelasan tentang konsep ini melalui penggunaan ICT (powerpoint). Selain itu sampel juga disediakan senarai lengkap yang ditampal di dalam buku log mereka. Senarai itu perlu dibaca setiap hari untuk membolehkan mereka mentafsir maklumat yang terdapat di dalam petikan nanti. Melalui cara ini, sampel akan dapat memahami sepenuhnya konsep nilai murni yang perlu difahami sebelum dapat menulis ulasan yang berkualiti. Berikut adalah senarai nilai murni dan huraian lengkap yang telah disediakan oleh saya di dalam aktiviti 1 ini.

42

Jadual 7 : Keterangan lengkap tentang nilai murni NILAI RAJIN PERBUATAN / AKTIVITI / TINDAKAN / FRASA Mengulang kaji pelajaran/mengemas rumah/buat kerja rumah/buat jadual waktu belajar/menyiapkan kerja sekolah/buat latihan Membantu ibu pergi ke kedai/membasuh pinggan/mengajar rakan/memberi derma/ tolong guru di sekolah/ bergotong-royong / bermain dgn. bersungguhsungguh/ bermuafakat/berbincang/berganding bahu bahu/berpadu tenaga/bersama-sama/bergilirgilir/bersepakat Memaafkan kesalahan/menolong orang/menghulurkan derma/belanja kawan makan/tidak berdendam Memberi hadiah/menghulurkan derma/belanja kawan makan/menolong/membantu/berkongsi bercakap benar/mengakui kesalahan/tidak mengambil harta benda orang/memulangkan/menyerahkan/mengembalikan melakukan tugas yang diberi oleh guru/ ibu bapa/menyimpan rahsia/wang yang diamanahkan. Menawarkan diri untuk melakukan sesuatu perkara/ secara sukarela Bangun awal/ membaca buku/mengulang kaji pelajaran /mengemas rumah/buat kerja rumah/buat jadual waktu belajar/menyiapkan kerja sekolah/buat latihan Mengucapkan terima kasih/memuji kebaikan/ memberikan hadiah/memberikan ganjaran/duit Menolong orang/menghulurkan bantuan/menderma /menyumbang/mengutipsampah di atas lantai/menegur Mengenal diri dengan cara menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang.

TOLONG-MENOLONG

BEKERJASAMA

BAIK HATI

PEMURAH/ MURAH HATI JUJUR

AMANAH RELA/SANGGUP BERKORBAN MENGHARGAI MASA

MENGHARGAI / MEMBALAS JASA PRIHATIN

BERDISIPLIN

MENJAGA KEBERSIHAN

Menjaga kebersihan diri/rumah/sekolah/alam


43

MENJAGA KESIHATAN MENJAGA KESELAMATAN SEMANGAT PATRIOTIK TABAH/SABAR/ CEKAL PERAMAH/MUDAH MESRA IKHLAS

sekitar/menebas rumput/membakar sampah Makan makanan berkhasiat/ makanan seimbang/bersukan/berjoging/bermain badminton Berhati-hati/memeriksa kenderaan/memandang ke kiri dan kanan/memakai topi keledar Berdiri apabila mendengar lagu Negaraku/ melawat Tugu Negara/tempat bersejarah Tidak kecewa dengan kematian/kesusahan/dugaan/diejek/dihina/ dibuli Bertanya khabar/menyapa kawan

Menolak ganjaran/pemberian/melakukan sesuatu tanpa mengharapkan balasan KASIH SAYANG/ SIMPATI Memeluk anak/cucu kerana lama tak jumpa/ menghulurkan derma kepada orang miskin RASIONAL Melakukan sesuatu setelah memikirkan kebaikannya TAAT / PATUH Mengikut arahan/nasihat ibu bapa/guruMengikut peraturan SEMANGAT Gotong-royong kenduri / ziarah jiran sakitZiarah BERMASYARAKAT/ kematian ucap takziahBeri makanan kepada KEJIRANAN jiran / tolong jiran Memulangkan harta benda orang / melaksanakan BERTANGGUNGJAWAB tugas / menegur perbuatan negatif BERDIKARI Membuat sesuatu perkara sendiri tanpa mengharapkan orang lain/gosok baju/basuh kasut

KEBEBASAN

BERSIKAP SEDERHANA BIJAKSANA /BIJAK BERFIKIR /BIJAK MEMBUAT KEPUTUSAN BERWAWASAN / BERCITA-CITA TINGGI / BERJIWA BESAR DEDIKASI

Mengeluarkan pendapat dalam perbincangan, mencadangkan sesuatu Merendah diri/tidak sombong/tidak bermegahmegah/berkongsi kejayaan dengan ibu bapa/guru Bertindak dengan bijak / melakukan sesuatu setelah berfikir. Ingin berjaya dalam hidup / ingin mengubah nasib keluarga / melanjutkan pelajaran ke menara gading/ ingin menjadi doctor Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga dalam melakukan sesuatu yang berfaedah / bekerja dengan bersunggguh-sungguh Membuat sesuatu perkara sendiri tanpa mengharapkan orang lain/gosok baju/basuh kasut Memaafkan kesalahan orang / bagi pinjam pensel kepada kawan/ tidak berasa marah atas tindakan
44

BERDIKARI BERTOLERANSI / BERTOLAK ANSUR

MEMPUNYAI JATI DIRI BERANI

HORMAT / MENGHORMATI

rakan / tidak mengambil hati Tahan lasak / cekal hati / tabah menghadapi cubaan/rintangan/kesusahan Menyatakan kebenaran / tolong orang lemas / berlawan dengan penjahat / penjenayah / mempertahankan diri Memberi salam / ucapan selamat/ menyapa seseorang dengan baik / bangun apabila guru masuk ke dalam kelas.

Aktiviti 2 Bimbingan Cara Menulis Ayat Berbentuk Ulasan

Melalui aktiviti ini, saya telah membimbing sampel tentang cara-cara hendak menulis ulasan berdasarkan nilai-nilai murni yang disenaraikan. Sampel dibimbing cara-cara menulis ayat yang betul. Penggunaan kita mesti, kita hendaklah, kita seharusnya dan kita perlu didedahkan kepada sampel untuk membolehkan

mereka menulis ayat-ayat yang betul ketika membuat ulasan lengkap. Selain diberi pendedahan, saya juga menyuruh sampel membina ayat-ayat berdasarkan nilai murni yang saya berikan kepada mereka. Berikut adalah contoh-contoh ayat yang perlu ditulis oleh sampel ketika membuat ulasan nilai murni. Saya telah membimbing sampel menulis ayat-ayat yang sesuai berdasarkan petikan yang dibaca untuk mengelakkan ulasan yang terpesong. Saya telah memberikan banyak latihan membina ayat berdasarkan nilai murni yang didapati di dalam petikan. Carta di bawah ini merupakan panduan yang saya sediakan kepada setiap sampel kajian saya. Adalah diharapkan agar sampel dapat membaca dan memperbaiki cara menulis ulasan mereka selepas ini. Jadual 8 : Cara Menulis Nilai Murni Bil 1. Nilai Murni Hormat-menghormati Cara menulis Ayat Kita mesti hormat dan taat kepada ibu bapa / guru / orang yang lebih tua. 2. Tolong-menolong / bantuKita perlu membantu ibu bapa meringankan
45

membantu

beban rnereka. Kita perlu membantu murid-murid / adik yang lemah dalam pelajaran. Kita perlu membantu orang yang menghadapi kesusahan/ bermasalah

3.

Bertanggungjawab

Kita mesti bertanggungjawab menjaga kebersihan kelas/ rumah / alam sekitar kita. Kita mesti bertanggungjawab menyiapkan kerja rumah yang diberikan. Kita mesti menjadi seorang anak / murid yang bertanggungjawab.

4.

Menjaga kebersihan

Kita mesti sentiasa menjaga kebersihan rumah / sekolah / tempat tinggal / diri sendiri

Menjaga kesihatan

Kita mesti sentiasa menjaga kesihatan diri dengan makan makanan berkhasiat

Mendengar nasihat

Kita mesti mendengar nasihat guru / ibu bapa / orang lain.

Hemah tinggi

Kita mesti bergaul mesra dengan semua orang. Kita mesti berbudi bahasa dalam pergaulan. Kita mesti mengakui kesalahan diri serta sanggup berubah.

Kasih sayang

Kita mesti bersikap sayangkan diri sendiri / orang lain. Kita mesti bangga dan taat setia kepada negara.

Baik hati

Kita mesti bersikap belas kasihan terhadap kesusahan orang lain. Kita mesti bertimbang rasa terhadap kesusahan orang lain. Kita mesti bermurah hati memberi bantuan kepada orang lain. Kita sanggup meminta dan memberi maaf kepada orang lain.
46

10. Keadilan 11. Bersopan santun

Kita mesti bersikap adil membuat sesuatu perkara. Kita perlu bersopan santun kepada guru / ibu bapa / rakan/ orang yang lebih tua.

12.

Menghargai masa

Kita mesti menghargai masa dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

13.

Berjimat-cermat

Kita perlu berjimat-cermat dengan wang / bekalan air / bekalan elektrik.

14

rajin

Kita perlu rajin membaca untuk lulus dengan cemerlang.

15

Jujur

Kita perlu bersikap jujur melakukan sesuatu dengan tidak bercakap bohong.

16

Berhati-hati

Kita merti berhati-hati pada setiap masa / di jalan raya / semasa bekerja.

17

Kesyukuran

Kita perlu bersyukur dapat hidup dengan aman. Kita perlu mengenang jasa ibu bapa / guru kita.

18

Bertolak ansur

Kita perlu bertolak ansur antara satu dengan yang lain.

19

Berterima kasih

Kita perlu mengucapkan terima kasih atas bantuan yang diberikan.

20

Kejiranan

Kita perlu bersikap kejiranan terhadap jiran tetangga.

21 22 23

Kesederhanaan

Kita perlu bersikap kesederhanaan pada setiap masa.

Berdisiplin Semangat patriotik

Kita mesti berdisiplin pada setiap masa. Kita perlu cinta akan negara dan bersyukur kerana negara kita aman damai. Kita hendaklah berdiri tegak ketika menyanyikan lagu Negaraku.

24

Berani

Kita perlu bersikap berani menghadapi cabaran/ masalah.

25

Mematuhi peraturan

Kita mesti mematuhi peraturan pada setiap


47

masa. 26 Bekerjasama Kita perlu sentiasa bekerjasama melakukan sesuatu kerja.

Aktiviti 3 Menyatakan nilai murni berdasarkan penyataan Di dalam aktiviti 3, saya telah menyediakan latihan bertulis yang perlu dijawab oleh sampel. Sampel dikehendaki menyatakan nilai murni berdasarkan ayat yaang telah disediakan oleh saya. Didapati kebanyakan sampel kajian saya telah berjaya menyenaraikan nilai-nilai murni berdasarkan ayat-ayat yang saya sediakan di dalam lembaran kerja. Saya telah menggunakan pencapaian sampel di dalam aktiviti 3 ini untuk melihat hasil dapatan tindakan 2. Contoh latihan 1 Bil Penyataan Nilai murni 1 Setiap hari Ali membasuh sendiri pakaian sekolahnya. 2 Setelah tiada kereta yang lalu barulah Abu melintas jalan raya. 3 Mamat mengucapkan terima kasih kepada pemuda yang menolongnya. 4 Samad menyerahkan dompet yang dijumpai di tepi jalan kepada gurunya. 5 Azaha bangun tidur setelah jam locengnya berbunyi. 6 Kasim menolong jirannya yang baru berpindah rumah. 7 Setiap malam Ramli mengulangkaji pelajarannya sehingga jam 11.00 malam. 8 Zuki berdiri tegak ketika menyanyikan lagu Negaraku. 9 Asmara tidak memarahi adik lelakinya yang selaku bersikap nakal itu. 10 Shamsudin berkongsi bekalan dengan rakannya yang terlupa membawa wang ke sekolah.

48

Contoh Soalan Ujian

Keputusan Ujian Tindakan 2

Berikut merupakan keputusan pencapaian sampel kajian berdasarkan ujian yang diadakan di akhir tindakan 2. Jadual 9: Keputusan Ujian Tindakan 2

Bil

Sampel

Jawapan Betul

Peratus

49

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 Markah/Purata

16 14 16 20 20 16 18 20 16 20 14 20 16 20 246/280

80 70 80 100 100 80 90 100 80 100 70 100 80 100 87.8

120 100 80 60 40 20 0 S1 S2 S3 S4 S5 S6 S7 S8 S9 100 100 80 70 80 80 90 100 80 100 70

100 80

100

S10 S11 S12 S13 S14

Rajah 6: Analisa Pencapaian Sampel Dalam Ujian Tindakan 2

50

PENCAPAIAN

2 CEMERLANG BAIK

12

Rajah 7 : Pencapaian cemerlang dan baik Keputusan ujian tindakan 2 menunjukkan bahawa terdapat seramai dua belas sampel (85.7%) telah berjaya mencapai tahap pencapaian cemerlang manakala dua lagi sampel (14.3%) mencapai tahap baik. Seramai enam sampel kajian saya iaitu sampel 4, sampel 5, sampel 8, sampel 10, sampel 12 dan sampel 14 telah berjaya mendapat markah seratus peratus. Ini menunjukkan tahap pemahaman mereka terhadap nilai murni telah berada di tahap yang terbaik hasil tindakan yang telah dilakukan oleh saya. Sampel berkenaan didapati telah memahami huraian tentang tentang konsep nilai-nilai murni. Sampel 2 dan sampel 11 pula hanya berjaya mendapat masing-masing tujuh puluh peratus. Sampel ini didapati masih belum dapat memahami sepenuhnya konsep nilai murni apabila disoal oleh saya. Saya akan terus menjalankan usaha-usaha seterusnya untuk memastikan dua sampel ini dapat menguasai kemahiran ini. Purata keseluruhan markah yang berjaya dicapai bagi ujian tindakan 2 adalah 87.8 peratus. Purata ini merupakan peningkatan sebanyak 13.9 peratus berbanding ujian tindakan 1 yang diadakan sebelum ini. Peningkatan ini membuktikan bahawa penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran saya telah berjaya. Sampel kelihatan berasa lebih seronok ketika sesi pengajaran dilaksanakaan. Dapatan ujian tindakan 2 ini membuktikan bahawa kaedah pengajaran menggunakan TMK adalah kaedah yang paling berkesan untuk membantu meningkatkan kemahiran muridmurid untuk mengesan dan menulis ulasan nilai-nilai murni.

51

Tindakan 3 Kerap Jangan Tak Kerap Aktiviti ini melibatkan latih tubi menulis nilai murni dan telah dilaksanakan pada 29 Julai 2012 hingga 12 Ogos 2012. Teknik ini telah dijalankan selama tujuh sesi sepanjang tempoh dua minggu dan dilaksanakan selepas waktu sekolah.Melalui tindakan ketiga ini, saya telah menyediakan beberapa set soalan yang berkaitan dengan latihan menulis ulasan. Terdapat tiga langkah dalam tindakan 3 ini. Dalam langkah pertama, sampel diminta membaca beberapa contoh ulasan yang telah siap. Sebanyak lima set contoh jawapan telah disediakan untuk dibaca oleh sampel. Dalam langkah kedua pula, sampel didedahkan dengan teknik menggaris ayat-ayat yang mempunyai nilai murni, mengenalpasti nilai murni dan seterusnya mencatat lima nilai murni di tepi petikan. Saya menggunakan tiga sesi pengajaran untuk melatih sampel supaya menjadi mahir mengesan nilai murni yang terdapat di dalam petikan yang dibaca.Akhir sekali, dalam langkah ketiga barulah sampel dibimbing untuk menulis ulasan berdasarkan nilai-nilai murni yang telah mereka senaraikan di dalam langkah kedua tadi. Sampel dibimbing langkah demi langkah menulis ulasan sehinggalah selesai. Selain itu sampel juga dilatih menulis ulasan berpandukan ayat yang tidak lengkap. Untuk tujuan pengukuhan, saya elah menyediakan tujuh set petikan yang berbeza untuk membolehkan sampel membuat latihan lanjutan bagi tujuan peneguhan kemahiran menulis ulasan.

52

Gambar 3 : Latih tubi terancang sedang dijalankan

Keputusan Ujian Tindakan 3 Jadual 10: Markah pencapaian ujian tindakan 3 Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 Sampel 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 Markah/Purata Skor Markah 17 15 17 18 16 17 18 17 16 18 15 18 17 20 186/280 Peratus 65 60 65 75 80 55 60 65 70 60 65 75 70 80 67.5
53

90 80 70 60 50 40 30 20 10 0 S1 S2 S3 S4 65 65 60 75

80 65 70 60 65

75 60

80 70

55

S5

S6

S7

S8

S9

S10

S11

S12

S13

S14

Rajah 8: Analisa Pencapaian Sampel Dalam Ujian Tindakan 3

Berdasarkan data di dalam jadual 9 dan rajah 8 di atas, didapati markah purata yang berjaya dicapai oleh sampel kajian hanya 67.5 peratus sahaja. Pencapaian sampel dalam ujian tindakan 3 didapati merosot. Ini adalah kerana sampel dikehendaki menulis sendiri ulasan berdasarkan petikan yang disediakan. Seramai dua belas sampel didapati tidak dapat menyenaraikan lima nilai murni yang terdapat di dalam petikan. Namun begitu, sampel 5 dan sampel 14 yang masing-masing mendapat markah 80 peratus didapati boleh menulis ulasan dengan baik. Hasil dapatan daripada ujian tindakan 3 ini menunjukkan bahawa kebanyakan sampel masih belum dapat menguasai sepenuhnya kemahiran mengesan dan menulis ulasan nilai-nilai murni. Sebagai contohnya sampel 6 hanya berjaya menyenaraikan tiga nilai murni sahaja ketika ujian tindakan 3 ini dijalankan. Lain-lain nilai murni yang dinyatakan oleh sampel 6 didapati tidak betul. Sampel 6 perlu dibimbing dengan lebih giat lagi untuk membolehkannya mengesan nilai murni yang tepat selepas ini. Di samping itu juga saya dapati sampel 6 kerap tidak masuk ke kelas kajian saya. Selain itu, sampel 6 juga ada beberapa kali tidak menyiapkan latihan yang diberikan oleh saya. Situasi ini berbeza jika dibandingkan dengan semangat yang ditunjukkan oleh sampel 4, sampel 5, sampel 9, sampel 12 ,sampel 13 dan
54

sampel 14. Keenam-enam sampel ini telah menunjukkan minat yang tinggi ketika disuruh membuat latihan yang saya berikan. Sebab itulah enam sampel ini telah berjaya mencapai markah yang tinggi dan hampir tinggi ketika sesi Tindakan 3 ini dujalanka. Oleh yang demikian, saya akan terus menjalankan usaha-usaha untuk memastikan sampel kajian yang lemah ini dapat terus dibimbing untuk meningkatkan pencapaian mereka.

Kaedah Pengumpulan Data

Kaedah Pemerhatian

Kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan untuk mengukur pemboleh ubah penyelidikan. Pemerhatian juga merupakan alternatif yang ada dalam mengumpul maklumat atau pengumpulan data selain soal selidik dan temuduga. Melalui pemerhatian, penyelidik dapat mengamati sesuatu tingkah laku subjek berpandukan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang telah dikenal pasti. Peranan penyelidik ialah sebagai pemerhati terhadap perubahan-perubahan tingkah laku, mendengar, serta melihat tingkah laku subjek sama ada dari jauh atau dari dekat. Menggunakan kaedah ini, penyelidik atau pemerhati perlu memerhati sampelsampelnya dalam tempoh masa yang tententu. Kaedah pemerhatian sesuai digunakan khususnya apabila penyelidik mengkaji perkembangan tingkah laku sesuatu unit sosial, misalnya mengkaji perkembangan tingkah laku kanak-kanak, kesan kesesakan terhadap kecenderungan pemberontakan, kesan kebisingan terhadap tingkah laku agresif dan kebimbangan di kalangan individu yang menghadiri temuduga. Kaedah pemerhatian juga sering digunakan dalam penyeliaan praktikum kaunseling dan latihan mengajar di kalangan kaunselor dan guru pelatih. Sebelum membuat pemerhatian, penyelidik perlu membuat perancangan yang baik dan teliti. Setiap pemerhatian mestilah mempunyai tujuan tertentu, dilakukan secara sistematik, mempunyai fokus, dan mestilah dicatatkan secara rapi dan betul. Catatan yang dibuat mestilah tepat, sah, dan boleh dipercayai.

55

Temu bual Temu bual adalah lagi satu kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam penyelidikan kualitatif termasuk penyelidikan tindakan. Bagaimana pun, perlu ditegaskan bahawa teknik temu bual juga digunakan dalam pengutipan data dalam penyelidikan kuantitatif. Contohnya, guru menemu bual murid-murid yang didapati kerap tidak menyiapkan kerja rumah yang diberi. Teknik temu bual boleh dijalankan di dalam bilik darjah. Temu bual melibatkan perbualan antara penyelidik dengan guru atau murid bagi tujuan mendapatkan maklumat yang relevan dengan kajian. Dalam penyelidikan tindakan guru selaku penyelidik, akan menemu bual murid tentang sikap, minat, perasaan, konsepsi, pengetahuan, pendapat atau pemahaman mereka tentang pengajaran yang dilalui. Guru mungkin menemu bual mereka sebelum, semasa atau di akhir pengajaran atau mana-mana kombinasi yang didapati sesuai. Melalui temu bual, data yang diperoleh daripada pemerhatian dapat diperkukuh dan diperlengkapkan. Ini dimaksudkan sebagai triangulasi yang bertujuan untuk mengesah data atau maklumat yang diperoleh.

Data-data yang dikumpulkan di dalam kajian tindakan ini adalah berdasarkan markah-markah yang didapati di dalam beberapa siri ujian yang dijalankan oleh saya melalui ujian diagnostik, ujian pra dan ujian pos. Data-data yang didapati ini dianalisis dari setiap aspek untuk mengesan sebarang peningkatan pencapaian sampel yang dijadikan bahan kajian ini. Data-data yang didapati di dalam ujian berkenaan akan dibuat perbandingan berdasarkan angka-angka dengan prestasi sebenar sampel. Data yang berjaya saya kumpulkan itu dipersembahkan dalam bentuk jadual dan rajah. Berdasarkan data-data yang berjaya dikumpulkan itu saya membuat analisis secara terperinci bagi setiap sampel yang menjadi bahan kajian saya. Datadata yang dianalisis itu boleh dijadikan ukuran adakah tindakan yang saya lakukan terhadap sampel itu berjaya atau sebaliknya.

Ujian Diagnostik
56

Adalah satu alat pengukuran yang membolehkan guru pemulihan khas mengesan punca dan kawasan kelemahan secara terpeinci yang dihadapi oleh seseorang murid. Ujian diagnostik bertujuan membantu guru mengenalpasti secara khusus kesulitan kesulitan yang dihadapiolehmurid. Ujian diagnostik bertujuan membantu guru mengenal pasti punca kegagalan murid untuk menguasai sesuatu kemahiran. Ujian diagnostik bertujuan membantu guru mengenal pasti kumpulan tertentu mengikut kebolehan dan kawasan-kawasan kesukaran yang dihadapi oleh murid. Ujian diagnostik bertujuan membantu guru merancang satu program pengajaran yang khusus pada individu atau kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik. Ujian diagnostik bertujuan membolehkan guru merancang dan membina program dan bahan bantu mengejar yang bersesuaian mengikut tahap murid.

DAPATAN DAN REFLEKSI

ANALISIS DATA

Perbandingan Pencapaian Dalam Ujian Tindakan 1, Tindakan 2 dan Tindakan 3.

Jadual 11: Rekod pencapaian ujian tindakan 1,2 dan 3.


BIL SAMPEL 1 S1 2 S2 3 S3 4 S4 5 S5 6 S6 7 S7 8 S8 9 S9 10 S10 11 S11 12 S12 13 S13 14 S14 PERATUS KESELURUHAN T1 75 77.5 70 75 82.5 70 65 80 85 62.5 70 72.5 70 80 73.9% T2 80 70 80 100 100 80 90 100 80 100 70 100 80 100 87.8% T3 65 60 65 75 80 55 60 65 70 60 65 75 70 80 67.5% PURATA 73.3 69.2 71.6 83.3 83.3 68.3 71.6 81.6 78.3 74.2 71.6 85.8 78.3 86.6 76.4%

57

120 100 80 60 40 20 0 Tindakan 1 Tindakan 2 Tindakan 3

Rajah 9 : Perbandingan pencapaian ujian tindakan

100 80 60 40 20 0 TINDAKAN 1 73.9

87.8 76.4 67.5

TINDAKAN 2

TINDAKAN 3

PURATA

Rajah 10 : Purata markah ujian tindakan

Rajah 9 dan rajah 10 menunjukkan data-data yang dikumpul daripada keputusan Ujian Tindakan 1, Ujian Tindakan 2 dan Ujian Tindakan 3. Didapati semua sampel telah mengalami peningkatan di dalam ujian yang saya jalankan itu. Dalam Ujian Tindakan 1, saya dapati semua sampel telah mengalami peningkatan pencapaian di mana tiada lagi sampel yang berada di tahap pencapaian lemah sebagaimana ketika menduduki ujian diagnostik dahulu. Ketika Ujian Tindakan 1 diadakan, markah purata yang berjaya dicapai oleh sampel kajian saya ialah 73.9 peratus.Semua sampel telah berada pencapaian memuaskan. Markah-markah yang diperolehi oleh mereka
58

adalah di antara enam hingga sepuluh . Peningkatan ini sungguh membanggakan saya kerana saya dapati para sampel telah mula mengingati nilai-nilai murni yang sepatutnya dihafal oleh setiap murid sekolah rendah. Berdasarkan pemeriksaan kertas jawapan ujian tindakan 1, saya dapati kebanyakan sampel boleh menyenaraikan di antara dua puluh lima hingga tiga puluh dua nilai murni yang perlu dituliskan pada kertas jawapan. Oleh yang demikian, saya akan meneruskan strategi untuk memastikan sampel menghafal nilai-nilai murni sepenuhnya.

Ketika ujian tindakan 2 dijalankan, didapati telah berlaku peningkatan terhadap pencapaian. Didapati ramai sampel telah dapat menyenaraikan nilai-nilai murni dengan tepat berdasarkan penyataan yang diberi kepada mereka. Peningkatan pencapaian ini kemungkinan disebabkan oleh pengajaran menggunakan TMK yang telah digunakan oleh saya. Penggunaan TMK di dalam pengajaran telah menyebabkan sampel lebih memahami isi pelajaran yang saya sampaikan. Purata pencapaian keseluruhan sampel ketika ujian tindakan 2 dijalankan adalah 87.8 peratus. Peratusan ini merupakan satu pencapaian tertinggi di antara tiga tindakan yang telah dijalankan.

Namun begitu, ketika ujian tindakan 3 dijalankan, saya dapati purata peratusan sampel telah merosot kepada 67.5 peratus. Kemerosotan ini berlaku disebabkan saya telah mengggunakan kaedah latih tubi. Saya telah menyediakan beberapa set petikan yang perlu dijawab sendiri oleh sampel tanpa sebarang bimbingan lagi. Tujuan saya ialah supaya sampel dapat membiasakan diri menulis ulasan sebagai persediaan menghadapi peperiksaan UPSR nanti.

Peratus pencapaian markah keseluruhan sampel bagi ketiga-tiga ujian ialah 76.4 peratus. Pencapaian ini menunjukkan bahawa objektif pertama saya iaitu meningkatkan kemahiran murid mengingat nilai-nilai murni di kalangan murid tahun enam telah berjaya dicapai. Namun begitu saya masih perlu menggiatkan usahausaha lain untuk memastikan sampel kajian saya benar-benar menguasai kemahiran mengingat, mengesan dan menulis ulasan nilai murni. Saya perlu meminta sampel menghafal semula senarai nilai murni yang perlu diingat oleh setiap murid di sekolah rendah khasnya untuk murid tahap dua. Saya berpendapat selagi senarai nilai murni
59

gagal diingat sepenuhnya, selagi itulah murid-murid gagal menjawab dengan cemerlang soalan bahagian C ini. Ujian Pos

Ujian pos telah dijalankan oleh saya pada 16 Ogos 2012. Ujian pos merupakan ujian akhir untuk menilai pencapaian akhir sampel kajian saya.

Keputusan ujian pos ini akan digunakan oleh saya untuk menilai keberkesanan kaedah pengajaran yang digunakan oleh saya ketika menjalankan penyelidikan tindakan ini. Kesemua sampel telah diuji menggunakan petikan soalan bahagian C yang disediakan oleh saya. Para sampel telah diasingkan daripada murid-murid lain untuk mengelakkan sebarang gangguan ketika mereka menjawab soalan ujian pos ini. Saya meminta para sampel menjawab soalan sebaik mungkin untuk

membolehkan mereka mendapat markah yang setinggi mungkin. Di dalam ujian ini didapati sampel telah berusaha menjawab soalan yang diberikan dengan penuh teliti. Saya sungguh berpuashati dengan kerjasama yang diberikan oleh para sampel.

Gambar 4: Sampel sedang menjalani ujian pos.

Jadual 12: Markah dan peratus pencapaian ujian pos


BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 SAMPEL S1 S2 S3 S4 S5 S6 S7 S8 MARKAH 12 14 14 16 16 12 11 13 PERATUS 60 70 70 80 80 60 55 65 GRED B B B A A B C B

60

9 10 11 12 13 14

S9 S10 S11 S12 S13 S14 PURATA PENCAPAIAN KESELURUHAN

13 13 14 16 13 16

65 65 70 80 65 80 68.9%

B B B A B A

90 80 70 60 50 40 30 20 10 0

80 60 70 70

80 65 65 65 70

80 65 60 55

80

S1

S2

S3

S4

S5

S6

S7

S8

S9

S10

S11

S12

S13

S14

Rajah 11 : Peratus pencapaian sampel dalam ujian pos

Rajah 11 di atas menunjukkan markah pencapaian sampel dalam ujian pos yang dijalankan dijalankan oleh saya untuk melihat pencapaian akhir sampel setelah tiga jenis tindakan selesai dijalankan. Berdasarkan keputusan ujian pos didapati peratusan keseluruhan markah pencapaian sampel adalah 68.9 peratus. Purata markah bagi ujian pos didapati telah meningkat berbanding Ujian Tindakan 3 tetapi lebih rendah berbanding Ujian Tindakan 2. Ketika ujian pos dijalankan, saya menggunakan soalan percubaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2012.

Seramai empat sampel iaitu sampel 4, sampel 5, sampel 12 dan sampel 14 telah berjaya mendapat markah 80 peratus. Keempat-empat sampel ini didapati telah berjaya menyenaraikan lima nilai murni yang terdapat di dalam petikan. Mereka juga boleh menulis ulasan dengan cemerlang.

Sampel 2, sampel 3 dan sampel 11 pula berjaya mendapat markah 70 peratus. Ketiga-tiga sampel ini hanya berjaya menyenaraikan empat nilai murni yang didapati di dalam petikan. Ayat-ayat yang dibina pula dalam tahap pencapaian baik.
61

Terdapat juga sampel yang mendapat markah di antara 60 hingga 65 peratus. Sampel-sampel berkenaan ialah sampel 1, sampel 6, sampel 8, sampel 9, sampel 10 dan sampel 13. Saya dapati sampel-sampel berkenaan berjaya menyenaraikan nilai murni tetapi ulasan yang ditulis kurang tepat dengan perkara yang terdapat di dalam petikan. Oleh yang demikian mereka gagal mendapat markah yang tinggi. Manakala sampel 7 pula mempunyai masalah tidak dapat mengesan nilai murni. Dia hanya dapat menyenarai dua nilai murni sahaja ketika menulis ulasan. Nilai-nilai murni lain yang diberi didapati kurang tepat. Sampel ini juga didapati masih tidak dapat ingat sepenuhnya 40 nilai murni yang terdapat didalam carta nilai murni.

Analisa Perbandingan Pencapaian Ujian Pos dan Ujian Pra Jadual 13: Perbandingan markah ujian pra dan ujian pos
BIL SAMPEL UJIAN PRA MARKAH 8 9 7 8 9 7 4 7 8 7 6 8 6 10 104 % 40 45 35 40 45 35 20 35 40 35 30 40 30 50 UJIAN POS MARKAH % 17 17 16 16 15 17 15 17 13 16 14 15 17 16 221 85 85 80 80 75 85 75 85 65 75 70 75 85 80 PENINGKATAN PENCAPAIAN MARKAH 45 40 45 40 30 50 55 50 25 50 40 35 55 30 117

S1 1 S2 2 S3 3 S4 4 S5 5 S6 6 S7 7 S8 8 S9 9 S10 10 S11 11 S12 12 S13 13 S14 14 JUMLAH MARKAH

62

250 200 150 104 100 50 0 UJIAN PRA

221

UJIAN POS

Rajah 12 : Perbezaan jumlah markah di antara ujian pra dan ujian pos

Jadual 13 dan rajah 12 menunjukkan perbezaan markah pencapaian sample dalam ujian pra dan ujian pos. Markah keseluruhan sampel yang berjaya dikumpul di dalam ujian pra ialah 104. Ketika ujian pos dijalankan, telah berlaku peningkatan markah keseluruhan kepada 221. Peningkatan markah yang berlaku adalah sebanyak 117 markah. Peningkatan ini merupakan satu keputusan positif di dalam kajian tindakan yang saya jalankan ini. Saya dapati sampel telah benar-benar faham tentang cara-cara menulis nilai murni.Berdasarkan jawapan yang diberi oleh setiap sampel, didapati sampel telah dapat menguasai kemahiran menulis ulasan dengan betul. Sampel didapati telah dapat menyenaraikan nilai-nilai murni sebelum mereka mula menulis ulasan yang lengkap. Jika dibandingkan dengan pencapaian sampel sebelum mereka diambil sebagai sampel kajian, didapati kesemua sampel telah meningkat ke tahap yang lebih baik. Ini menunjukkan kajian tindakan yang dijalankan telah berupaya untuk membantu meningkatkat pencapaian sampel berbanding keadaan sebelumnya.

63

90 80 70 60

85

85 80 80 75

85 75

85 80 75 70 65

85 80

50 50 40 40 30 20 20 10 0 S1 S2 S3 S4 S5 S6 S7 S8 S9 S10 S11 S12 S13 S14 35 45 40 35 35 45 40 35 30 30 40

Rajah 13: Perbandingan markah ujian pra dan ujian pos

Kajian

yang

saya

jalankan

ini

menunjukkan

peningkatan

yang

memberangsangkan. Hasil dari segi pelaksanaan yang telah saya jalankan didapati sampel telah menguasai kemahiran mengesan nilai murni di dalam teks yang dibaca dengan baik. Buktinya, pencapaian sampel dalam ujian pos juga menunjukkan peningkatan yang amat ketara. Berdasarkan ketiga-tiga strategi yang dujalankan, strategi Mari Hafal Nilai Murni telah dikuasai oleh sampel . Hal ini kerana, aktiviti kumpulan yang dijalankan dapat menarik minat sampel untuk melaksanakan aktiviti dengan

bersungguh-sungguh. Tambahan pula aktiviti ini dilakukan dengan pelaksanaan ganjaran di mana saya memberikan hadiah kepada sampel yang paling banyak dapat menyenaraikan nilai-nilai murni dalam tempoh yang ditetapkan.

Perbandingan Kesesuaian Kaedah Pengajaran

64

100
90 80 70 60 50 40 30 20 73.9 67.5 87.8

10
0 TINDAKAN 1 TINDAKAN 2 TINDAKAN 3

Rajah 14: Purata markah pencapaian mengikut kaedah pengajaran

Rajah 14 di atas merupakan purata markah pencapaian sampel di dalam tiga ujian yang dijalankan dalam tindakan 1, tindakan 2 dan tindakan 3. Saya telah menjalankan kaedah yang berbeza di setiap tindakan. Saya menggunakan kaedah menghafal di dalam tindakan 1. Didapati pencapaian keseluruhan dalam ujian tindakan 1 ialah 73.9 peratus. Ketika melaksanakan tindakan 2, saya telah menggunakan kaedah pengajaran berasaskan TMK. Purata markah pencapaian sampel telah meningkat kepada 87.8 peratus. Pencapaian ini menunjukkan kaedah yang sesuai digunakan untuk meningkatkan kemahiran murid dalam mengingat, mengesan dan menulis nilai murni ialah kaedah pengajaran berasaskan TMK. Ini adalah kerana murid didapati lebih aktif, seronok dan bermotivasi ketika belajar. Oleh yang demikian, maka kaedah ini wajar selalu digunakan oleh semua guru untuk meningkatkan pencapaian murid masing-masing.

Ketika saya menjalankan tindakan 3 pula, didapati peratusan pencapaian agak menurun sedikit. Perkara ini adalah disebabkan kaedah yang saya gunakan adalah lebih bertumpu kepada aktiviti latih tubi menulis ulasan secara individu. Tujuannya ialah supaya sampel kajian saya dapat menulis sendiri ulasan tanpa bimbingan daripada saya. Sampel hanya diberi beberapa set latihan dan dikehendaki menulis
65

ulasan lengkap sendiri. Oleh yang demikian, maka pencapaian mereka agak menurun sedikit tetapi jika dibandingkan dengan prestasi awal mereka ketika ujian diagnostik dijalankan, keputusan masih menunjukkan peningkatan yang agak ketara. Kesimpulannya, segala tindakan yang dilakukan oleh saya ini telah mencapai kejayaan dari segi membantu sampel meningkatkan pencapaian mereka.

Berdasarkan dapatan ini, saya dapat membuat kesimpulan bahawa minat dan pemahaman sampel akan mengalami perbezaan berdasarkan kaedah yang digunakan oleh guru ketika mengajar di dalam bilik darjah. Jika guru menggunakan kaedah yang menarik contohnya menggunakan kaedah TMK, pencapaian murid mereka akan meningkat di dalam ujian atau peperiksaan yang bakal dihadapi. Oleh yang demikian, saya dapati kaedah mengajar menggunakan TMK lebih sesuai digunakan untuk meningkatkan kemahiran dan kefahaman pelajar. Pendapat ini disokong oleh Rashidi Azizan & Abd Razak Habib (1996).

KESIMPULAN

Implikasi Kajian

Kajian yang dijalankan ini menunjukkan bahawa telah berlaku peningkatan pencapaian yang memberangsangkan.Peningkatan pencapaian tersebut dapat dilihat melalui dapatan kajian yang dilakukan. Peningkatan pencapaian yang berlaku adalah hasil kreativiti yang saya lakukan dalam setiap tindakan yang telah dilaksanakan.

Berdasarkan kepada ketiga-tiga tindakan yang dijalankan, tindakan kedua iaitu MAHANIMU didapati berkesan kerana kaedah ini telah membantu sampel kajian saya lebih mengingati nilai-nilai murni. Setelah senarai nilai murni dihafal barulah murid boleh mengesan dan menyenaraikannya berdasarkan petikan yang dibaca. Oleh yang demikian, para guru perlulah menyuruh murid-murid di dalam kelasnya menghafal empat puluh nilai murni ini ketika murid berada di tahun empat lagi untuk memastikan mereka boleh menjawab soalan di bahagian C dengan cemerlang.
66

Pelaksanaan tindakan yang kedua iaitu Faham Konsep Anda OK telah memberi kefahaman yang lebih kepada sampel kerana sampel telah boleh

mengaitkan ayat dengan nilai-nilai murni yang terdapat di dalam ayat. Kaedah yang dijalankan oleh saya menggunakan TMK didapati telah menyebabkab sampel kajian mudah faham tentang konsep nilai murni berbanding cara biasa yang digunakan oleh guru. Oleh itu para pendidik perlu menggunakan ICT untuk membantu mereka mengajar dengan lebih berkesan dan disukai oleh murid. Kerap Jangan Tak Kerap yang merupakan tindakan ketiga saya berbentuk latih tubi terancang pula didapati telah memberi peluang kepada sampel tentang teknik yang betul menulis ulasan lengkap. Melalui kaedah ini, sampel telah dilatih membaca dahulu petikan sehingga faham, menggaris ayat yang mempunyai kaitan dengan nilai murni, menyenarai lima nilai murni dan seterusnya barulah mula menulis ulasan lengkap dalam satu perenggan. Sampel yang dilatih menggunakan beberapa set contoh petikan berkaitan nilai-nilai murni didapati semakin mahir menulis ulasan apabila latihan diberi kepada mereka. Oleh itu para guru perlu menggunakan kaedah latih tubi untuk memahirkan murid-murid melakukan sesuatu.

Cadangan Penambahbaikan

Cadangan yang saya jalankan telah berjaya dilaksanakan dan setiap tindakan yang digunakan telah membantu sampel untuk menangani masalah mengesan nilai murni di dalam petikan dan menulis ulasan.Namun demikian, terdapat cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh pengkaji seterusnya berkaitan dengan masalah pembinaan ayat berdasarkan gambar ini.

Model yang saya gunakan sewaktu menjalankan kajian ini ialah Model Kajian Kemmis & Mc Taggard (1988). Saya dapati penggunaan satu gelung kajian sahaja telah memadai untuk meningkatkan keupayaan sampel dalam mengesan dan menulis ulasan nilai murni.Namun demikian, pengkaji boleh meneruskan kajian mereka dengan mengambil tindakan susulan iaitu gelungan kedua jika dapatan yang diperolehi tidak memuaskan atau tidak berjaya.
67

Sementara itu, para pengkaji boleh menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) seperti video, audio,internet, laman sesawang dan pelbagai lagi pelaksanaan tindakan yang dirancang. Melalui kajian yang dijalankan, hanya bahanbahan maujud dijadikan sebagai Bahan Bantu Mengajar(BBM). Penggunaan BBM yang maujud ini bukan bermaksud tidak berkesan dalam pengajaran, namun dengan penggunaan medium TMK dalam kajian, satu inovasi dalam pendidikan akan berjaya dilaksanakan.

Saya telah menggunakan kaedah pengajaran beramai-ramai. Kaedah pengajaran ini sememangnya memudahkan guru. Namun begitu, faktor tahap kognitif sampel yang berbeza-beza menyebabkan isi pengajaran dan pembelajaran agak terganggu. Sampel yang lemah telah mengganggu konstrentasi sampel lain untuk belajar. Pada masa akan datang, para pengkaji boleh menggunakan kaedah pembelajaran secara berpasangan. Sampel yang lemah akan dibimbing oleh guru dan seorang lagi sampel yang agak cemerlang.

Cadangan Kajian Lanjutan

Kajian lanjut yang dicadangkan ialah agar pengkaji seterusnya dapat menggunakan responden dalam jumlah yang lebih besar serta datang dari pelbagai jenis kelas yang memilki kognitif yang berbeza. Hal ini akan memberikan hasil dapatan yang lebih menyeluruh serta dapat mewakili pelbagai latar belakang sampel sama ada dari segi kelas sosial atau tahap pencapaian murid.

Selain itu, saya juga berpendapat bahawa kaedah pembelajaran boleh dipelbagaikan untuk menarik minat sampel. Kaedah yang mudah dan menarik akan menjadikan sampel berasa lebih seronok melaksanakan aktiviti yang diadakan. Para

68

pengkaji boleh memikirkan lain-lain kaedah yang menarik dan lebih berkesan untuk memastikan sampel meningkat dari segi pencapaiannya.

Akhir sekali saya ingin mengesyorkan agar bidang kajian ini diperluaskan lagi kepada lain-lain aspek yang melibatkan kelemahan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu seperti masalah tulisan hodoh, penggunaan tanda baca, membina ayat majmuk, menulis karangan berformat dan tidak berformat, kelancaran bacaan dan perbendaharaan kata. Kajian ini harus dilakukan untuk mengelakkan masalah yang dihadapi oleh murid berterusan dan seterusnya menjejaskan pencapaian mereka di dalam sebarang ujian yang bakal diadakan.

Kesimpulannya, kajian tindakan harus dilakukan oleh semua pengkaji yang ingin meneruskan kajian ini pada masa akan datang bagi memastikan terbentuk lebih banyak inovasi untuk meningkatkan pencapaian dalam Penulisan Bahasa Melayu UPSR kelak. Sebagai seorang guru khasnya yang telah pernah menjalankan kajian tindakan seumpama ini, adalah diharapkan agar dapat meneruskannya di sekolah masing-masing untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid-murid di sekolah masing-masing.

RUJUKAN

Abdullah Hassan. (2006). Morfologi:Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Petaling Jaya:Penerbit Fajar Bakti. Abd. Rahim Abd Rashid (2001). Nilai-nilai Murni Dalam Pendidikan :Menghadapi Perubahan dan Cabaran Alaf Baru. Kuala Lumpur : Utusan Publications &

Distributors Sdn. Bhd.

Amat Juhari Moain (2010). Penggubalan Istilah Ilmiah dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azman Wan Chik(1985). Mengajar Bahasa Malaysia Jilid 2: Latihan Guru Dan Bahan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka
69

Dr. Tam Yeow Kwai (2007). Kajian Tindakan Kaedah dan Praktikal.Negeri Sembilan: Institut Perguruan Raja Melewar. Juriah Long (1990). Kemahiran Menulis Dalam Bahasa Melayu. Petaling Jaya: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamaruddin Haji Husin (1991). KBSM dan Model-model Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Pengajaran Bahasa.

Kementerian Pendidikan Malaysia(2007).Asas Pengkaedahan Mengajar Nilai Murni. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mok Soon Sang (2008). Literatur dan Kaedah Penyelidikan. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

Raminah Hj. Sabran (1985) Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia, Petaling Jaya Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

Rashidi Azizan & Abd Razak Habib (1996).Kaedah dan Strategi Pengajaran Dalam Bilik Darjah. Petaling Jaya: Masa Enterprise.

Shahabuddin Hashim (2003). Pedagogi: Strategi dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan. Kuala Lumpur: PTS Publication & Distributor.

Sulaiman Masri (2005). Kaedah Penyelidikan dan Panduan Penulisan Tesis. Selangor: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.

Yahya Othman(2005). Kemahiran Menulis Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Penerbitan Jusa Jaya Sdn. Bhd.

70

Sumber Internet:

http://www.ipbl.edu.my/BM/penyelidikan/seminarpapers/2003/abrahmanM PKTkk.pdf. (Diakses pada 15 April 2012) http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/MOHDALFAIZALAP 010203D2006TTP.pdf. (Diakses pada 30 April 2012) http://sarjana.tripod.com/nilai3.html. (Diakses pada 5 Mei 2012) http://azaha83.blogspot.com/2010/08/format-laporan-kajian-tindakanterkini.html (diakses pada 15 November 2012) http://eprints.utm.my/11611/1/Kesediaan_Guru_Program_Pengijazahan_Perg uruan.pdf (Diakses pada 2 Julai 2012) http://shahannah.wordpress.com/2010/02/27/teknik-menjawab-penulisanbahagian-c/ (Diakses pada 10 Julai 2012) http://wwwiqaqafera-sitinurzulaikhazulkifli.blogspot.com/ (Diakses pada 3 Ogos 2012) http://zanazainal32.blogspot.com/2012/04/cara-menulis-nilai-murnipengajaran.html (Diakses pada 13 Ogos 2012) http://bkree66.blogspot.com/2012/11/teknik-assdamcus-membantumeningkatkan.html. (Diakses pada 14 Jun 2012)

71

LAMPIRAN A

MAHANIMU

72

MAHANIMU AKTIVITI 1

Salin semula nilai-nilai murni berdasarkan carta yang kamu baca. Kamu boleh melihat carta yang disediakan. Nama murid : .................................................................
BIL NILAI-NILAI MURNI/PENGAJARAN BIL

Tarikh : .........................
NILAI-NILAI MURNI/PENGAJARAN

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20

21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40

73

74

LAMPIRAN H JAWAPAN MURID Tulis nilai murni yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. Hasif terbangun daripada tidur apabila jam loceng berbunyi. Dia melakukan tugas yang perlu dilakukannya setiap pagi selepas solat subuh. Dia tidak menunggu ibunya. Hasif simpati akan ibunya yang pergi ke pasar pada awal pagi untuk menjual kuih. Tanpa disuruh Hasif segera ke kandang itik-itiknya. Itik-itik peliharaannya perlu diberi makan.Dia mengambil dedak yang disimpan di dalam kotak kayu di bawah rumah. Dedak itu ditabur di segenap penjuru kandang itik. Kemudia , dia masuk ke dalam kandang untuk mengutip telur-telur itik.Dia berhati-hati supaya tidak ada telur yang pecah. Selepas menyiapkan tugasnya, Hasif bersiap untuk ke sekolah. Pada tahun ini, dia akan menduduki UPSR. Hasif bercita-cita hendak menjadi peguam. Dia mahu membalas jasa ibunya yang telah banyak berkorban sejak kematian ayahnya. Hasif sentiasa bertanya kepada guru dan berbincang dengan rakan-rakannya tentang hal pelajaran yang tidak difahami. Hasif sentiasa menggunakan masa terluangnya untuk membuat kerja sekolah dan mengulangkaji pelajarannya

75

MAHANIMU AKTIVITI 2

Baca carta nilai murni. Kemudian salin semula 20 nilai murni yang kamu ingat tanpa melihat carta. Tulis nilai murni yang kamu ingat dalam masa lima minit sahaja.

Nama murid : .............................................................Tarikh : ..........................

BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20

NILAI-NILAI MURNI/PENGAJARAN

76

LAMPIRAN B

SEKOLAH KEBANGSAAN TEBING TINGGI

BAHASA MELAYU KERTAS 2

UJIAN DIAGNOSTIK

Arahan: Jawab semua soalan

Nama murid : ..................................................................... Tahun: ...................................... Tarikh : .................................... A B C Jumlah


77

Bahagian A Gambar di bawah menunjukkan suasana di sebuah pusat beli belah. Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti di situ.

78

Bahagian B Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

1. Pada suatu hari, anda pergi ke sebuah pasar raya untuk membeli sekolah. Ketika ada telah hilang. Ceritakan peristiwa yang berlaku seterusnya.

peralatan

hendak membuat pembayaran, anda mendapati bahawa dompet

ATAU 2. Tulis karangan dengan berdasarkan peribahasa Belakang Parang Sekalipun Kalau Diasah akan Tajam Jua. ATAU 3. Sahabat pena anda bertanya tentang keistimewaan kampung anda. Tulis sepucuk surat kepadanya dengan menceritakan keindahan semulajadi kampung anda.

79

Bahagian C Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. Hasif terbangun daripada tidur apabila jam loceng berbunyi. Dia melakukan tugas yang perlu dilakukannya setiap pagi selepas solat subuh. Dia tidak menunggu ibunya. Hasif simpati akan ibunya yang pergi ke pasar pada awal pagi untuk menjual kuih. Tanpa disuruh Hasif segera ke kandang itik-itiknya. Itik-itik peliharaannya perlu diberi makan.Dia mengambil dedak yang disimpan di dalam kotak kayu di bawah rumah. Dedak itu ditabur di segenap penjuru kandang itik. Kemudia , dia masuk ke dalam kandang untuk mengutip telur-telur itik.Dia berhati-hati supaya tidak ada telur yang pecah. Selepas menyiapkan tugasnya, Hasif bersiap untuk ke sekolah. Pada tahun ini, dia akan menduduki UPSR. Hasif bercita-cita hendak menjadi peguam. Dia mahu membalas jasa ibunya yang telah banyak berkorban sejak kematian ayahnya. Hasif sentiasa bertanya kepada guru dan berbincang dengan rakan-rakannya tentang hal pelajaran yang tidak difahami. Hasif sentiasa menggunakan masa terluangnya untuk membuat kerja sekolah dan mengulangkaji pelajarannya.

80

LAMPIRAN C UJIAN PRA

Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu peranggan.

Sang Semut sering keluar mencari makanan untuk kumpulannya. Sang Semut bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugas yang diberikan. Pada suatu hari, ketika Sang Semut asyik mencari makanan, Sang Semut telah terjatuh ke dalam sungai. Sang Semut dihanyutkan air dan hampir lemas. Sang Merbuk yang melihat kejadian itu segera menjatuhkan sehelai daun agar Sang Semut dapat berpaut. Sang Semut berjaya menyelamatkan dirinya dengan bantuan Sang Merbuk. Pada suatu pentang, Sang Semut terlihat seorang pemburu sedang mengacukan senapang ke arah Sang Merbuk. Sang Semut segera mengigit kaki pemburu itu. Pemburu terkejut lalu tembakannya tersasar. Sang Merbuk segera terbang untuk menyelamatkan diri. Sang Merbuk mengucapkan terima kasih kepada Sang Semut. Sejak peristiwa itu, Sang Semut dan Sang Merbuk bersahabat baik. Berdasarkan nilai murni yang diberi di dalam kotak, cuba kamu tulis satu ulasan yang lengkap.
rajin tekun berhati-hati tolong-menolong mengenang budi berterima kasih

......................................................................................................................................... ......................................................................................................................................... ......................................................................................................................................... 20 ......................................................................................................................................... ......................................................................................................................................... ......................................................................................................................................... ......................................................................................................................................... ......................................................................................................................................... ......................................................................................................................................... ......................................................................................................................................... ......................................................................................................................................... ......................................................................................................................................... .....................................................................................................................................
81

LAMPIRAN D LATIHAN KEMAHIRAN

Baca cerita di bawah dengan teliti. Kemudian isikan tempat kosong dengan nilainilai murni yang sesuai.

Sang Semut sering keluar mencari makanan untuk kumpulannya. Sang Semut bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugas yang diberikan. Pada suatu hari, ketika Sang Semut asyik mencari makanan, Sang Semut telah terjatuh ke dalam sungai. Sang Semut dihanyutkan air dan hampir lemas. Sang Merbuk yang melihat kejadian itu segera menjatuhkan sehelai daun agar Sang Semut dapat berpaut. Sang Semut berjaya menyelamatkan dirinya dengan bantuan Sang Merbuk. Pada suatu pentang, Sang Semut terlihat seorang pemburu sedang mengacukan senapang ke arah Sang Merbuk. Sang Semut segera mengigit kaki pemburu itu. Pemburu terkejut lalu tembakannya tersasar. Sang Merbuk segera terbang untuk menyelamatkan diri. Sang Merbuk mengucapkan terima kasih kepada Sang Semut. Sejak peristiwa itu, Sang Semut dan Sang Merbuk bersahabat baik.

Kita

seharusnya

mencontohi

sikap

Sang

Semut

yang

begitu

............................... mencari makanan. Kita juga perlu melakukan sesuatu tugasan dengan .............................. Ketika melakukan sesuatu perkara, kita hendaklah sentiasa .................................. untuk mengelakkan kemalangan. Selain itu, kita juga mesti segera ......................................... sesiapa sahaja yang mengalami kesusahan. Akhir sekali, kita seharusnya mengucapkan ....................................... kepada orang yang telah menolong kita.

82

LAMPIRAN F UJIAN TINDAKAN 2 Arahan : Tuliskan nilai-nilai murni yang sesuai berdasarkan keterangan yang diberi.

Nama murid : .......................................................................Tarikh: ...........................

NILAI MURNI

PERBUATAN / AKTIVITI / TINDAKAN / FRASA Mengulang kaji pelajaran/mengemas rumah/buat kerja rumah/buat jadual waktu belajar/menyiapkan kerja sekolah/buat latihan Membantu ibu pergi ke kedai/membasuh pinggan/mengajar rakan/memberi derma/ tolong guru di sekolah/ bergotong-royong / bermain dgn. bersungguh-sungguh/ bermuafakat/berbincang/berganding bahu bahu/berpadu tenaga/bersama-sama/bergilir-gilir/bersepakat Memaafkan kesalahan/menolong orang/menghulurkan derma/belanja kawan makan/tidak berdendam Memberi hadiah/menghulurkan derma/belanja kawan makan/menolong/membantu/berkongsi bercakap benar/mengakui kesalahan/tidak mengambil harta benda orang/memulangkan/menyerahkan/mengembalikan melakukan tugas yang diberi oleh guru/ ibu bapa/menyimpan rahsia/wang yang diamanahkan. Menawarkan diri untuk melakukan sesuatu perkara/ secara sukarela Bangun awal/ membaca buku/mengulang kaji pelajaran /mengemas rumah/buat kerja rumah/buat jadual waktu belajar/menyiapkan kerja sekolah/buat latihan Mengucapkan terima kasih/memuji kebaikan/ memberikan hadiah/memberikan ganjaran/duit Menolong orang/menghulurkan bantuan/menderma /menyumbang/mengutip sampah di atas lantai/menegur

83

LAMPIRAN H JAWAPAN MURID Tulis nilai murni yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. Hasif terbangun daripada tidur apabila jam loceng berbunyi. Dia melakukan tugas yang perlu dilakukannya setiap pagi selepas solat subuh. Dia tidak menunggu ibunya. Hasif simpati akan ibunya yang pergi ke pasar pada awal pagi untuk menjual kuih. Tanpa disuruh Hasif segera ke kandang itik-itiknya. Itik-itik peliharaannya perlu diberi makan.Dia mengambil dedak yang disimpan di dalam kotak kayu di bawah rumah. Dedak itu ditabur di segenap penjuru kandang itik. Kemudia , dia masuk ke dalam kandang untuk mengutip telur-telur itik.Dia berhati-hati supaya tidak ada telur yang pecah. Selepas menyiapkan tugasnya, Hasif bersiap untuk ke sekolah. Pada tahun ini, dia akan menduduki UPSR. Hasif bercita-cita hendak menjadi peguam. Dia mahu membalas jasa ibunya yang telah banyak berkorban sejak kematian ayahnya. Hasif sentiasa bertanya kepada guru dan berbincang dengan rakan-rakannya tentang hal pelajaran yang tidak difahami. Hasif sentiasa menggunakan masa terluangnya untuk membuat kerja sekolah dan mengulangkaji pelajarannya.

84

SEKIAN SAHAJA DARIPADA SAYA PELAJAR PGSR (BM) SESI 2008-2012 KAJIAN TINDAKAN INI TELAH DIBENTANG, DINILAI DAN DIHANTAR KEPADA PENSYARAH UNTUK DIJADIKAN BUKU PADA 27 DISEMBER 2012. SAYA PUN TELAH TAMAT DARIPADA KURSUS IJAZAH SARJANA MUDA YANG BERLANGSUNG DALAM CUTI SELAMA 4 TAHUN......... KINI SAYA TELAH TAMAT DARIPADA PENGAJIAN......

85

86

87

Anda mungkin juga menyukai